Category: JNJ-MEDIA

  • Iran tutup ruang udara, protes makin merebak

    Iran tutup ruang udara, protes makin merebak

    TEHRAN – Iran mengaktifkan Notis Kepada Misi Udara (NOTAM) ketika ruang udara Tehran ditutup di tengah-tengah peningkatan protes di seluruh negara yang mencetuskan kebimbangan keselamatan dan gangguan perjalanan, lapor laman berita Newsx hari ini.

    Tindakan menutup ruang udara itu melibatkan negara Iran dan kawasan Teluk Parsi (rantau OIIX) dan dibuat ketika protes rakyat semakin merebak.

    Selain penutupan OIIX dan beberapa lapangan terbang utama lain, NOTAM dikeluarkan untuk menangguhkan penerbangan keluar masuk di semua lapangan terbang yang terlibat.

    Kekacauan di Iran mencetuskan tindak balas keselamatan serius termasuk pengaktifan sistem pertahanan udara di pelbagai lokasi.

    Punca awal protes rakyat itu adalah masalah ekonomi tetapi apabila keadaan semakin meruncing, demonstrasi tersebut dikaitkan dengan tuntutan untuk menukar rejim.

    Seruan Putera Mahkota yang hidup dalam buangan, Reza Pahlavi untuk demonstrasi di seluruh Iran diadakan semalam merupakan faktor penyumbang kepada protes yang kini bertukar menjadi perjuangan untuk kebebasan.

    Di Tehran, terdapat laporan pertempuran berlaku dengan penunjuk perasaan membakar kereta polis dan tugu peringatan Qasem Soleimani, manakala slogan ‘Mati kepada diktator’ dilaungkan di beberapa kejiranan.

    Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia melaporkan, sejak permulaan rusuhan yang kini merebak ke semua 31 wilayah di Iran, sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dan lebih daripada 2,260 yang lain telah ditangkap. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/09/iran-tutup-ruang-udara-protes-makin-merebak/

  • Belia 15 hingga 24 tahun masih sukar dapat kerja

    Belia 15 hingga 24 tahun masih sukar dapat kerja

    PETALING JAYA – Walaupun kadar pengangguran keseluruhan Malaysia mencatatkan penurunan dalam tempoh 11 tahun iaitu 2.9 peratus pada November 2025, golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan.

    Menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran bagi belia dalam lingkungan umur ini kekal pada 10.1 peratus, melibatkan seramai 297,900 penganggur.

    Angka ini hampir tidak berubah berbanding 297,600 orang pada Oktober 2025, manakala bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun pula, kadar pengangguran direkodkan pada 6.1 peratus, sedikit lebih rendah daripada bulan sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada jumlah keseluruhan penganggur, 79.8 peratus merupakan penganggur aktif iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan.

    “Dalam kalangan mereka, 64.4 peratus menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala melebihi setahun hanya 5.0 peratus.

    “Ini menunjukkan kebanyakan belia masih baru memasuki pasaran kerja, namun mereka memerlukan sokongan dan kemahiran tambahan untuk menembusi sektor pekerjaan yang tersedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Laporan itu juga menunjukkan bilangan penduduk bekerja secara keseluruhan meningkat kepada 17.09 juta orang pada November 2025, berbanding 17.06 juta pada bulan sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/09/belia-15-hingga-24-tahun-masih-sukar-dapat-kerja/

  • KPM kaji keperluan wujud semula UPSR, PT3

    KPM kaji keperluan wujud semula UPSR, PT3

    PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan mewujudkan kembali Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) berikutan pengaktifan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) tahun ini.

    Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dapatan daripada MPPK itu seterusnya akan dibentang kepada Kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

    “Kita akan mengkaji semula peperiksaan itu kerana ia masih lagi menjadi permintaan ibu bapa.

    “Apa sahaja peperiksaan yang disebut ataupun maknanya yang berada dalam polemik masyarakat itu, saya minta nanti Dr. Mohd Azam Ahmad (Ketua Pengarah Pendidikan) akan memberikan pandangan dan ahli-ahli majlis penasihat itu nanti akan membincangkan.

    “Dan laporan kaji selidik dan apa sahaja keputusan itu, kita akan serahkan kepada ahli Kabinet untuk dibuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pendidikan di sini tadi.

    Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

    Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM mengaktifkan semula MPPK tahun ini berikutan peranan kritikal majlis itu khususnya dalam memberikan pandangan dan idea dalam konteks profesional namun tetap berpaksikan pendidikan.

    Katanya, MPPK juga akan menjadi wadah pemikir strategik KPM terutamanya dalam menavigasi cabaran pendidikan masa hadapan.

    Dalam perkembangan sama, Fadhlina berkata, KPM juga akan terus bergerak maju tahun ini dengan mengutamakan keperluan rakyat dan pelajar seterusnya memberi kesan positif pada ekosistem pendidikan negara.

    “Jadi secara keseluruhannya kita akan bergerak dengan lebih kemas pada tahun ini dengan mengutamakan keutamaan dan juga hasrat rakyat seterusnya memberikan kesan langsung kepada keseluruhan ekosistem pendidikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/09/kpm-kaji-keperluan-wujud-semula-upsr-pt3/

  • Maghribi tertekan tamat penantian 50 tahun

    Maghribi tertekan tamat penantian 50 tahun

    RABAT – Ketua jurulatih Maghribi, Walid Regragui mengakui tekanan semakin dirasai dalam misi memburu gelaran Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama sejak 1976, menjelang aksi suku akhir menentang Cameroon, awal pagi esok.

    Menurut Regragui, prestasi semasa Atlas Lions termasuk sejarah mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar tidak boleh dijadikan ukuran, sebaliknya semua pemain perlu bekerja keras untuk memburu slot separuh akhir.

    Regragui berkata, edisi kali ini adalah yang terbaik untuk menamatkan penantian selama 50 tahun memandangkan status pasukan selaku tuan rumah.

    “Saya anggap tekanan kini dirasai pasukan kerana ramai menganggap jika kita tidak menang AFCON, kempen kali ini dianggap gagal. Saya harap pemain sedar harapan tinggi yang diberikan untuk negara ini menamatkan penantian panjang.

    “Ini adalah tanggungjawab besar kerana ia bukan sahaja dipikul oleh saya sebagai jurulatih tetapi oleh semua pemain kerana kita terdesak untuk bergelar juara benua Afrika sekali lagi,” katanya.

    Sementara itu, pengendali Cameroon, David Pagou percaya Maghribi adalah pilihan utama untuk mara ke separuh akhir, namun menegaskan bahawa pasukannya tetap memiliki kekuatan tersendiri untuk melakar kejutan.

    “Jelas Maghribi adalah pasukan pilihan kerana mereka adalah tuan rumah. Namun, saya percaya situasi itu akan memberikan kita kekuatan untuk menggandakan usaha melakar kejayaan,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/09/maghribi-tertekan-tamat-penantian-50-tahun/

  • KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3

    KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan masing-masing pada 2021 dan 2022.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kajian itu akan dilaksanakan melalui pengaktifan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang berperanan meneliti permintaan masyarakat, khususnya ibu bapa, yang masih menyuarakan kebimbangan terhadap pemansuhan dua peperiksaan awam berkenaan.

    Menurut beliau, laporan kaji selidik serta dapatan menyeluruh yang dikemukakan MPPK kelak akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi membolehkan keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet.

    “Kita akan mengkaji semula peperiksaan ini kerana ia masih menjadi permintaan ibu bapa. Apa sahaja bentuk peperiksaan atau penilaian yang menjadi polemik masyarakat akan dibincangkan secara menyeluruh oleh MPPK sebelum diserahkan kepada Kabinet,” katanya.

    Dalam ucapannya pada Program Amanat Tahun Baharu YB Menteri Pendidikan, beliau menegaskan bahawa tugasan utama MPPK tahun ini adalah menilai sama ada UPSR dan PT3 perlu dikembalikan, diteruskan dalam bentuk lain, atau digantikan dengan kaedah pentaksiran yang lebih sesuai.

    Fadhlina menjelaskan, isu peperiksaan awam masih kerap dibangkitkan oleh masyarakat di mana sahaja beliau turun padang, termasuk kebimbangan yang disuarakan oleh pendidik, terutamanya mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

    “Tugasan utama MPPK adalah melihat kembali aspek peperiksaan, penilaian dan pentaksiran yang masih diperkatakan dalam masyarakat. Kita tidak boleh terpisah daripada hasrat dan aspirasi rakyat kerana suara mereka mesti didengar,” katanya.

    🔗 Source: https://thereporter.my/kpm-kaji-semula-keperluan-kembalikan-upsr-pt3/

  • Seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan, petang semalam.

    Seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan, petang semalam.

    Mayat mangsa ditemui oleh seorang pekerja bot pelancong (Cruise The Mines) yang kemudiannya segera menghubungi pihak polis.Hasil semakan mendapati mangsa sebelum ini telah dilaporkan hilang oleh isterinya di Balai Polis Kajang.

    Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.Ketua Polis Daerah Serdang mengesahkan bahawa pemeriksaan awal tidak menemui sebarang elemen jenayah di lokasi kejadian.

    Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

    Sumber: Berita Harian

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FaW5GX56t/

  • Polis menyita sebuah lori pasir selepas tular video kenderaan tersebut melanggar kabel lampu isyarat di Pekan Nanas akibat kegagalan pemandu menurunkan bahagian belakang atau bucket.

    Polis menyita sebuah lori pasir selepas tular video kenderaan tersebut melanggar kabel lampu isyarat di Pekan Nanas akibat kegagalan pemandu menurunkan bahagian belakang atau bucket.

    Walaupun pengguna jalan raya lain telah cuba memberi amaran awal pemandu lori berusia 53 tahun itu mendakwa tidak menyedari keadaan bucket yang masih terangkat sehingga menyebabkan kerosakan infrastruktur.Siasatan awal mendapati pemandu warga tempatan tersebut negatif ujian saringan air kencing dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan.

    Lori terbabit kini disita sepenuhnya untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa bagi mengenalpasti punca sebenar kecuaian tersebut.

    Kejadian ini mendapat perhatian meluas di media sosial kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara tidak cermat.

    Pihak polis mengingatkan semua pemandu kenderaan berat agar sentiasa peka dengan keadaan teknikal kenderaan bagi mengelakkan kerosakan kemudahan awam atau kemalangan jiwa.

    Tindakan undang undang tegas akan diambil terhadap mana mana pihak yang mengabaikan aspek keselamatan jalan raya.

    Sumber: Harian Metro, TVSukanStar

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1E7swHLE4w/

  • Debut Kim Pan-gon bersama Selangor

    Debut Kim Pan-gon bersama Selangor

    AURA jurulatih baharu Selangor FC, Kim Pan-gon dijangka mencuri perhatian dalam misi membantu skuad Gergasi Merah kembali berada di landasan kemenangan pada aksi Liga Super menentang DPMM FC malam ini.

    Aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu bakal menjadi penampilan debut Pan-gon kembali bersaing dalam kancah domestik buat kali pertama sejak 2024.

    Peminat skuad Merah Kuning pastinya menanti formula pengendali dari Korea Selatan itu dalam usaha mencipta magis tersendiri selepas dipilih menggantikan posisi Christophe Gamel, Isnin lepas.

    Pan-gon mengakui tugas untuk memimpin Gergasi Merah tidak mudah dan cuba untuk memberikan yang terbaik dalam baki saingan Liga Super musim ini.

    “Saya amat menghargai kebanggaan yang mendalam dan sokongan penyokong Selangor FC, terutama di Stadium MBPJ sebelum ini yang juga memberi inspirasi kepada saya untuk ke sini.

    “Pasukan akan berusaha menampilkan aksi berintensiti tinggi dan agresif bagi menghadiahkan sebanyak mungkin kemenangan kepada penyokong, seterusnya membangkitkan rasa bangga mereka terhadap kelab,” katanya.

    Selain Pan-gon, Selangor dijangka turut menurunkan pemain import baharu, Mahame Siby bagi mengemudi jentera tengah pasukan ketika bertemu wakil Brunei nanti.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/debut-kim-pan-gon-bersama-selangor/

  • ‘Dia serius, kali ini kekasih yang lebih cintakan saya’

    ‘Dia serius, kali ini kekasih yang lebih cintakan saya’

    BERMULA dengan perkahwinan mengejut pada 27 November 2023 bersama lelaki asal Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, kehidupan penyanyi Amylea Azizan sebenarnya ada ranjau yang tidak ketahui banyak orang. Bahagia seketika, namun langit tidak selamanya cerah, pelangi kasih yang berpaut pada perkahwinan jarak jauh antara tidak bertahan lama apabila Amylea mengesahkan perceraian mereka pada Mac tahun lalu. Dedahnya sebelum ini, hubungan tersebut mula retak seawal lima bulan selepas ijab kabul, sekali gus meninggalkan luka dalam perjalanan hari-harinya. Tutup segala luka, wanita berusia…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/dia-serius-kali-ini-kekasih-yang-lebih-cintakan-saya/

  • Lumpur menanti tuan, Aceh masih terluka

    Lumpur menanti tuan, Aceh masih terluka

    PETALING JAYA – Biarpun lebih sebulan banjir besar melanda Aceh, keadaan di rumah penduduk banyak yang tidak berubah apabila masih dipenuhi lumpur tebal. Sukarelawan Malaysia, Nur Zata Hananin Saarani sewaktu melakukan misi di daerah Aceh Tamiang berkata, malah ada penduduk masih tinggal di dalam khemah memandangkan rumah mereka tidak boleh didiami selain hanyut dibawa air banjir. “Jika dibandingkan dengan pascabanjir di Malaysia, penduduk sudah pulang dan bersih­kan rumah. Sebaliknya di Aceh Tamiang, rumah pun belum di­bersihkan walaupun dah sebulan lebih……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/10/lumpur-menanti-tuan-aceh-masih-terluka/