Dalam kenyataan di media sosial, beliau menyebut kemungkinan memusnahkan loji jana elektrik, telaga minyak serta Kharg Island sekiranya rundingan gagal dicapai dalam masa terdekat.Walaupun Trump mendakwa rundingan menunjukkan “kemajuan besar”, nada ugutan tersebut mencerminkan tekanan yang semakin meningkat dalam konflik berkaitan Strait of Hormuz.Sumber: Al JazeeraGambar: Evan Vucci / Associated Press
Author: jnj-admin
-

Donald Trump berkata beliau yakin Amerika Syarikat akan mencapai perjanjian dengan Iran selepas rundingan yang menurutnya berjalan dengan sangat baik.
Beliau menjelaskan rundingan itu dilakukan secara langsung dan tidak langsung, selain mendakwa Iran telah memberikan beberapa konsesi termasuk membenarkan kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz sebagai tanda hormat kepada AS.Dalam masa sama, beliau mengakui operasi ketenteraan masih diteruskan dengan serangan terhadap sasaran di Iran, sambil mendakwa keadaan itu telah membawa kepada apa yang disifatkannya sebagai perubahan rejim.Sumber: Al JazeeraGambar: Nicole Combieau / Getty Images
-

Satu peluru berpandu dari Iran dilaporkan mengenai fasiliti kimia di kawasan industri Neot Hovav berhampiran Beersheba, mencetuskan kebakaran dan kepulan asap tebal di ruang udara.
Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi untuk mengawal keadaan, manakala penduduk sekitar diarahkan kekal di dalam rumah kerana kebimbangan kemungkinan kebocoran bahan berbahaya.Walaupun pihak berkuasa kemudian mengesahkan tiada bahan berbahaya dilepaskan, serangan ini dilihat sebagai tanda peningkatan ketegangan apabila Iran mula menyasarkan infrastruktur penting Israel.Sumber: Al JazeeraGambar: Reuters
-

Isu tular pembinaan kuil di UKM: Universiti tunggu tindakan Kerajaan Negeri
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil maklum keprihatinan masyarakat mengenai isu tular dan menegaskan bahawa isu pembinaan kuil di kawasan universiti sedang ditangani dengan penuh berhati-hati serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menurut kenyataan rasmi UKM, pihak universiti telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kerajaan Negeri Selangor mengenai penempatan kuil yang didakwa tidak sah di sebahagian tanah UKM.
“Hasil daripada perbincangan tersebut, keputusan telah diambil untuk membawa isu ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) Negeri Selangor.
“Sehubungan itu, pihak UKM perlu menunggu maklum balas serta tindakan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor sebelum sebarang langkah selanjutnya dapat dilaksanakan,” jelas kenyataan itu.
UKM menekankan bahawa sebarang tindakan perlu mengikut prosedur rasmi dan pertimbangan pihak berkuasa untuk memastikan penyelesaian yang menyeluruh, berhemah dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
“Sebarang tindakan perlu melalui prosedur yang ditetapkan serta melibatkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa, termasuk Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh, berhemah dan tidak menyinggung mana-mana pihak,” katanya.
Universiti juga menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan atau ketegangan dalam komuniti.
Pihak UKM menegaskan isu ini memerlukan pendekatan berperingkat dan berhati-hati, serta berharap ia dapat diselesaikan secara tuntas. Universiti akan terus memantau perkembangan dan bergantung kepada keputusan pihak berkuasa untuk langkah seterusnya, sambil menghargai keprihatinan masyarakat terhadap isu ini.
🔗 Source: https://thereporter.my/isu-tular-pembinaan-kuil-di-ukm-universiti-tunggu-tindakan-kerajaan-negeri/
-

Pasangan tunang dicekup, beri alasan bantu kemas rumah selepas open house
Pasangan tunang dicekup dalam satu serbuan yang dijalankan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Pihak JAIM memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kes khalwat.
Semasa serbuan dijalankan, lelaki berkenaan memberi alasan bahawa dia membantu tunangnya mengemas rumah selepas selesai majlis rumah terbuka.
Hasil pemeriksaan mendapati pasangan tersebut baru bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.
Selamat Hari Raya Aidilfitri #operasi #bpk #jaim #penguatkuasaagama #kerja
Pegawai JAIM mengingatkan bahawa pasangan berkenaan merupakan individu bukan mahram dan perbuatan bersekediaman serta berkurung boleh mendatangkan syak dan merupakan satu kesalahan.
“Kita tak tuduh awak berzina, tapi kena faham bila berdua-duaan tiada hubungan, berkurung mendatangkan syak, satu kesalahan,” katanya.
Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 27 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.
🔗 Source: https://thereporter.my/pasangan-tunang-dicekup-beri-alasan-bantu-kemas-rumah-selepas-open-house/
-

Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat mempunyai “banyak alternatif” selain menghantar tentera darat dalam konflik dengan Iran.
Beliau turut mendakwa perang tersebut kini berada “beberapa minggu lebih awal daripada jadual” serta yakin satu perjanjian dengan Iran boleh dicapai dalam masa terdekat.Dalam masa sama, Trump menyatakan pihaknya percaya Mojtaba Khamenei masih hidup namun mungkin mengalami kecederaan serius, selain mengesahkan Iran telah memberikan sebahagian besar perkara dalam pelan 15 perkara.Sumber: Al JazeeraGambar: Allison Robbert / AP
-

‘Anak Mama kuat!’ – Abby Abadi titip pesanan buat Marissa
Usahawan dan selebriti, Abby Abadi menitipkan pesanan penuh makna buat agar menghargai kehidupan dan tidak mengikut arus tanpa tujuan, di tengah kemelut rumah tangga melibatkan anaknya, Marissa Dania Hakim.
Abby menasihatkan supaya terus belajar memahami erti hidup, selain menegaskan nilai sebenar kehidupan terletak pada ketenangan jiwa, bukan kehebatan semata-mata.
“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi milik ALLAH ini. Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang ALLAH anugerahkan.
“Kalau hari ini, adik (Marissa) beluam faham erti hidup, tak apa. Yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tapi buat bila sesuatu itu memberi nilai untuk hidup. Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang,” pesannya.
Menurut Abby, pada usia muda, kesilapan bukan bermakna kegagalan sebaliknya proses untuk menjadi insan lebih baik dan matang. Beliau turut memberi kata semangat dengan menyifatkan anaknya sebagai seorang yang kuat dalam menghadapi ujian kehidupan.
“Nasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal. Itu tanda sedang belajar jadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak Mama kuat!” katanya.
A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)
Dalam pada itu, memetik laporan Kosmo, pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza. Peguam syarie mewakili Aslam memaklumkan lafaz cerai pertama berlaku sekitar September 2024 dan dirujuk semula pada bulan sama, manakala lafaz kedua pada April 2025 sebelum rujuk pada Jun 2025.
Jelasnya, pihaknya tidak memfailkan perceraian, sebaliknya hanya memohon pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang telah berlaku di luar mahkamah. Permohonan itu difailkan pada 10 Mac 2026 dan kini dalam proses di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menentukan kesahihan lafaz berkenaan.
Bagaimanapun, kes tersebut menjadi lebih rumit kerana pasangan itu masih belum memperoleh sijil nikah selepas bernikah di Thailand, selain proses pendaftaran perkahwinan di Malaysia yang belum selesai sepenuhnya.
Memetik laporan Harian Metro pula, mahkamah menangguhkan sebutan kes ke satu tarikh lain berikutan terdapat beberapa isu hukum syarak dan undang-undang yang perlu diperhalusi terlebih dahulu. Ahmad Aslam ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan hanya memohon doa yang baik, manakala Marissa dilaporkan berada dalam keadaan baik.
🔗 Source: https://thereporter.my/anak-mama-kuat-abby-abadi-titip-pesanan-buat-marissa/
-

Satu video tular mendakwa rakyat Filipina terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja akibat kekurangan petrol susulan konflik Timur Tengah, namun dakwaan itu segera dipersoalkan.
Rakyat tempatan menjelaskan situasi sebenar hanyalah penumpang berjalan ke arah kenderaan awam yang baru tiba kerana bas dan van sering penuh terutama waktu puncak.Dalam masa sama, mogok pengangkutan serta kenaikan harga bahan api memang memberi kesan kepada operasi, tetapi video tersebut disifatkan mengelirukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.Sumber: Harian Metro
-

Penyalahgunaan dadah dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes gangguan mental di Kelantan, dengan ratusan pesakit turut mengalami masalah ketagihan.
Pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II mendedahkan hampir separuh pesakit yang dimasukkan ke wad psikiatri mempunyai sejarah penggunaan dadah termasuk pil kuda, syabu dan bahan sintetik lain.Lebih membimbangkan, penggunaan bahan ini boleh mencetuskan halusinasi, delusi serta kerosakan otak, malah ada pesakit kembali mengambil dadah untuk “merawat” diri sehingga keadaan mental menjadi semakin teruk.Sumber: Harian MetroGambar hiasan (AI)
-

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran akan menghantar 20 kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz bermula Isnin sebagai tanda “hormat” kepada AS.
Trump berkata rundingan dengan Iran sedang berjalan dengan sangat baik, malah yakin satu perjanjian boleh dicapai dalam masa terdekat walaupun masih ada kemungkinan gagal.Namun sebelum ini, Iran dilaporkan menolak pelan 15 perkara yang dikemukakan AS dan menegaskan sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat serta garis masa mereka sendiri.Sumber: Anadolu Agency









