Author: jnj-admin

  • Murid bawa botol air, kipas pergi sekolah

    Murid bawa botol air, kipas pergi sekolah

    PETALING JAYA – Fenomena cuaca panas yang melanda negeri-negeri di utara tanah air termasuk Pulau Pinang, mendorong murid-murid membawa bekalan air sehingga dua liter dan kipas mini ke sekolah. Dalam masa sama, semua sekolah terutama yang mempunyai kepadatan murid yang tinggi pula disarankan menambah mesin penapis air bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaaan pelajar. Di George Town, tinjauan Kosmo! di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor di sini semalam mendapati, majoriti murid dibekalkan dengan botol air pelbagai saiz untuk menghadapi……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/murid-bawa-botol-air-kipas-pergi-sekolah/

  • Ada rumah, tapi tumpang mandi di R&R

    Ada rumah, tapi tumpang mandi di R&R

    GUA MUSANG – Gangguan air di Taman Agropolitan Rantau Manis yang berlarutan sejak 2014 menyebabkan lebih 3,000 penduduk terpaksa menumpang mandi di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R), sungai selain mengangkut bekalan itu dari bandar sejauh 40 kilometer (km). Penduduk mendakwa situasi itu bukan sahaja membebankan, malah menjejaskan rutin harian kaum ibu, warga emas dan kanak-kanak lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Seorang penduduk, Sahazudin Mohammad, 52, berkata, dia menggunakan air R&R Rantau Manis untuk membersihkan diri. “Bekalan air di rumah……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/ada-rumah-tapi-tumpang-mandi-di-rr/

  • ‘Dia bukan pengganti, anak-anak cukup kasih sayang’

    ‘Dia bukan pengganti, anak-anak cukup kasih sayang’

    Segala yang berlaku menjadikan dirinya seorang ibu yang sentiasa mementingkan kehidupan anak-anak, Muhammad dan Nur Aurora hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Farid Kamil.

    “Ketika kecil, saya pernah mempersoal diri sendiri, sama ada semua yang berlaku adalah salah saya atau sebaliknya.

    “Namun, selepas memiliki anak, saya perlahan-lahan sedar bahawa setiap orang membuat keputusan yang dirasakan betul untuk mereka sendiri walaupun hakikatnya mungkin tidak.

    “Sebab itu saya rasa rugi sangat untuk mana-mana ibu bapa yang abaikan anak-anak sebab mereka yang akan beri kasih sayang kepada kita walau apa jua perkara berlaku,” katanya kepada HibGlam.

    Tambah bintang filem Imaginur itu, dia sangat terkesan melihat wujud ibu bapa yang sanggup mengabaikan anak-anak terutama selepas melalui fasa perceraian.

    “Saya terkilan juga melihat segelintir ibu bapa yang utamakan kepentingan, perasaan dan keadaan diri sendiri berbanding anak-anak.

    “Bagi saya, walaupun ada pasangan yang tidak lagi bersama, mereka tetap masih boleh beri banyak ruang dan cipta kehidupan indah dengan anak-anak.

    “Namun, mereka memilih tidak yang buat, bagi saya itu sangat merugikan.

    “Sepatutnya mereka yang boleh putuskan trauma hidup sebelum ini tetapi kita pula memilih meneruskannya, sayang betul,” katanya lagi.

    Melalui pengalaman ditinggalkan bapa kandung sejak kecil, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson itu bersyukur Farid sudah menjalankan peranan sebagai seorang ayah dengan baik setakat ini meski sudah bercerai.

    “Saya dengan Farid tidak akan pernah tergamak untuk tinggalkan anak-anak.

    “Jadi, kami cuma perlu belajar daripada pengalaman ibu bapa sendiri, ambil iktibar dan cuba buat lebih baik.

    “Saya bersyukur Farid tidak pernah culas untuk ‘ada’ dalam hidup anak-anak,” ujarnya.

    Katanya, tiada kata-kata indah dapat menggambarkan rasa syukur dikurniakan dua cahaya mata yang sentiasa menzahirkan cinta dan kasih sayang tidak berbelah bahagi buat dirinya.

    “Jiwa Muhammad dan Aurora penuh dengan rasa cinta pada ibu bapa mereka dan sangat menyokong kerjaya kami.

    “Setiap kali saya keluarkan lagu atau Farid ada filem baharu, mereka penyokong nombor satu.

    Bukan sahaja pengalaman lalu, Muhammad dan Aurora juga menjadikannya lebih menghargai setiap perkara yang berlaku dalam hidup setiap hari.

    “Saya belajar banyak benda, termasuk tentang setiap yang Tuhan tarik dari hidup, Dia nak beri dengan benda lain.

    “Semua rasa trauma dan kesedihan lalu, Tuhan gantikan dengan kerjaya yang baik serta anak-anak yang sangat baik.

    “Muhammad dan Aurora tiada masalah disiplin. Bila ibu bapa lain mengadu tentang anak-anak mereka, saya tak menghadapinya.

    “Anak-anak saya adalah perkara paling indah pernah saya minta dari Tuhan. Mereka sangat lembut hati dan penyayang. Apa lagi yang perlu saya minta?” ujarnya lagi.

    “Saya tak akan pernah terima sesiapa hanya untuk menggantikan tempat sebagai seorang ayah bahkan anak-anak sudah cukup kasih sayang daripada bapa mereka.

    “Lucunya, ramai sangka dia muda sedangkan lebih berusia daripada saya. Apa pun hubungan ini berjalan dengan baik setakat ini dan saling menyelami antara satu sama lain,” kongsinya.

    Ditanya sama ada akan menapis dahulu setiap lelaki yang cuba mendekatinya, wanita kacukan Melayu-Inggeris itu terbuka untuk mengenali sesiapa sahaja.

    “Saya rasa saya seorang yang peramah dan bukan seorang yang tertutup tapi pada masa yang sama masih tahu buat keputusan yang tepat.

    “Saya jenis terbuka dan berani buat keputusan terbaik untuk saya dan anak-anak.

    “Anak paling utama sebab mereka nombor satu dalam hidup saya. Kalau ada sesuatu yang tak kena, saya akan buat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk keluarga terlebih dahulu,” tutupnya. – KOSMO! ONLINE

    DIANA menyambut 1 Syawal tahun ini bersama ibu dan adiknya, sementara Muhammad dan Aurora beraya dengan Farid.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/dia-bukan-pengganti-anak-anak-cukup-kasih-sayang/

  • Gajet kanak-kanak, serlah kreativiti dan lebih selamat

    Gajet kanak-kanak, serlah kreativiti dan lebih selamat

    JENAMA myFirst muncul dengan variasi gajet khusus buat kanak-kanak yang bukan sahaja untuk mengekspresikan kreativiti mereka tetapi menjadi medium komunikasi dengan ibu bapa. Menerusi pelancaran bertemakan Explore Together, myFirst memperkenalkan generasi baharu barisan peranti mesra kanak-kanak yang diterajui oleh myFirst Insta Lux. Tidak seperti kamera cetak segera tradisional yang hanya menumpukan kepada proses mengambil gambar, myFirst Insta Lux direka berdasarkan cara kanak-kanak mencipta dan berkongsi kandungan pada masa kini. Ia dilengkapi kamera depan dan belakang 5MP, paparan IPS 2.8 inci……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/gajet-kanak-kanak-serlah-kreativiti-dan-lebih-selamat/

  • Harga ayam segar mungkin naik?

    Harga ayam segar mungkin naik?

    MELAKA – Persekutuan Persa­tuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) tidak menafikan kemungkinan harga ayam akan meningkat susulan kenaikan harga minyak diesel, namun masa sebenar kenaikan itu masih belum dapat dipastikan. Penasihatnya, Datuk Jeffrey Ng berkata, setakat ini harga ayam di Melaka masih kekal pada paras biasa dan tidak terjejas kerana negara masih menggunakan bekalan sedia ada. “Buat masa ini harga ayam masih stabil dan murah, namun kenaikan tetap akan berlaku di­sebabkan peningkatan kos terutama diesel yang ketara. “Bila kenaikan itu akan berlaku,…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/harga-ayam-segar-mungkin-naik/

  • Inovasi klinik AI tanpa doktor

    Inovasi klinik AI tanpa doktor

    PERKEMBANGAN teknologi kecerdasan buatan (AI) menyaksikan banyak kecanggihan dibangunkan sekali gus memberi impak kepada manusia sejagat. AI juga dilihat semakin mempengaruhi pelbagai sektor kehidupan termasuk penjagaan kesihatan yang kini boleh dilakukan secara automatik tanpa perlu berjumpa doktor. Bayangkan, anda ke klinik kerana masalah kesihatan tetapi bukan untuk bertemu susuk doktor. Itulah yang telah berlaku secara meluas di China. Apa yang perlu dilakukan ialah pesakit akan berkongsi simptom masalah kesihatan di kabin perubatan digital, One Minute Clinic (OMC) sebelum diberikan ubat……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/inovasi-klinik-ai-tanpa-doktor/

  • 2026 masih buang sampah ikut tingkap kereta

    2026 masih buang sampah ikut tingkap kereta

    “Ingat kita kuli dia ke nak kena kutip dan sapu sampah yang dia buang merata-rata.” Kata-kata ini pernah terpacul dari mulut Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri keempat kerana kecewa dengan sikap segelintir rakyat yang membuang sampah sesuka hati di jalanan termasuk melempar sampah daripada kenderaan. Kini sudah 2026, namun masih ada segelintir daripada kita yang nampaknya masih tebal dengan perangai kurang bertamadun terutama terhadap aspek penjagaan kebersihan di tempat awam. Mereka bagaikan masih ‘kurang reti’ mengenai cara……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/2026-masih-buang-sampah-ikut-tingkap-kereta/

  • Hierarki jadi penghalang politikus muda

    Hierarki jadi penghalang politikus muda

    LANDSKAP politik negara ketika ini dilihat didominasi pemimpin berusia, sekali gus menimbulkan persoalan besar mengenai masa depan peralihan kepimpinan kepada generasi muda. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadun, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Sabri Md. Nor, majoriti ketua parti besar di Malaysia berusia lebih 70 tahun dan situasi itu menunjukkan berlakunya fenomena ‘penuaan politik’ yang ketara. “Keadaan ini secara objektifnya meletakkan Malaysia di ambang satu peralihan generasi yang besar, namun proses itu tidak berlaku dengan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/31/hierarki-jadi-penghalang-politikus-muda/

  • Tiada sijil nikah, Abby Abadi mahu menantu dikenakan tindakan

    Tiada sijil nikah, Abby Abadi mahu menantu dikenakan tindakan

    PETALING JAYA – Tampil bersuara, pelakon dan usahawan Abby Abadi menggesa institusi perundangan mengenakan tindakan terhadap mana-mana lelaki yang gagal menyelesaikan isu pernikahan dengan pasangan mereka.

    Menurut Abby, perkara tersebut juga perlu dikenakan terhadap menantunya, Ahmad Aslam yang sehingga kini perkahwinannya dengan Marissa Dania Hakim tidak mempunyai sijil pengesahan nikah.

    “Tolonglah Mahkamah Syariah di Malaysia, isu-isu macam ini tidak bolehkah nak ambil sebarang tindakan untuk beri pengajaran kepada pihak lelaki?

    “Sudahlah nikah di luar Malaysia, tiada pula pengesahan sijil nikahnya.

    “Sudah dua tahun, buat pihak perempuan saja dipandang hina,” katanya dalam Threads.

    Tambah Abby, dia bimbang keadaan bertambah teruk sekiranya ibu bapa campur tangan dalam masalah tersebut.

    “Tak menjadi kesalahan ke di Malaysia lelaki perangai macam ini? Sesuka hati nak buat apa pun.

    “Kalau ibu bapa bertindak nanti, takut mereka pula yang ke dalam (penjara),” katanya lagi.

    Hari ini, Marissa dan Ahmad Aslam hadir ke mahkamah berikutan prosiding menentukan status sebenar hubungan mereka sama ada masih sah sebagai suami isteri atau sebaliknya.

    Ini berikutan Ahmad Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, Marissa Dania Hakim sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza.

    Peguam syarie mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, mahkamah belum dapat membuat keputusan muktamad berhubung kes tersebut dan menangguhkan kes ke tarikh yang akan dimakluman kelak.

    Dalam masa sama, ketiadaan sijil nikah rasmi juga menyebabkan proses perundangan menjadi sedikit rumit.

    Perkara itu berpunca daripada perkahwinan pasangan itu yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, sekali gus menyebabkan proses pendaftaran di negara ini masih belum selesai.

    Sebelum ini, Marissa dan Aslam pernah hadir ke mahkamah sama pada Mei 2025 bagi tujuan pengesahan perkahwinan, namun proses berkaitan masih berlanjutan sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/30/tiada-sijil-nikah-abby-abadi-mahu-menantu-dikenakan-tindakan/

  • Italy dilaporkan menolak permintaan pesawat tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di pangkalan udara Sigonella di Sicily sebelum meneruskan operasi ke Timur Tengah kerana tiada kelulusan rasmi diperoleh terlebih dahulu.

    Italy dilaporkan menolak permintaan pesawat tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di pangkalan udara Sigonella di Sicily sebelum meneruskan operasi ke Timur Tengah kerana tiada kelulusan rasmi diperoleh terlebih dahulu.

    Menurut laporan, beberapa pesawat pengebom AS sepatutnya menggunakan pangkalan itu, namun kerajaan di Rome menegaskan setiap penggunaan fasiliti ketenteraan perlu melalui proses kebenaran dan rundingan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sedia ada.Walaupun keputusan itu dibuat di tengah ketegangan perang Iran, kerajaan Italy menegaskan hubungan dengan AS kekal kukuh dan setiap permintaan akan dinilai secara kes demi kes, berbeza dengan langkah lebih tegas Sepanyol yang menutup terus ruang udaranya.Sumber: Reuters

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18gCfntA9o/