Category: JNJ-MEDIA

  • 150 hakim seluruh negara naik gaji bermula 1 Januari

    150 hakim seluruh negara naik gaji bermula 1 Januari

    KUALA LUMPUR 29 Dis – Seramai 150 hakim di seluruh negara akan menikmati kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Januari ini susulan pewartaan Peraturan-Peraturan Saraan Hakim 2025 yang diterbitkan minggu lalu.

    Berdasarkan warta kerajaan bertarikh 24 Disember, gaji bulanan Ketua Hakim Negara dinaikkan kepada RM46,800 berbanding RM36,000 sebelum ini, manakala Presiden Mahkamah Rayuan menerima gaji baharu sebanyak RM40,950 berbanding RM31,500.

    Gaji Ketua Hakim Malaya (KHM) dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak (KHSS) turut diseragamkan kepada RM39,650, berbanding gaji terdahulu masing-masing RM30,500 dan RM30,000.

    Sementara itu, hakim Mahkamah Persekutuan kini akan memperoleh gaji bulanan RM37,050 berbanding RM28,500 sebelum ini, hakim Mahkamah Rayuan RM35,750 (daripada RM27,500) dan hakim Mahkamah Tinggi RM34,450 berbanding RM26,500.

    Pesuruhjaya kehakiman yang memegang jawatan secara kontrak pula akan menerima gaji RM33,150, meningkat daripada RM25,500 sebelum ini.

    Bagaimanapun, tiada sebarang perubahan dibuat terhadap elaun bulanan serta kemudahan lain yang layak diterima oleh para hakim.

    Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat dua bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan semua hakim akan menerima kenaikan gaji sebanyak 30 peratus.

    Menurut beliau, kali terakhir semakan dan kenaikan gaji hakim dilaksanakan adalah pada tahun 2015.

    Anwar turut menjelaskan bahawa para hakim tidak menikmati kenaikan gaji tahunan seperti yang diberikan kepada penjawat awam lain di bawah skim perkhidmatan awam.

    šŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13366

  • SPRM siasat 40 syarikat disyaki terlibat beri rasuah projek Tentera Darat

    SPRM siasat 40 syarikat disyaki terlibat beri rasuah projek Tentera Darat

    KUALA LUMPUR 29 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap kira-kira 40 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemberian rasuah membabitkan projek perolehan Tentera Darat.

    Menurut sumber, siasatan ketika ini memfokuskan kepada aliran wang yang dipercayai dimasukkan ke dalam akaun milik seorang pegawai kanan Tentera Darat yang kini disiasat sebagai suspek dalam kes rasuah berkenaan.

    Sumber memaklumkan, pada Sabtu lalu, SPRM telah melaksanakan operasi penggeledahan di pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta di kediaman rasmi suspek, bermula sekitar jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

    ā€œPenggeledahan itu tidak menemui sebarang wang tunai. Namun SPRM telah menyita beberapa barangan mewah bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan,ā€ katanya.

    Menurut sumber itu lagi, suspek sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat SPRM semalam untuk memberi keterangan, namun telah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

    ā€œSetakat ini, suspek masih menerima rawatan dan belum dapat dirakam keterangannya.

    ā€œSPRM setakat ini telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, manakala jumlah keseluruhan saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan adalah seramai 10 orang,ā€ jelasnya.

    SPRM dijangka akan terus memperluaskan skop siasatan termasuk meneliti aspek aliran kewangan, perolehan projek serta penglibatan individu dan syarikat berkaitan, selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta SPRM 2009.

    Pada Selasa lalu, pegawai SPRM turut hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan siasatan memfokuskan kepada projek-projek yang dilaksanakan menerusi kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Terdahulu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan akan bercuti bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengesahkan bahawa pegawai kanan terbabit akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

    šŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13367

  • Jaga-jaga, panggil orang ā€˜anjing’ boleh dipenjara enam bulan

    Jaga-jaga, panggil orang ā€˜anjing’ boleh dipenjara enam bulan

    JAKARTA 29 Dis – Tindakan menghina individu lain dengan gelaran seperti ā€˜anjing’ kini boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM2,400) di Indonesia susulan penguatkuasaan Kanun Jenayah (KUHP) baharu negara itu.

    Menurut laporan portal berita Warta Lombok, peruntukan undang-undang terkini itu memperuntukkan hukuman lebih berat berbanding perundangan sedia ada.

    Di bawah KUHP lama, khususnya Perkara 315, perbuatan penghinaan yang dilakukan secara sengaja sama ada secara lisan atau bertulis, di khalayak ramai atau secara langsung kepada individu yang dihina, hanya boleh dikenakan hukuman penjara maksimum empat bulan dua minggu.

    Bagaimanapun, menerusi KUHP baharu yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari tahun depan, kesalahan berkaitan penghinaan kini diperuntukkan di bawah Perkara 436.

    Perkara tersebut memperincikan bahawa penghinaan yang tidak termasuk dalam kategori fitnah, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis, boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

    Pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum Kategori II iaitu sekitar 10 juta rupiah, dan peruntukan itu terpakai sama ada penghinaan dilakukan secara langsung atau di tempat awam.

    Melalui pelaksanaan undang-undang baharu ini, kerajaan Indonesia berharap ia dapat membendung kes buli, khususnya dalam bentuk lisan, selain menggalakkan pembentukan budaya pertuturan yang lebih beradab dan sopan dalam kalangan masyarakat. — AGENSI

    šŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13368

  • Bergaduh hal nafkah, lelaki tolak bekas isteri,Ā anak tujuh tahun hingga cedera di Kundang

    Bergaduh hal nafkah, lelaki tolak bekas isteri,Ā anak tujuh tahun hingga cedera di Kundang

    KUALA LUMPUR 29 Dis – Perselisihan faham berkaitan isu nafkah dipercayai mencetuskan insiden menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera selepas ditolak bapanya sendiri dalam kejadian di Taman Scientex Kundang Jaya, Kundang.

    Kejadian berkenaan mencuri perhatian orang ramai selepas rakaman insiden tersebut tular di media sosial, sebelum polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi tadi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 11.47 malam kelmarin.

    Menurut beliau, insiden itu berlaku ketika seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun menghantar anaknya ke rumah bekas isteri.

    ā€œKejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu nafkah sebelum suspek bertindak agresif terhadap bekas isterinya sehingga wanita itu mengalami kecederaan.

    ā€œSuspek turut menolak anak perempuannya yang berusia tujuh tahun sehingga kanak-kanak tersebut terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian lutut,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Susulan kejadian itu, polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga, dengan kes kini masih dalam siasatan lanjut.

    Abang Kaderi berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

    ā€œMaklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhammad Amirul Mohd Sharit di talian 016-6740989 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,ā€ katanya.

    Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

    šŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13369

  • Isteri suka kaki pancing bawa balik duit

    Isteri suka kaki pancing bawa balik duit

    PETALING JAYA – Sebahagian pemancing bagaikan tiada istilah kumpau dalam hobi mereka apabila menjadikan pertandingan memancing sebagai lubuk rezeki membawa pulang wang tunai ratusan ribu ringgit dengan hanya menggunakan moĀ­dal kecil dan kemahiran membuat umpan. Ada antara mereka pernah berjaya mengumpul mencecah RM200,000 dan memasukkan sebahagiannya ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil daripada hobi yang memerlukan kemahiran menaikkan ikan kolam, tasik dan laut. Pembuat batu nisan, Mohd. Fadzil Mohd. Dzin, 52, berkata, kemenangan terbesarnya adalah RM132,500 yang diperolehi……

    šŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/isteri-suka-kaki-pancing-bawa-balik-duit/

  • Ozlynn marah anak sebelum ā€˜racun’ Johan bagi duit

    Ozlynn marah anak sebelum ā€˜racun’ Johan bagi duit

    ā€œDULU tengok Sodiq kecil dan comel sahaja, tiba-tiba sudah besar!ā€

    Itu antara komen yang membanjiri sebuah video dimuat naik menerusi akaun TikTok Borak SeeNI yang memaparkan Johan dan isterinya, Ozlyn bersama anak mereka, Ahmad Sodiq Hanania.

    Paling lucu, Sodiq yang diminta memilih sama ada ibu atau bapanya lebih garang, dia memaklumkan Ozlyn akan memarahinya terlebih dahulu sebelum menghasut Johan untuk memukulnya.

    ā€œMama yang selalu marah kemudian dia hasut papa, selepas itu papa pula pukul,ā€ katanya.

    Pengakuan tersebut membuatkan penonton terhibur, namun dalam masa sama memuji ketegasan Johan tegas dalam mendidik anak-anaknya.

    šŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/ozlynn-marah-anak-sebelum-racun-johan-bagi-duit/

  • 5 negara paling sejuk di dunia, ada capai -71.2 darjah Celsius

    5 negara paling sejuk di dunia, ada capai -71.2 darjah Celsius

    MUSIM sejuk dan bersalji hanya dirasai oleh negara-negara yang mengalami empat musim seperti di Eropah, Amerika Utara dan sebahagian Asia Timur. Cuaca bersalji ini juga sangat sinonim dengan perayaan Krismas yang sedang disambut masyarakat dunia.

    Suhu ketika itu boleh turun sehingga bawah 0°C menyebabkan salji turun. Walaupun di suhu ā€˜membeku’ ini, penduduk menjalani rutin seperti biasa, begitu juga pengoperasian industri, bak kata pepatah ā€˜alah bisa, tegal biasa’.

    Malah, sukan musim sejuk menjadi tarikan pelancongan di negara-negara berkenaan.

    Kekebalan mereka cukup luar biasa bertahan hidup dalam cuaca yang boleh membekukan apa sahaja. Sehubungan itu, berikut CitaRasa kongsikan lima negara paling sejuk di dunia seperti dilaporkan oleh UltimateKilimanjaro.

    PURATA suhu tahunan di Rusia ialah -5.1 darjah Celsius (°C), menjadikannya negara paling sejuk di dunia. Siberia mendominasi iklim negara dengan permafrost dan hutan subartik yang luas merentangi 11 zon waktu. Rusia bahkan pernah merekodkan suhu terendah -71.2°C. Dua per tiga daripada wilayah Rusia terletak dalam zon subartik atau kutub.

    Sungai Lena dan Yenisei membeku selama berbulan-bulan, manakala Tasik Baikal membentuk ais sangat tebal. Malah, Moscow dilitupi salji dari November hingga April. Yakutsk dengan 330,000 orang adalah bandar utama paling sejuk di bumi dengan purata di bawah -40°C.

    KIRA-KIRA 40 peratus daripada negara Kanada terletak di dalam Bulatan Artik, pinggir selatan kawasan kutub. Wilayah utara juga menghadapi permafrost dan ais laut yang berlarutan sepanjang tahun, menjadikan musim sejuk ciri dominan iklim negara ini.

    Purata suhu tahunan di Kanada ialah -5.3°C dan suhu tersejuk yang pernah direkodkan -63°C dengan salji meliputi kawasan bukan pantai selama empat hingga enam bulan. Bandar selatan seperti Toronto dan Vancouver kurang diseliputi salji tebal tetapi masih alami musim sejuk yang sangat teruk.

    MONGOLIA terletak di dataran tinggi antara Siberia dan Gurun Gobi dengan ketinggian purata 1,580 meter (m). Iklim benuanya mencipta perubahan yang melampau: musim panas yang terik diikuti oleh musim sejuk yang menjunam di bawah -30°C.

    Secara purata, suhu tahunannya mencatatkan -0.7°C dan paling sejuk direkodkan ialah -55.3°C. Ibu negara Mongolia, Ulaanbaatar mencatatkan suhu -1.3°C setiap tahun, menjadikannya ibu negara paling sejuk di dunia. Ribut musim sejuk ā€˜dzuds’ membunuh berjuta-juta ternakan, mengancam mata pencarian pengembala nomad.

    NORWAY terbentang dari Laut Utara ke Lautan Artik, menjangkau sejauh 81°U utara di Svalbard. Purata suhu tahunan di negara ini adalah 1.5°C dengan suhu tersejuk -51.4 °C. Budaya Norway terikat dengan kesejukan.

    Bermain ski dan rekreasi musim sejuk adalah hobi negara. Infrastruktur termasuk jalan raya yang dipanaskan di beberapa bandar, membantu penduduk jalani kehidupan pada musim sejuk. Di Longyearbyen, bandar terbesar di Svalbard, penduduk dibenarkan undang-undang membawa senapang di luar penempatan bagi lindungi diri daripada serangan beruang kutub.

    KYRGYZSTAN berpurata suhu tahunan 1.6°C. Suhu tersejuk direkodkan ialah -48.7°C. Kyrgyzstan adalah salah satu negara paling bergunung-ganang di dunia dengan lebih daripada 80 peratus tanahnya melebihi 1,800m. Purata ketinggian melebihi 2,750m yang mendorong iklimnya menjadi sejuk.

    Banjaran Tian Shan dan Pamir mendominasi negara ini dengan lebih 6,500 glasier mengalir ke sungai-sungai Asia Tengah. Musim sejuk adalah teruk, dengan lembangan alpine terkunci dalam udara -20 °C. Malah, Lembah Fergana subtropika mengalami musim sejuk apabila jisim udara Siberia menolak ke selatan.

    šŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/5-negara-paling-sejuk-di-dunia-ada-capai-71-2-darjah-celsius/

  • Tina, bakal peguam minat jadi pelakon

    Tina, bakal peguam minat jadi pelakon

    Gadis Pesona Ahad minggu ini merupakan bakal peguam yang sangat meminati bidang lakonan selain aktif dalam sukan boling. Penuntut bidang perundangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Tengku Syasya Qistina, 22, berpendirian setiap manusia berhak mendapat pembeĀ­laan selagi belum dibuktikan. Mesra dipanggil Tina, gadis ini berkongsi kisah kolam ikan keli bersama kembar kepada Kosmo! Ahad. KOSMO! AHAD: Kongsikan tentang diri anda? Tina: Anak keempat daripada enam beradik dan saya ada kembar. Dia kini menuntut dalam jurusan, Komunikasi dan Pengajian……

    šŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/tina-bakal-peguam-minat-jadi-pelakon/

  • Hadiah pecah tabung paling popular

    Hadiah pecah tabung paling popular

    PASIR PUTEH – Pertandingan memancing bukan sahaja meĀ­nguji kesabaran tetapi membuatkan orang ramai menghargai alam sekitar melalui hobi yang mendatangkan rezeki berganda. Penganjur memancing tali air di Mak Mayong di sini, Azhar Taib, 52, berkata, pertandingan diadakan setiap Jumaat sejak Jun 2022 itu sering menjadi tumpuan ribuan kaki pancing ikan keli. ā€œIdea tercetus ketika saya dan dua rakan membersihkan tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sepanjang lebih 100 meter itu. Pertandingan pernah menawarkan hadiah paling tinggi iaitu RM25,000. ā€œPada……

    šŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/hadiah-pecah-tabung-paling-popular/

  • Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal

    Gegaran gempa bumi lemah di Bukit Kepong terkawal

    JOHOR BAHRU 28 Dis – Kerajaan Negeri Johor mengesahkan keadaan adalah terkawal susulan kejadian gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Muar pada jam 8.55 pagi Ahad.

    Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, gempa bumi tersebut bermagnitud 3.4 dengan kedalaman 10 kilometer dan setakat ini tiada laporan membabitkan kecederaan atau kerosakan harta benda diterima.

    Menurut beliau, kejadian itu juga tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami kepada negeri ini.

    ā€œKerajaan Negeri Johor memandang serius aspek keselamatan rakyat. Pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang, mengelakkan berada berhampiran struktur yang tidak kukuh serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

    Dalam pada itu, Onn Hafiz mengajak rakyat Johor agar terus berdoa supaya negeri ini sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan daripada sebarang musibah serta bencana.

    Sebelum ini, beberapa kejadian gegaran gempa bumi turut dilaporkan berlaku di Segamat dan Batu Pahat dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1 sejak akhir Ogos lalu.

    šŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13336