Author: jnj-admin

  • Van sekolah ‘hantu’

    Van sekolah ‘hantu’

    SHAH ALAM – Pengusaha bas sekolah dikesan menjadikan permit sah bagi sebuah bas sekolah sebagai alat untuk menggerakkan operasi lima atau enam lagi bas di bawah kendalian mereka secara haram. Situasi itu menjadikan sesi persekolahan minggu depan sebagai lubuk untuk mereka me-ngaut keuntu­ngan mudah tanpa me­­mikirkan keselamatan mu­rid. Pengerusi Persatuan Bas Seko­lah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Mohd. Haron Mohd. Si­dik berkata, memang wujud peng­usaha yang menggunakan modus operandi mendaftar ha­nya satu bas sekolah yang sah sebagai ‘topeng’ kononnya memiliki…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/van-sekolah-hantu/

  • Van sekolah haram: Ibu bapa boleh didakwa kerana cuai

    Van sekolah haram: Ibu bapa boleh didakwa kerana cuai

    SHAH ALAM – Ibu bapa yang sengaja cuai membiarkan anak terdedah risiko keselamatan dengan menaiki pengangkutan tidak berlesen atau selamat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000. Peguam Khairul Naim Rafidi berkata, penggunaan van dan bas sekolah tidak berdaftar serta beroperasi tanpa kelulusan me­rupakan kesalahan serius melibatkan ke­selamatan, kebajikan dan kepentingan kanak-kanak. Katanya, ibu bapa atau penjaga mempunyai tanggungjawab asas untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka, termasuk dalam…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/van-sekolah-haram-ibu-bapa-boleh-didakwa-kerana-cuai/

  • Venezuela hantar emas RM22 bilion ke Switzerland

    Venezuela hantar emas RM22 bilion ke Switzerland

    BERN – Venezuela menghantar emas bernilai hampir 4.14 bilion franc (RM22 bilion) ke Switzerland pada tahun-tahun awal pemerintahan Presiden Nicolas Maduro yang kini digulingkan, lapor akhbar Arab News semalam yang memetik data kastam.

    Berdasarkan data itu, negara Amerika Selatan tersebut menghantar 113 tan metrik emas ke Switzerland dari 2013 ketika Maduro mula memegang jawatan Presiden.

    Penghantaran emas itu berlaku sehingga 2016.

    Menurut stesen penyiaran awam Switzerland, SRF, emas tersebut berasal daripada bank pusat Venezuela.

    Ia berlaku ketika bank pusat Venezuela menjual sebahagian besar simpanan emasnya bagi menyokong ekonomi negara dan memperoleh mata wang asing susulan sekatan AS.

    “Terdapat penjualan terdesak dalam jumlah besar oleh bank pusat Venezuela dari 2012 hingga 2016. Banyak emas ini berkemungkinan dihantar ke Switzerland,” kata penganalisis pasaran di StoneX, Rhona O’Connell.

    “Selepas itu, emas tersebut mungkin kekal bersama pihak lain dalam sektor kewangan atau dijual dalam bentuk jongkong kecil ke Asia atau ke mana-mana bahagian dunia,” tambahnya.

    Maduro ditangkap oleh pasukan khas Amerika Syarikat dalam satu serbuan di Caracas pada Sabtu lalu dan kini berdepan pertuduhan di sebuah mahkamah New York, termasuk pengedaran dadah serta keganasan narkotik.

    Isnin lalu, Switzerland mengarahkan pembekuan aset Maduro dan 36 orang sekutunya yang disimpan di negara itu, namun tidak memberikan maklumat mengenai nilai atau sumber dana tersebut.

    Tidak diketahui sama ada terdapat sebarang kaitan antara aset berkenaan dengan emas yang dipindahkan daripada bank pusat.

    Menurut SRF, emas yang berasal daripada simpanan Venezuela itu berkemungkinan dipindahkan ke Switzerland untuk pemprosesan, pensijilan dan penghantaran seterusnya.

    Switzerland merupakan salah satu pusat penapisan emas terbesar dunia, dengan negara itu menempatkan lima kilang penapisan emas utama. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/venezuela-hantar-emas-rm22-bilion-ke-switzerland/

  • Tun Mahathir dinasihati tidak jalani pembedahan pinggul

    Tun Mahathir dinasihati tidak jalani pembedahan pinggul

    PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihati pakar perubatan untuk tidak menjalani pembedahan pinggul susulan keadaan kesihatan beliau selepas terjatuh di kediamannya baru-baru ini.

    Perkara itu dimaklumkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memaklumkan, Dr. Mahathir patah tulang pinggul selepas terjatuh ketika melakukan ‘brisk walk’ iaitu senaman rutin yang lazim dilakukannya setiap pagi.

    Menurut Mukhriz, pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur mendapati faktor usia Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh yang sudah 100 tahun menyebabkan pembedahan bukan pilihan terbaik.

    “Oleh kerana keadaan kesihatan, maka tentulah beliau kena ambil masa sedikit. Lebih kurang dua hingga tiga minggu untuk berehat atas faktor usia mencecah 100 tahun, maka pembedahan bukanlah satu pilihan yang baik.

    “Kita dinasihatkan oleh pakar-pakar (perubatan) untuk beliau (Dr. Mahathir) melalui satu proses pemulihan biasa yang akan memakan masa sedikit,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

    Mukhriz berkata, rawatan pemulihan itu bertujuan memastikan bapanya kembali sihat seperti sediakala dan meneruskan tugasan seperti yang dilakukan sebelum ini.

    Beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan bapanya.

    “Pada waktu sama, saya mohon berilah beliau masa untuk betul-betul kembali sihat supaya boleh bersama kita dalam perjuangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/tun-mahathir-dinasihati-tidak-jalani-pembedahan-pinggul/

  • Tahun bahagia untuk guru, Disember cuma 4 hari sekolah

    Tahun bahagia untuk guru, Disember cuma 4 hari sekolah

    PETALING JAYA – Susunan cuti penggal sekolah yang panjang, ditambah pula dengan banyak cuti umum yang jatuh berhampiran hujung minggu membuatkan ramai guru ‘tersenyum’.

    Situasi itu bukan sahaja memudahkan perancangan rehat dan urusan keluarga, malah secara tidak langsung mengurangkan bilangan hari persekolahan dalam beberapa bulan tertentu sepanjang tahun 2026.

    Menerusi hantaran seorang guru dikenali sebagai @DhaniahZahari di aplikasi Thread, dia memuat naik satu paparan bertajuk Bilangan Hari Persekolahan Tahun 2026.

    Gambar tersebut memaparkan pecahan hari persekolahan mengikut bulan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya termasuk guru-guru dan ibu bapa.

    Antara yang menarik perhatian, beberapa bulan dinyatakan hanya mempunyai 15 hari persekolahan seperti Januari, Februari dan Mac, manakala Disember pula disebut hanya empat hari persekolahan.

    Paparan itu turut menyenaraikan April dan Oktober masing-masing 22 hari, Julai 23 hari serta Ogos dan November masing-masing 19 hari, selain mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 202 hari persekolahan.

    Pada masa sama, tertera nota bahawa jumlah tersebut tidak termasuk cuti peristiwa yang akan diambil oleh pihak sekolah.

    “Kebahagiaan cikgu-cikgu untuk tahun ini,” tulis guru tersebut di ruangan kapsyen.

    Hantaran itu mengundang pelbagai komen orang ramai apabila ada yang menyifatkan 2026 sebagai tahun ’emas’ buat para guru.

    “Ramai lagilah yang nak jadi cikgu lepas ni bila tengok gambar ni. Selamat bercuti cikgu semua,” komen Adell.

    “Okay lah. Ganti cuti hujung tahun 2025-2026 yang tiga minggu ni saja. Selalu cuti hujung tahun enam minggu tau,” komen Qawra.

    “Sebenarnya yang tak ada dalam senarai tu lagi patut cikgu-cikgu lagi takut. Segala hari anugerah, hari sukan, hari merdeka, restu ilmu, kelas tambahan, perkampungan ilmu, segala mak nenek latihan,” komen Amany. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/tahun-bahagia-untuk-guru-disember-cuma-4-hari-sekolah/

  • UniSon pasang bumbung terpanjang di Malaysia

    UniSon pasang bumbung terpanjang di Malaysia

    RAWANG – Penyedia penyelesaian bumbung logam dan lapisan din­ding terkemuka, United Season Sdn. Bhd. (UniSon) mencipta sejarah tersendiri selepas menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pemasangan kepingan bumbung terpanjang di negara ini, berukuran 166.49 meter.

    Bumbung berkenaan dipasangkan pada Hab Rantaian Bekalan YLL di Sungai Buaya dekat sini, yang merupakan kemudahan logistik canggih dan memerlukan ­penyelesaian bumbung yang mampu bertahan untuk jangka masa lama, tahan lasak serta cekap operasi.

    Rekod tersebut dicapai menggunakan sistem KAWA KZ400 Standing Seam Roofing yang dihasilkan daripada besi COLORBOND oleh NS Bluescope Malaysia.

    Ia dilihat sebagai satu penca­paian penting dalam sektor pembinaan di negara ini dan mencerminkan kerjasama kukuh, keupayaan teknikal serta inovasi pemain industri dalam menyediakan penyelesaian bumbung berskala besar.

    Pengarah Urusan UniSon, SMP Dhanabalan berkata, pengiktirafan oleh MBOR merupakan kejayaan besar bukan hanya bagi syarikat, rakan kongsi dan pelanggan, malah untuk Malaysia dalam memajukan pembangunan penyelesaian bumbung.

    Jelasnya, melangkaui kepan­ja­ngan bumbung yang mengatasi rekod terdahulu, pencapaian tersebut turut melibatkan kaedah pemasa­ngan yang kompleks dan cekap.

    “Lembaran bumbung dibentuk secara gulungan terus pada aras bumbung itu sendiri, membo­lehkan ketepatan, kecekapan dan kualiti pemasangan yang lebih tinggi sambil meminimumkan pengendalian serta risiko kerosakan.

    “Pendekatan ini mencerminkan keupayaan teknikal yang kukuh dan kerjasama erat yang terhasil di sebalik kejayaan projek ini,” katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBOR kelmarin.

    Projek itu menyatukan ekosistem rakan kongsi kukuh termasuk NS BlueScope Malaysia, Akitek ­Akiprima Sdn. Bhd., CK Building Solutions Sdn. Bhd., WBL Perunding Sdn. Bhd., JQS International Sdn. Bhd. Dan HL Roofing Sdn. Bhd. yang bekerjasama rapat daripada reka bentuk serta perancangan hinggalah kepada pelaksanaan serta inovasi dalam penyelesaian bumbung.

    Sementara itu, Pengurus Besar Projek UniSon, Zaidi Semail menjelaskan, projek tersebut mendapat pengiktirafan MBOR kerana pihaknya menggunakan kepingan bumbung tunggal serta tidak bersambung dan ia agak jarang digunakan untuk projek berskala besar.

    Namun katanya, penyelesaian bumbung sedemikian memiliki kelebihan tersendiri yang mana menerusi pamasangan tanpa menggunakan sebarang skru, ia mengurangkan potensi kebocoran secara signifikan berbanding penggunaan bumbung yang bersambung.

    “Ini amat penting terutamanya buat operasi yang sensitif serta berteknologi tinggi seperti melibatkan kilang elektronik atau hangar. Kita sedia maklum baru-baru ini terdapat banyak projek seperti pusat data dan semikonduktor yang bakal diwujudkan di sini.

    “Ia melibatkan kos dan mungkin kurang sesuai bagi yang kurang sensitif seperti produk plastik biasa.

    Tambah beliau, produk COLORBOND yang diguna pakai memiliki tempoh waranti selama 30 tahun.

    “Kami berpengalaman dalam menghasilkan penyelesaian bumbung sejak 1993 dan amat berpuas hati dengan produk mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/unison-pasang-bumbung-terpanjang-di-malaysia/

  • ‘Durian kopi’ unik jadi rebutan

    ‘Durian kopi’ unik jadi rebutan

    JERANTUT – Ketika harga durian kayangan termasuk musang king dan duri hitam jatuh merudum, durian hutan dikenali sebagai durian kopi tidak tergugat. Pada masa ini durian berke­naan yang hanya terdapat di Kampung Damak di sini dijual dengan harga kira-kira RM25 sekilo berlainan dengan musang king yang dijual RM10 sekilo. Pemilik durian kopi, Zulkifly Mahmud, 59, berkata, pada masa ini harga durian berkenaan kekal bertahan kerana mendapat permintaan yang begitu tinggi daripada orang ramai. “Keunikan rasa buahnya yang lain daripada lain……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/durian-kopi-unik-jadi-rebutan/

  • Menjejak toman air payau Sungai Yak Yah

    Menjejak toman air payau Sungai Yak Yah

    Sungai Yak Yah di Kemaman, Terengganu merupakan satu lokasi memancing yang popular untuk kaki pancing setempat mencari spesies ikan yang tinggal di muara seperti siakap putih, siakap merah, kerapu, bulan dan sebagainya. Pada masa yang sama geng-geng mengilat gewang juga selalu turun ke sini memburu ikan toman yang duduk sekali dengan ikan-ikan muara tersebut. Bagaimana ikan toman boleh hidup di kawasan air payau, sedangkan umum mengetahui habitat asalnya ialah di air tawar seperti di tasik, paya dan sungai berair tawar?……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/menjejak-toman-air-payau-sungai-yak-yah/

  • Pak Bara destinasi pancing wajib singgah tahunan

    Pak Bara destinasi pancing wajib singgah tahunan

    TRIP memancing tiga hari dua malam di Pak Bara Thailand pada setiap hujung tahun telah saya jadikan sebagai satu agenda wajib. Memancing bersama kumpulan saya ini dianggap sebagai satu trip pancingan yang santai untuk berehat menenangkan fikiran sambil melancong. Kebiasaannya seusai trip, kami akan berjalan-jalan pula ke Hatyai untuk satu atau dua malam sekadar untuk membeli-belah buah tangan kepada keluarga. Ikan-ikan tangkapan yang terbaik akan dibawa ke restoran untuk dimasak juadah ala Thai yang enak. Trip pancing Menyingkap kembali trip……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/pak-bara-destinasi-pancing-wajib-singgah-tahunan/

  • ‘Kalau diikutkan, saya sudah tiada daya’

    ‘Kalau diikutkan, saya sudah tiada daya’

    PADANG RENGAS – Seorang wanita menempuh ujian berat pada usia emas apabila menjaga suami yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan anak lelaki orang kurang upaya (OKU) sindrom Down.

    Menurut Hanim Azuar Mohamad, 69, suaminya, Mohd. Sapiee Kamarudin, 74, yang disahkan menghidap penyakit itu kira-kira enam tahun lalu kini bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen. Bahkan, lelaki warga emas juga terpaksa kerap berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

    “Selain suami, saya perlu menjaga anak lelaki walaupun usia­nya mencecah 32 tahun. Segala keperluan termasuk membersihkan diri dilakukan oleh saya.

    “Kalau diikutkan dalam usia begini, saya sudah tiada daya namun perlu kuatkan semangat demi suami dan anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 17, Padang Rengas di sini baru-baru ini.

    Menurut ibu sembilan anak itu, dia dan suaminya bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal bagi menampung kehidupan, selain sumbangan anak-anak. Keadaan Mohd. Sapiee juga memerlukan mereka menyewa mesin oksigen dengan bayaran sebanyak RM200 sebulan.

    Hanim Azuar turut melahirkan kebimbangan mengenai keadaan rumahnya yang uzur berikutan banjir yang menyebabkan sebahagian kediaman tersebut dinaiki air.

    “Kalau banjir bahagian dapur jadi semakin rendah kerana tiang rumah mendap. Jika mahu ke dapur rasa seperti terjun ke bawah. Saya harap ada pihak yang berhati mulia dapat membantu membaiki rumah ini.

    “Saya bukannya meminta rumah baharu, tapi cukuplah de­ngan menaikkan bahagian dapur selain membaik pulih lantai, dinding dan atap,” katanya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/kalau-diikutkan-saya-sudah-tiada-daya/