Author: jnj-admin

  • Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang didakwa menandatangani Akuan Bersumpah atau SD bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menggesa Bersatu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang didakwa menandatangani Akuan Bersumpah atau SD bagi menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

    Kegagalan bertindak dibimbangi memberi isyarat negatif terhadap keutuhan kerjasama politik dalam Perikatan Nasional atau PN.Tindakan ini menyusul selepas PAS terlebih dahulu melucutkan keahlian tiga ADUN mereka yang turut terlibat dalam kemelut politik yang sama.

    PAS menegaskan bahawa langkah disiplin amat diperlukan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri Perlis yang kini dikuasai oleh gabungan tersebut dengan majoriti besar.Lima wakil rakyat Bersatu yang dikaitkan dengan isu ini melibatkan kawasan Kuala Perlis Titi Tinggi Pauh Tambun Tulang dan Sena.

    Fokus kini terarah kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk menentukan langkah seterusnya bagi mengelakkan perpecahan lebih besar dalam gabungan PN.Sumber: Sinar HarianGambar: Free Malaysia Today

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17qR5JT5H1/

  • Musang king diserang belang harimau

    Musang king diserang belang harimau

    JERANTUT – Masalah ‘belang harimau’ atau durian tidak masak serentak menjadi cabaran kepada pekebun raja buah itu yang telah menyebabkan kua­liti buah terjejas sehingga harga jatuh sekarang ini. Akibat masalah belang harimau itu, durian itu termasuk musang king didapati mempunyai tompokan hitam seperti lebam dan kualiti terjejas. Pekebun durian, Lim Kim Chooi, 62, berkata, masalah belang harimau ini telah membuatkan ramai terpaksa menjual buah di bawah harga pasaran memandangkan lambakan raja buah berkenaan. “Keadaan ini sudah berlarutan dan setakat ini……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/musang-king-diserang-belang-harimau/

  • Duri hitam RM20 sekilo, semua mampu makan

    Duri hitam RM20 sekilo, semua mampu makan

    JERANTUT – Musim durian berpanjangan daripada bulan Jun hingga penghujung tahun ini dan lambakan raja buah itu di puncak musim menyebabkan harganya jatuh merudum. Ketika ini musang king telah dijual serendah RM10 sekilogram, manakala buah rebutan ramai adalah damak dengan RM6 kg. Selain itu, durian duri hitam yang dijual serendah RM20 kg ju­ga dilihat menjadi rebutan pem­beli yang kebanyakannya datang dari seluruh negeri dan dari Lembah Klang. Berdasarkan tinjauan Kosmo! di sekitar pekan Damak yang merupakan hab durian kampung premium…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/duri-hitam-rm20-sekilo-semua-mampu-makan/

  • EPL: Dua pemain tengah sasaran Man. United

    EPL: Dua pemain tengah sasaran Man. United

    MANCHESTER – Manchester United tidak menolak kemungkinan untuk menyertai pasaran perpindahan musim sejuk bulan depan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah.

    Selain minat yang ditunjukkan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Bournemouth, Antoine Semenyo, United dilapor mahu membuat perubahan pada jentera tengah dengan mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain di posisi itu yang berpengalaman.

    Pengendali United, Ruben Amorim dilapor memerlukan khidmat pemain di posisi No. 6 yang memiliki kriteria mampu memenangi bola ketika perebutan serta mempunyai kelajuan pada bahagian tengah.

    Beberapa nama dilapor berada dalam senarai ketika masa depan Bruno Fernandes, Kobbie Mainoo dan Casemiro masih lagi tidak menentu sekali gus menyaksikan mereka terdesak membawa masuk pemain baharu.

    Bagaimanapun, dua nama yang paling kuat dikaitkan adalah pemain Atletico Madrid, Conor Gallagher dan bintang Al Hilal, Ruben Neves selain Elliot Anderson, Adam Wharton, Tyler Adam dan Angelo Stiller.

    Gallagher dilapor berminat untuk kembali ke England, namun United memerlukan usaha yang lebih apabila Atletico tidak bersedia melepaskan khidmat pemain itu kecuali tawaran itu tiba dengan status pinjaman.

    Sementara itu, Neves juga turut bersedia mempertimbangkan tawaran United apabila menolak untuk menerima tawaran baharu daripada Al Hilal ketika dia juga berminat untuk kembali ke Eropah dan menyempurnakan impiannya beraksi di Liga Juara-Juara. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/epl-dua-pemain-tengah-sasaran-man-united/

  • Zii Jia kembali ke gelanggang

    Zii Jia kembali ke gelanggang

    PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dijangka kembali daripada rehat panjang menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 6 hingga 11 Januari nanti.

    Kemungkinan itu diperkuatkan lagi menerusi kemas kini dibuat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Zii Jia yang mendapat perlindungan ranking akan turun sebagai pilihan ketujuh pada Jelajah Dunia Super 1000 itu.

    Perkembangan terbaharu itu disambut baik legenda badminton tanah air, Ong Ewe Hock yang menganggap kepulangan semula Zii Jia sebagai satu perkara positif di kala pemain-pemain lain terus bergelut dengan prestasi tidak menentu.

    Justeru, beliau berharap bekas juara Asia dan All England itu akan menampilkan prestasi terbaik apabila turun beraksi kerana sudah lama berehat daripada aksi kompetitif selain bermain di laman sendiri.

    “Ini memang satu perkara positif kerana dia pun sudah lama berehat akibat masalah kecederaan. Sudah tentu ia memberi kelegaan dan saya harap dia dapat mempamerkan aksi terbaik di Terbuka Malaysia nanti.

    “Tambahan pula dia akan bermain di laman sendiri. Oleh itu, gunakan peluang ini untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik. Kita sebagai peminat, gembira apabila bekas pemain No. 1 negara kembali,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Sebelum ini, Zii Jia yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2020 terpaksa berehat panjang pada Mac lalu bagi memberi perhatian kepada kecederaan buku lali serta belakang.

    Bagaimanapun, dia membuat kepulangan semula dengan menyertai Kejohanan Badminton Dunia Ogos lalu diikuti Terbuka Hong Kong dan China Masters pada September sebelum mengambil keputusan berehat hingga akhir musim.

    Sementara itu, Ewe Hock juga menganggap kepulangan semula Zii Jia ke pentas kompetitif tepat pada masanya di kala pasukan negara dalam persiapan bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark April depan.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/zii-jia-kembali-ke-gelanggang/

  • Isteri meninggal saat jenazah suami dimandikan

    Isteri meninggal saat jenazah suami dimandikan

    SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dari Penaga, Butterworth di sini bagaikan berjanji untuk sehidup semati apabila kematian mereka hanya berselang tujuh jam pada Ahad lalu. Syed Abu Bakar Syed Omar, 75, meninggal dunia pada pukul 2 pagi setelah menderita kanser hati, manakala isterinya, Marina Awang, 60, pula menyusul pukul 9 pagi ketika jenazah suaminya mahu dimandikan. Anak saudara Syed Abu Bakar, Wan Sahalina Mohamed Rabu, 42, berkata, pemergian ibu dan bapa saudara pada hari sama mengejutkan ramai pihak. Katanya,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/isteri-meninggal-saat-jenazah-suami-dimandikan/

  • ‘Percaya dan perdaya, mohon DBP gugur salah satu’

    ‘Percaya dan perdaya, mohon DBP gugur salah satu’

    THERE’S a sign on the wall, but she wants to be sure, ‘cause you know sometimes words have two meanings. Demikian bait lirik dalam lagu Stairway to Heaven, sebuah masterpiece daripada kumpulan Led Zeppelin. Secara keseluruhannya lirik ini menggambarkan manusia yang mencari makna hidup. Dalam perjalanan tersebut akan diuji keraguan meskipun petunjuk, nasihat hidup sudah ada. Pencarian makna yang lebih dalam. Bukan sekadar melihat apa yang terzahir di permukaan. Ia menekankan bahawa sesuatu petunjuk pun boleh disalah tafsir. Kadang-kadang apa……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/percaya-dan-perdaya-mohon-dbp-gugur-salah-satu/

  • International Monsoon Casting Tournament 2025 tarik pemancing dunia

    International Monsoon Casting Tournament 2025 tarik pemancing dunia

    ACARA International Monsoon Casting Tournament (IMCT) sebenarnya telah mula dianjurkan seawal tahun 2009. Acara ini bermula sebagai wadah mengumpulkan peminat-pe­minat mengilat gewang untuk ‘bermandi hujan’ di hujung tahun. Penyertaan awal seramai 22 orang kini telah mencapai jumlah ter­tinggi iaitu seramai 700 orang peserta pada tahun 2023. Pada tahun ini, penyertaan dikurangkan bagi memberi tumpuan kepada peserta antarabangsa selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Terengganu 2027. Tahun ini, IMCT mencatat penyertaan seramai 289 orang peserta dari Malaysia, Indonesia,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/25/international-monsoon-casting-tournament-2025-tarik-pemancing-dunia/

  • 10 jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 30 Disember

    10 jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 30 Disember

    KOTA BHARU 26 Dis – Sebanyak 10 jajahan di Kelantan dikenal pasti berisiko dilanda banjir bermula Jumaat hingga 30 Disember ini susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi hebahan ramalan awal banjir memaklumkan, situasi itu dijangka berlaku membabitkan beberapa lembangan sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

    Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), hebahan berkenaan dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari Jumaat susulan jangkaan hujan lebat berterusan dari 26 hingga 30 Disember ini.

    Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

    Bagi Tumpat dan Pasir Mas, kawasan berisiko melibatkan lembangan Sungai Golok dan Sungai Kelantan, manakala Bachok membabitkan lembangan Sungai Semerak dan Sungai Kemasin.

    Machang, Kota Bharu dan Tanah Merah turut dikenal pasti berisiko banjir di lembangan Sungai Kelantan, sementara Pasir Puteh melibatkan lembangan Sungai Semerak termasuk Sungai Buaya Ikat.

    JPS turut memaklumkan risiko lebih tinggi dijangka di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai dan Gua Musang yang membabitkan beberapa lembangan utama termasuk Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Jelai.

    Menurut JPS, ramalan awal ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan berisiko membuat persediaan awal, selain memberi ruang kepada pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana memperkukuh tahap kesiapsiagaan.

    Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengikuti amaran banjir terkini serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan perlu dilaksanakan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13323

  • Polis buru lelaki tempatan dipercayai dalang pembuatan puluhan bahan letupan di Nilai

    Polis buru lelaki tempatan dipercayai dalang pembuatan puluhan bahan letupan di Nilai

    SEREMBAN 26 Dis – Polis sedang memburu seorang lelaki warga tempatan yang disifatkan sebagai antara individu paling berbahaya, dipercayai menjadi dalang utama pembuatan puluhan peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) dalam kejadian di Desa Palma, Nilai, Isnin lalu.

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek dikenali sebagai Yeoh Hock Sun, 63, atau dikenali sebagai ‘Ah Yang’, dipercayai bertindak secara bersendirian dan mempunyai kepakaran teknikal tahap tinggi dalam menghasilkan bahan letupan berbahaya.

    Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek telah menyewa sebuah rumah kedai di tingkat tiga di kawasan Desa Palma sejak kira-kira enam bulan lalu dan menjadikan lokasi berkenaan sebagai makmal lengkap bagi pembuatan IED.

    “Dalam kejadian pada pagi Isnin lalu, salah satu peranti yang dibawa dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta jenis Proton Wira telah meletup, dipercayai berpunca daripada kesilapan semasa pengendalian,” katanya.

    Beliau berkata, susulan kejadian itu, Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemusnahan secara terkawal menggunakan kaedah in-situ.

    “Kesemua peranti berbahaya yang ditemui berjaya dimusnahkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13325