Author: jnj-admin

  • tular tangkapan di Klang hanyalah latihan simulasi polis

    tular tangkapan di Klang hanyalah latihan simulasi polis

    KLANG 9 Nov. – Polis mengesahkan bahawa video tular memaparkan sepasukan anggota menahan seorang individu di sini sebenarnya hanyalah latihan amal simulasi melibatkan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, latihan tersebut dijalankan pada jam 10 pagi Sabtu oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

    Menurut beliau, seramai dua pegawai dan 26 anggota IPD Klang Utara terlibat dalam latihan berkenaan, termasuk koordinasi bersama Cawangan Pusat Kawalan Polis, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Klang Utara.

    “Latihan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan serta kesiapsiagaan anggota MPV, URB dan pusat kawalan dalam menangani situasi mengejar penjenayah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya memuat naik rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

    “Tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat tidak benar mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

    Sebelum ini, tular sebuah video di Facebook mendakwa berlaku tangkapan susulan kes samun kedai emas di Klang, namun polis menegaskan rakaman tersebut hanyalah sebahagian daripada latihan simulasi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12374

  • JAIP tahan ketua, tujuh pengikut ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ disyaki ajaran sesat

    JAIP tahan ketua, tujuh pengikut ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ disyaki ajaran sesat

    KUANTAN 9 Nov – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan ketua dan tujuh pengikut kumpulan dikenali sebagai Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi kerana disyaki terbabit dalam kegiatan ajaran sesat, dalam satu serbuan di Jerantut kelmarin.

    Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah bekas gudang perabot yang dipercayai dijadikan tempat tinggal kumpulan berkenaan di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar.

    Menurutnya, pemeriksaan di lokasi turut menemui pelbagai dokumen serta barangan yang disyaki bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berunsur khurafat.

    “Antara barangan dirampas ialah tongkat, ikatan kain kuning, kain hitam yang didakwa boleh mengayakan orang, serta batu yang dililit kain kuning.

    “Turut dirampas ialah kertas mengandungi cara niat solat jamak fardu seumur hidup, nota lafaz selawat dan ikrar berunsur meragukan. Penemuan ini mengukuhkan syak wujudnya amalan yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Semua bahan rampasan itu akan dirujuk kepada Jabatan Mufti Pahang bagi penelitian lanjut.

    Ahmad Khirrizal berkata, ketua kumpulan berusia 45 tahun itu berasal dari Kampung Sungai Tekam Utara, Jerantut, dan digelar ‘ayahanda’ oleh pengikutnya. Lelaki itu dilaporkan menyewa dan mengubah suai gudang perabot tersebut menjadi penempatan kumpulan itu sejak lebih dua tahun lalu.

    Premis berkenaan turut didiami isteri ketua kumpulan serta empat anak mereka berusia antara lapan hingga 15 tahun.

    “Siasatan awal mendapati pengikut kumpulan itu berusia 45 hingga 66 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor serta Melaka. Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti sejak bila kegiatan ini bermula serta mengesan individu lain yang mungkin terlibat,” katanya.

    Setakat ini, semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan syariah, namun semakan lanjut berkaitan rekod jenayah turut dilakukan oleh polis.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 kerana memiliki dan menyimpan dokumen bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

    Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 19 enakmen sama kerana tidak menunaikan solat Jumaat, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

    Semua suspek dibebaskan semalam dengan jaminan pegawai penguat kuasa JAIP sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan sebelum dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Jerantut.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12373

  • Anwar: Persekutuan beri RM17 bilion kepada Sabah, lebih tinggi daripada kutipan hasil

    Anwar: Persekutuan beri RM17 bilion kepada Sabah, lebih tinggi daripada kutipan hasil

    KUALA LUMPUR 9 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sejumlah RM17 bilion kepada Sabah, iaitu jumlah yang jauh melebihi kutipan hasil RM10 bilion dari negeri berkenaan.

    Menurut Anwar, tidak wajar wujud kekeliruan antara peruntukan Persekutuan kepada Sabah dengan bahagian 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari negeri tersebut, yang sepatutnya dibayar sebagai geran khas.

    Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan telah memberikan lebih daripada kadar 40 peratus itu melalui peruntukan pembangunan dan pengurusan Persekutuan untuk Sabah.

    “Berapa kami (kerajaan Persekutuan) ambil dari Sabah? Saya beritahu, RM10 bilion.

    “Berapa kita beri balik kepada Sabah? RM17 bilion,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

    Anwar turut menjelaskan bahawa aturan semasa berkaitan pembayaran geran khas antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih bersifat sementara, dengan rundingan sedang diteruskan.

    Rundingan berhubung formula pembayaran baharu itu telah bermula sejak 2022, selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengarahkan kerajaan merundingkan semula pengagihan hasil dengan Sabah.

    Di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima geran khas bersamaan 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari negeri tersebut, dan ia sepatutnya berada di bawah kawalan penuh kerajaan negeri.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12372

  • Perkhidmatan tren di Stesen Butterworth pulih sepenuhnya selepas insiden tren terlajak

    Perkhidmatan tren di Stesen Butterworth pulih sepenuhnya selepas insiden tren terlajak

    KUALA LUMPUR 9 Nov – Operasi perkhidmatan tren di Stesen Butterworth kembali pulih sepenuhnya selepas kerja mengalihkan tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak ke hujung landasan di Platform Empat semalam berjaya diselesaikan.

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 6.01 pagi semalam sebelum pasukan teknikal menyelesaikan kerja pemulihan sepenuhnya.

    Menurut KTMB, perkhidmatan tren penumpang kembali beroperasi seperti biasa mulai jam 7.51 malam semalam.

    KTMB turut merakamkan penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kefahaman mereka sepanjang kerja pemulihan dijalankan.

    Dalam masa sama, KTMB menegaskan komitmen untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, selain memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12370

  • KPM gesa sokongan ibu bapa jayakan Pelan Pendidikan 2026-2035 dan Kurikulum 2027

    KPM gesa sokongan ibu bapa jayakan Pelan Pendidikan 2026-2035 dan Kurikulum 2027

    SEBERANG PERAI 9 Nov – Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua pihak terutama ibu bapa agar memberikan sokongan padu dalam menjayakan dua agenda utama pendidikan negara, iaitu Pelan Pendidikan Malaysia 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027.

    Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kedua-dua inisiatif tersebut menjadi tonggak penting dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan nasional bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

    “KPM kini sedang mengusahakan dua agenda utama iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan baharu serta Kurikulum 2027 yang akan dimulakan di peringkat prasekolah pada tahun 2026. Usaha ini memberi kesan langsung terhadap sistem pendidikan negara dan memerlukan sokongan semua pihak.

    “Kita juga perlu melihat bagaimana komuniti dapat bersama kementerian dalam memperkukuh pembentukan karakter dan sahsiah anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Nibong Tebal, malam tadi. Turut hadir, Pengetua SMK Methodist Nibong Tebal, Dr S. Sivasanggar.

    Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KPM akan melaksanakan pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai 2026 melalui pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek sedia ada.

    Katanya, pelaksanaan inisiatif itu akan bermula di peringkat prasekolah sebelum diperluaskan kepada murid Tahun Satu dan seterusnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12366

  • Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan

    Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan

    KUALA LUMPUR 8 Nov – Spekulasi mengenai kedudukan Datuk Ewon Benedick dalam Kabinet akhirnya terjawab apabila Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu malam ini mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan.

    Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkenaan menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebook Ewon Benedick Official Media, malam ini.

    “Saya akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai anggota Kabinet Persekutuan.

    “Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas ruang kebersamaan dalam Kabinet yang telah menjadi platform untuk saya memperjuangkan prinsip berkaitan hak-hak Sabah,” katanya.

    Berpegang kepada prinsip perjuangkan hak Sabah

    Menurut Ewon, keputusan itu dibuat atas prinsip perjuangan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Beliau berkata, pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam penghakiman bertulis Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Celestina Stuel Galid, berhubung semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) telah mengabaikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia.

    “Saya tidak dapat bersetuju dengan pendirian dan pandangan AGC tersebut.

    AGC merupakan penasihat perundangan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

    “Sangat janggal untuk saya meneruskan keanggotaan dalam Kabinet dengan pendirian AGC itu yang saya percaya akan kekal menjadi pandangan mereka,” katanya.

    Ewon menjelaskan, pendekatan AGC terhadap isu hak 40 peratus hasil Sabah sepanjang tiga tahun beliau dalam Kabinet dilihat bercanggah dengan prinsip perjuangan UPKO.

    “Sebagai Presiden UPKO, saya ingin melihat hak Sabah itu dilaksanakan.

    Ini adalah prinsip dan sebab saya menyertai politik,” tegasnya.

    Tidak sokong keputusan bercanggah dengan Mahkamah Tinggi

    Ewon turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong sebarang keputusan yang bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu, selain berpendirian bahawa AGC sepatutnya tidak memfailkan rayuan, sebaliknya memulakan perundingan dengan Kerajaan Sabah.

    “Saya percaya AGC akan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Kabinet, namun berdasarkan pendirian yang dibuat di mahkamah, saya tidak melihat akan ada nasihat baharu,” katanya.

    Latar belakang dan reaksi awal

    Sebelum ini, Ewon dilaporkan menghadiri majlis perpisahan anjuran kakitangan KUSKOP di Putrajaya, selain memberitahu akan bercuti mulai 11 hingga 29 November, tanpa menyebut soal peletakan jawatan.

    Dalam pertemuan bersama warga kementerian di Temerloh minggu lalu, beliau turut memberi bayangan mengenai keputusan itu apabila berkata:

    “Mungkin ini ucapan terakhir saya sebagai Menteri KUSKOP… saya amat pasti saya akan balik untuk berkhidmat di Sabah.”

    Isu Pemberian Khas Sabah

    Untuk rekod, pada 18 Oktober lalu, AGC memaklumkan akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah sebelum mengambil tindakan susulan.

    Mahkamah pada 17 Oktober memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah perlu menjalankan satu lagi semakan terhadap pemberian khas bagi tempoh 1974 hingga 2022.

    Kes berkenaan tertumpu kepada tafsiran Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai geran khas serta agihan hasil Sabah dan Sarawak, termasuk semakan berkala terhadap jumlah geran tersebut.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober lalu mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi berhubung hasrat Ewon untuk meletak jawatan ketika itu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12365

  • 男子陷“探探”裸聊勒索圈套 损失9000令吉

    男子陷“探探”裸聊勒索圈套 损失9000令吉

    (鹅唛9日讯) 一名23岁的华裔男子误坠“探探”裸聊勒索圈套,痛失9000令吉积蓄。

    鹅唛警区主任诺阿里分助理总监发出文告表示,事主于本月5日到警局报案,称自己在峇都喼波顿工业区工作期间,接获勒索讯息,威胁若不付款便将在网络上传播其裸照。

    他指出,调查显示事主早前通过来自中国的交友应用程序“探探”认识一名女网友,两人互换电话号码后,该女子通过微信与事主进行视频通话,女子假装裸露以取信事主,并诱使事主在镜头前脱衣裸露。

    “不久后事主接获对方通过WhatsApp发送的恐吓讯息,扬言若不支付赎金便将裸照与视频散播至网络。”

    “由于担心视频外泄,事主被迫按照指示,将款项转入两个银行账户,总额达9000令吉。”

    他表示,警方正展开调查,以追查该银行账户的持有人身份及涉案电话号码来源。

  • 龙卷风吹毁巴西南部小镇 酿6死750伤一人下落不明

    龙卷风吹毁巴西南部小镇 酿6死750伤一人下落不明

    (里约热内卢9日讯)巴西当局当地时间周六(8日)表示,一场龙卷风袭击了该国南部一座小镇,造成至少6人死亡,约750人受伤,并摧毁了小镇的大部分地区。

    法新社报导,官员称,这场发生在上周五晚上的龙卷风将汽车像玩具一样掀翻,并摧毁了巴拉那州里约博尼图-杜伊瓜苏(Rio Bonito do Iguacu),人口约1万4000居民小镇的建筑物。

    这场风暴持续时间仅数分钟,但狂风肆虐,风速高达每小时250公里。空拍照片显示,小镇几乎被夷为平地,到处都是残垣断壁和瓦砾。

    在8日,饱受惊吓的居民在自家废墟中翻找,试图抢救一些财物。

    龙卷风来袭时,萨巴迪尼正在镇外工作。

    “我回到家,发现自己无家可归”,这位51岁的居民告诉法新社:“我无家可归了,重建家园需要时间。”

    当局称,该镇90%的地区遭到破坏。

    达尔坎顿站在她曾经的店铺,现在已成为废墟旁边说道:“一切都被摧毁了。城镇、房屋、学校都被摧毁了。我们以后该怎么办?”

    巴拉那州政府表示,龙卷风已造成至少6人死亡。消防员和医护人员救治了750名伤者,其中9人伤势严重。

    失踪人数可能还会上升

    目前有一人失踪,但随著救援工作的持续,失踪人数可能还会上升。

    救援队在成堆的瓦砾中搜寻幸存者和罹难者遗体,附近城镇已设立临时避难所。

    “这里宛如战场”,巴拉那州民防局局长舒尼格告诉G1新闻网。

    他表示,由于龙卷风袭击了城镇中心,伤亡人数很可能会进一步增加。

    舒尼格说:“当这类灾害袭击城市地区时,造成的破坏是巨大的,而且非常致命。”

    巴西总统卢拉表示,一支由部长和灾害救援专家组成的队伍正在赶往该镇,并向受灾民众表达了“声援”。

    据气象部门称,巴拉那州全境以及圣卡塔琳娜州(Santa Catarina)和南里奥格兰德州(Rio Grande do Sul)均发布了危险风暴警报。

    巴拉那州及邻近州的其他城市也遭受了强风、暴雨和冰雹的袭击,这股强烈的天气系统席卷了整个地区。

    去年,巴西南部南里奥格兰德州遭遇严重洪灾,造成200多人死亡,200万人流离失所。

    这是巴西近代史上最严重的自然灾害之一,专家表示,全球暖化是造成洪灾的原因之一。

  • 【韩国羽球超级300赛】力战韩国混双 维君组合2局不敌摘亚军

    【韩国羽球超级300赛】力战韩国混双 维君组合2局不敌摘亚军

    (益山9日讯)韩国羽球超级300赛混双赛事今日迎来决赛,世界排名37、大马混双自由人“维君组合”黄显维与赖沛君,迎战韩国混双金在贤及郑那银,维君两局不敌获得亚军。

    首局,维君组合开局失利连丢4分0-4,反击一波2-0破蛋2-4,韩国组合强攻领先8-2,维君不言弃追至5-8,在5-9后一波2-0至7-9,韩国队反击11-7,维君紧追在后10-11,在11-12后连连丢分11-17,后续强攻5-0拉近比分16-17,韩国队持续领先18-16,维君在比赛第20分钟时终于战平并陷入抢分胶战,双方数度平手18平、19平、20平、21平、22平,韩国队后以24-22先拿下一局。

    次局,韩国队开局延续强攻遥遥领先6-2,维君追至3-6,3-7后火力全开一波8-0战平并反超11-7,韩国队抢分8-11止住维君攻势,维君领先13-10,韩国队紧追在后,11-13时一波8-0战平并反超18-13,维君15-18,韩国队领先并以20-16进入局点,维君不言弃18-20,可惜无法逆转,韩国队以21-18拿下比赛。

  • 中国部分恢复安世晶片出口 欧盟:缓解汽车业忧虑

    中国部分恢复安世晶片出口 欧盟:缓解汽车业忧虑

    (布鲁塞尔9日讯)欧盟委员会周六表示,中国当局已确认部分恢复安世半导体(Nexperia)晶片的出口,舒缓了先前让汽车制造商忧心的封锁禁令。

    据法新社等媒体报导,这起争端起于9月,当时荷兰政府以国家安全为由,实质接管总部位于荷兰、母公司则为中国闻泰科技(Wingtech)的安世半导体公司,而闻泰则被认为受北京政府支持。荷兰政府指责闻泰科技创始人、首席执行员张学政管理不善,其行为构成“滥用财务资源,为首席执行员本人及其在中国的其他公司谋取私利”。

    中国随即以禁止该公司晶片的再出口作为回应,引发汽车制造商警告恐将造成生产中断,因为这些零组件对车载电子系统至关重要。如果晶片供应短缺,将造成全球汽车供应链大乱。

    中国还指责美国介入此案。美国去年12月将闻泰科技列入“威胁美国国家安全”的企业名单之中。

    不过,北京于周末宣布,将对部分晶片解除出口禁令,据报导这是中国国家主席习近平和美国总统特朗普所达成贸易协议的部分内容。

    中国同意荷兰派员赴华磋商

    中国商务部周六表示,荷兰方面应从源头上迅速且有效恢复全球半导体供应链稳定,并停止用行政手段干涉企业。中方同意荷兰经济部派员到中国磋商。

    欧盟贸易执委塞夫科维奇在社交平台X表示,他对“今日收到这项确认…也就是关于进一步简化出口至欧盟及全球客户的安世晶片程序”表示欢迎。

    他另外指出,只要晶片出口仅属于“民用用途”,就会被允许,并表示此一措施“立即”生效。

    塞夫科维奇说,欧盟正持续和中国协商,以寻求“长久、稳定且可预期的架构,确保半导体供应全面恢复”。

    大众汽车再获晶片供应

    供应感测器与显示器给多家汽车大厂的德国欧摩威公司(Aumovio)周五表示,已获得中国政府签发的出口许可,得以出口安世半导体晶片。

    这些晶片在欧洲制造,然后运往中国进行最终加工完成封装,之后再出口到欧洲和其他市场的客户。

    欧洲最大的汽车制造商大众汽车(Volkswagen)中国区负责人布兰施泰特透露,公司已收到安世半导体在供应中断后的首批晶片。

    大众汽车曾警告称,如果危机持续下去,将面临停产。而据报导,一些规模较小的公司正在准备缩短工时,一些企业不得不暂时解雇员工。