Category: JNJ-MEDIA

  • Amira sakit apa? Fattah Amin mohon doa orang ramai

    Amira sakit apa? Fattah Amin mohon doa orang ramai

    PETALING JAYA – “Doakan isteri syurga saya, Amira Othman.”

    Demikian perkongsian pelakon, Fattah Amin yang memuat naik gambar katil hospital bersama kapsyen meminta orang ramai mendoakan insan kesayangannya itu.

    Begitupun, pelakon filem Pendekar Awang itu tidak memperincikan kondisi sebenar penyanyi dan pelakon tersebut.

    Foto berlatarkan rona hitam putih tersebut juga mengundang kebimbangan peminat yang masing-masing tertanya-tanya dan mengetahui perkembangan terkini Amira.

    Menerusi semakan, hantaran yang dimuat naik dalam Insta Story itu dikongsikan sekitar tengah malam tadi.

    Tinjauan di akaun Instagram penyanyi lagu Hati-Hati itu pula mendapati pasangan terbabit sempat menghadiri sebuah majlis sebelum itu.

    Amira turut menunjukkan gambar tangannya yang memakai tiup drip ubat bersama keterangan ‘Esok kena fly (terbang). Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” tulisnya.

    Menurut sumber terdekat, difahamkan Amira mengalami demam yang sehingga terpaksa dirawat di hospital. Kali terakhir dia dimasukkan ke wad adalah pada Jun lalu berpunca daripada keracunan makanan.

    Terdahulu, Fattah dan Amira bergelar suami isteri pada hari ulang tahun ke-35 aktor filem Kulit Wayang itu pada 14 September lalu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/amira-sakit-apa-fattah-amin-mohon-doa-orang-ramai/

  • Mangkuk tandas akan dilelong, harga lebih RM41 juta

    Mangkuk tandas akan dilelong, harga lebih RM41 juta

    NEW YORK – Sebuah mangkuk tandas diperbuat daripada emas 18 karat dan seberat 100 kilogram yang masih berfungsi akan dilelong, lapor portal berita VnExpress semalam.

    Mangkuk tandas diberi nama America itu dicipta oleh artis seni Itali, Maurizio Cattelan yang terkenal dengan karya Comedian menampilkan sebiji pisang.

    Pisang itu dilekatkan pada dinding menggunakan pita pelekat dan dijual pada harga AS$6.2 juta (RM26 juta).

    Firma Lelongan Sotheby’s menjangkakan tandas emas itu akan dapat mengatasi jualan sebelum ini apabila dilelong di New York esok.

    Bidaan bermula dari harga AS$10 juta (RM41.35 juta) dan akan meningkat mengikut harga emas harian, demikian menurut akhbar Wall Street Journal.

    Cattelan berkata, dia mencipta mangkuk tandas itu berdasarkan konsep meletakkan karya seni mahal di ruang paling biasa, lapor majalah Smithsonian Magazine.

    “Kita meletakannya di situ (tandas), tempat yang paling tidak mulia tetapi paling diperlukan,” katanya.

    Dipamerkan pada 2016, tandas berkilauan itu dijual kepada seorang pengumpul persendirian setahun kemudian.

    Sebuah lagi mangkus tandas emas daripada siri yang sama menjadi terkenal selepas dicuri dari Istana Blenheim, England pada 2019.

    Karya tersebut yang turut bertajuk America, menarik lebih 100,000 pengunjung ke Muzium Guggenheim, New York, di mana pelawat diundang menggunakannya seperti kelengkapan tandas biasa. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/mangkuk-tandas-akan-dilelong-harga-lebih-rm41-juta/

  • Pekerja wanita dapat cuti haid, gaji berbayar

    Pekerja wanita dapat cuti haid, gaji berbayar

    NEW DELHI – Karnataka yang menempatkan beberapa syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar dunia menjadi negeri pertama di India menawarkan cuti haid berbayar kepada semua wanita yang bekerja secara formal, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

    Berdasarkan dasar baharu itu, wanita berumur 18 hingga 52 tahun yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta boleh mengambil cuti haid tidak terkumpul satu hari cuti setiap bulan.

    Tiada sijil perubatan diperlukan untuk menggunakan cuti itu.

    “Ini adalah salah satu dasar paling progresif untuk wanita yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” kata Menteri Buruh Karnataka, Santosh Lad kepada BBC.

    Negara seperti Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia sudah menawarkan cuti haid.

    Beberapa negeri di India juga menyediakan cuti haid terhad dengan Bihar dan Odisha memberikan dua hari sebulan kepada pekerja kerajaan, – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/16/pekerja-wanita-dapat-cuti-haid-gaji-berbayar/

  • FAM anggap spekulasi liar

    FAM anggap spekulasi liar

    PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan mengulas status masa depan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang didakwa bakal ‘angkat kaki’ pada penghujung tahun ini.

    Kosmo! kelmarin melaporkan bekas pengendali FC Tokyo akan meninggalkan pasukan dengan aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok sebagai medan terakhir buatnya.

    Namun, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan khabar angin mengenai masa depan jurulatih import dari Australia itu hanyalah spekulasi liar.

    “Tiada komen. Anda (wartawan) cakap spekulasi liar? Saya pun anggap ia liar,” kata Mohd Yusoff yang ditemui selepas aksi final Piala Emas Raja-Raja 2025 di Stadium UKM, Bangi kelmarin.

    Sebagai rekod, Cklamovski telah memimbing pasukan sejak Januari lepas mengambil dan berjaya bantu Malaysia meraih enam kemenangan dan satu seri dalam tujuh perlawanan.

    Antara keputusan menarik yang diraih Harimau Malaya adalah menamatkan kemarau tanpa kemenangan selama 11 tahun menentang Vietnam selain menang ke atas Palestin dan seri ketika berdepan Cape Verde.

    Namun, revolusi skuad kebangsaan sedikit terencat selepas menerima hukuman berat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan pada September lepas.

    Sementara itu, Mohd. Yusoff turut mengesahkan FAM telah pun meminta alasan bertulis (motivated decision) daripada FIFA selepas rayuan berhubung isu dokumentasi pemain warisan negara ditolak pada 3 November lepas ini.

    “Buat masa ini kami sekadar boleh menunggu sahaja (alasan bertulis FIFA). Selepas itu, kita ada tempoh 21 hari (bawa kes) ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan),” jelas Mohd. Yusoff.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/fam-anggap-spekulasi-liar/

  • Insurans tamat, penyakit pula muncul

    Insurans tamat, penyakit pula muncul

    PETALING JAYA – Ramai warga emas mengeluh apabila polisi insurans perubatan yang dibeli sejak bertahun-tahun, tamat begitu sahaja apabila mencapai usia 70 tahun, sedangkan risiko penyakit meningkat selepas usia itu. Terdapat syarikat insurans yang menawarkan polisi perlin­dungan melebihi usia 70 tahun, namun dengan pelan baharu dan premium yang jauh lebih mahal sehingga menyebabkan ramai warga emas tidak mampu. Akibatnya, mereka kini terbeban dengan kos rawatan yang sema­kin tinggi, manakala mereka yang kurang berkemampuan pula terpaksa bergantung sepenuhnya kepada hospital kerajaan.……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/insurans-tamat-penyakit-pula-muncul/

  • Luahan Pembaca: Debaran sebenar bermula 25 November

    Luahan Pembaca: Debaran sebenar bermula 25 November

    Saudara Pengarang, Kurang 10 hari dari sekarang, debaran yang lama bersarang di dada para calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya akan tiba ke kemuncaknya. Ujian bertulis yang dimulai dengan subjek Bahasa Melayu akan menjadi detik pemula kepada cabaran sebenar untuk mencapai keputusan terbaik. Saat ini, apa yang paling penting bukan lagi rasa takut, tetapi kesediaan untuk percaya bahawa diri sendiri sudah cukup kuat untuk melangkah. Ramai antara calon mungkin sedang dihimpit resah, bimbang soalan susah, takut jawapan tersilap dan risau……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/luahan-pembaca-debaran-sebenar-bermula-25-november/

  • Luahan Pembaca: Awasi anak, jangan sampai terlepas ke sungai

    Luahan Pembaca: Awasi anak, jangan sampai terlepas ke sungai

    Saudara Pengarang, Banyak sangat kisah mengenai kematian akibat lemas sama ada ketika mandi di sungai, kolam ataupun pantai setiap kali tiba musim tengkujuh. Malah, musim hujan yang berlaku ketika ini masih dianggap biasa bagi sesetengah individu tanpa memikirkan soal risiko dan keselamatan diri serta keluarga. Setiap kali hujan lebat, paras air akan naik secara mendadak, arus menjadi deras dan dasar sungai berubah tanpa diduga. Inilah punca berlakunya kekerapan kes lemas berulang, seolah-olah kita tidak pernah belajar daripada kehilangan orang lain.……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/luahan-pembaca-awasi-anak-jangan-sampai-terlepas-ke-sungai/

  • Tinggalkan pelantar minyak demi ibu

    Tinggalkan pelantar minyak demi ibu

    KEMAMAN – Seorang anak sanggup berhenti kerja sebagai pekerja kontrak pelantar minyak demi menjaga ibunya yang menderita penyakit diabetes kronik, tekanan darah tinggi dan buah pinggang tahap lima.

    Nata Mohd. Nasir, 38, berkata, keputusan berat itu terpaksa diambil selepas penyakit diabetes ibunya, Kamaryah Sepeiai, 64, yang dideritai sejak 28 tahun lalu semakin kronik sejak Mac lalu.

    “Diabetes bukan sahaja menyebabkan fungsi buah pinggang ibu saya semakin menurun, malah penglihatannya juga kini semakin terhad.

    “Dia juga terpaksa berjalan dengan tongkat setelah ibu jari kaki kanannya terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit itu,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bukit Anak Dara, di sini, semalam.

    Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, selain menjaga makan minum dan penja­gaan kesihatan ibunya, dia juga menguruskan rumah mereka termasuk mengemas, memasak dan membasuh pakaian.

    “Ibu perlu dibantu untuk menjalani dialisis di rumah sebanyak empat kali sehari.

    “Saya turut perlu membawa ibu membuka balutan luka pada bahagian kakinya di klinik berhampiran setiap dua hari selain rawatan susulan sebulan sekali,” katanya.

    Nata yang masih bujang berkata, buat masa ini dia berjimat cermat menggunakan wang simpanan demi kelangsungan hidupnya bersama ibu.

    Katanya, lima adik-beradiknya yang tidak menetap bersama turut banyak membantu mengikut kemampuan masing-masing bagi membiayai kos perubatan ibu mereka yang mencecah kira-kira RM1,000 sebulan.

    “Buat masa ini tumpuan saya seratus peratus kepada ibu yang telah banyak berkorban untuk saya dan adik-beradik lain sejak kami kecil,” katanya.

    Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun bank Kamaryah bernombor 704 957 1206 (CIMB) atau menghubunginya di talian 013-9511088.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/tinggalkan-pelantar-minyak-demi-ibu/

  • 10 siswa USM jejak ilmu di tanah Yogyakarta

    10 siswa USM jejak ilmu di tanah Yogyakarta

    Oleh CASILDA VISHALEE AHSEERVATHAM PERTAMA kali menjejakkan kaki di Indonesia, ia amat mengujakan. Begitulah perasaan 10 pelajar kewartawanan dari Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), bersama pensyarah pengiring, Prof. Madya Dr. Nik Norma Nik Hasan setibanya di bumi Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini. Yogyakarta menjadi ‘dewan kuliah’ terbuka bagi mereka dari 28 September hingga 3 Oktober lalu untuk menimba pengalaman di kota yang terkenal dengan budaya dan keramahan penduduknya. Perjalanan ini bukan sekadar program mobiliti antarabangsa, tetapi sebuah usaha untuk……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/10-siswa-usm-jejak-ilmu-di-tanah-yogyakarta/

  • WCQ: Sepanyol pecah rekod aksi tanpa kalah

    WCQ: Sepanyol pecah rekod aksi tanpa kalah

    TBILISI – Sepanyol berjaya memecahkan rekod mereka sendiri selepas melakar 30 perlawanan antarabangsa tanpa tewas susulan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Georgia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi semalam.

    Prestasi tersebut menyaksikan skuad La Roja yang dipimpin oleh Luis De La Fuente berjaya mengatasi rekod 29 perlawanan tanpa tewas yang dicatatkan oleh pasukan kebangsaan ketika dibimbing oleh Vicente del Bosque pada 2010 hingga 2013.

    Lebih menarik, Sepanyol berjaya menang 25 perlawanan dan lima keputusan seri selain menjaringkan 81 gol dengan kekalahan terakhir ketika menentang Scotland pada Mac 2023.

    De La Fuente mengakui enggan mendabik dada dengan prestasi semasa sebaliknya mahu pasukan kekal fokus dalam misi meraih slot automatik ke pentas Piala Dunia 2026.

    “Kita berjaya menewaskan Georgia dengan keputusan yang besar tetapi kita tidak wajar untuk berbangga dan perlu menghormati mereka Apa yang penting, kita dapat kekalkan momentum pada aksi terakhir kelayakan nanti.

    “Saya turut berharap rekod yang kita catatkan ini dapat menaikkan lagi motivasi pasukan untuk terus melakar kejayaan dan mengukir sejarah gemilang pada kejohanan akan datang,” katanya.

    Skuad La Roja berpeluang untuk mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026 ketika menentang Turkiye di laman sendiri pada awal pagi Rabu nanti.

    Kedua-dua pasukan kini dibezakan dengan tiga mata dan Turkiye perlu meraih jaringan sekurang-kurangnya 7-0 untuk memintas kedudukan Sepanyol yang mendahului carta ketika ini. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/17/wcq-sepanyol-pecah-rekod-aksi-tanpa-kalah/