Author: jnj-admin

  • Graduan perubatan boleh guna gelaran ‘Dr’, namun tertakluk syarat – MMC

    Graduan perubatan boleh guna gelaran ‘Dr’, namun tertakluk syarat – MMC

    KUALA LUMPUR 24 Dis – Graduan perubatan daripada sesuatu program ijazah perubatan dibenarkan menggunakan gelaran akademik ‘Dr’ sebagai tanda kelayakan akademik, namun penggunaan gelaran tersebut tidak memberi hak secara automatik untuk mengamalkan perubatan di Malaysia.

    Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, gelaran ‘Dr’ bukan eksklusif kepada pengamal perubatan semata-mata kerana ia turut digunakan oleh doktor pergigian, doktor veterinar serta pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang akademik.

    Bagaimanapun, katanya, kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan Akta Perubatan 1971 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

    “Sebagai prinsip umum, semua individu yang ingin mengamalkan perubatan di Malaysia hendaklah berdaftar dengan MMC serta memiliki Perakuan Amalan Tahunan (PAT) yang sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mengulas lanjut, Dr Mahathar menjelaskan bahawa graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran, namun tertakluk kepada keperluan undang-undang termasuk lulus peperiksaan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia.

    Beliau turut menggalakkan orang awam membuat semakan status pendaftaran mana-mana pengamal perubatan melalui sistem Medical Register Information and Technical System (MeRITS) di laman sesawang rasmi MMC.

    “Sebarang keraguan atau aduan berkaitan kemungkinan penyamaran atau salah guna gelaran boleh disalurkan kepada admin.mmc@moh.gov.my.

    “MMC komited melindungi keselamatan pesakit dan memastikan masyarakat menerima perkhidmatan kesihatan hanya daripada pengamal perubatan yang benar-benar layak dan berdaftar,” katanya.

    Isu penggunaan gelaran ‘Dr’ kembali menjadi perhatian susulan pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan, baru-baru ini.

    Sebahagian netizen mempersoalkan penggunaan gelaran tersebut selepas mendakwa nama Mohammed Taufiq tidak tersenarai dalam laman web MMC, selain dakwaan beliau memperoleh ijazah perubatan dari Universitas Islam Bandung yang tidak diiktiraf di Malaysia.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13285

  • MB Perlis dibenarkan keluar hospital, kini berehat di kediaman

    MB Perlis dibenarkan keluar hospital, kini berehat di kediaman

    KANGAR 24 Dis – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang sebelum ini menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur akibat sakit dada, telah dibenarkan keluar hospital petang semalam.

    Difahamkan, simptom berkenaan dialami sejurus beliau pulang daripada urusan luar negara.

    Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu memaklumkan bahawa beliau telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

    “Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah. Saya selamat discharge petang tadi (semalam).

    “Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.

    Mohd Shukri dijangka berehat terlebih dahulu di kediamannya di Kangar sebelum menyambung semula tugas rasmi.

    Sebelum ini, beliau dilaporkan mengadakan lawatan ke Shanghai, China bagi menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai usaha menarik pelaburan serta memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis.

    MIHAS turut dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam memperluas jaringan serta akses pasaran halal di peringkat global.

    Untuk rekod, pada 29 September 2019, Mohd Shukri yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis pernah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri akibat serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri di Dewan 2020.

    Dalam perkembangan lain, beliau kini turut berdepan kemelut kepimpinan kerajaan negeri apabila didakwa majoriti ADUN Perikatan Nasional (PN) telah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinannya.

    Difahamkan, beberapa ADUN PN telah menarik sokongan terhadap Mohd Shukri, sekali gus mencetuskan spekulasi kemungkinan berlaku pertukaran Menteri Besar dalam masa terdekat.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13286

  • Bekas menteri ketika era pra-COVID dalam radar SPRM

    Bekas menteri ketika era pra-COVID dalam radar SPRM

    KUALA LUMPUR 24 Dis – Seorang bekas menteri yang pernah menganggotai Kabinet kerajaan sebelum era pandemik COVID-19 kini menjadi tumpuan siasatan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan ketika memegang jawatan kementerian.

    Menurut laporan Berita Harian, bekas pemimpin terkenal itu yang pernah berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah beberapa tahun lalu, kini kembali berada dalam radar SPRM susulan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pemindahan aset kerajaan bernilai tinggi.

    Siasatan SPRM ketika ini membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan kepada seorang pemaju hartanah terkemuka yang dipercayai mengandungi unsur rasuah dan penyelewengan.

    Difahamkan, maklumat terbaharu yang diterima daripada orang awam mendorong SPRM membuka kertas siasatan, meskipun bekas pemimpin berkenaan sudah lama tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

    Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa individu penting akan dipanggil bagi membantu siasatan.

    “Ya saya sahkan dan akan memanggil beberapa individu dalam siasatan itu,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

    Sementara itu, laporan NST menyebut SPRM memperoleh “maklumat perisikan baharu” pada penghujung bulan lalu, iaitu hampir sedekad selepas penyelewengan itu didakwa berlaku.

    Menurut sumber, selain menyiasat proses pemindahan tanah milik kerajaan, SPRM turut meneliti projek pembinaan papan iklan pengiklanan yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan.

    Katanya, siasatan kini tertumpu kepada hubungan antara bekas menteri terbabit dengan syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan.

    Sumber itu turut memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati nilai kes berkenaan mencecah “jutaan ringgit.”

    “Sebagai sebahagian daripada siasatan, SPRM sedang dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan. Ia juga akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

    “Siasatan membabitkan kepentingan awam dan menjadi punca SPRM meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan.

    “SPRM juga percaya kes itu berpotensi membawa kepada pemulihan kerugian yang berkaitan dengan ketirisan aset dan dana awam,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13287

  • Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin

    Mayat wanita dalam beg disahkan Suri Narudin

    REMBAU 24 Dis – Misteri penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, di sini, terjawab apabila polis mengesahkan identiti mangsa sebagai Suri Narudin.

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan identiti itu dibuat hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari oleh pihak polis.

    Menurut beliau, satu set cap jari mangsa telah dikemukakan ke Pejabat Pendaftaran Penjenayah Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tujuan semakan.

    “Hasil pemeriksaan dan perbandingan cap jari mendapati ia sepadan dengan rekod dalam Sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas nama Suri Narudin yang dilaporkan hilang menerusi laporan polis di Balai Polis Ampang pada 15 Disember 2025,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Beliau berkata, polis turut menerima laporan analisis DNA daripada Jabatan Kimia Malaysia yang menunjukkan hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga wanita terbabit.

    “Keputusan analisis DNA mendapati spesimen yang dianalisis menunjukkan hubungan kekeluargaan terdekat iaitu adik-beradik kandung dengan kebarangkalian yang sangat tinggi.

    “Penemuan ini sekali gus mengukuhkan pengesahan identiti mayat sebagai Suri Binti Narudin,” katanya.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

    Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau atau mana-mana balai polis berhampiran.

    “Polis Diraja Malaysia memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg di sebuah rumah di Rembau pada 18 Disember lalu, yang dikaitkan dengan kehilangan Suri Narudin, 53, sejak 8 Disember.

    Susulan penemuan itu, polis menahan dua lelaki, masing-masing di Melaka dan Genting Sempah, Bentong, Pahang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Identiti mangsa sebelum ini sukar dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari sebelum ditemui.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13288

  • JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia

    JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia

    PUTRAJAYA 24 Dis – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia.

    Menurut JKM, penularan maklumat palsu itu boleh mengelirukan orang ramai, terutama golongan warga emas dan ahli keluarga mereka.

    “JKM mengambil maklum mengenai penularan maklumat tersebut di media sosial dan ingin menafikan kesahihan Kad Warga Emas Malaysia berkenaan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

    Sehubungan itu, JKM menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi jabatan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13289

  • JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja

    JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja

    PUTRAJAYA 24 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu upacara berbaur ritual keagamaan di gereja, yang tular baru-baru ini.

    Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya sedang meneliti dakwaan itu dengan serius dan individu terbabit bukan pegawai JAKIM.

    Beliau menjelaskan, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan untuk memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh berlandaskan perundangan sedia ada.

    “Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan.

    “JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dipohon membuat laporan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sebelum ini, Ahmad Iqram yang juga pendakwa bebas memuat naik hantaran di Facebook mengenai beberapa individu bergelar ‘ustaz’ yang dikaitkan dengan JAKIM serta agensi agama beberapa negeri, menghadiri upacara pluralisme agama yang dianjurkan di gereja. Program berkenaan dinamakan sebagai upacara “Interfaith Water Ceremony” atau “Unity Water Ceremony” dan dianggap simbolik penyatuan antara agama.

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) memaklumkan kehadiran pegawainya ke program itu pada November 2018 adalah untuk meraikan pasangan berkahwin yang melibatkan pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Pegawai JHEAIPP hanya membaca doa khusus bagi pasangan Muslim yang hadir, manakala program itu dianjurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13290

  • Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas

    Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas

    KUALA LUMPUR 24 Dis – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan sejak tengah hari tadi susulan orang ramai, terutamanya anak-anak perantau, mula bergerak pulang ke kampung halaman atau bercuti sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas esok.

    Berdasarkan laporan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 12.17 tengah hari, keadaan trafik secara keseluruhan dilihat perlahan, khususnya di laluan utama hala selatan dan Pantai Timur.

    Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, aliran trafik perlahan dikesan di beberapa lokasi antaranya dari Juru Auto City ke Plaza Tol Juru, Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, serta Sedenak ke Kulai dan Setia Tropika ke Persimpangan Pasir Gudang.

    Situasi sama turut berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, dengan trafik bergerak perlahan dari susur MRR2 ke Plaza Tol Gombak serta Gombak ke Genting Sempah, dipercayai akibat pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur.

    Di sekitar Lembah Klang pula, kesesakan dikesan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang dari Subang ke Damansara, Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Damansara-Puchong serta Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat.

    Keadaan ini mencerminkan peningkatan pergerakan kenderaan keluar dan masuk ibu kota menjelang cuti sekolah dan sambutan Krismas.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13291

  • FAM buat laporan polis dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan

    FAM buat laporan polis dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan

    KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Rabu berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

    Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, tindakan itu diambil selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan laporan siasatan mereka baru-baru ini.

    Menurut beliau, FAM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

    “Langkah ini mencerminkan komitmen FAM terhadap integriti, ketelusan dan usaha memperkukuh tadbir urus demi menjaga kepentingan bola sepak negara,” katanya.

    Turut hadir mengiringi Mohd Yusoff ketika membuat laporan polis ialah Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang FAM, Datuk Saaran Nadarajah serta Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

    Isnin lalu, FAM memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan seperti yang disyorkan oleh IIC.

    Menurut Mohd Yusoff, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan pemalsuan dokumen yang dihantar kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    “Siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana pemalsuan ini boleh berlaku serta pihak yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13292

  • 若同情罪犯 王诗琪:谁同情人民?

    若同情罪犯 王诗琪:谁同情人民?

    (吉隆坡23日讯)“如果我们要一味同理罪犯,那么谁来同理那些曾被罪犯伤害的人民?”

    雪州民主行动党宣传秘书兼史里肯邦安州议员王诗棋针对部分巫统领袖及巫青团成员因不满行动党宣传主任兼蒲种国会议员杨美盈,就前首相拿督斯里纳吉申请居家服刑被驳回一事所发表看法而大肆抨击,发文捍卫杨美盈。

    她今日在面子书发文,提醒相关巫统领袖与巫青团员,纳吉不仅是他们的前党领袖与前首相,同时也是一名因重大贪污案而被法庭裁定有罪,并正在服刑的罪犯。

    “要扳倒这位曾经权倾朝野、权力集中的首相,是民主行动党多位领袖与全国人民共同努力、历经数年调查、整理证据,才促成司法最终伸张正义的一项重大成果。”

    “当年执法人员在多处地点所起获的巨额现金与奢侈品,无一不是源自人民血汗、民脂民膏。”

    她说,在罪证确凿、事实清楚的前提下,纳吉才被依法定罪并承担责任。如今却仍企图以毫无正当理由的方式要求居家服刑,这不仅反映其对自身罪行缺乏基本悔意,更是不尊重司法制度的行为。

    她指出,雪州巫青团为了杨美盈一篇简短的社交媒体贴文,甚至并非正式文告,却选择大阵仗前往杨美盈的服务中心呈交备忘录,并设下“24小时撤回”的荒谬时限。

    “我认为这只是毫无建设性的政治表演,旨在挑动情绪、制造对立,属于廉价而低劣的政治操作。”

    她呼吁作为团结政府伙伴的巫统,务必把精力放在真正重要的工作上:共同推动良政、改善民生、为国家发展贡献力量,而不是继续为既定罪犯洗白,更不应“为虎作伥”。

  • 袋中榴梿难逃火眼金睛 美猴王拎起果王速撤离

    袋中榴梿难逃火眼金睛 美猴王拎起果王速撤离

    (吉隆坡24日讯)又是榴梿收成季节,麻袋中果香引发窃案;一猴子乘皮卡车停在交通灯前等侯,爬上车后挑选一番后,抱著“果王”迅速逃跑!

    网媒《OHBULAN!》昨天在面子书专页上传一猴子偷榴梿的视频,在长达15秒的影片中,显示一辆白色皮卡车停在十字路口交通灯前等候绿灯。

    令人讶异的是,一只猴子竟爬上皮卡车后方,在一番搜索后竟拎起一颗榴梿!猴子也没挑剔,鼻子嗅一下就拿起“果王”跳下车往路旁丛林撤离。

    猴子偷榴梿过程,被皮卡车后方轿车的车主拍摄上传社交媒体,迅速在国内外网媒疯传,引起广大网民热议。

    有网民留言调侃,车主报警时无法确认窃匪的模样,因为他们满山遍野的猴子,都是长成一模一样的猴脸!

    var width=window.innerWidth||document.documentElement.clientWidth;var outerDiv,stopperDiv,div2Stick,getOffsetTop,window2Top,outer2Top,stopper2Top,o2w,w2s;getOffsetTop=function(adAElem){var offsetTop=0;while(adAElem){offsetTop+=adAElem.offsetTop;adAElem=adAElem.offsetParent;}return offsetTop};outerDiv=document.querySelector(‘.AdA_RiSticky’);function AdA_RiStickyScroll(){stopperDiv=document.querySelectorAll(‘.td-footer-wrapper’);window2Top=(window.pageYOffset||document.documentElement.scrollTop)-(document.documentElement.clientTop||0);outer2Top=getOffsetTop(outerDiv);div2Stick=outerDiv.firstElementChild;stopper2Top=(getOffsetTop(stopperDiv)||document.documentElement.offsetHeight)-div2Stick.offsetHeight;o2w=outer2Top-window2Top;w2s=window2Top-stopper2Top;if(o2w<0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick sticked';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top: 0px;')}else if(o2w>0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick stay';div2Stick.setAttribute('style','position: inherit;top: auto;')} else{div2Stick.className='div2Stick stop';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top:-'+w2s+'px')}};if(!outerDiv&&width<900){}else{addEventListener("scroll",AdA_RiStickyScroll)};

    🔗 Source: https://news.seehua.com/post/1422122