Category: JNJ-MEDIA

  • Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan menegur pengkarya yang menghasilkan lirik lagu lucah kerana mencemari nilai akhlak masyarakat.

    Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan menegur pengkarya yang menghasilkan lirik lagu lucah kerana mencemari nilai akhlak masyarakat.

    Beliau menegaskan bahawa karya seni seharusnya membawa pengaruh positif dan tidak merosakkan peribadi generasi muda yang kini sangat mudah terpengaruh dengan kandungan digital.Semua penggiat seni diingatkan agar mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang menetapkan lirik mestilah bebas daripada unsur maksiat.

    Penghasilan kandungan kreatif perlu selari dengan tuntutan syarak serta adab budaya bagi memastikan industri hiburan kekal bermartabat dan menghormati sensitiviti rakyat.Islam tidak melarang hiburan namun ia perlu menjadi wasilah untuk mendidik jiwa serta menyebarkan nilai murni.

    Teguran ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pengkarya supaya lebih berhati hati dalam menghasilkan lirik agar tidak meruntuhkan jati diri insan demi kesejahteraan moral masyarakat secara keseluruhan.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: FB YB Senator Dr.

    Zulkifli Hasan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14VpsDV8kxB/

  • Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon utama untuk mengetuai Perikatan Nasional bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon utama untuk mengetuai Perikatan Nasional bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Penganalisis politik berpendapat kedudukan beliau sebagai Presiden Pas menjadikannya pemimpin paling layak mengikut hierarki bagi mengelakkan situasi janggal dalam kalangan presiden parti komponen lain.Walaupun nama Hamzah Zainudin turut disebut beliau perlu menyelesaikan kemelut dalaman parti sendiri terlebih dahulu sebelum boleh dipertimbangkan secara serius.

    Kegagalan melantik pengerusi baharu dalam masa terdekat dikhuatiri boleh mencetuskan krisis kepimpinan mendalam yang mampu menjejaskan kestabilan gabungan pembangkang tersebut.Kepimpinan baharu nanti bakal berdepan cabaran besar untuk mengekalkan imej inklusif bagi menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

    Peralihan kuasa kepada Pas di barisan hadapan dikhuatiri akan memberi kesan kepada usaha gabungan itu dalam meluaskan pengaruh politik serta meneruskan inisiatif kebajikan rakyat yang telah dimulakan sebelum ini.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: FB Abdul Hadi Awang

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/188PSk1iLF/

  • Pusat pengasuhan dan taska disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental serta psikologi terhadap bakal pengasuh bagi mengekang kes penderaan kanak kanak.

    Pusat pengasuhan dan taska disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental serta psikologi terhadap bakal pengasuh bagi mengekang kes penderaan kanak kanak.

    Langkah ini sangat penting untuk memastikan hanya individu yang mempunyai emosi stabil serta integriti tinggi dibenarkan menjaga golongan rentan yang tidak mampu membela diri sendiri.Ujian tersebut bertujuan menilai keupayaan calon dalam mengendalikan tekanan serta mengesan kecenderungan agresif sebelum mereka diterima bekerja.

    Memandangkan keselamatan anak anak tidak boleh bergantung kepada sijil semata mata pengasuh perlu sentiasa berada dalam keadaan sihat mental agar suasana di tempat kerja kekal selamat dan profesional.Selain saringan mental pemasangan CCTV turut dicadangkan sebagai langkah pemantauan tambahan bagi memudahkan siasatan jika berlaku sebarang aduan rasmi.

    Gabungan saringan emosi serta penggunaan teknologi pemantauan ini dilihat sebagai solusi terbaik bagi membina semula kepercayaan ibu bapa terhadap kualiti perkhidmatan di pusat jagaan kanak kanak.Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1KHFUvnvGj/

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus mengekalkan keharmonian rakyat serta memperkukuh ekonomi negara.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus mengekalkan keharmonian rakyat serta memperkukuh ekonomi negara.

    Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan bagi memastikan setiap kemajuan yang dicapai memberi impak kesejahteraan yang nyata kepada semua.Acara sambutan ambang tahun baharu di Pavilion Kuala Lumpur turut menjadi medan pelancaran rasmi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

    Kehadiran Perdana Menteri dalam festival tersebut membuktikan keseriusan kerajaan untuk memacu semula sektor pelancongan negara sebagai salah satu penyumbang utama pendapatan ekonomi domestik.Melalui kempen besar ini Malaysia menyasarkan ketibaan 43 juta pelancong antarabangsa bagi meletakkan negara sebagai destinasi pilihan utama dunia.

    Usaha ini bukan sahaja bertujuan merancakkan ekonomi malah memperlihatkan keunikan budaya dan perpaduan rakyat Malaysia kepada pelawat dari luar negara sepanjang tahun ini.Sumber: Berita HarianGambar: FB Anwar Ibrahim

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BfDEQCwWC/

  • Perompak terhormat curi RON95, siap ‘sellotape’ nombor plat

    Perompak terhormat curi RON95, siap ‘sellotape’ nombor plat

    JOHOR BAHRU – Meskipun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan untuk memastikan warga asing tidak dibenarkan membeli minyak petrol RON95 namun ‘perompak terhormat’ khususnya warga Singapura tetap degil mencuri bahan bakar itu.

    Malah mereka dikesan semakin licik untuk mengisi petrol pada harga murah dari negara mereka dengan menutup nombor plat kenderaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa serta pekerja stesen minyak.

    Satu rakaman video kejadian itu tular di laman facebook sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

    Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan seorang lelaki dewasa dilihat sedang mengisi minyak petrol RON95 di sebuah stesen minyak disyaki di daerah Kulai ke dalam kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

    Lelaki itu bertindak menutup beberapa huruf nombor pendaftaran dengan ‘silatape’ untuk dilihat seolah-olah nombor plat itu adalah nombor pendaftaran Malaysia.

    Dalam video berkenaan juga, seorang lelaki tempatan bertindak menegur lelaki terbabit dengan bertanyakan samada dia warga tempatan atau Singapura.

    Lelaki memakai baju belang itu menafikan tuduhan itu dengan memaklumkan bahawa dia warga tempatan sebelum seorang wanita keluar dari kenderaan mendekati lelaki tempatan dan memaklumkan perkara sama bahawa mereka adalah warga Malaysia.

    Lelaki tempatan turun dari kenderaan dan cuba mencabut pita pelekat yang ada pada nombor pendaftaran kenderaan Singapura namun mereka cepat-cepat berhenti mengisi dan melarikan diri.

    Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tempatan menegur warga Singapura yang sedang merompak minyak RON95 pada harga rendah yang dikhaskan hanya untuk warga tempatan sahaja.

    Warga asing hanya dibenarkan membeli petrol RON97 pada harga RM3.16 seliter.

    Netizen juga berharap pihak berkuasa khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan tegas terhadap pesalah serta pengusaha pam minyak yang membenarkan warga asing mengisi RON95.-KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/video-perompak-terhormat-kontoi-curi-ron95-siap-salotape-nombor-plat/

  • ‘Impian belum tercapai, sepasang mata, tangan dan kaki kecil’

    ‘Impian belum tercapai, sepasang mata, tangan dan kaki kecil’

    PETALING JAYA – Sempena menyambut Tahun Baharu, pelakon dan pengacara Janna Nick meluahkan impian yang belum tercapai selepas lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga.

    Hasrat yang dimaksudkan Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, adalah menimang cahaya mata yang diimpikan sejak sekian lama.

    “Selamat Tahun Baharu. Masih ada impian besar yang belum tercapai.

    “Bukanlah kekayaan, kewangan atau pencapaian kerjaya tetapi hanyalah sepasang mata, tangan dan kaki kecil untuk menemani dan melengkapi perjalanan yang indah ini,” katanya dalam hantaran Instagaram.

    “Setiap dari kita pasti punya impian dan saya doakan semoga segala impian kalian juga tercapai.

    “Andai kata masih belum tercapai, jangan pernah menyerah dan mengalah. Cukup sekadar menjalani kerana hidup ini adalah sebuah perjalanan yang indah.

    Sebelum ini, Janna pernah menangis tanpa pengetahuan suami hanya disebabkan datang bulan.

    Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.

    Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

    Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/impian-belum-tercapai-sepasang-mata-tangan-dan-kaki-kecil/

  • ‘Andai ada rezeki tambah anak, saya tak tolak’

    ‘Andai ada rezeki tambah anak, saya tak tolak’

    PETALING JAYA – “Saya tak menolak dan memang tidak pernah menolak rezeki.”

    Demikian respons penyanyi Ernie Zakri yang terbuka untuk menambah ahli keluarga sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.

    Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, bagaimanapun mengakui perancangan bersama suaminya, Syamel tetap ada memandangkan tanggungjawab membesarkan anak menuntu komitmen tinggi.

    “Perancangan dengan Syamel itu sudah tentu ada kerana ini soal komitmen. Anak tanggungjawab besar buat pasangan suami isteri.

    “Andai ada rezeki tahun 2026 tambah seorang lagi anak, insya-Allah.

    “Proses untuk mengandung bukan sesuatu yang boleh dirancang secara mutlak, hari ini rancang, esok tiba-tiba dah hamil. Semua itu bergantung kepada rezeki daripada Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika Konsert Nostalgia New Year’s Eve, baru-baru ini.

    Sementara itu, Syamel atau Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 33, berkata, keputusan untuk menambah zuriat diserahkan sepenuhnya kepada Ernie.

    Menurutnya, pengorbanan isteri yang melalui tempoh kehamilan dan berpantang merupakan perkara utama yang perlu diberi keutamaan.

    “Saya selalu cakap perkara sama, yang mengandung perempuan.

    “Kita sebagai lelaki, ketika isteri berpantang pun masih boleh menjalani aktiviti harian.

    “Jadi, tanya semula kepada tuan punya badan sama ada dia bersedia atau tidak. Kalau bersedia, saya ikutkan sahaja,”ujarnya.

    Sebelum ini, Ernie memaklumkan merancang untuk menambah cahaya mata pada 2026 kerana fokus terhadap karier seni terlebih dahulu.

    Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021 selepas saling mengenali hati budi menerusi program Duo Star pada 2016.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/andai-ada-rezeki-tambah-anak-saya-tak-tolak/

  • Amerika serang Caracas, Presiden Venezuela isytihar darurat

    Amerika serang Caracas, Presiden Venezuela isytihar darurat

    CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro hari ini mengisytiharkan darurat berhubung apa yang disebut kerajaannya sebagai ‘pencerobohan yang amat serius’ oleh tentera Amerika Syarikat ke atas ibu negaranya, Caracas.

    “Venezuela menolak, mengecam, dan mendedahkan kepada komuniti antarabangsa pencerobohan ketenteraan yang amat serius yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sekarang terhadap wilayah dan rakyat Venezuela,” kata Maduro.

    Terdahulu, bunyi letupan kuat kedengaran di ibu negara Venezuela, Caracas pagi tadi dengan beberapa kawasan di bandar raya itu terputus bekalan elektrik, lapor saluran berita CNN.

    Letupan pertama direkodkan sekitar pukul 1.50 pagi (waktu tempatan).

    “Satu letupan itu sangat kuat hingga menyebabkan tingkap saya bergegar,” kata wartawan CNN di Caracas, Osmary Hernandez.

    Beberapa lokasi di bandar raya itu juga terputus bekalan elektrik dan wartawan CNN yang berada di ibu negara Venezuela itu berkata, dia mendengar bunyi pesawat selepas letupan berlaku.

    Klip video kejadian yang diperoleh dan disahkan CNN menunjukkan dua kepulan asap naik ke langit malam di Caracas. Cahaya jingga dilihat di pangkal salah satu kepulan asap tersebut. Kemudian, cahaya muncul seketika di lokasi lain, diikuti bunyi dentuman lebih perlahan.

    Saluran berita Venezuela, Efecto Cocuyo dan Tal Cual Digital melaporkan letupan juga kedengaran di negeri La Guaira, utara Caracas dan di kawasan pantai negara itu serta di Higuerote iaitu bandar tepi pantai dalam negeri Miranda.

    Sebelum ini, Presiden Donald Trump berulang kali memberi amaran bahawa Amerika Syarikat sdang bersiap untuk mengambil tindakan baharu terhadap rangkaian pengedaran dadah yang didakwa berada di Venezuela dan akan menyerang sasaran di darat dalam masa terdekat.

    Pada Oktober lalu, Trump memberitahu, beliau membenarkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) beroperasi dalam Venezuela CIA untuk membendung aliran pendatang tanpa izin dan dadah dari negara Amerika Selatan itu.

    CNN telah menghubungi White House dan Jabatan Negara dan Pentagon untuk mendapatkan komen berhubung perkembangan terbaru ini. – AGENSI.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/amerika-serang-caracas-presiden-venezuela-isytihar-darurat/

  • Amerika tangkap Presiden Nicolas Maduro, isteri

    Amerika tangkap Presiden Nicolas Maduro, isteri

    WASHINGTON- Presiden Donald Trump berkata hari ini bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) telah menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan berskala besar ke atas negara Amerika Selatan itu.

    “AS berjaya melaksanakan serangan berskala besar terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro yang ditangkap bersama isteri dan diterbangkan keluar dari negara itu,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial miliknya, Truth Social.

    “Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama penguat kuasa undang-undang Amerika,” tambahnya.

    Trump turut berkata, beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 11.00 pagi (waktu tempatan) di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida, ketika beliau hampir menamatkan percutian Krismas dan Tahun Baharu selama dua minggu.

    Dalam satu temu bual telefon ringkas bersama akhbar The New York Times, Trump memuji operasi tersebut sebagai cemerlang.

    Pengumuman mengejutkan Trump itu dibuat selepas berbulan-bulan tekanan ketenteraan dan ekonomi Amerika yang semakin meningkat terhadap Maduro, serta ekonomi Venezuela yang bergantung kepada eksport minyak.

    Presiden Amerika itu berkata pada Disember lalu bahawa adalah bijak untuk Maduro meletakkan jawatan dan hari-hari terakhirnya semakin hampir. – AFP

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/amerika-tangkap-presiden-nicolas-maduro-isteri/

  • Harap Maduro masih bernyawa – Naib Presiden Venezuela

    Harap Maduro masih bernyawa – Naib Presiden Venezuela

    CARACAS – Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan bukti pemimpinnya, Nicolas Maduro yang ditangkap bersama isteri, masih bernyawa.

    Dalam temu bual telefon ringkas kepada stesen penyiaran TV Venezuela, Rodriguez berkata, beliau tidak tahu keberadaan Maduro dan isterinya, Cilia Flores selepas AS melancarkan serangan di Caracas dan beberapa bandar lain.

    Terdahulu, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Maduro dan Flores telah ditangkap oleh tentera AS dan diterbangkan keluar dari negara itu. – AFP

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/03/harap-maduro-masih-bernyawa/