Menurut Anwar, penyingkiran paksa seorang ketua kerajaan melalui tindakan kuasa luar mewujudkan contoh berbahaya, melemahkan asas perundangan antarabangsa dan berpotensi membawa lebih banyak mudarat, khususnya kepada negara yang sedang berdepan krisis ekonomi serta tekanan sosial berpanjangan.Beliau menegaskan masa depan politik Venezuela mesti ditentukan oleh rakyatnya sendiri, sambil menggesa pembebasan segera Presiden Venezuela dan isterinya serta menyeru dialog, penglibatan konstruktif dan usaha meredakan ketegangan sebagai jalan paling berwibawa.
Category: JNJ-MEDIA
-

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) atau UMNO menarik diri dan membubarkan Kerajaan Perpaduan negeri itu.
Menurut Allex, pelantikannya sebagai Exco dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjemput Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan pada 2023, dan beliau kekal komited berkhidmat demi kestabilan kerajaan serta kepentingan rakyat Melaka.Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap cabaran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendesak DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan Melaka, selain menggesa UMNO menarik diri secara kolektif atas dasar prinsip dan hala tuju parti.
-

Perdana Menteri mengarahkan supaya penggantian sebuah titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.
Insiden itu mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk di beberapa kampung sekitar kawasan berkenaan.Susulan arahan tersebut, Perdana Menteri turut menzahirkan simpati kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dan mengarahkan peruntukan disediakan bagi kerja-kerja penggantian jambatan, yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bersama agensi berkaitan.Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman dan arahan segera tersebut, selain memaklumkan kerajaan negeri komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kerja penggantian dapat dilaksanakan secara teratur dan pantas.Sumber: FB Anwar Ibrahim, MB Kelantan
-

Pelajar warga Indonesia terkejut melihat Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia kini tampil lebih mewah serta mempunyai peminat yang sangat luar biasa.
Beliau membandingkan perbezaan ketara suasana restoran di sini yang selesa dan berhawa dingin berbanding di negara asalnya yang kebanyakannya hanya beroperasi di gerai tepi jalan secara santai.Harga di pasaran tempatan didapati dua kali ganda lebih mahal mencecah RM20 berbanding di Indonesia yang hanya sekitar RM10 sahaja bagi setiap hidangan.
Walaupun terdapat perbezaan harga yang besar beliau tetap memuji kualiti rasa yang ditawarkan kerana masih mengekalkan keaslian resepi asal sekali gus menjadi pilihan utama buat semua penggemar makanan pedas.Netizen mengakui harga di Malaysia agak tinggi namun tetap berbaloi dengan tahap keselesaan restoran moden yang disediakan untuk pelanggan.
Sumber: Tiktok syffnadya
-

Labah-labah ini kelihatan seolah-olah sedang tersenyum, namun ia bukan hasil suntingan atau lukisan.
Spesies kecil yang dikenali sebagai Hawaiian happy face spider hanya ditemui di Hawaii dan corak pada badannya terbentuk secara semula jadi.Menurut kajian saintifik, corak berwarna-warni dan berbeza pada setiap individu berfungsi mengelirukan pemangsa.
Strategi ini dikenali sebagai defensive polymorphism, di mana rupa yang tidak seragam membantu labah-labah ‘hilang’ daripada perhatian musuh.Tiada dua labah-labah yang mempunyai wajah sama.
Ada yang kelihatan seperti emoji, ada pula seperti seni abstrak, bukti evolusi bukan sekadar menyesuaikan diri, tetapi juga kreatif.
-

‘Saya harap ayah masih ada, keluarga ratapi cukup lama’
PETALING JAYA – “Saya harap ayah masih ada.” Demikian luahan Aisya Humayra Mohammad Ihsan, 23, anak sulung kepada jurutera syarikat minyak dan gas yang hilang secara misteri dalam satu ekspedisi berkayak di Gua Musang lebih dua dekad lalu. Kehilangan bapanya, Mohammad Ihsan Ishak, 30-an, terus membekas dalam hidup Aisya meskipun ketika kejadian dia baru berusia dua tahun dan tidak mempunyai ingatan jelas tentang bapanya itu. Mohammad Ihsan, dilapor hilang pada 2004 ketika menyertai ekspedisi tersebut di Sungai Nenggiri, berhampiran Pulau……
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/saya-harap-ayah-masih-ada-keluarga-ratapi-cukup-lama/
-

Gangguan misteri hantui penduduk perumahan elit
TERTARIK dengan perkongsian seorang pempengaruh di media sosial tentang gangguan makhluk halus membuatkan Sharifah (bukan nama sebenar) terimbau kembali pengalaman pertama kali berdepan dengan entiti ghaib. Kata Sharifah, sebelum berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk golongan ‘elit’ di Hulu Kelang, Selangor kira-kira 15 tahun lalu, dia tidak pernah berdepan sebarang hal aneh atau mistik. Sharifah dan suami memilih berpindah ke kawasan tersebut disebabkan lokasinya berhampiran dengan tempat kerja dan strategik untuk pulang ke kampung kerana berdekatan Plaza Tol Gombak bagi……
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/gangguan-misteri-hantui-penduduk-perumahan-elit/
-

Indonesia diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia berdasarkan Laporan Keselamatan Global Gallup 2025, menurut ANTARA.
Negara itu berada di tangga ke-19 dunia bagi Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman, serta ke-25 global dari segi peratus rakyat yang berasa selamat berjalan sendirian pada waktu malam.Kajian berkenaan melibatkan kira-kira 145,000 responden di 144 negara dan wilayah sepanjang 2024, dengan Indonesia mencatat skor tinggi 89 mata.
Pencapaian itu meletakkan Indonesia mengatasi beberapa negara maju termasuk Jepun dan Amerika Syarikat.Ketua Polis Negara Indonesia menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai bukti tahap kepercayaan awam terhadap keselamatan negara serta keberkesanan pasukan penguat kuasa dalam menjaga ketenteraman.Sumber: AntaraGambar: Experience Travel Group
-

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan bersama dalam mempamerkan sikap ramah dan mesra kepada pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Menurut beliau, pembinaan imej positif negara tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen rakyat termasuk dari segi layanan mesra dan kebersihan persekitaran, susulan aduan mengenai sikap kurang mesra terhadap pelancong.Sumber: Berita RTMGambar: FB MOTAC
-

Sepasang suami isteri nekad menjual rumah yang didiami selama 20 tahun akibat tidak tahan dengan masalah najis dan kencing kucing jiran.
Walaupun sudah melabur puluhan ribu ringgit untuk renovasi mereka terpaksa menyerah kalah selepas lima tahun menanggung bau busuk serta pencemaran kotoran yang tidak berkesudahan di kawasan kediaman mereka.Segala usaha termasuk menegur secara baik dan menyediakan kotak pasir gagal membuahkan hasil kerana sikap pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab.
Selain beban kos pembersihan pasangan ini turut terkilan kerana ibadah harian terganggu akibat rasa was was terhadap kesucian ruang rumah yang sering dicemari najis haiwan tersebut.Sumber: FB Esz Sabri









