Author: jnj-admin

  • 统治印尼30年充斥腐败指控 前总统苏哈多获封国家英雄

    统治印尼30年充斥腐败指控 前总统苏哈多获封国家英雄

    印尼政府11月10日授予已故前总统苏哈多国家英雄的称号。

    统治印尼长达30年的苏哈多于1988年因暴力抗议被迫下台。在他统治时期,印尼充斥大规模侵犯人权、腐败和裙带关系的指控。苏哈多于2008年去世,享年86岁

    总统普拉博沃在主持的国家英雄日纪念仪式上,授予苏哈多国家英雄的称号。苏哈多的一名女儿和儿子出席仪式。普拉博沃曾是苏哈多的女婿。

    根据普拉博沃军事秘书宣读的一项法令,苏哈多被列为印尼新增的10位国家英雄之一。

    印尼每年都会把国家英雄称号授予对国家发展做出显著贡献的印尼人。印尼社会部和文化部此次向普拉博沃提交的候选人名单共有48人。

    较早前,约500名印尼民间社团成员、活跃分子和学者公开致函普拉博沃,要求他不要授予苏哈多国家英雄荣衔。反对者认为这是背叛苏哈多统治期间的所有受害者以及民主价值,也严重歪曲了历史。

  • Luahan pembaca: Anak sakit, tolong jangan hantar ke sekolah

    Luahan pembaca: Anak sakit, tolong jangan hantar ke sekolah

    SAUDARA PENGARANG, Saya sebagai ibu bapa kecewa apabila ada juga murid-murid yang tidak sihat tetap datang ke sekolah. Ada yang batuk, ada yang bersin dan lesu, malah ada yang terang-terangan demam dan mata berair. Perkara ini diceritakan anak saya kepada saya. Saya faham, ibu bapa risau anak ketinggalan pelajaran tetapi tolonglah faham, kesihatan bukan perkara remeh. Apabila seorang anak yang dijangkiti influenza datang ke sekolah, risiko untuk menjangkiti murid lain, malah guru, sangat tinggi. Dalam satu kelas dengan 30 murid,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/luahan-pembaca-anak-sakit-tolong-jangan-hantar-ke-sekolah/

  • Tahniah para graduan, jangan lupa jasa pendidik

    Tahniah para graduan, jangan lupa jasa pendidik

    BAHANG konvokesyen 2025 semakin dirasai di setiap institusi pengajian tinggi (IPT). Persiapan rapi bagi merealisasikan detik bersejarah yang akan terpahat sebagai memori indah sedang sibuk dilaksanakan. Konvokesyen adalah bukti kepada usaha dan perit jerih yang telah dilalui sepanjang bergelar mahasiswa. Anda akan bergelar graduan tidak lama lagi. Universiti telah menyediakan ruang dan peluang yang secukupnya dalam membina bakat dan keperibadian. Pastinya anda kini adalah insan yang tinggi nilai ilmu dan kaya dengan akhlak. Merealisasikan program pengajian baharu di universiti memerlukan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/tahniah-para-graduan-jangan-lupa-jasa-pendidik/

  • RM11 trilion wang haram dicuci setahun

    RM11 trilion wang haram dicuci setahun

    PERNAHKAH terfikir berapa banyak wang yang ada dalam dunia ini dan beberapa banyak pula daripada jumlah tersebut adalah wang ‘haram’? Wang atau duit haram di sini bermaksud wang yang diperoleh daripada aktiviti jenayah seperti rasuah, penyeludupan dadah, judi tanpa lesen, penipuan (scamming), penggodaman dan pemerdagangan manusia. Jelasnya, sukar untuk mengira jumlah wang haram di dunia, namun berdasarkan anggaran Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) jumlah wang haram yang dicuci setiap tahun adalah antara AS$1.6 trilion (RM6.6 trilion)……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/rm11-trilion-wang-haram-dicuci-setahun/

  • SPM tak cemerlang, tapi berjaya jua sampai Oxford

    SPM tak cemerlang, tapi berjaya jua sampai Oxford

    TIDAK semua kejayaan bermula dengan keputusan cemerlang di sekolah. Itulah yang dibuktikan Azida Ahmad Azmi, 26, apabila dia berjaya melangkah masuk ke Universiti Oxford, United Kingdom menerusi tekad dan usaha berterusan. Hakikatnya, anak tunggal itu bukanlah pelajar cemerlang ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dia hanya meraih 3A. Namun, kekurangan itu tidak pernah menghalangi impiannya untuk terus menimba ilmu hingga ke menara gading. “Saya bukan pelajar straight A, namun saya orang pertama dalam keluarga yang berjaya sambung pelajaran ke universiti.……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/spm-tak-cemerlang-tapi-berjaya-jua-sampai-oxford/

  • Nikah Siam kini ala online, klik pakej, terus kahwin

    Nikah Siam kini ala online, klik pakej, terus kahwin

    PETALING JAYA – Sindiket nikah Siam semakin aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial termasuk memberi jaminan tauliah dan pakej menarik bagi memudahkan prosedur urusan pernikahan di negara jiran. Walaupun banyak pembongkaran dan sisi gelap penawaran dilakukan, sindiket seolah-olah tidak gentar, malah makin galak menawarkan pakej-pakej hebat di media sosial sehingga mendapat puluhan ribu pengikut. Tawaran pakej termasuk pe­ngangkutan, wali, saksi dan dokumen dengan jaminan ‘lulus dan bertauliah’ dibuat sebagai umpan untuk menarik minat lelaki Malaysia yang mendapat halangan untuk…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/nikah-siam-kini-ala-online-klik-pakej-terus-kahwin/

  • Program ijazah ‘rare’, UiTM ‘kilang’ pereka barang kemas negara

    Program ijazah ‘rare’, UiTM ‘kilang’ pereka barang kemas negara

    SEJAK sekian lama, barang kemas menjadi perhiasan bersifat eksklusif yang begitu digemari oleh kaum wanita. Begitu juga dengan ibu dan kakak kepada Mohamad Khairul Anam Mohd. Razali, 22, yang meminati keindahan rekaan serta nilai sentimental pada setiap barang kemas. “Sejak kecil, saya melihat mereka sering mengumpul barang kemas. Dari situ saya tertarik melihat estetika reka bentuk gelang, cincin dan rantai emas. “Disebabkan minat terhadap rekaan barang kemas, saya mula menanam impian untuk mendalami ilmu rekaan produk itu,” ujarnya. Pemuda yang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/program-ijazah-rare-uitm-kilang-pereka-barang-kemas-negara/

  • Pemain United sentiasa lalai – Amorim

    Pemain United sentiasa lalai – Amorim

    LONDON – Manchester United terus dihimpit dengan sikap lalai hingga membazirkan dua lagi mata selepas sekadar seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

    Pengurus The Red Devils, Ruben Amorim mendakwa pemainnya sering bersikap terlalu selesa hingga meletakkan pasukan dalam situasi sukar sekali gus mencatat keputusan seri kedua berturut-turut.

    Amorim jelas tidak begitu bersemangat untuk meraikan kebangkitan dramatik pasukannya kerana merasakan anak-anak buahnya sering mengambil mudah seperti meraih keputusan seri 2-2 dengan Nottingham Forest minggu lalu.

    “Kami mempunyai banyak masalah walaupun keputusan ini menunjukkan kami makin bertambah baik. Tetapi realitinya kami masih ada banyak kerja perlu dilakukan.

    “Untuk mengatasi cabaran dan menjaringkan gol adalah perkara bagus, namun jika kita lihat perlawanan ini, kami sebenarnya terlalu selesa.

    “Saya fikir kami sepatutnya mampu lakukan lebih baik dan tampil agresif untuk mendapatkan tiga mata,” katanya.

    Terdahulu, Bryan Mbuemo meletakkan United di depan, namun Spurs memperoleh dua gol menerusi Mathys Tel dan Richarlison sebelum Matthijs de Ligt menyelamatkan maruah The Red Devils dengan menyumbangkan jaringan penyamaan.

    United juga terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas penyerang gantian, Benjamin Sesko terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika Amorim sudah menggunakan kesemua lima pertukaran.

    Amorim menjelaskan tidak begitu bimbang dengan prestasi Sesko, namun keutamaannya sekarang adalah mengenai kecederaan dialami penyerang Slovenia itu. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/10/pemain-united-sentiasa-lalai-amorim/

  • ‘Aku lebih layak dapat RM5 juta, berbanding keluarga kau’

    ‘Aku lebih layak dapat RM5 juta, berbanding keluarga kau’

    PETALING JAYA – Pelakon Syamim Razi mengundang perhatian ramai apabila dia memuat naik video tangkap layar perbualan dengan isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah dalam Instagramnya.

    Menerusi perkongsian tersebut, Syamim yang merupakan anak kepada Sharifah Mastura Syed Sepian, 51, atau dikenali sebagai Kak Yang, wanita yang terpalit tuduhan menjadi orang ketiga dalam perhubungan antara Nubhan dan isteri mendakwa dirinya diserang Dr. Afifah dengan pelbagai dakwaan.

    “Tolong, ada orang serang saya.

    “Ini yang kalian kata lembut?” katanya ringkas.

    Afifah juga menafikan tuduhan Syamim mengenai dia meminta Nubhan membayar duit untuk peguam yang dilantik ketika ini.

    “Ingat aku terdesak sangat ke duit Nubhan itu? Kalian lagi terdesak nampaknya, nak jalan semua pakai duit Nubhan.

    “Memang aku lebih layak dapat RM5 juta (tuntutan harta sepencarian) daripada keluarga kau. Tak malu nak heboh-heboh cerita,” balas Afifah kepada Syamim.

    Bukan itu sahaja, Syamim juga dilihat mempersoal tindakan Afifah yang meminta duit daripada Nubhan dan seolah-oleh menuduh wanita berkenaan mahu menggunakan wang tersebut untuk menjatuhkan suaminya sendiri.

    Namun, Afifah menegaskan duit yang digunakan adalah milik suaminya dan tidak meminta daripada mana-mana pihak termasuk Syamim.

    “Dah buang masa 10 tahun dengan orang macam itu, kisah pula!

    “Duit suami aku, bukan kau. Nak pijak-pijak aku, lambat lagi.

    “Aku percaya Allah SWT itu bersama-sama aku sebab tak pernah buka aib sesiapa,” kata Afifah lagi.

    Hari ini, Afifah meraih perhatian ramai dalam Threads apabila mendakwa wujudnya orang ketiga yang terlalu menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/aku-lebih-layak-dapat-rm5-juta-berbanding-keluarga-kau/

  • ‘Jamilah dah nikah’ – Que Haidar sudah tukar lagu lain

    ‘Jamilah dah nikah’ – Que Haidar sudah tukar lagu lain

    PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar mencuri perhatian peminat sekali lagi apabila muncul dalam satu video terbaharu sambil menyanyikan lagu Tenda Biru, menggantikan lagu Jamilah yang sebelum ini tular di media sosial.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Chezhamdan di laman instagram, Que dilihat sedang menggayakan rambut sambil berseloroh, “Jamilah dah nikah ke?” sebelum menyanyikan bait lagu Tenda Biru.

    Terdahulu, Que mencetuskan fenomena luar biasa apabila video alih suara lagu Jamilah yang dimuat naik secara spontan menjadi tular di TikTok.

    Video berkenaan yang katanya dirakam ketika dia berada dalam keadaan mengantuk, berjaya meraih jutaan tontonan dan reaksi positif daripada peminat.

    Fenomena itu turut menyebabkan ramai pengguna wanita bergurau mahu menukar nama kepada Jamilah disebabkan terpikat dengan gaya santai dan aura Que dalam video tersebut.

    Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

    “Risaunya mak-mak yang nama Jamilah beratur di salon nanti,” ujar @Hailihabibti.

    “Saya sedang usaha pujuk suami buat rambut gaya Que Haidar,” kata @Fatenjoe. – KOSMO! ONLINE

    A post shared by Chez Hamdan (@chezhamdan)

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/09/video-jamilah-dah-nikah-que-haidar-sudah-tukar-lagu-lain/