Author: jnj-admin

  • 酱油蛋卖近16令吉惹议 网红亲自解释

    酱油蛋卖近16令吉惹议 网红亲自解释

    (吉隆坡11日讯)马来饮食网红凯鲁阿明(Khairul Aming)开设的第一家餐厅Rembayung获得热烈反应,但有网友批评该餐厅食物价格昂贵,其中单是酱油煮鸡蛋( telur masak kicap )就要售卖15令吉90仙;导致他不得不亲自说明原因。

    据Tiktok网友转载凯鲁阿明的直播视频时指出,经营餐厅的成本涵盖各种事项,并非所售卖的食物而已。

    “有人说酱油煮鸡蛋就要15令吉90仙,宁愿从住家旁边的小摊位购买,且更便宜,没错,但你们要明白,餐厅的成本不只是盘中(的食物)而已,人们以为鸡蛋价格是每粒1令吉乘于3,不是这样算的。

    “要烹饪这个只有3粒鸡蛋的酱青煮鸡蛋,我就必须要动用50名员工在厨房准备和端上食物和饮料给客户。

    “此外,还有电灯、18台冷气机和3个(大)风扇(的电费),还没包括餐厅的支付系统等,很多的。”

    据了解,由于Rembayung热烈反应,目前仅开放客户预约。

  • Tiap dekad ‘takluk’ mercu ikonik

    Tiap dekad ‘takluk’ mercu ikonik

    MALAM ini andai terlaksana bagai direncana, satu lagi sejarah baharu bakal dicipta Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin apabila kembali beraksi di stadium terbesar Asia Tenggara, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Dengan ‘penaklukan’ SNBJ sempena 30 tahun dalam industri, Siti bagai melestarikan keraian pencapaian setiap dekadnya di mercu-mercu ikonik setelah melakukannya di Royal Albert Hall (RAH), London, England sempena dekad pertama pada 2005 dan sempena dekad kedua di Stadium Negara, Kuala Lumpur menerusi Konsert Siti and Friends pada 2016.……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/tiap-dekad-takluk-mercu-ikonik/

  • Haq ‘menyala’ perjuangkan kuasa wanita

    Haq ‘menyala’ perjuangkan kuasa wanita

    LAWAN sehingga berjaya mendapat hak yang sepatutnya dimiliki. Begitulah perjuangan seorang wanita, Shazia Bano lakonan Yami Gautam yang menuntut haknya sebagai isteri dan anak-anaknya selepas bercerai talak tiga dengan suaminya, Abbas Khan (Emran Hashmi).

    Filem tersebut mengisahkan kehidupan Shazia Bano berubah selepas suaminya mengahwini wanita lain dan menceraikannya dengan talak tiga.

    Shazia seterusnya berjuang di mahkamah untuk menuntut hak sendiri dan anak‑anaknya selepas bekas suaminya culas membayar nafkah.

    Naskhah arahan Suparn S. Varma tersebut diinspirasikan daripada kes benar Shah Bano Begum di India yang memperjuang isu perkahwinan dan nafkah dalam institusi perkahwinan Islam.

    Sejak ditayangkan dalam Netflix, Haq berjaya menambat hati penonton kerana jalan cerita mengenai kuasa wanita dan undang-undang serta tersenarai sebagai antara filem paling popular sehingga hari ini.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/haq-menyala-perjuangkan-kuasa-wanita/

  • 40 lubang ‘congkak puaka’ dekat LTU Gua Musang ditampal

    40 lubang ‘congkak puaka’ dekat LTU Gua Musang ditampal

    GUA MUSANG – Lebih 40 kawasan berlubang di laluan sementara Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3BC dekat Taman Wangi di sini sudah ditampal malam tadi.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, tindakan segera itu dilakukan kerana laluan itu dijangka sesak dengan kenderaan sempena pembukaan sesi persekolahan.

    “Kerja-kerja tampalan dilakukan bermula kira-kira pukul 10 malam. Aliran trafik dijangka sesak apabila anak-anak tahun satu dan tingkatan satu mula mendaftar. Saya minta tolong kontraktor 3D untuk tampal segera lubang-lubang puaka depan jalan Taman Wangi.

    “Terima kasih pihak konsensi Roadcare (M) Sdn. Bhd. dan Jabatan Kerja Raya (JKR) LTU. Lebih 40 lubang ditutup malam ini (tadi). Nampaknya semua letih, tetapi tanggungjawab mesti ditunaikan,” katanya.

    Mohd. Syahbuddin memberitahu, isu kerosakan jalan dekat Taman Wangi bukan masalah baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak bertahun lamanya tanpa penyelesaian muktamad.

    Katanya, jalan tersebut mengalami kerosakan yang sama apabila hanya ditampal sementara sebelum kembali rosak dalam tempoh singkat, sekali gus membahayakan keselamatan pengguna. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/lebih-40-lubang-puaka-dekat-ltu-taman-wangi-ditampal/

  • Tun Mahathir jalani fisioterapi, proses pemulihan agak lama

    Tun Mahathir jalani fisioterapi, proses pemulihan agak lama

    PUTRAJAYA- Proses pemulihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat patah tulang pinggul dijangka mengambil masa lama ekoran faktor usia.

    Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff berkata, selain itu, rawatan terbaik terhadap beliau juga diputuskan secara fisioterapi tanpa pembedahan.

    “Setelah berbincang dengan doktor pakar di IJN, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur, diputuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan yang terbaik baginya.

    “Mengambil kira faktor usia Dr. Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini sebentar tadi.

    Sufi berkata, Tun M masih meneruskan rawatan di IJN bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh pada 6 Januari lepas di kediamannya di The Mines.

    “Dr. Mahathir dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

    “Buat masa ini juga, Dr. Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/patah-tulang-pinggul-proses-pemulihan-tun-m-makan-masa/

  • Ibu sabar menanti ‘kepulangan’ Zarif hilang di Pantai Sauh

    Ibu sabar menanti ‘kepulangan’ Zarif hilang di Pantai Sauh

    KUALA NERUS – Seorang ibu tidak tidur semalaman menunggu pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat anak lelakinya, Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, yang dikhuatiri lemas di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini.

    Siti Hajar Ismail, 42, berkata, dia berharap jasad Muhammad Zarif dapat ditemui segera tidak kira sama ada masih hidup ataupun sebaliknya.

    “Sewaktu kejadian anak saya, Muhammad Zarif dan kakaknya serta dua sepupu lelakinya mengikut ibu saudara, Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, ambil angin di tepi pantai.

    “Tak sangka jadi begini. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian dari rumah di Kampung Batu Rakit berhampiran sebaik mengetahui musibah tersebut,” katanya ketika ditemui di Pantai Sauh di sini hari ini.

    Turut menanti di lokasi kejadian, nenek Muhammad Zarif, Khatijah Yusof, 65, yang tidak putus-putus membaca al-Quran bagi memudahkan operasi mencari cucu lelakinya.

    Terdahulu, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas setelah dibawa arus laut ekoran dipukul ombak besar sewaktu sedang membasuh kaki di Pantai Sauh di sini pada pukul 6.32 petang semalam.

    Siti Hajar berkata, Muhammad Zarif sepatutnya memasuki pra sekolah di salah sebuah pusat asuhan tunas islam (Pasti) berhampiran rumah mereka esok. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/ibu-sabar-menanti-kepulangan-zarif-hilang-di-pantai-sauh/

  • Penduduk Kelantan pakai jaket tebal, suhu serendah 19°C

    Penduduk Kelantan pakai jaket tebal, suhu serendah 19°C

    PETALING JAYA – Cuaca sejuk luar biasa melanda Kelantan apabila kebanyakan jajahan di negeri itu dijangka merekodkan suhu paling rendah sekitar 19 darjah Celsius bermula Isnin hingga Selasa, sekali gus mencuri perhatian ramai penduduk.

    Menurut pemerhatian dan perkongsian penduduk tempatan, keadaan sejuk itu bukan sahaja dirasai pada waktu malam, malah berlarutan hingga awal pagi, menyebabkan sebahagian kawasan mencatat suhu harian sekitar 21 hingga 22 darjah Celsius sepanjang minggu ini.

    Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa jajahan termasuk Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh mengalami cuaca dingin yang jarang berlaku, dengan angin sejuk dan suhu rendah ketara terutama pada waktu Subuh.

    Lebih mengejutkan, kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang dilaporkan mencatat suhu di bawah 15 darjah Celsius, menjadikannya antara kawasan paling sejuk di Semenanjung ketika ini.

    Seorang pengguna media sosial, Mohd. Azlan Rahim, berkata cuaca sejuk yang dialami sejak beberapa hari lalu adalah antara paling ketara pernah dirasainya.

    “Pagi-pagi memang rasa macam berada di Cameron Highlands. Nafas pun berasap, air paip sangat sejuk dan terpaksa pakai jaket tebal,” katanya.

    Di media sosial, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama dengan ada yang berseloroh Kelantan kini ‘berasa seperti luar negara’, selain memuat naik gambar termometer dan suasana berkabus pada waktu pagi.

    Seorang penduduk Kota Bharu, Siti Nabila, berkata cuaca dingin itu memberi kelainan kepada rutin harian.

    “Jarang Kelantan rasa sejuk macam ni. Tidur malam pun tak perlu kipas, selimut memang wajib,” katanya.

    Difahamkan, fenomena cuaca sejuk tersebut dipercayai dipengaruhi oleh tiupan angin monsun timur laut serta keadaan atmosfera yang lebih stabil, sekali gus menyebabkan penurunan suhu terutama pada awal pagi.

    Orang ramai dinasihatkan agar menjaga kesihatan, terutama golongan kanak-kanak dan warga emas, selain mengambil langkah berjaga-jaga terhadap perubahan cuaca yang luar biasa itu. – KOSMO! ONLINE.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/penduduk-kelantan-pakai-jaket-tebal-suhu-serendah-19c/

  • Ibu sabar tunggu Zarif ‘pulang’

    Ibu sabar tunggu Zarif ‘pulang’

    KUALA NERUS – Kegirangan lima kanak-kanak dibawa ibu saudara mereka bersiar-siar beriadah bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak besar di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini kelmarin.

    Sewaktu kejadian pada pukul 6.32 petang itu, mangsa, Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, dikatakan ke gigi air untuk membasuh kaki sebelum ditarik ombak besar ke tengah laut.

    Ibu mangsa terkejut apabila dimaklumkan anaknya hilang dalam kejadian itu dan tidak berganjak menunggu pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat anak lelakinya, Muhammad Zarif yang dikhuatiri lemas itu.

    Siti Hajar Ismail, 42, berkata, dia berharap jasad Muhammad Zarif dapat ditemui segera tidak kira sama ada masih hidup ataupun sebaliknya.

    “Sewaktu kejadian anak saya, Muhammad Zarif dan kakak­nya serta dua sepupu lelakinya mengikut ibu saudara, Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, ambil angin di tepi pantai.

    “Tak sangka jadi begini. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian dari rumah di Kampung Batu Rakit berhampiran sebaik me­ngetahui musibah tersebut,” katanya ketika ditemui di Pantai Sauh di sini semalam.

    Turut menanti di lokasi kejadian, nenek Muhammad Zarif, Khatijah Yusof, 65, yang tidak putus-putus membaca al-Quran bagi memudahkan operasi mencari cucu lelakinya.

    Siti Hajar berkata, Muhammad Zarif sepatutnya memasuki prasekolah di salah sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) berhampiran rumah mereka pada hari ini (semalam).

    Dia berkata, begitupun anak lelakinya itu seakan-akan tidak teruja mahu memasuki Pasti dengan alasan tidak mahu berpisah dengan adik bongsunya yang berusia tiga tahun.

    “Dia (Muhammad Zarif) juga kata mahu tidur (tidak mahu bangun awal) dan menyuruh saya pula yang bersekolah. “Tidak sangka itu keletahnya yang terakhir,” katanya.

    Terdahulu, Muhammad Zarif dikhuatiri lemas setelah dibawa arus laut ekoran dipukul ombak besar sewaktu sedang membasuh kaki di Pantai Sauh di sini pada pukul 6.32 petang kelmarin.

    Ibu saudara mangsa, Siti Nu­rul Aina Sahirah Ismail, 31, berkata, sebelum kejadian, dua anaknya, Mohd. Sharim Sameer, 4, Muhammad Darwish Uwais, 7, dan Muhammad Zarif te­lah dibawa bersiar-siar di pesisir Pantai Saung pada pukul 6 petang.

    “Sebelum pulang, anak saya, Muhammad Darwish Uwais dan Muhammad Zarif mahu mem­basuh kaki di gigi air.

    “Mereka tiba-tiba ditarik om­bak besar lalu mula diha­nyutkan ke tengah laut. Saya yang panik segera mahu me­nye­lamatkan mereka,” katanya ketika ditemui di Pantai Saung di sini semalam.

    Siti Nurul Aina Sahirah ber­kata, dia cuba mampu menye­lamatkan Muhammad Da­wish Uwais, ma­na­kala Muhammad Zarif yang berada lebih di depan terus ha­nyut ke tengah laut.

    Katanya, dia sendiri hampir lemas sebelum diselamatkan penduduk kampung.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/ibu-sabar-tunggu-zarif-pulang/

  • Tayar treler tercabut dari ‘flyover’, hempap kereta di IOI

    Tayar treler tercabut dari ‘flyover’, hempap kereta di IOI

    PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, hari ini.

    Menerusi perkongsian akaun Threads thebokoson, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan mata mereka, hanya selang dua buah kenderaan dari lokasi kejadian.

    “Selang dua kete je depan kami. Kereta brader ni yang tak bernasib baik kena. Tayar treler dari atas flyover tertanggal dan jatuh, mantul-mantul atas kereta dia. Allah lindung dia dan kami,” katanya.

    Sementara itu, kakak kepada mangsa, Anis Suraya, meluahkan rasa syukur apabila adiknya terselamat walaupun kenderaan yang dipandu mengalami kerosakan teruk.

    “Kesiannya adikku, dia jaga kereta tu dari buruk. Alhamdulillah tak kena apa-apa dekat dia,” katanya.

    Menurut Anis ketika dihubungi, adiknya telah membuat laporan di ibu pejabat Polis Daerah Sepang.

    Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati serta mempersoalkan aspek keselamatan kenderaan berat di jalan raya, khususnya melibatkan treler dan lori. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/tayar-treler-tercabut-dari-flyover-hempap-kereta-di-ioi/

  • Liga Super: Pan-gon pastikan debut sempurna bersama Selangor FC

    Liga Super: Pan-gon pastikan debut sempurna bersama Selangor FC

    BRUNEI – Empat gol Chrigor Moraes memastikan permulaan era gemilang Kim Pan-gon bersama Selangor FC apabila membelasah DPMM FC 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

    Keputusan itu mematahkan momentum positif DPMM FC dan turut menafikan hasrat kelab dari Brunei itu untuk mendapatkan kemenangan kelima berturut-turut.

    Terdahulu, sentuhan Pan-gon menyaksikan The Red Devils memulakan perlawanan dengan aksi luar biasa apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Moraes pada minit ke-5 dan 10.

    Bagaimanapun, tiga minit sebelum babak pertama DPMM FC mula menyerlahkan semangat melawan apabila berjaya merapatkan jurang menerusi Hakeme Yazid.

    Tiga minit selepas aksi bersambung, kedudukan pelawat makin selesa dan kali ini giliran Nooa Laine meledak gol ketiga sebelum Moraes melengkapkan hatriknya pada minit ke-58.

    Empat minit selepas itu, Miguel Oliveira sekali lagi menghukum kealpaan benteng Selangor FC apabila menghasilkan jaringan kedua DPMM FC.

    Walaupun permainan berlangsung agak perlahan ekoran padang becak, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun sering digagalkan oleh gerakan akhir sekali gus menafikan tambahan jaringan terhasil.

    Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki masa tambahan, Moraes melengkapkan malam gemilang buatnya apabila melengkapkan jaringan keempat peribadinya dalam perlawanan ini bagi menutup sisa perjuangan tuan rumah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/liga-super-pan-gon-pastikan-debut-sempurna-bersama-selangor-fc/