Author: jnj-admin

  • Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa

    Ketegangan di Iran: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa

    KUALA LUMPUR 11 Jan – Keselamatan rakyat Malaysia di Iran kini menjadi keutamaan susulan situasi tegang akibat gelombang demonstrasi yang dilaporkan mula merebak ke seluruh negara tersebut.

    Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang menjalankan pemantauan rapi terhadap perkembangan terkini bagi memastikan kebajikan warga negara yang berada di sana terus terpelihara.

    Menerusi satu kenyataan hari ini, Wisma Putra mengesahkan bahawa berdasarkan laporan terkini, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran adalah selamat.

    Pihak kedutaan kini sedang giat menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar bagi memastikan kesejahteraan mereka serta menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini yang diperlukan.

    Rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan terjejas turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

    Sebagai langkah keselamatan tambahan, rakyat Malaysia amat digalakkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan pihak kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat disampaikan dengan segera dan berkesan.

    Kementerian Luar Negeri juga mengesyorkan supaya semua perjalanan tidak penting ke negara terbabit ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan keadaan yang masih tidak menentu.

    Bagi mana-mana individu yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran di talian +982188072444 / +982188078606, melalui telefon bimbit di talian +989335352602, atau menghantar e-mel ke mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com.

    Wisma Putra menegaskan bahawa kementerian akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan akan menyalurkan maklumat lanjut dari semasa ke semasa sekiranya perlu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13526

  • Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru

    Azam Baki sahkan Panglima tentera dipanggil SPRM kes rasuah terbaru

    KUALA LUMPUR 11 Jan – Siasatan berhubung skandal penyelewengan perolehan dalam pasukan pertahanan negara terus diperluas apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil seorang lagi pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Panglima untuk dirakam keterangan pada hari ini.

    Pegawai kanan yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dilaporkan hadir di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 11 pagi bagi membantu siasatan kes dakwaan rasuah yang sedang dikendalikan oleh agensi berkenaan.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM,

    Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi Berita

    Harian mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pegawai penyiasat.

    Beliau menyatakan, “Hari ini, kita panggil beliau untuk membantu siasatan dan rakaman percakapan bermula jam 11 pagi tadi. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan tetapi rakaman percakapan masih berjalan.

    “Difahamkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh SPRM pada hari ini berhubung perkembangan terbaharu siasatan tersebut.

    Perkembangan ini menyusul selepas pendedahan mengenai seorang lagi pegawai tertinggi ATM yang berada dalam radar siasatan kerana disyaki terpalit dalam skandal yang sama.

    Siasatan awal SPRM dalam kes dakwaan rasuah perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM) mendapati wujud aktiviti penerimaan suapan secara terancang dalam kalangan pegawai tentera.

    Fokus utama agensi antirasuah itu kini adalah untuk menyiasat dakwaan rangkaian rasuah yang berlaku dalam pasukan berkenaan, dengan kemungkinan beberapa pegawai tentera lain turut memainkan peranan dalam kes tersebut.

    Sebelum ini, seorang bekas Panglima yang disiasat dalam kes tender perolehan Tentera Darat telah direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu.

    Selain itu, dua isterinya turut ditahan dan direman bagi membantu siasatan. SPRM juga dilaporkan telah menyita enam akaun bank milik seorang pegawai kanan TDM serta ahli keluarganya pada 29 Disember lalu.

    Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Rentetan itu, pada 23 Disember tahun lalu, SPRM telah hadir ke Kementerian Pertahanan untuk menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13527

  • Bila Nad Zainal beli baju raya murah, ramai puji!

    Bila Nad Zainal beli baju raya murah, ramai puji!

    ZAMAN sekarang, nak beli baju raya perlu bijak, jangan terlalu ikut nafsu sebab harga boleh tahan cekik darah juga.

    Rupa-rupanya ada juga yang sependapat dengan Diva iaitu Nad Zainal apabila dia berkongsi kepada umum harga baju rayanya tahun ini bawah RM100.

    Kongsi Nad, dia mementingkan rekaan tetapi tidak kisah jenama dan harga mampu milik.

    “Harga baju raya kena bawah RM150, kalau tidak ‘bye bye’.

    “Paling penting lawa, jenama letak tepi.

    “Tahun ini ada misi untuk mencari pakaian raya yang murah dan cantik sebab sekarang harga semua RM200, RM300 dan RM500 juga ada,” ujarnya.

    Bagus juga misi begini dan perlu dijadikan contoh kepada kaum wanita lain. Tapi kalau berkemampuan nak beli yang mahal, tiada siapa menghalang.

    DIVA: Ramai tak restu kalau Andy Teh bercinta dengan Chacha Maembong?

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/bila-nad-zainal-beli-baju-raya-murah-ramai-puji/

  • Sara jadi ‘penyelamat’ saat akhir

    Sara jadi ‘penyelamat’ saat akhir

    KLANG – Golongan ibu bapa memanfaatkan sepenuhnya bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bulanan bagi membeli kelengkapan persekolahan anak mereka pada saat akhir. Sumbangan bantuan itu dianggap rezeki tambahan mereka untuk melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan sesi 2026 yang akan bermula hari ini dan esok. Bantuan Sara diberikan sehingga RM200 secara bulanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin telah dikreditkan seawal 9 Januari lalu. Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa kedai pakaian di sekitar daerah ini dan Shah Alam meriah dengan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/sara-jadi-penyelamat-saat-akhir/

  • Arteta dedah punca Gyokeres bergelut

    Arteta dedah punca Gyokeres bergelut

    LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sedia untuk terus memberi peluang buat Viktor Gyokeres membuktikan keupayaannya selaku penyerang utama pasukan pada aksi Piala FA menentang Portsmouth, di tempat lawan malam ini.

    Sebagai rekod, prestasi Gyokeres dikritik hebat oleh peminat The Gunners yang menganggap prestasi penyerang antarabangsa Sweden itu seperti indah khabar dari rupa selepas bergelut untuk menjaringkan gol secara konsisten musim ini.

    Kata Arteta, apa yang dipamerkan oleh Gyokeres sudah cukup positif kerana tidak semestinya dia perlu menjaringkan gol kerana sumbangan yang diberikan di jentera serangan ketika ini sangat baik.

    “Gyokeres baru sahaja tiba di England dan saya rasa belum ada keluarga yang menetap di sini. Mungkin di tempat lama lebih selesa, tetapi di sini anda terdedah dan tinggal lima bulan di hotel.

    “Kemudian aspek perubahan jadual kerana di England kita beraksi setiap tiga hari. Bukan mudah untuk dia sesuaikan diri kerana sistem pun berbeza dan pemain No. 9 perlukan keserasian sebelum meledak,” katanya.

    Sementara itu, pertahanan Portsmouth, Regan Poole memberi amaran sedia merantai jentera serangan The Gunners dalam misi melakar sejarah mara ke pusingan seterusnya.

    “Kami tidak akan biarkan mereka bermain seperti biasa dengan memberikan tekanan awal. Harus diakui Arsenal adalah kelab terbaik di England ketika ini tetapi kita mampu lakar kejutan di laman sendiri,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/arteta-dedah-punca-gyokeres-bergelut/

  • Denda RM2,000 pun tak gentar

    Denda RM2,000 pun tak gentar

    KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan tumpuan awam di sekitar ibu kota masih dicemari dengan sampah selepas seminggu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) mula dikuat kuasa. Walaupun hukuman denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat diperke­nalkan sebagai ‘senjata’ untuk me­nangani isu pembuangan sampah di tempat awam, namun ia masih tidak menakutkan masyarakat. Tinjauan Kosmo! Ahad di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bukit Bintang, Pasar Seni serta beberapa stesen transit awam semalam mendapati, botol plastik, puntung rokok,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/denda-rm2000-pun-tak-gentar/

  • ‘Berkampung’ dalam wad, moga Normala cepat sembuh

    ‘Berkampung’ dalam wad, moga Normala cepat sembuh

    LAMA tak dengar khabar personaliti televisyen popular, Puan Sri Normala Samsudin yang sememangnya masih mempunyai ramai peminat tegar.

    Terbaharu, ikon dihormati ramai itu memaklumkan dimasukkan ke hospital berikutan tekanan darah tinggi sehingga terpaksa ‘berkampung’ dalam wad.

    Difahamkan, Normala mengalami masalah tersebut ketika permulaan tahun 2026, sekali gus menjadi detik yang diingatinya.

    Berkongsi lagi kisah, beliau mengakui dirinya ditempatkan di katil serta wad sama yang pernah digunakan arwah ibunya itu.

    Bonda tercinta, Rajiah Buyong, menghembuskan nafas terakhir 14 Julai 2024 di Buloh Kasap, Segamat, Johor. Moga cepat sembuh ye, Puan Sri.

    DIVA: Seronok baca Jeslina Hashim pasal nak menua dengan penuh keyakinan dan selesa dengan diri sendiri. Apa pun Jeslina lawa, umur dah 48 tahun tapi badan kecil molek dengan seksinya, kalah Britney Spears!

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/berkampung-dalam-wad-moga-normala-cepat-sembuh/

  • Langkawi terus menawan hati

    Langkawi terus menawan hati

    PULAU Langkawi, Kedah bukan sekadar sebuah destinasi pelancongan tetapi sebuah ikon yang sentiasa mengekalkan daya tarikannya sejak berdekad lamanya. Terletak di utara Semenanjung Malaysia, gugusan pulau yang digelar Permata Kedah ini terus menjadi pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa, sama ada untuk percutian santai, bulan madu mahupun pelarian singkat dari kesibukan kota. Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara menjadi antara tarikan utama yang tidak pernah lapuk ditelan masa. Dari pantai berpasir putih yang membentang di Pantai Cenang dan Tanjung Rhu……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/langkawi-terus-menawan-hati/

  • Irama Signature tawar 199 juadah Melayu

    Irama Signature tawar 199 juadah Melayu

    TIDAK dinafikan, masakan Melayu sentiasa dekat di hati masyarakat tempatan kerana kaya rasa serta sarat dengan budaya. Di Irama Signature, keistimewaan itu diterjemahkan melalui hidangan tradisional yang diolah secara ringkas dan kemas, tanpa menghilangkan keaslian rasanya. Membuka pintunya baru-baru ini kepada pengunjung di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya, restoran itu menawarkan 199 pilihan sajian Melayu sambil dinikmati dalam suasana santai. Ini menjadikannya restoran tersebut pilihan tepat untuk mereka yang menghargai makanan tempatan dengan pendekatan moden, namun tidak berlebihan. Daripada……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/irama-signature-tawar-199-juadah-melayu/

  • 连日豪雨再酿土崩!民都鲁住宅受波及幸无人伤亡

    连日豪雨再酿土崩!民都鲁住宅受波及幸无人伤亡

    (民都鲁10日讯)连续降雨再酿土崩事故,一间住宅受波及,所幸未造成人命伤亡。

    位于Taman Kemena Sutera一带,于昨晚因豪雨不断引发土壤松动,导致土崩发生。事故发生后,相关单位迅速到场处理,情况已受到控制。

    当局于昨晚约9时接获通报。经初步调查,土崩肇因于持续降雨,滑落的泥土波及住宅后方一间房间,部份结构受影响。

    事故涉及一户四口之家,包括屋主及其家属,当局评估风险后,未进行居民疏散。

    消拯人员事后在现场进行监测,并提醒屋主一旦出现后续土崩或任何异常情况,应立即联络消拯单位求助。确认环境安全后,消拯队伍已返回消拯局待命。

    var width=window.innerWidth||document.documentElement.clientWidth;var outerDiv,stopperDiv,div2Stick,getOffsetTop,window2Top,outer2Top,stopper2Top,o2w,w2s;getOffsetTop=function(adAElem){var offsetTop=0;while(adAElem){offsetTop+=adAElem.offsetTop;adAElem=adAElem.offsetParent;}return offsetTop};outerDiv=document.querySelector(‘.AdA_RiSticky’);function AdA_RiStickyScroll(){stopperDiv=document.querySelectorAll(‘.td-footer-wrapper’);window2Top=(window.pageYOffset||document.documentElement.scrollTop)-(document.documentElement.clientTop||0);outer2Top=getOffsetTop(outerDiv);div2Stick=outerDiv.firstElementChild;stopper2Top=(getOffsetTop(stopperDiv)||document.documentElement.offsetHeight)-div2Stick.offsetHeight;o2w=outer2Top-window2Top;w2s=window2Top-stopper2Top;if(o2w<0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick sticked';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top: 0px;')}else if(o2w>0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick stay';div2Stick.setAttribute('style','position: inherit;top: auto;')} else{div2Stick.className='div2Stick stop';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top:-'+w2s+'px')}};if(!outerDiv&&width<900){}else{addEventListener("scroll",AdA_RiStickyScroll)};

    🔗 Source: https://news.seehua.com/post/1427558