Category: JNJ-MEDIA

  • Haryz Irfan Wan Azrizul Azad mencetuskan inspirasi selepas berjaya memperdengarkan hafazan 30 juzuk al Quran selama 18 jam tanpa sebarang kesalahan.

    Haryz Irfan Wan Azrizul Azad mencetuskan inspirasi selepas berjaya memperdengarkan hafazan 30 juzuk al Quran selama 18 jam tanpa sebarang kesalahan.

    Kejayaan luar biasa ini melayakkan beliau menerima pengiktirafan tertinggi Syahadah Ula dengan markah cemerlang 93.28 peratus di Maahad Tahfiz Al Fateh Batang Kali.Remaja berusia 18 tahun itu mendedahkan niat murni untuk membawa ibu bapa ke syurga menjadi penguat semangat sepanjang lima tahun menghafal.

    Beliau mengamalkan disiplin ketat dengan mengulang setiap ayat sebanyak 60 kali bagi memastikan hafazan kekal mantap sebelum berjaya melalui ujian getir tersebut.Kini Haryz Irfan sedang membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan SPM sambil terus memelihara kualiti hafazannya.

    Kisah kejayaan ini diharapkan menjadi pembakar semangat kepada generasi muda lain untuk mencintai al Quran tanpa mengabaikan kepentingan pendidikan akademik demi masa depan yang seimbang.Sumber: Harian MetroGambar: Waktu Solat Malaysia

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1CzWgJnDMb/

  • Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan selepas dipercayai cuba membunuh suaminya yang sedang tidur di rumah mereka di Taman Ehsan Jaya Johor Bahru.

    Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan selepas dipercayai cuba membunuh suaminya yang sedang tidur di rumah mereka di Taman Ehsan Jaya Johor Bahru.

    Isteri mangsa didakwa membenarkan suspek masuk ke dalam rumah sebelum membantu memegang kaki mangsa sementara rakannya itu menekup muka mangsa menggunakan bantal sehingga sesak nafas.Siasatan polis mendedahkan bahawa wanita tersebut kerap bertanya mengenai wang simpanan serta caruman insurans mangsa kira kira seminggu sebelum kejadian berlaku.

    Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya melawan dan melepaskan diri manakala kedua dua suspek ditangkap tidak lama selepas laporan polis dibuat oleh mangsa yang terselamat.Kedua dua suspek bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan cubaan membunuh.

    Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana tindakan kejam yang bermotifkan harta dan kepentingan peribadi tersebut.

    Sumber: Berita Harian

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ArWR9zR2n/

  • Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji penyelarasan warna pakaian seragam sekolah bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang terpaksa menyediakan pelbagai jenis baju.

    Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji penyelarasan warna pakaian seragam sekolah bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang terpaksa menyediakan pelbagai jenis baju.

    Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada Ogos 2026 dan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2027 bagi kohort murid Tahun 1 serta Tingkatan 1.Langkah ini diambil bagi mengelakkan sekolah mewajibkan terlalu banyak pakaian tambahan seperti pelbagai jenis kemeja T dan blazer yang meningkatkan kos persekolahan.

    Penyelarasan warna seragam juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid agar tidak wujud jurang perbezaan antara sekolah yang boleh membebankan keluarga kurang berkemampuan.Dalam masa yang sama pemakaian tali leher kini tidak lagi diwajibkan bagi memastikan keselesaan murid menghadapi cuaca panas yang mencecah suhu 32 darjah celsius.

    Pihak sekolah dan PIBG disaran mencapai kata sepakat dalam melaksanakan peraturan baharu ini secara beransur ansur supaya kelengkapan sedia ada masih boleh digunakan tanpa pembaziran.

    Sumber: Utusan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1c3vahHL8Q/

  • Tragedi air paip tercemar di Bandar Indore, India Tengah mengakibatkan 13 orang maut manakala lebih 1,000 penduduk termasuk ramai kanak kanak jatuh sakit.

    Tragedi air paip tercemar di Bandar Indore, India Tengah mengakibatkan 13 orang maut manakala lebih 1,000 penduduk termasuk ramai kanak kanak jatuh sakit.

    Mangsa yang mengalami cirit birit dan muntah muntah dipercayai meminum air yang bercampur sisa kumbahan akibat kebocoran saluran paip perbandaran di kawasan kejiranan miskin.Penduduk mendakwa air berbau busuk sudah dibekalkan sejak seminggu lalu namun tindakan hanya diambil selepas berlaku kemalangan jiwa.

    Keadaan menjadi kontroversi selepas tular video seorang menteri memberikan jawapan sinis kepada wartawan ketika disoal mengenai punca kejadian manakala ratusan pesakit kini masih menerima rawatan kecemasan di hospital.Kerajaan negeri telah menjanjikan pampasan sekitar RM9,000 kepada setiap keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat pencemaran ini.

    Pihak berkuasa kini sedang giat membaiki infrastruktur paip yang bocor bagi mengelakkan kuman terus merebak serta memastikan keselamatan bekalan air minuman penduduk kembali pulih seperti sedia kala.Sumber: Bernama

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AH1G7iJyE/

  • Berapa diperlukan untuk hidup ‘bermaruah’ di Lembah Klang

    Berapa diperlukan untuk hidup ‘bermaruah’ di Lembah Klang

    PETALING JAYA – Lebih sembilan juta rakyat Malaysia menetap di Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya serta sebahagian besar kawasan Selangor.

    Wilayah ini terus menjadi tumpuan utama kerana menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas selain kemudahan rangkaian pengangkutan awam yang relatif lebih menyeluruh.

    Namun, di sebalik kelebihan tersebut, timbul persoalan penting dalam kalangan masyarakat, iaitu berapakah jumlah pendapatan minimum yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang wajar dan bermaruah di Lembah Klang.

    Hakikatnya, gaji minimum semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran mutlak memandangkan kos sara hidup berbeza mengikut lokasi, corak kehidupan serta komposisi isi rumah.

    Justeru, bagi membantu orang ramai memahami realiti perbelanjaan sebenar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (Social Wellbeing Research Centre, SWRC) telah memperkenalkan Belanjawanku 2024/2025.

    Belanjawanku merupakan panduan anggaran kos kehidupan yang diperlukan untuk mencapai tahap kehidupan yang wajar atau reasonable standard of living berdasarkan lokasi dan kategori isi rumah.

    Panduan ini bukan sekadar mengambil kira keperluan asas seperti makanan dan perumahan, malah merangkumi perbelanjaan kesihatan, penyertaan sosial serta simpanan bulanan bagi membina jaringan keselamatan kewangan untuk kecemasan dan hari tua.

    Menurut Belanjawanku, kehidupan yang bermakna ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang mempunyai pendapatan mencukupi untuk memenuhi keperluan harian, aktif berinteraksi dengan keluarga dan komuniti, memiliki perlindungan kewangan, serta mampu menjalani kehidupan yang seimbang, stabil dan bermaruah.

    Bagi kategori bujang pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang, anggaran perbelanjaan bulanan diperlukan adalah sekitar RM1,970. Jumlah itu merangkumi perbelanjaan makanan sebanyak RM660, perumahan RM400, kesihatan RM30, pengangkutan RM140, utiliti RM100, simpanan RM150, penjagaan diri RM90, perbelanjaan ad-hoc RM90, penyertaan sosial RM180 serta perbelanjaan pilihan RM130.

    Sementara itu, bujang pengguna kereta memerlukan anggaran perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi iaitu sekitar RM2,800. Peningkatan ketara ini didorong oleh kos pengangkutan yang mencecah RM840 sebulan, manakala komponen perbelanjaan lain kekal hampir sama termasuk makanan RM660, perumahan RM400 dan simpanan RM150.

    Bagi pasangan berkahwin tanpa anak, Belanjawanku menganggarkan keperluan perbelanjaan bulanan sekitar RM4,970. Jumlah ini melibatkan kos makanan RM1,040, perumahan RM1,130, kesihatan RM70, pengangkutan RM1,070, utiliti RM320, simpanan RM300, penjagaan diri RM120, perbelanjaan ad-hoc RM370, penyertaan sosial RM250 serta perbelanjaan pilihan RM300.

    Untuk pasangan berkahwin dengan seorang anak, kos sara hidup meningkat kepada sekitar RM6,420 sebulan. Selain perbelanjaan makanan RM1,540 dan perumahan RM1,130, keluarga ini perlu menampung kos penjagaan anak sebanyak RM670 sebulan, di samping pengangkutan RM1,080, utiliti RM330 dan simpanan RM300.

    Manakala bagi pasangan berkahwin dengan dua orang anak, anggaran perbelanjaan bulanan yang diperlukan adalah sekitar RM7,440. Jumlah ini dipacu oleh kos makanan RM1,830, penjagaan anak RM1,210, pengangkutan RM1,090 serta perbelanjaan lain termasuk perumahan, utiliti, kesihatan, simpanan dan penyertaan sosial.

    Secara keseluruhan, dapatan Belanjawanku 2024/2025 memperlihatkan bahawa kos untuk menjalani kehidupan yang wajar di Lembah Klang adalah jauh lebih tinggi berbanding gaji minimum semasa.

    Ia sekali gus mencerminkan cabaran sebenar yang dihadapi isi rumah bandar dan kepentingan perancangan kewangan serta dasar pendapatan yang lebih selari dengan realiti kos sara hidup semasa. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/berapa-diperlukan-untuk-hidup-bermaruah-di-lembah-klang/

  • Jalan Bukit Bintang, Sultan Ismail ditutup bermula 3 pagi esok

    Jalan Bukit Bintang, Sultan Ismail ditutup bermula 3 pagi esok

    KUALA LUMPUR – Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail akan ditutup bermula pukul 3 pagi esok sempena perarakan Festival I LITE U 2026.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, penutupan laluan itu akan dijalankan sehingga pukul 3 pagi 4 Januari.

    Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa dilaporkan berkata, raptai penuh perarakan akan diadakan pada 1 Januari bermula pukul 6 petang.

    Beliau berkata, acara rasmi pula akan berlangsung esok bermula pukul 7.30 hingga 10 malam yang membabitkan penutupan penuh jalan berkenaan.

    Festival I LITE U bakal menjadi acara pembuka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026.

    Ia dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dijangka turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/jalan-bukit-bintang-sultan-ismail-ditutup-bermula-3-pagi-esok/

  • Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo

    Lumpur di Aceh boleh dijual – Prabowo

    JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa pihak swasta berminat untuk membeli lumpur yang menenggelamkan beberapa kawasan di Pulau Sumatera, khususnya wilayah Aceh, lapor laman berita Tribun hari ini.

    Prabowo berkata, perkara itu diketahui berdasarkan laporan oleh ketua daerah-daerah yang terjejas.

    Menurutnya, tiada masalah sekiranya mereka mahu menjual sisa lumpur itu.

    “Gabenor wilayah melaporkan kepada saya ada pihak swasta yang tertarik (untuk membeli lumpur), tidak hanya di sungai, tapi yang di sawah dan sebagainya.

    “Silakan, perkara ini saya kira bagus sekali. Justeru, tolong ini didalami dan kita laksanakan,” kata Prabowo di Aceh Tamiang semalam.

    Menurutnya, pemanfaatan lumpur tersebut bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan sungai, tetapi turut memberikan manfaat langsung kepada pemerintah daerah.

    “Nanti juga bermanfaat jika lumpurnya boleh dijual dan jika ada pihak swasta mau membeli, manfaatnya boleh dinikmati oleh daerah-daerah,” kata Prabowo.

    Beliau berkata demikian ketika menyokong usul membersihkan sungai selepas bencana banjir dahsyat yang melanda baru-baru ini, bermula dari muara hinggalah ke laut. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/lumpur-di-aceh-boleh-dijual-prabowo/

  • Avaa Vanja bantu jemaah terkandas, rayu RM90,000 beli tiket pulang

    Avaa Vanja bantu jemaah terkandas, rayu RM90,000 beli tiket pulang

    PETALING JAYA – Seramai 36 jemaah umrah dilaporkan terkandas di Madinah selepas didakwa belum mendapat tiket penerbangan pulang ke Malaysia daripada pihak agensi, merayu sumbangan mana-mana pihak bagi membantu kepulangan mereka ke tanah air.

    Jemaah tersebut memerlukan kira-kira RM90,000 untuk pembelian tiket pesawat dijangka berlepas pada 8 Januari, manakala tambahan RM20,000 bagi kos hotel yang perlu dipanjangkan tempoh serta logistik termasuk pengangkutan bas.

    Pelakon Avaa Vanja yang juga mutawifah serta berada di Madinah ketika ini, turut bertemu jemaah tersebut bagi menghulurkan bantuan selain berbincang perancangan untuk urusan kepulangan mereka.

    “Mereka memerlukan RM90,000 itu untuk pembelian tiket penerbangan pulang serta tambahan RM20,000. Harga tiket RM90,000 pun memang ‘ngam-ngam’ berdasarkan kiraan kami.

    “Saya bertemu jemaah hari ini dan bagi bantuan yang mana ia juga daripada pihak lain. Dari segi tiket penerbangan, harga itu sangat murah (pada 8 Januari), namun bagi jemaah umrah ini, mereka tiada jumlah wang yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

    Avaa berkata, mana-mana pihak yang prihatin adalah dialu-alukan bagi membantu kepulangan 36 jemaah tersebut ke tanah air.

    “Sebab itu kita perlu tambahkan lebih sikit (tempoh) untuk jemaah ini dapatkan wang menerusi sumbangan bagi membeli tiket pesawat,” katanya.

    Wakil jemaah, Ahmad Fauzi Abd. Rahman, 58, mendakwa, mereka sekeluarga mengeluarkan banyak perbelanjaan sepanjang di sana, sedangkan bayaran dibuat sebelum ini kepada pihak agensi adalah meliputi pakej lengkap.

    “Kami kena keluarkan duit untuk hotel, makan dan apa sahaja sedangkan (dijanjikan) full board (pakej lengkap).

    “Selain itu, kami pun tidak dapat nak minta bantuan keluarga memandangkan kesemua adik-beradik sama-sama (terkandas) di sini. Jadi kami memerlukan bantuan untuk membeli tiket penerbangan pada 8 Januari.

    “Kami fikir tempoh beberapa hari ini diharap dapat mengumpulkan wang darmenerusi sumbangan itu untuk membeli tiket tersebut,” katanya.

    Ahmad Fauzi turut mengucapkan syukur kepada Allah SWT serta berterima kasih kepada Avaa, pihak-pihak lain serta akhbar Kosmo! yang tampil membantu mereka di sana.

    Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan bagi membawa pulang kumpulan tersebut boleh menghubungi wakil jemaah, Ahmad Rifaei (013-2223027) atau Avaa Vanja (012-3861199).

    Kelmarin Kosmo! Online melaporkan, seramai 36 jemaah umrah termasuk 11 kanak-kanak dan seorang warga emas berkerusi roda hidup seperti nomad apabila dikatakan terpaksa berpindah-randah hotel di Mekah dan Madinah beberapa kali, berikutan pihak agensi didakwa gagal membuat tempatan awal.

    Bahkan, lima daripada jemaah itu yang sepatutnya kembali ke Malaysia pada 30 Disember, tidak dapat berbuat demikian berikutan tiket didakwa belum ditempah oleh pihak agensi, manakala baki yang lain pulang ke tanah air pada esok juga belum mendapat tiket tersebut. – KOSMO! ONLINE

    A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/video-avaa-vanja-bantu-jemaah-terkandas-rayu-rm90000-beli-tiket-pulang/

  • Abdul Hadi calon paling logik terajui PN

    Abdul Hadi calon paling logik terajui PN

    Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dilihat sebagai calon paling munasabah untuk dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin yang berkuat kuasa semalam. Pandangan itu dizahirkan BERSATU Kelantan yang menilai realiti kekuatan parti dalam gabungan berkenaan.

    Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, dalam struktur PN ketika ini hanya PAS dan BERSATU yang memiliki kekuatan besar berbanding parti komponen lain. Justeru, menurutnya, secara logik kepimpinan tertinggi PN wajar datang daripada PAS sekiranya parti itu memimpin gabungan.

    Beliau turut menjelaskan, mengikut perlembagaan PN, jawatan Pengerusi biasanya disandang ketua parti yang menerajui gabungan. Jika PAS mengambil peranan itu, maka Abdul Hadi adalah tokoh paling sesuai.

    🔗 Source: https://thereporter.my/abdul-hadi-terajui-pn/

  • 3.2 Tan sampah dikutip malam sambutan ambang Tahun Baharu

    3.2 Tan sampah dikutip malam sambutan ambang Tahun Baharu

    Alam Flora Sdn Bhd memaklumkan sebanyak 3.2 tan sampah berjaya dikutip di tiga lokasi utama sekitar ibu negara sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, menunjukkan pengurangan kira-kira 11 peratus berbanding 3.6 tan yang direkodkan pada tahun 2025.

    Menurut kenyataan Alam Flora, penurunan jumlah sampah itu mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kebersihan persekitaran.

    “Antara lokasi tumpuan yang terlibat dalam operasi pembersihan tersebut ialah Dataran Merdeka, kawasan sekitar KLCC dan Bukit Bintang.

    “Bagi memastikan operasi berjalan lancar, seramai 152 petugas Alam Flora terdiri daripada pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi telah digerakkan bermula jam 10 malam dan menamatkan tugasan sekitar jam 8 pagi,”jelas kenyataan itu.

    Alam Flora turut menempatkan 36 unit tong sampah mudah alih berkapasiti 660 liter serta 25 unit tong sampah berkapasiti 240 liter di lokasi-lokasi strategik bagi memudahkan proses pelupusan sampah secara lebih teratur dan efisien.

    Menurut kenyataan itu lagi, kejayaan operasi tersebut adalah hasil kerjasama dan komitmen berterusan petugas Alam Flora Sdn Bhd yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh operasi, sekali gus memastikan kebersihan kawasan bandar raya kekal terpelihara selepas sambutan berakhir.

    🔗 Source: https://thereporter.my/3-2-tan-sampah-dikutip-malam-sambutan-ambang-tahun-baharu/