Category: JNJ-MEDIA

  • Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 kini berkuat kuasa bagi mewajibkan penyedia platform digital bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengekang kandungan eksploitasi seksual kanak kanak.

    Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 kini berkuat kuasa bagi mewajibkan penyedia platform digital bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengekang kandungan eksploitasi seksual kanak kanak.

    Undang undang ini memastikan langkah pencegahan tidak lagi hanya terletak di bahu ibu bapa sebaliknya platform media sosial perlu bertindak proaktif memadam kandungan memudaratkan dari radar mereka.Pakar psikologi menyambut baik inisiatif ini kerana algoritma media sosial sering mendedahkan kanak kanak kepada risiko dandan dalam talian dan trauma psikologi berpanjangan.

    Dengan penguatkuasaan akta tersebut penyedia perkhidmatan kini terikat dengan obligasi undang undang untuk memastikan reka bentuk sistem mereka selamat serta tidak mengeksploitasi emosi pengguna bawah umur.Langkah ini dilihat sebagai perisai baharu dalam melindungi identiti dan kesejahteraan emosi generasi muda daripada ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

    Komitmen kerajaan melalui akta ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran internet yang lebih bersih sekali gus memberikan ketenangan jiwa kepada ibu bapa di seluruh negara.Sumber: Harian Metro

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1JFJxPoZCq/

  • Individu yang membuang sampah merata rata kini berdepan hukuman khidmat masyarakat sehingga 12 jam di bawah pindaan Akta 672 yang mula berkuat kuasa semalam.

    Individu yang membuang sampah merata rata kini berdepan hukuman khidmat masyarakat sehingga 12 jam di bawah pindaan Akta 672 yang mula berkuat kuasa semalam.

    Pesalah yang disabitkan oleh mahkamah perlu menjalankan aktiviti pembersihan seperti mengutip sisa pepejal dan memotong rumput sebagai pengajaran atas tindakan tidak bertanggungjawab mereka.Selain kerja amal pesalah turut berdepan denda berat antara RM2,000 hingga RM10,000 bagi setiap kesalahan.

    Penguatkuasaan ini sudah bermula di Johor Melaka Negeri Sembilan Pahang Perlis Kedah serta Wilayah Persekutuan manakala negeri lain bakal menyusul selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan masing masing.Langkah tegas ini bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih menghargai kebersihan alam sekitar dan tidak memandang remeh isu pembuangan sampah.

    Mana mana individu yang ingkar atau cuba melarikan diri daripada hukuman khidmat masyarakat tersebut boleh dikenakan denda tambahan sehingga RM10,000 sebagai tindakan tatatertib.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/19sedeLEyg/

  • Kajian Universiti Malaya mendedahkan fakta membimbangkan apabila lebih 50 peratus kanak kanak di Semenanjung mula menggunakan peranti digital secara bersendirian seawal usia empat tahun.

    Kajian Universiti Malaya mendedahkan fakta membimbangkan apabila lebih 50 peratus kanak kanak di Semenanjung mula menggunakan peranti digital secara bersendirian seawal usia empat tahun.

    Malah trend terkini menunjukkan satu daripada empat kanak kanak prasekolah sudah memiliki telefon pintar sendiri sekali gus membuktikan pendedahan gajet kini bermula pada tahap umur yang terlalu awal.Penggunaan gajet dikesan melonjak sehingga 6.2 jam sehari pada musim cuti sekolah iaitu jauh melebihi had dua jam yang disarankan oleh pakar perubatan antarabangsa.

    Situasi ini bukan sahaja menjejaskan tahap aktiviti fizikal harian malah menyebabkan kanak kanak lebih cenderung memilih aktiviti pasif di rumah berbanding bermain secara aktif di luar bersama rakan sebaya.Ibu bapa digesa memantau penggunaan peranti digital kerana pendedahan keterlaluan sejak usia bayi lapan bulan boleh memberikan kesan buruk terhadap perkembangan menyeluruh anak anak.

    Perubahan gaya hidup selepas pandemik tidak seharusnya menjadi alasan untuk membiarkan gajet menggantikan rutin harian yang lebih sihat demi masa depan generasi muda yang lebih seimbang.Sumber: Berita Harian

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1B9nTEh454/

  • Mulai 2 Januari 2026, perbuatan menghina individu lain dengan menggunakan sebutan haiwan seperti “anjing” tidak lagi dianggap gurauan di Indonesia.

    Mulai 2 Januari 2026, perbuatan menghina individu lain dengan menggunakan sebutan haiwan seperti “anjing” tidak lagi dianggap gurauan di Indonesia.

    Tindakan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (sekitar RM2,400).Peraturan ini termaktub dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu yang mengklasifikasikan perbuatan memaki hamun menggunakan nama haiwan sebagai penghinaan ringan, sekali gus mempunyai implikasi undang-undang walaupun dilakukan secara lisan atau dalam perbualan harian.Pakar undang-undang jenayah mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam pertuturan, sama ada di tempat awam mahupun secara langsung, kerana sebarang penghinaan kini boleh dikenakan tindakan undang-undang.Sumber: Warta LombokGambar: Hiasan sahaja (A.I)

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1JywjdvwJE/

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan kompaun lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu hasil pelaksanaan pelbagai operasi penguatkuasaan di seluruh negeri.

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan kutipan kompaun lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu hasil pelaksanaan pelbagai operasi penguatkuasaan di seluruh negeri.

    Peningkatan kutipan itu dipengaruhi antaranya oleh pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus serta pelaksanaan Program Budi MADANI RON95, selain operasi berterusan melibatkan pemeriksaan lebih 200,000 kenderaan.JPJ Kelantan menegaskan penguatkuasaan yang dijalankan bukan semata-mata untuk menghukum, sebaliknya bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya demi keselamatan semua.Sumber: BernamaGambar: The Sun

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1M7FsQ2sgD/

  • Pemuda UMNO desak keluar Kerajaan Perpaduan, dakwa maruah Melayu-Islam dicabuli

    Pemuda UMNO desak keluar Kerajaan Perpaduan, dakwa maruah Melayu-Islam dicabuli

    Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan UMNO lebih bersedia memilih laluan sebagai pembangkang yang bermaruah, berwibawa dan berprinsip berbanding terus berada dalam kerajaan yang didakwa gagal menghormati garis perjuangan parti. Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, berkata maruah dan harga diri parti tidak boleh dikompromi demi kedudukan dalam pentadbiran.

    Menurut beliau, UMNO tidak wajar terus kekal dalam sebuah kerajaan sekiranya prinsip asas, khususnya berkaitan orang Melayu dan Islam, tidak lagi dihormati. Katanya, Pemuda UMNO sejak awal sudah memberi peringatan bahawa pelanggaran ‘garis merah’ akan mengundang penentangan terbuka daripada sayap pemuda parti itu.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pemuda-umno-desak-keluar-kerajaan-perpaduan/

  • Ibu, Chow Kit ‘lorongkan’ obsesi kerja amal Zizi Kirana

    Ibu, Chow Kit ‘lorongkan’ obsesi kerja amal Zizi Kirana

    KERJA kebajikan dengan penyanyi serta aktivis kemasyarakatan, Zizi Kirana memang tidak boleh lagi dipisahkan.

    Kemuncak penglibatan pemilik nama lengkap Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil itu adalah menyertai misi pelayaran ke Gaza bawah panji Global Sumud Flotilla (GSF) sekitar September 2025.

    Bersama lebih 800 sukarelawan serata dunia yang membawa misi keamanan sejagat, kelibat wanita kecil molek itu mencuri perhatian ramai dengan semangat dimiliki untuk ke Palestin.

    Hakikatnya, selebriti berjiwa besar yang menggunakan laman maya sebagai gelanggang menzahirkan sokongan serta harapan terhadap Gaza itu serius dengan kerja amal sejak 2017.

    Bermula dengan mengagihkan makanan kepada gelandangan sehingga akhirnya membawanya ke Syria seterusnya menuju ke bumi Palestin.

    Menurut Zizi, sikap mahu meringankan beban insan lain adalah bertitik-tolak daripada semangat ibunya, Fatimah Kassim, yang menjadi nadi terhadap semangat juangnya.

    “Mama selalu pesan, kita kena tolong orang lain. Jangan risau untuk berkongsi rezeki kerana setiap yang kita peroleh ada bahagian untuk insan lain.

    “Itu didikan mama saya kepada kami lima beradik. Malah biasanya mama akan bawakan bekal ke sekolah yang lebih untuk dikongsi. Jangan biar kawan lapar, itu pesannya,” kongsinya mengimbas zaman kanak-kanak.

    Cerita pelantun lagu Pijak itu lagi, dibesarkan wanita kuat semangat berstatus ibu tunggal sejak masih kecil juga banyak mengajarnya erti pengorbanan.

    Menurutnya, sebagai anak sulung hubungannya dengan ibu sangat akrab, malah mereka mempunyai banyak persamaan dari segi sikap dan kecenderungan.

    “Sebenarnya saya mahu berterima kasih kepada mama yang sentiasa mendidik kami berlima dengan penuh kesabaran selain sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anak.

    “Mungkin orang lihat kami hidup senang, tapi pastinya bukan mudah kehidupan sebagai ibu tunggal yang perlu menyuap lima mulut. Selaku anak sulung, saya jadi saksi jatuh bangunnya.

    “Waktu itu mama memang bekerja, cuma dengan pendapatan kecil kehidupan kami cukup makan pakai saja. Paling saya kagum, mama tetap bantu orang yang memerlukan dengan caranya sendiri,” ujarnya.

    Mengenang memori silam selain gembira apabila insan istimewa di hatinya itu juga sudah lama menemui kebahagiaan dengan suami baharu, Zizi mengakui kini semakin bersemangat untuk menabur bakti.

    Pada pertemuan dengan HibGlam, aktivis berumur 40 tahun itu memaklumkan biarlah kini dia pula meneruskan kecenderungan ibunya yang gemar melakukan kerja amal dan kebajikan.

    “Kiranya saya mula serius ‘turun padang’ sekitar lapan tahun lalu bersama kelab peminat, Zizi Palace dengan mengagihkan pek makanan kepada gelandangan di Chow Kit.

    “Kami buat secara berkala sebelum buat kerjasama pula dengan kelab lain. Banyak juga aktiviti masa itu tapi beri makanan sudah dimasak tetap jadi aktiviti utama.

    “Penyediaan kami buat beramai-ramai, begitu juga dengan tugasan pengagihan. Banyak perkara saya pelajari apabila turun padang bertemu sendiri dengan anggota masyarakat,” katanya dengan 1,001 pengertian.

    Terdiam seketika, nada suaranya kembali bersemangat tatkala ditanya mengenai kunjungan ke Syria sebanyak dua kali iaitu pada 2024 diikuti 2025.

    “Sudah rezeki saya bersama Ardell diundang pertubuhan Cinta Syria Malaysia untuk menyampaikan sumbangan, makanan, dan bantuan perubatan kepada penduduk di kawasan terjejas, terutama di wilayah Azaz.

    “Antara detik tak dapat saya lupakan adalah ketika memeluk seorang demi seorang wanita serta kanak-kanak Syria yang berdepan krisis kemanusiaan ditambah cuaca ekstrem.

    “Perasaan itu sukar digambarkan. Mereka kata, dalam fasa sukar ini kehadiran sukarelawan bukan hanya membawa makanan dan ubatan, bahkan merawat jiwa yang dimamah penderitaan.

    “Mendengar kata-kata keramat sebegitu semakin membakar semangat saya untuk terus membantu mereka biar berdepan pelbagai dugaan,” katanya.

    Ceritanya lagi, sewaktu ke Syria, rombongannya menyaksikan letupan bom semasa misi di Azaz, namun tetap kembali ke negara di Asia Barat itu setahun kemudian dalam misi musim sejuk.

    Tiada kebimbangan mahupun perasaan serik walau nyawa pernah di hujung tanduk, Zizi memaklumkan bakal menyertai GSF 2.0 yang dijangka memulakan pelayaran pada Mac atau April 2026.

    Bagi isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu, dia mahu kembali melakukan cubaan masuk ke Gaza berikutan restu diberikan kepada keluarga.

    “Tempoh hari delegasi kami disekat Israel, namun kami semua termasuk 23 sukarelawan Malaysia yang lain selamat kembali ke pangkuan keluarga.

    “Saya tidak akan patah semangat. Kami tak dapat masuk Gaza dan saya sendiri belum berpeluang lagi berjumpa wanita serta kanak-kanak Palestin di sana apatah lagi memeluk mereka.

    “Insya-Allah kami akan datang lagi, bawa suara dunia, bantuan makanan serta semangat. Doakan pemergian kali ini dilancarkan. Apa pun semuanya masih dalam perancangan, kita tunggu perkembangan,” katanya yang baru pulang dari Aceh, Indonesia bagi misi bantuan banjir, baru-baru ini.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/ibu-chow-kit-lorongkan-obsesi-kerja-amal-zizi-kirana/

  • Kelakar bila Zain, Che Ta ‘shopping’ di ‘uptown’

    Kelakar bila Zain, Che Ta ‘shopping’ di ‘uptown’

    KEHIDUPAN serba mewah Rozita Che Wan atau Che Ta sering menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial. Namun, suaminya, Zain Saidin mengubah pandangan ramai apabila dia membuat kejutan dengan membawa Che Ta membeli-belah di Uptown Kota Damansara baru-baru ini.

    Paling mencuri perhatian apabila Che Ta memakai gaun hijau dengan kain meleret ketika membeli-belah. Zain sebenarnya menepati janji untuk membawa Che Ta membeli-belah di tempat yang tidak pernah dijejaki.

    “Janjiku pastiku tepati sayang, awak you minta ‘shopping’, saya bawa ke tempat yang tak pernah pergi,” katanya dalam video yang meraih lebih 1.2 juta tontonan tersebut.

    Gelagat mereka membuatkan penonton terhibur dan memuji sikap Che Ta kerana tidak kisah membeli-belah di lokasi tersebut.

    “Seronok tengok, harap teruskan, dalam masa sama bantu promosi bisnes peniaga tempatan.

    “Teruskan kongsi video begini, bagi inspirasi kepada ramai artis lain juga,” komen netizen.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/kelakar-bila-zain-che-ta-shopping-di-uptown/

  • EPL: Arsenal perlu ‘buang’ Gyokeres

    EPL: Arsenal perlu ‘buang’ Gyokeres

    LONDON – Pengkritik bola sepak England, Jamie Carragher menggesa Arsenal membuat keputusan berani dengan menyisihkan Viktor Gyokeres dalam kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth di Stadium Vitality awal pagi esok.

    Menurut Carragher, pengurus The Gunners, Mikel Arteta perlu segera membuat keputusan besar kerana pasukan memiliki dua penyerang yang lebih berkualiti, Gabriel Jesus dan Kai Havertz untuk memacu jentera serangan nanti.

    Tambahnya, Arteta tidak sepatutnya mengekalkan khidmat Gyokeres yang gagal memberi impak diharapkan sejak beberapa perlawanan lepas.

    “Saya rasa Gyokeres tidak sepatutnya berada dalam kesebelasan utama Arsenal apabila mereka mempunyai pemain seperti Jesus dan Havertz.

    “Mungkin dalam beberapa perlawanan lagi, apabila Jesus mendapat kecergasan penuh, saya yakin dia boleh jadi pemain yang lebih baik daripada Gyokeres di atas padang dan ini adalah fakta,” katanya.

    Sementara itu, Arteta menegaskan pasukan kekal fokus untuk memburu tiga mata penting ketika bertemu The Cherries sekali gus terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu EPL musim ini.

    “Saya gembira pemain masih lagi memiliki keyakinan dan tahap intensiti yang tinggi walaupun kita beraksi setiap tiga hari dengan jadual yang padat. Masih banyak perlawanan yang perlu kita harungi dan saya harap mereka terus bersedia,” katanya.

    Mengulas lanjut, Arteta turut mengesahkan pemain tengah, Declan Rice hampir pasti disisihkan pada perlawanan di Stadium Vitality nanti. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/epl-arsenal-perlu-buang-gyokeres/

  • Dialog Ameera Khan mendunia, Bella, Rita pun jadi ‘Kelatey’

    Dialog Ameera Khan mendunia, Bella, Rita pun jadi ‘Kelatey’

    SEBELUM ini, media sosial dilambakkan dengan cerita mengenai hubungan cinta Ameera Khan dengan Jefri Nichol sehingga tular pelbagai dialog mengenai mereka.

    Terbaharu, dialog yang pernah dilontarkan Ameera iaitu reaksinya apabila berkongsi pandangannya membuat panggilan telefon dengan kekasih selama 24 jam.

    “Tak serabut ke ‘call’ 24 jam Ameera?

    “Tidak, kalau tak ‘call’ itu yang serabut sikit, sebab Amira ‘clingy’ dan dia juga sama,” katanya.

    Perkara tersebut turut menjadi ‘permainan’ Rita Nadira dan Bella Dowanna dalam satu video TikTok baru-baru ini.

    Kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat dua pelakon tersebut, malah meminta mereka menghasilkan lebih banyak video lucu selepas ini.

    “Tiba-tiba semua jadi orang Kelantan, lucu, masuk air,” kata netizen.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/dialog-ameera-khan-mendunia-bella-rita-pun-jadi-kelatey/