Author: jnj-admin

  • Liga Super: Visi Selangor tarik minat Pan-gon

    Liga Super: Visi Selangor tarik minat Pan-gon

    KESERASIAN menjadi elemen utama kepada keputusan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk bersetuju untuk dilantik sebagai pengendali baharu Selangor FC.

    Jurulatih dari Korea Selatan itu dapat melihat kesungguhan Gergasi Merah untuk membentuk skuad lebih kukuh, selari dengan kemahuan peribadinya menyebabkan beliau menyahut cabaran mengemudi pasukan itu.

    “Keputusan saya menyertai Selangor FC dibuat berdasarkan keyakinan terhadap visi dan kesungguhan kelab. Mereka telah menunjukkan komitmen yang luar biasa serta pemahaman mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang saya akan bawa.

    “Selain itu, sasaran dan objektif kelab selaras dengan aspirasi peribadi saya sebagai seorang jurulatih. Falsafah kejurulatihan saya sentiasa memberi fokus kepada pemain.

    “Saya menekankan latihan berkualiti, pelan taktikal yang jelas dan analisis lawan yang terperinci bagi memastikan persiapan pasukan berada pada tahap terbaik,” katanya.

    Teka-teki mengenai pengendali baharu Selangor FC akhirnya terjawab selepas melantik bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon serta-merta bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Katsuhito Kinoshi.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Selangor FC, kelmarin, kelab itu mengesahkan Pan-gon dilantik sebagai pengendali baharu dan menagih pengalaman luas jurulatih itu untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi.

    “Pasukan akan berusaha menampilkan aksi berintensiti tinggi dan agresif bagi menghadiahkan sebanyak mungkin kemenangan kepada penyokong, seterusnya membangkitkan rasa bangga mereka terhadap kelab,” katanya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/liga-super-visi-selangor-tarik-minat-pan-gon/

  • Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Tindakan tersebut dianggap sebagai pencerobohan privasi yang dilarang dalam Islam kerana melanggar hak peribadi individu.Umat Islam digesa supaya sentiasa menghormati ruang sulit orang lain dan menjaga adab ketika menggunakan teknologi.

    Penjelasan ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan akhlak dan etika dalam kehidupan seharian bagi mematuhi tuntutan syariat.Sumber: Deklotv

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1QTUjFTNB6/

  • Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Tindakan tersebut dianggap sebagai pencerobohan privasi yang dilarang dalam Islam kerana melanggar hak peribadi individu.Umat Islam digesa supaya sentiasa menghormati ruang sulit orang lain dan menjaga adab ketika menggunakan teknologi.

    Penjelasan ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan akhlak dan etika dalam kehidupan seharian bagi mematuhi tuntutan syariat.Sumber: Deklotv

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DZRmhmS9x/

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa Washington “memang memerlukan Greenland” atas alasan keselamatan dan pertahanan negara.

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa Washington “memang memerlukan Greenland” atas alasan keselamatan dan pertahanan negara.

    Dalam satu temubual dengan majalah The Atlantic, Trump berkata Amerika Syarikat memerlukan pulau itu “untuk pertahanan”, sekali gus mengulangi pendiriannya mengenai kepentingan strategik Greenland kepada keselamatan AS.Kenyataan itu dibuat ketika perhatian antarabangsa tertumpu kepada langkah tegas Washington dalam isu geopolitik global, termasuk tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela.Sumber: Reuters

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FqXi9hSa2/

  • Donald Trump mengeluarkan amaran terbuka bahawa Mexico Cuba dan Colombia mungkin menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku di Venezuela.

    Donald Trump mengeluarkan amaran terbuka bahawa Mexico Cuba dan Colombia mungkin menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku di Venezuela.

    Kenyataan berani ini merupakan isyarat jelas mengenai pendekatan agresif Amerika Syarikat terhadap negara jiran di Amerika Latin yang tidak lagi bersifat diplomatik.Ketegangan kini semakin memuncak di rantau tersebut manakala pemimpin dunia mula memantau rapi setiap langkah ketenteraan terbaharu pentadbiran Trump.

    Amaran awam ini mencetuskan spekulasi besar sama ada ia sekadar tekanan politik atau permulaan kepada siri serangan udara yang lebih meluas.Langkah ini menunjukkan kesediaan Amerika Syarikat untuk bertindak tegas terhadap mana mana negara yang dianggap sebagai ancaman atau tidak sehaluan.

    Amaran terus tersebut kini meletakkan seluruh Amerika Latin dalam keadaan berjaga jaga terhadap kemungkinan campur tangan ketenteraan pada bila bila masa sahaja.Sumber: Thekindjoe

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DNWfcj4ty/

  • Mahkamah perintah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 Juta kepada suami Intan Najuwa

    Mahkamah perintah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 Juta kepada suami Intan Najuwa

    Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya tampil secara terbuka bersama suaminya susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka.

    Suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, dilaporkan berjaya memenangi kes saman terhadap jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, berhubung tuntutan bayaran semula pinjaman.

    Menurut Intan, keputusan untuk bersuara dibuat selepas proses perundangan selesai dan penghakiman rasmi dikeluarkan oleh Mahkamah.

    Jelas pelakon itu, kenyataan tersebut tidak melibatkan mana-mana pihak lain atau pereka fesyen selain ditujukan khusus kepada Pereka Fesyen Rizman Ruzaini agar melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman berkenaan.

    A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

    Intan turut menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat adalah secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas beliau dan suami memilih untuk menunggu serta menghormati sepenuhnya proses perundangan yang berjalan selama ini.

    Berdasarkan dokumen yang dikongsikan di Instagram, mahkamah telah merekodkan satu Penghakiman Terus yang memihak kepada Ahmad Azraf selaku plaintif terhadap tiga defendan, iaitu Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil.

    Perintah mahkamah bertarikh 16 Disember 2025 itu menetapkan bahawa defendan perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM1.3 juta kepada plaintif selewat-lewatnya pada 15 Januari 2026, membayar faedah pada kadar lima peratus ke atas baki jumlah mulai 16 Januari 2026 sehingga penyelesaian sepenuhnya dibuat dan menjelaskan kos mahkamah sebanyak RM15,000 kepada plaintif dengan segera.

    🔗 Source: https://thereporter.my/mahkamah-perintah-rizman-ruzaini-bayar-rm1-3-juta-kepada-suami-intan-najuwa/

  • Tun Mahathir masuk IJN, terjatuh di kediaman

    Tun Mahathir masuk IJN, terjatuh di kediaman

    PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd. Radzi Jidin menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

    “Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN sekitar 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediaman. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau,” katanya.

    Perkara tersebut turut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu, Suffi Yusoff kepada pihak media hari ini.

    “Ya. Beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/tun-mahathir-masuk-ijn-terjatuh-di-kediaman/

  • ‘Hati-hati! Lagu akan bertahan walaupun selepas kita mati’

    ‘Hati-hati! Lagu akan bertahan walaupun selepas kita mati’

    PETALING JAYA – Susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi nyanyian Baby Shima yang didakwa berunsur lucah, komposer dan penyanyi Amylea Azizan menegaskan penghasilan sesebuah karya perlu mengikut prinsip tata susila selain menjaga sensitiviti pendengar.

    Tambah Amylea, 39, setiap karya merupakan amanah besar kepada seseorang penggiat seni sekali gus lagu yang tidak senonoh akan terus kekal dan menjadi sebutan meskipun penciptanya meninggal dunia.

    “Bagi saya apabila ada bakat, awak ada satu tanggungjawab yang bukan untuk masyarakat atau sosial sahaja, bahkan dari segi agama dan pendirian.

    “Hati-hati! Lagu yang kita buat hari ini akan bertahan walaupun selepas kita mati. Contohnya, kalau saya buat lagu hari ini, nauzubillah kalau tersalah dekat mana-mana, saya minta maaf tapi saya dah tiada, lagu tetap ada,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

    Pada masa sama, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu menegaskan soal salah atau betul bukan terletak pada niat pencipta lagu, sebaliknya perlu mengambil kira persepsi serta keselesaan pendengar.

    “Saya tak boleh nak cakap salah atau betul buat lagu macam mana. Awak boleh cakap tak maksudkan begitu (lucah) tapi kalau semua orang rasa benda sama?

    “Ibarat awak pakai baju yang dah rasa okey tetapi datang majlis semua orang tak selesa dengan baju awak, kita tak boleh cakap ‘kau tak boleh rasa begitu sebab baju ini okey bagi aku’.

    “Kita kena hormat, jaga sensitiviti sekiranya benda itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Saya tak selesa, awak boleh nyanyi tak depan mak ayah awak?

    “Kalau tak selesa, ada benda tak kena. Contoh kalau saya tulis lagu ini, saya rasa ‘alamak, kalau mak aku dengar’. Ini bukan apa orang cakap tetapi sebab tak sesuai,” ujarnya.

    Amylea turut berpandangan walaupun terdapat pengaruh budaya luar, sebagai masyarakat Melayu Islam kita perlu menjaga batas.

    “Orang Barat ada cara mereka tersendiri, di mana saya sendiri tak minat nak nyanyikan lagu yang mempunyai perkataan lucah.

    “Saya rasa sebagai Melayu Muslim, kita tidak sampai ke tahap itu. Bukan budaya kita dan ada batasnya,” kongsinya lagi.

    Sebelum ini, lagu ciptaan Eddie Hashim itu mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen apabila liriknya didakwa mengandungi unsur lucah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/hati-hati-lagu-akan-bertahan-walaupun-selepas-kita-mati/

  • Trump mungkin serang Greenland esok – Pakar sains politik

    Trump mungkin serang Greenland esok – Pakar sains politik

    PARIS – Amerika Syarikat (AS) mungkin menyerang Greenland seawal esok hari, lapor portal berita Daily Express, memetik kenyataan seorang pakar sains politik di Perancis.

    Pakar institut Sciences Po Bordeaux, Profesor Dario Battistella berkata: “Kita tidak boleh menolak kemungkinan Presiden Donald Trump menyerang Greenland.”

    Amaran tersebut dibuat susulan pengeboman AS ke atas Venezuela Sabtu lalu yang menghidupkan semula kebimbangan mengenai pengambilalihan Amerika terhadap Greenland, wilayah milik Denmark.

    Walaupun Trump berjanji menamatkan peperangan melibatkan Amerika, tindakan beliau di Venezuela menunjukkan sebaliknya.

    Battistella berhujah bahawa slogan ‘No More Forever Wars’ atau ‘Tiada Lagi Perang’ hanya merupakan caraTrump untuk mencapai matlamat ‘Amerika Didahulukan.’

    Ini bermakna Trump akan terus menggunakan kekuatan tentera apabila beliau merasakan cara tersebut perlu bagi melindungi kepentingan nasional AS.

    Battistella berkata: “Jika, menurut tafsirannya (Trump), ‘Amerika Didahulukan’ memerlukan kekuatan bersenjata, seperti yang berlaku di Venezuela dan mungkin esok di Greenland, Trump akan melancarkan perang yang beliau harapkan dapat dimenangi dengan cepat.”

    Presiden AS itu berkata kelmarin bahawa Amerika memerlukan Greenland demi keselamatan negara, pendirian yang dipegangnya sejak menduduki White House buat kali kedua.

    Profesor itu menjelaskan: “Itu hanya alasan. Objektif sebenar adalah merampas kawalan ke atas sumber galian semula jadi (Greenland).” – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/trump-mungkin-serang-greenland-esok-pakar-sains-politik/

  • MyDigital ID jadi log masuk tunggal mulai 15 Januari

    MyDigital ID jadi log masuk tunggal mulai 15 Januari

    PUTRAJAYA- Platform MyDigital ID akan digunakan sebagai log masuk tunggal bagi warga Malaysia yang menggunakan aplikasi mudah alih Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) untuk melalui pintu masuk negara bermula 15 Januari depan.

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan berkata, ia berfungsi untuk mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa menyimpan data peribadi pengguna.

    Menurutnya, pendekatan ini meningkatkan keselamatan transaksi digital serta memudahkan pengalaman pengguna melalui satu log masuk tunggal tanpa perlu mengingati pelbagai kata laluan.

    “Warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah disarankan untuk memuat turun dan mendaftarkan diri ke aplikasi MyDigital ID sebelum menggunakan MyNIISe.

    “Bagi pengguna warganegara asing, kaedah log masuk sedia ada ke aplikasi MyNIISe akan terus digunakan tanpa sebarang perubahan,” katanya hari ini.

    KDN berkata, aplikasi MyNIISe ini telah mula digunakan bermula 22 September 2025 untuk memasuki pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, Johor.

    Katanya, aplikasi ini akan diperluaskan secara berperingkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA Terminal 1 dan 2; Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu.

    “Sehingga 30 Disember 2025, MyNIISe telah mencatatkan 599,967 muat turun dengan 287,258 pengguna berdaftar.

    “Pelaksanaan MyDigital ID dalam MyNIISe mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memodenkan perkhidmatan awam melalui pendigitalan yang selamat, cekap dan berfokuskan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/mydigital-id-jadi-log-masuk-tunggal-mulai-15-januari/