Author: jnj-admin

  • ‘Panggillah ‘Yeye’ atau ‘Yaya’ sekalipun, ia tetap keji’ – ATM perketat displin, tegas hapus buli dan budaya hedonisme

    ‘Panggillah ‘Yeye’ atau ‘Yaya’ sekalipun, ia tetap keji’ – ATM perketat displin, tegas hapus buli dan budaya hedonisme

    KUALA LUMPUR 12 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya menamatkan sepenuhnya amalan buli, penindasan serta budaya hedonisme yang tidak berakhlak melalui penguatkuasaan peraturan dan disiplin yang lebih tegas di semua peringkat.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian dan ATM sememangnya telah lama mengharamkan sebarang kegiatan tidak bersahsiah di semua kem tentera di seluruh negara, selain menetapkan peraturan serta garis panduan yang jelas berkaitan aktiviti sosial dalam kem.

    “Panggillah dengan apa nama sekalipun, ‘yeye’, ‘yaya’ atau apa sahaja, ia adalah perkara keji, tidak bermoral dan bercanggah dengan tradisi hidup Islam.

    “Lebih-lebih lagi dengan penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang sepatutnya membendung apa-apa unsur mungkar dalam kalangan anggota kita,” katanya ketika berucap dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 di Wisma Perwira di sini pada Isnin.

    Menurut beliau, aktiviti haram dan tidak bermoral sedemikian tidak seharusnya lagi berlaku di mana-mana kem ATM, malah tiada sesiapa pun wajar menerima sebarang bentuk perlecehan hak asasi.

    “Tiada wanita harus dijadikan objek seks dan hiburan di mess dan Wisma Perwira kita.

    “Kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam semua kemungkaran moral ini, yang merosakkan imej mulia ATM, kita akan pastikan anda dihukum dan disingkirkan dengan keji daripada perkhidmatan,” ujarnya.

    Beliau menegaskan, kementerian sebelum ini tidak pernah teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas serta menjatuhkan hukuman berat terhadap setiap pelaku kesalahan sedemikian.

    “Jadi, jangan fikir ini amaran kosong! Begitu juga mereka yang menghabiskan masa dengan bermain golf di luar waktu yang dibenarkan atau bersembang kosong di kedai kopi semasa waktu bekerja, disiplin ketenteraan akan kita tegaskan dan kuatkuasakan.

    “Masa bekerja ialah masa untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan membangun, bukan sebaliknya,” katanya.

    Tambah beliau, anggota ATM perlu kembali mematuhi waktu kerja sebenar serta melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, sejajar dengan jati diri seorang pahlawan yang budiman.

    “Masa bekerja juga bukan untuk bersosial di media sosial, dan segala pandangan kita di media sosial mestilah memaparkan etika sebagai anggota pertahanan negara. Jangan sebarkan berita tidak benar, komen yang tidak sahih dan prejudis yang merosakkan perpaduan negara,” ujarnya.

    Turut hadir, Pemangku Panglima Angkatan Tentera, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13533

  • KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah – Fadhlina

    KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak tangani isu buli di sekolah – Fadhlina

    SHAH ALAM 12 Jan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkukuh usaha menangani kes buli dalam kalangan murid sekolah dengan memperkenalkan Child Protection Policy (CPP) atau Polisi Perlindungan Kanak-Kanak yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, polisi berkenaan akan ditandatangani oleh semua pihak berkepentingan di sekolah sebagai tanda komitmen bersama dalam menjaga kebajikan dan keselamatan murid.

    “Ini memang komitmen kita sepanjang masa dan saya sudah menegaskannya dalam amanat Tahun Baharu.

    “Dalam konteks tahun ini, semua pihak akan menandatangani polisi ini yang membabitkan semua pemegang taruh dengan aku janji untuk menjaga, memelihara dan melindungi anak-anak kita. Ibu bapa jangan lupa sign (tandatangan) ya,” seloroh Fadhlina.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, pagi tadi.

    Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

    Menurut Fadhlina, pelaksanaan CPP merupakan antara pembaharuan penting yang diperkenalkan KPM, selain penyediaan manual Sekolah Sejahtera dan Sekolah Selamat yang kini berada di peringkat akhir.

    “Ini antara perkara baharu yang kita perkenalkan. Manual buku Sekolah Sejahtera, Sekolah Selamat juga sedang dalam peringkat akhir untuk kita kongsikan dengan ibu bapa dan seluruh masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam melindungi anak-anak kita. Insya-Allah,” katanya.

    Beliau menegaskan, polisi berkenaan akan diperkenalkan secara rasmi seiring pembukaan sekolah dalam tempoh terdekat.

    “Polisi itu akan diperkenalkan. Maksudnya apabila sekolah dibuka dalam masa terdekat, mereka akan menandatanganinya,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13534

  • Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan

    Muhammad Hafizuddeain mohon bersara awal, proses cari Panglima Angkatan Tentera baharu dimulakan

    KUALA LUMPUR 12 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memulakan proses untuk mengisi kekosongan jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) susulan permohonan persaraan awal oleh bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lalu.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hasrat itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar oleh peguam Muhammad Hafizuddeain, yang ketika ini sedang bercuti.

    Sehubungan itu, beliau berkata ATM berada dalam proses mengenal pasti calon sesuai bagi mengisi jawatan PAT.

    Pada 31 Disember lalu, Khaled mengumumkan pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera yang diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 ditangguhkan.

    Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

    Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

    “Saya ingin memaklumkan sudah menerima surat daripada peguam Muhammad Hafizuddeain yang kini sedang bercuti dan memaklumkan hasratnya untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat bermula 1 Januari tahun ini.

    “Maka dengan permohonan untuk bersara awal ini, ia membolehkan kita memulakan proses untuk mencari pengganti kerana seperti kita sedia maklum, Majlis Angkatan Tentera sebelum ini sudah membuat keputusan untuk beliau menjadi PAT.

    “Tetapi keputusan (majlis) ditangguhkan kerana kes yang beliau hadapi dan keputusan untuk menjawat jawatan PAT sepatutnya pada 1 Januari tahun ini tidak dilaksanakan serta ditangguhkan. Maka dengan pengumumannya untuk bersara awal bermula 1 Januari, jawatan PAT itu kosong,” katanya.

    ATM akan mulakan proses cari PAT baharu

    Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, antara alasan Muhammad Hafizuddeain memohon persaraan awal adalah bagi membolehkan ATM memulakan proses pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baharu.

    “Sekarang posisi (jawatan) itu dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain, jadi proses untuk memulakan pencarian PAT akan dilakukan sebelum kelulusan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    “Ia juga menjadi antara sebab beliau memohon untuk persaraan awal, bagi membolehkan kita mengisi jawatan PAT. Namun soal jawatan tertinggi ini adalah membabitkan proses di mana Majlis Angkatan Tentera akan memainkan peranan sebelum ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

    “Sekiranya Tuanku tidak bersetuju dengan mana-mana nama itu, maka kita akan bawakan lagi nama sehingga Tuanku perkenan,” katanya.

    Sebelum ini, BH melaporkan bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).

    SPRM memaklumkan bekas Panglima Tentera Darat itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

    SPRM turut hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak tahun 2023.

    Selain menyita enam akaun bank milik pegawai itu dan ahli keluarganya, SPRM turut merampas tiga jongkong emas, kenderaan mewah serta 23 utas jam jenama Rolex bagi membantu siasatan.

    Sebelum itu, Mohamed Khaled mengesahkan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan terhadap beliau selesai.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13535

  • Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera

    Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera

    KUALA LUMPUR 12 Jan – Satu kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan, di sini, mengorbankan seorang lelaki tempatan manakala sembilan individu lain dilaporkan cedera, hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataannya berkata, mangsa berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Terdahulu, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 11.40 pagi.

    Menurut Fadil, siasatan awal mendapati letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak berhampiran kafeteria di tingkat empat bangunan universiti terbabit.

    Beliau berkata, setakat ini lokasi kejadian telah disahkan selamat sepenuhnya, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

    Tambahnya, antara punca awal yang dikenal pasti adalah kemungkinan kebocoran gas bertekanan tinggi, namun perkara itu masih dalam siasatan forensik pihak bomba.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13536

  • Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera

    Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera

    KUALA LUMPUR 12 Jan – Satu kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan, di sini, mengorbankan seorang lelaki tempatan manakala sembilan individu lain dilaporkan cedera, hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataannya berkata, mangsa berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Terdahulu, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 11.40 pagi.

    Menurut Fadil, siasatan awal mendapati letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak berhampiran kafeteria di tingkat empat bangunan universiti terbabit.

    Beliau berkata, setakat ini lokasi kejadian telah disahkan selamat sepenuhnya, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

    Tambahnya, antara punca awal yang dikenal pasti adalah kemungkinan kebocoran gas bertekanan tinggi, namun perkara itu masih dalam siasatan forensik pihak bomba.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13536

  • ‘Tak perlu tikam lagi’ – Anthony Loke ingatkan ahli DAP jaga hubungan dengan Umno

    ‘Tak perlu tikam lagi’ – Anthony Loke ingatkan ahli DAP jaga hubungan dengan Umno

    KUALA LUMPUR 12 Jan – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan ahli parti supaya lebih berhemah dalam kenyataan dan tindakan kerana hubungan dengan Umno sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan tidak wajar direnggangkan.

    Menerusi sebuah podcast berbahasa Cina, Loke berkata, suka atau tidak, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menerajui Umno dan parti itu kini merupakan sekutu DAP dalam kerajaan, justeru hubungan berkenaan perlu dipelihara.

    Menurut beliau, perkara itu turut dibincangkan bersama Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, susulan hantaran terbaharu wakil rakyat itu yang mencetuskan kontroversi.

    Katanya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Bee Yin, namun memilih untuk tidak menegurnya secara terbuka.

    Sebelum ini, Bee Yin menerusi hantaran di media sosial meraikan kegagalan Najib menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

    Kata Loke, memandangkan Najib kini sedang menjalani hukuman penjara, matlamat yang ditetapkan parti sudah pun tercapai.

    “Tak perlu tikam lagi,” katanya merujuk kepada kenyataan Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong itu.

    Menteri Pengangkutan itu menjelaskan, walaupun DAP mempunyai prinsip dan pendirian sendiri, tidak ada keperluan untuk merosakkan hubungan dengan rakan sekutu.

    “Kalau mahu bercakap tentang kerjasama (dengan Umno), tentang kerajaan bergerak ke depan dan melaksanakan reformasi bersama, semua pihak perlu berkomunikasi.

    “Apabila kita rosakkan (hubungan itu), komunikasi menjadi sangat sukar,” kata Loke dipetik Malaysiakini.

    Bulan lalu, Bee Yin mencetuskan kemarahan pemimpin Umno dan sebahagian pihak dalam Pakatan Harapan (PH) selepas menulis “satu lagi sebab untuk diraikan hujung tahun ini” susulan keputusan mahkamah berkaitan permohonan Najib.

    Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kemudiannya berkata mungkin sudah tiba masanya parti itu menilai semula kerjasama dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan Umno.

    Umno Puchong turut memutuskan semua hubungan dengan PH selepas Bee Yin enggan memohon maaf, manakala Pemuda Umno mengadakan konvensyen khas menggesa parti menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan.

    Mengulas lanjut, Loke berkata tindakan berkenaan sepatutnya boleh ditangani dengan lebih baik.

    “Jika dilihat kembali, beliau boleh tanganinya dengan lebih baik,” katanya.

    Beliau turut menyatakan Bee Yin sepatutnya meraikan perkara itu secara dalaman.

    “Saya hanya kata tindakan dan (kata-kata) ini tidak perlu,” katanya.

    Najib, 72, kini menjalani hukuman penjara enam tahun sejak Ogos 2022 selepas disabitkan bersalah menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.

    Beliau sebelum ini memohon untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah, namun Mahkamah Tinggi memutuskan tiada mekanisme undang-undang yang membenarkan pelaksanaan hukuman berkenaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13538

  • Polis siasat anggotanya tiba-tiba tampar penunggang motosikal di stesen minyak di JB

    Polis siasat anggotanya tiba-tiba tampar penunggang motosikal di stesen minyak di JB

    JOHOR BAHRU 12 Jan – Polis mengesan satu rakaman video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal ditampar oleh seorang individu di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, video berkenaan dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Komuniti Johor’ dan kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 6.50 petang pada 11 Januari lalu.

    “Siasatan awal mendapati individu yang terlibat dikenal pasti sebagai seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara dan berada dalam tempoh cuti semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut beliau, setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu, namun mangsa telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan bagi membantu siasatan.

    “Polis memandang serius sebarang kesalahan atau salah laku yang membabitkan pegawai dan anggota polis. Sehubungan itu, satu siasatan dalaman telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang atau tatakelakuan yang ditetapkan,” katanya.

    Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan dan diminta tampil memberikan kerjasama sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

    Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, adil dan berintegriti.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13537

  • Ahmad Zahid bebas, tidak boleh didakwa lagi – Peguam Negara

    Ahmad Zahid bebas, tidak boleh didakwa lagi – Peguam Negara

    KUALA LUMPUR – Keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa tiada tindakan lanjut (NFA) bagi kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bermaksud Timbalan Perdana Menteri itu bebas dan tidak boleh didakwa lagi.

    Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, keputusan itu bukan secara suka-suka, sebaliknya dibuat dengan penelitian menyeluruh terhadap siasatan dan penilaian pendakwaan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepadanya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sebarang prosiding.

    “(Ahmad Zahid) bebas secara muktamad, mutlak tiada masalah. Jadi, beliau tidak boleh didakwa lagi. Kita menggunakan kuasa di bawah undang-undang apabila melihat enam representasi. Saya bertindak bukan atas suka-suka, ia adalah berdasarkan fakta undang-undang yang dibangkitkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

    Pada 8 Januari lalu, AGC memutuskan NFA terhadap Presiden UMNO itu bagi 47 pertuduhan berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

    Keputusan itu dibuat susulan penelitian terhadap keseluruhan siasatan dan keterangan baharu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 mengumumkan DNAA (melepas tanpa membebaskan) Ahmad Zahid atas pertuduhan itu.

    Ditanya pendakwaan kes tersebut mempunyai prima facie, Mohd. Dusuki berkata, pihaknya menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang dan penelitian lanjut terhadap siasatan.

    Beliau berkata, terdapat pelbagai aliran kewangan dan isu utama dikenal pasti yang akhirnya melemahkan kes pendakwaan.

    “Oleh itu, kuasa digunakan untuk tidak meneruskan pendakwaan kerana keadaan dan fakta kes telah berubah. Siasatan yang dijalankan adalah komprehensif. Ketika pertuduhan terhadap Ahmad Zahid difailkan sebelum ini, terdapat beberapa kekurangan dalam siasatan pada peringkat awal.

    “Persoalan mengenai prima facie dikaji semula kerana fakta-fakta baharu diteliti semula. Keadaan ini menjadikan kes tersebut tidak lagi diteruskan. Namun demikian, keputusan hakim berhubung kewujudan prima facie tetap dihormati,” katanya.

    Beliau berkata, terdapat kes-kes lain apabila tertuduh dipanggil membela diri dan disabitkan oleh Mahkamah Tinggi, namun apabila dibawa ke Mahkamah Rayuan, mahkamah mendapati terdapat keperluan untuk mengurangkan hukuman.

    “Situasi sebegini bukan sesuatu yang luar biasa dalam proses kehakiman. Oleh itu, pandangan keputusan ini dibuat secara suka-suka adalah tidak tepat. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan undang-undang, fakta kes dan tidak memungkinkan kes diteruskan kerana kes dilute (kes lemah),” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/12/ahmad-zahid-bebas-tidak-boleh-didakwa-lagi-peguam-negara/

  • ‘Ada peluang nak rujuk, kalau boleh saya tak nak bercerai’

    ‘Ada peluang nak rujuk, kalau boleh saya tak nak bercerai’

    KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli mengharapkan masih wujud ruang untuk kembali berbaik dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose, meskipun mereka kini sah bercerai talak satu.

    Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, keputusan melafazkan cerai bukan perkara mudah, namun tetap berharap laluan rujuk pada masa hadapan.

    “Sumpah demi Allah, saya sebenarnya tak mahu lepaskan pun.

    “Tetapi saya terpaksa lepaskan sebab dengan cara ini saya rasa masih ada ruang dan peluang untuk rujuk semula,” katanya kepada Kosmo! Online sambil menahan sebak.

    Tambah pelakon Dia Imamku itu, dia sudah tidak berdaya dari segi emosi dan menyifatkan hari berkenaan sebagai detik paling sukar dalam hidupnya.

    “Saya tak mampu nak bercakap, apatah lagi nak lafazkan cerai.

    “Hari ini hari paling tak menyeronokkan dalam hidup saya. Saya memang tak kuat, tak kuat langsung.

    “Kalau tanya hati saya, saya memang tak mahu perceraian ini,” luahnya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, petang tadi.

    Sementara itu, peguam mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh, menjelaskan kes sepatutnya melalui prosiding hakam, namun berlaku persetujuan untuk lafaz cerai dilakukan.

    “Pada hari ini, mereka sah bercerai talak raj’ie pada pukul 12.56 tengah hari dengan kebenaran mahkamah di hadapan hakim.

    “Kamal masih menaruh harapan. Talak raj’ie memberi ruang rujuk sepanjang tempoh idah.

    “Dalam tempoh ini, beliau masih boleh berusaha sekiranya jodoh masih ada. Jika sebaliknya, itu bermakna sampai di situ sahaja hubungan mereka,” jelasnya.

    Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie Puan Siti Noraini Mohd. Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula tarikh lafaz talak serta mendaftarkan perceraian pasangan tersebut.

    Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

    Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, dilahirkan pada 27 April 2024. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/12/ada-peluang-nak-rujuk-kalau-boleh-saya-tak-nak-bercerai/

  • ‘Kami gurau memang begini’ – Isteri pertahan ‘wanita buatan’ Remy Ishak

    ‘Kami gurau memang begini’ – Isteri pertahan ‘wanita buatan’ Remy Ishak

    PETALING JAYA – Menerima kecaman netizen gara-gara berkongsi gambar bersama seorang ‘wanita’ di media sosial, isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mempertahankan tindakan suaminya itu.

    Ezza sedia maklum gambar yang dikongsikan terbabit adalah hasil janaan kecerdasan buatan (AI) dan mengakui semua itu hanya gurauan semata-mata dengan Remy, 44.

    “Kami bergurau memang begini. Jangan ambil hati, ya,” demikian penjelasan ringkas Ezza menerusi Threads.

    Dalam hantaran yang sama, Ezza memuat naik tangkap layar memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita itu kepadanya.

    Sudah terbiasa dengan cara Remy, Ezza berseloroh menyifatkan tindakannya itu sebagai ‘gila’.

    “Kenapa ada dimple (lesung pipit) juga,” soal Ezza dalam tangkap layar dikongsikan.

    Remy kemudian menjawab: “Manalah aku tahu. ChatGPT punya kerja. Saya nak muat naik ke IG Story.”

    Sebelum ini, aktor itu dituduh tidak menghormati isteri kerana memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan AI.

    Bagaimanapun, perkongsian Remy itu sudah dipadam selepas mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata menyifatkannya tidak menghormati perasaan isteri. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/12/kami-gurau-memang-begini-isteri-pertahan-wanita-buatan-remy-ishak/