KEMAJUAN teknologi angkasa lepas dan elektronik fleksibel kini menyaksikan satu lagi pencapaian penting menerusi pembangunan filem polimer penebat tinggi yang berupaya melindungi satelit daripada persekitaran ekstrem di orbit. Inovasi bahan ini bukan sahaja meningkatkan daya tahan sistem satelit, malah membuka ruang besar kepada peningkatan prestasi elektronik fleksibel yang semakin digunakan dalam pelbagai aplikasi moden, termasuk peranti boleh pakai, penderia pintar dan sistem komunikasi generasi baharu. Di angkasa lepas, satelit terdedah kepada pelbagai ancaman seperti radiasi kosmik, turun naik suhu melampau,……
Author: jnj-admin
-

Rezeki bertambah gajikan 4 pekerja OKU
SUNGAI BULOH – “Mereka mungkin orang kurang upaya (OKU), tetapi mereka juga manusia biasa yang mahu bekerja dan dihargai” Demikian prinsip dipegang pengusaha Stesen Minyak Petronas Bukit Rahman Putra di sini, Mohamad Khir Amran, 67. Beliau membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU sehingga menjadikan stesennya antara contoh tempat kerja inklusif yang menyentuh hati. Mohamad Khir berkata, inisiatif pengambilan pekerja OKU itu dilaksanakan dengan kerjasama Petronas dibawah program SEEd.lab menerusi pertubuhan sosial Enoku. Menurutnya, beliau ketika itu ditanya sama ada berminat…
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/rezeki-bertambah-gajikan-4-pekerja-oku/
-

‘Jika tiada sel stem adik, saya sudah tiada’
JOHOR BAHRU – Tiada apa yang lebih bermakna buat seorang kakak, Nur Farrah Izzati Yusri, 26, yang menghidap penyakit kanser darah apabila adik bongsunya sanggup mendermakan sel stem demi untuk menyelamatkan nyawanya. Gadis yang berasal dari Batu Berendam, Melaka itu disahkan menghidap kanser darah atau Adult Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) pada 9 Oktober 2019 ketika menuntut dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini. “Ketika disahkan menghidap penyakit paling ditakuti ramai itu, jantung saya bagaikan terhenti…
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/jika-tiada-sel-stem-adik-saya-sudah-tiada/
-

EPL: United hadapi malang bertimpa
BIRMINGHAM – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memberi bayangan bahawa ketua pasukannya, Bruno Fernandes mungkin terpaksa direhatkan untuk seketika selepas mengalami kecederaan ketika mereka tewas 1-2 kepada Aston Villa awal pagi semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Villa Park itu, Fernandes terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan selepas dipercayai mengalami masalah hamstring selepas dia beraksi semua perlawanan musim ini.
Amorim turut tidak menolak kemungkinan bahawa pemain tengah berusia 31 tahun itu bakal terlepas beberapa lagi perlawanan termasuk aksi Boxing Day menentang Newcastle serta awal tahun baharu nanti.
“Ia melibatkan tisu lembut, saya fikir dia akan terlepas beberapa perlawanan. Saya tidak begitu pasti, kita akan tengok perkembangannya nanti.
“Anda tidak dapat mengawal perkara seperti ini. Bruno adalah pemain yang sentiasa cergas, jadi saya harap dia mampu pulih lebih cepat,” katanya.
Kegagalan Fernandes menamatkan perlawanan menyumbang kepada kekalahan United pada aksi kali ini apabila Amorim turut kehilangan Kobbie Mainoo yang mengalami kecederaan betis dan Casemiro yang menjalani hukuman penggantungan.
Pada perlawanan itu, Villa meraih dua gol menerusi Morgan Rogers, manakala gol sagu hati United dihasilkan oleh Matheus Cunha sekali gus menyaksikan mereka gagal memperbaiki kedudukan untuk kekal di tangga ketujuh.
United berada dalam situasi getir ketika ini apabila kehilangan lima pemain apabila Noussair Mazraoui, Amad Diallo dan Bryan Mbeumo menyertai saingan Piala Negara-Negara Afrika, manakala Matthijs De Ligt dan Harry Maguire masih berada di bilik rawatan. – AGENSI
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/epl-united-hadapi-malang-bertimpa/
-

AI perkasa tradisi hafazan al-Quran
DALAM dunia moden yang dipacu oleh teknologi canggih, tradisi dan inovasi sering dianggap bertentangan. Namun, dalam konteks pendidikan Islam, khususnya hafazan al-Quran, gabungan kedua-duanya sebenarnya membuka ruang pembaharuan yang besar. Sejak wahyu pertama diturunkan di Gua Hira’, tradisi hafazan telah menjadi teras pemeliharaan al-Quran, diwarisi secara turun-temurun oleh para sahabat dan generasi selepas mereka sebagai benteng keaslian kalam Ilahi. Menurut Pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Monika @ Munirah Abd Razzak, sejarah……
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/ai-perkasa-tradisi-hafazan-al-quran/
-

Raih RM26.6 juta, Papa Zola The Movie atasi Avatar, Zootopia 2
PETALING JAYA – Bakal menutup tirai 2025 dengan bergaya, filem animasi Papa Zola The Movie terus meraih sambutan apabila mengaut kutipan sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.
Fenomena ‘demam kebenaran’ itu kini berada di tangga teratas carta Top 10 GSC, sekali gus meninggal jauh filem antarabangsa Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.
Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abdul Razak berkata, musim cuti persekolahan antara faktor pemangkin yang membawa penonton datang ke pawagam bersama keluarga.
“Kami bersyukur apabila Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian keluarga di pawagam. Lebih bermakna, sambutan hangat ini juga
adalah daripada perkongsian pengalaman penonton sendiri.
“Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan sokongan organik terhadap filem lokal mampu menarik lebih ramai penonton menghargai dan menyokong karya anak tempatan,” katanya.
Papa Zola The Movie mengisahkan kegigihan seorang bapa yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya.
Tanpa disangka, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya di organisasi rahsia dikenali sebagai P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing membuatkan Papa Zola bersama isterinya, Mama Zila bertindak pantas.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ia juga dijadualkan ke pasaran antarabangsa Januari depan bermula dengan Indonesia, diikuti India, Vietnam selain ke Timur Tengah merangkumi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turkiye pada April 2026. – KOSMO! ONLINE
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/raih-rm26-6-juta-papa-zola-the-movie-atasi-avatar-zootopia-2/
-

Serahan Bantuan Awal Persekolahan RM150 Januari depan
PETALING JAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, seawal Januari tahun depan.
Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, ia meliputi pelajar tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bagaimanapun menurut KPM, penyaluran bantuan itu akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.
“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.
“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu, hari ini. – KOSMO! ONLINE
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/22/serahan-bantuan-awal-persekolahan-rm150-januari-depan/
-

‘She is the reason…’ – Nedim, Nadia Brian makin terbuka
PETALING JAYA – Hantaran ‘bersemut’ bekas suami pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang ditujukan kepada wanita yang kini akrab dengannya, Nadia Brian dalam laman sosial sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Perkongsian Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned itu merupakan petanda dua figura popular itu semakin terbuka menjalin hubungan yang disifatkan ramai lebih daripada rakan biasa.
“She is the reason my bad days don’t win,” tulisnya dalam Instagram.
Susulan itu, sebilangan netizen juga memuji sikap lelaki budiman yang ditunjukkan duda terhangat itu apabila tidak menyembunyikan keakraban mereka.
Pada masa sama, Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, turut membalas hantaran berkenaan.
“Kegembiraan bukan satu pertandingan. Ingat tu,” balasnya ringkas namun penuh makna.
Sebelum ini, ketika ditanya media mengenai Nedim, Nadia mengakui mereka baru berkawan sebulan dan masih dalam proses mengenali hati budi.
Minggu lalu, Nedim terlebih dahulu memuat foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen ‘A little piece of my heart lives here’ (secebis hati saya tinggal di sini) di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai apatah lagi Nedim juga turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.
Aktres itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan sebelum bercerai pada April 2020.
Manakala Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 tetapi berpisah secara baik sekitar April tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/23/she-is-the-reason-nedim-nadia-makin-terbuka/
-

姜皓文化身吃货 力推马六甲“最邪恶美食”
(马六甲讯)58岁香港男星姜皓文常携太太殷宁来马找吃,近日拍视频分享到访柔佛新山品尝本地特色咖啡店外,又前往马六甲觅食,大力推荐当地必吃美食“沙爹碌碌”,称是马六甲夜里最邪恶的味道,且越煮越浓,越吃越嗨!
视频中,姜皓文眼前摆放整桌的沙爹串串,包括鱼丸、鱿鱼、豆腐、肉类等等,最经典的自然是又红又浓的沙爹锅,只见他边搅沙爹锅边说:“想又快又能尝到马六甲与马来混合风味的,就是沙爹碌碌。” 并表示这美食类似火锅,但不同的是食材被串成一串串,还大赞吃沙爹碌碌沾上面包最好吃。
姜皓文分享,在疫情前沙爹锅是不会换新的,“就是一群朋友吃完付钱离开后,这火锅继续留在原地炖煮,下一个朋友来吃,依然用回这一锅。” 他补充说,疫情后因为碍于卫生指南,就改成换新的沙爹锅。
在另一个视频中,姜皓文还玩起马六甲的新玩意,就是当地街头常见的“空中曼煎糕传食”。姜皓文摇着手上的绳索,期间发出“铃铃”响声,一个装有曼煎糕的篮子就从天而降,送到他手中,并大赞这是充满人情味与乐趣的贩卖方式,还狂推荐:“来马六甲一定要尝!”
A post shared by Philip Keung 姜皓文 (@black_gorgor)
-

突破还是窃密?中国EUV原型机一团谜
(北京23日综合电)中国利用逆向工程及不断改良DUV曝光机,成功生产先进制程所需的极紫外光曝光机EUV原型机,但距离量产或商用仍有一大段差距,知名分析师Jos Versteeg对此存疑,直呼是一个谜团,因为EUV机台相当复杂,很难一次达阵,且中国没有先进晶片产出。
综合外媒报导,荷兰谘询机构Insinger Gilissen分析师Jos Versteeg表示,阿斯麦尔(ASML)在2001年打造出原型机,但直到2019年才商业化,一共花18年才成功,就是因为机台非常精密,需要多个企业合作改良,中国如何一次就做到?
另外,Jos Versteeg直指,目前中国手上仅有旧机台的零件,除了人才之外,还需要硬件及更先进的硬件设备,就算能在中国使用,没有EUV所需的软硬件或未经授权,几乎不可能打入全球市场。
外媒报导,中国将该秘密计划命名为“中国版曼哈顿计划”企图在先进晶片领域上追逐西方,网罗多名阿斯麦尔前工程师研究开发,给予假名与丰厚的待遇,该计划由北京当局监督,倾尽国家之力推动。
Jos Versteeg分析,中国生产的半导体主要为成熟制程,如果要用自己的设备生产半导体,效率远不如阿斯麦尔的设备,唯一使用这些设备的地方,就是用于科学研究或国防工业,但整体生产成本高效率低,不担心未来中国超越阿斯麦尔。
另有人质疑,中国之所以很快研发出EUV原型机,是有着阿斯麦尔机台与技术奠基,甚至暗示剽窃行为,引发关注,对此阿斯麦尔表示,其它公司想要复制技术是可以理解的,但并非易事,公司也严密保护商业机密资讯。
文 综合报导图 互联网









