Category: JNJ-MEDIA

  • 人资部:将成立零工协商理会 先处理竞标电召车服务课题

    人资部:将成立零工协商理会 先处理竞标电召车服务课题

    电召车服务以竞标(Bidding)模式进行的建议引起司机反弹,人力资源部表示,该部关注此事并致力推动零工协商理事会(Majlis Perundingan Gig)促进三方对话。

    人资部今日(24日)发表文告指出,一旦《2025年零工工作者法案》获得落实,该部将成立零工协商理事会。

    它说,这是一个涉及政府、零工工作代表及合约实体代表的三方平台,就最低收入、方程式、最低标准等涉及工作者福利的课题,向政府提出建议。

    “这个理事会将成为零工领域相关课题的对话及协商平台,包括努力确保零工工作者可以得到更稳定、公平及可持续性的收入。”

    “人资部认为,竞标制电召车系统将是该理事会最早讨论的课题,以确保司机、平台及消费者的利益能够取得平衡。”

    人资部也表示,他们也准备就此课题与交通部密切合作,以照顾零工工作者的福利及平台的经济可持续性。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1731280

  • Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah – DOSM

    Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah – DOSM

    KUALA LUMPUR 24 Dis – Jurang kos sara hidup antara negeri terus ketara apabila Selangor dikenal pasti mencatat kos kehidupan wajar tertinggi di Malaysia bagi semua saiz isi rumah, manakala Kelantan, Kedah dan Perlis berada dalam kelompok negeri dengan kos terendah.

    Perkara itu didedahkan menerusi Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

    Penerbitan berkenaan memperkenalkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), iaitu indikator baharu untuk mengukur tahap perbelanjaan minimum yang diperlukan bagi mengekalkan kehidupan wajar merentas negeri, daerah pentadbiran dan ibu negeri.

    Indeks tersebut menggunakan Kuala Lumpur sebagai rujukan dengan nilai 100, manakala lokasi lain dinilai secara relatif, dengan skor lebih rendah menunjukkan keperluan perbelanjaan lebih rendah dan skor lebih tinggi mencerminkan kos kehidupan wajar yang lebih mahal.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, analisis Indeks PAKW 2024 menunjukkan perbezaan jelas kos kehidupan wajar antara negeri bagi semua saiz isi rumah.

    “Bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat indeks tertinggi pada 92.0 mata indeks, diikuti Pulau Pinang (84.2) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (83.1), manakala Kelantan, Sarawak dan Kedah merekodkan nilai terendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut beliau, corak hampir sama turut direkodkan bagi isi rumah dua, tiga dan empat orang, dengan Selangor kekal mencatat indeks tertinggi, manakala Kelantan, Kedah, Perlis dan Sabah berada pada paras lebih rendah tetapi masih mencerminkan kehidupan yang wajar.

    Beliau berkata, berdasarkan analisis itu, kos kehidupan wajar bagi isi rumah seorang di Kelantan adalah 46.3 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur, manakala bagi isi rumah empat orang di Perlis, perbelanjaan wajar adalah 39.1 peratus lebih rendah berbanding ibu negara.

    Di peringkat daerah pentadbiran, Mohd Uzir berkata hanya Petaling di Selangor mencatat Indeks PAKW melebihi Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah, manakala Pantu di Sarawak dikenal pasti sebagai daerah dengan kos kehidupan wajar terendah.

    Katanya, bagi isi rumah seorang, kos kehidupan wajar di Pantu adalah 72.2 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur, manakala bagi isi rumah empat orang, perbezaannya mencecah 68.1 peratus.

    Mohd Uzir berkata di peringkat ibu negeri pula, Shah Alam merekodkan Indeks PAKW tertinggi bagi semua saiz isi rumah dan melepasi nilai rujukan Kuala Lumpur, manakala Kangar kekal sebagai ibu negeri dengan kos kehidupan wajar terendah.

    Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Kalkulator MyPAKW 2024 turut dikemas kini bagi membolehkan isi rumah menganggarkan perbelanjaan kehidupan wajar berdasarkan lokasi dan demografi, dengan aplikasi mudah alih dijangka tersedia mulai Februari 2026.

    Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 19 Mac lalu bersetuju supaya DOSM membangunkan indikator baharu bagi mengukur kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah bagi membantu kerajaan merangka pelaksanaan program yang lebih tepat dan berkesan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13295

  • NGO Malaysia tetap hulur harapan di Aceh

    NGO Malaysia tetap hulur harapan di Aceh

    HAMPIR sebulan berlalu, Aceh, Indonesia masih ‘lumpuh’ selepas dilanda banjir lumpur yang membawa kemusnahan kepada kediaman, harta benda, ternakan serta nyawa. Menerusi laporan, wilayah Aceh Tamiang antara lokasi paling teruk terjejas apabila kawasan itu masih berlumpuh sepenuhnya, membuatkan bantuan sukar disalurkan. Di mana-mana daerah banyak pokok kayu, perabot rosak serta cebisan sisa pelbagai barangan yang bercampur lumpur bertimbun sehingga ke hari ini. Tidak berdiam diri, Malaysia antara negara jiran yang segera menghulurkan bantuan sejak tragedi menyedihkan itu berlaku pada 26……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/ngo-malaysia-tetap-hulur-harapan-di-aceh/

  • Ulang kaji awal resipi Hadif muncul pelajar terbaik perakaunan

    Ulang kaji awal resipi Hadif muncul pelajar terbaik perakaunan

    TATKALA diumumkan sebagai penerima anugerah Top in Malaysia dalam subjek Perakaunan bagi peperiksaan AS (Advanced Subsidiary) Level Mei/Jun 2025, Mohamad Hadif Mohamad Rosli bagaikan tidak percaya. Dia yang merupakan pelajar tahun dua program A-Level Australia Kolej Mara Seremban (KMS), Negeri Sembilan tidak menyangka segala penat lelah dan usahanya mengulang kaji pelajaran akhirnya terbalas. Mohamad Hadif atau lebih mesra disapa Hadif merupakan salah seorang daripada 339 pelajar yang menerima pengiktirafan dalam Outstanding Cambridge Learner Awards di Dwi Emas International School, Selangor……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/ulang-kaji-awal-resipi-hadif-muncul-pelajar-terbaik-perakaunan/

  • Takraw Malaysia sudah atasi Thailand

    Takraw Malaysia sudah atasi Thailand

    BANGKOK – Legenda sepak takraw Thailand, Pornchai Kaokaew menyifatkan kegagalan pasukannya di temasya Sukan SEA Thailand 2025 sebagai satu tamparan cukup menyakitkan selepas gagal mempertahankan pingat emas dalam acara regu dan berpasukan.

    Kekecewaan itu memuncak apabila Thailand bukan sahaja tewas pingat emas acara regu berpasukan kepada musuh tradisi Malaysia, malah skuad Gajah Perang mereka turut gagal melangkah ke final acara regu selepas tumbang mengejut kepada Vietnam di separuh akhir.

    Pornchai tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan prestasi semasa pasukan negaranya itu dan menyifatkan Malaysia ketika ini memiliki regu terbaik dunia yang sukar ditumbangkan.

    “Apa yang terjadi dengan sepak takraw di Thailand ketika ini saya sangat terkejut. Jika tewas kepada Malaysia tidak mengapa kerana persaingan sengit, tetapi tewas di separuh akhir kepada Vietnam adalah sesuatu yang pelik,” kata Pornchai.

    Menurutnya, barisan pemain yang dihantar seperti gandingan Pornthep Tinbangbon, Varayut Jantarasena dan Marukin Phanmakon merupakan regu terbaik yang dimiliki Thailand ketika ini, namun gagal menepati jangkaan.

    Pornchai turut mendedahkan punca utama kejatuhan prestasi Thailand berbanding kebangkitan mendadak Malaysia adalah disebabkan kekurangan kejohanan kompetitif di peringkat domestik seperti liga kompetitif di Malaysia.

    “Thailand tidak mempunyai banyak pertandingan. Jika dibandingkan dengan Malaysia, mereka ada STL setiap minggu dan pengurusan kewangan yang baik. Pemain Malaysia sentiasa berada dalam tekanan kompetitif,” jelasnya.

    Pornchai turut menyuarakan kebimbangan mengenai kelibat pemain Malaysia yang memiliki tekong muda seperti Haziq Hairul Nizam yang akan terus menerus mengatasi tekong Thailand.

    “Anda lihat Haziq baru berumur 24 tahun dan permainannya cukup luar biasa. Tetapi, 95 peratus pemain Thailand kini berumur lebih dari 30 tahun. Saya rasa lima tahun akan datang, Thailand akan sukar untuk kembali mendominasi sukan ini jika tidak berubah,” tambahnya..

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/takraw-malaysia-sudah-atasi-thailand/

  • Olahraga perlu tambah tahap agresif

    Olahraga perlu tambah tahap agresif

    SELEPAS olahraga negara menepati sasaran lima pingat emas di Sukan SEA Thailand 2025, bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad menegaskan tumpuan kini perlu dialihkan kepada perancangan lebih agresif menjelang Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur dengan sasaran kutipan emas yang lebih besar.

    Nazmizan yang menggalas amanah sebagai salah seorang Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) negara percaya pencapaian di Bangkok tidak seharusnya menjadi titik selesa, sebaliknya dijadikan landasan untuk membina lonjakan prestasi lebih signifikan apabila Malaysia tampil sebagai tuan rumah dua tahun lagi.

    “Tahun ini membuktikan kita mampu capai sasaran yang ditetapkan, jadi untuk edisi akan datang, saya rasa sudah tiba masanya sasaran pingat emas ditingkatkan, mungkin kepada sekitar 10 hingga 12 emas,” katanya.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan Olahraga Malaysia (MA) perlu lebih realistik dan berani membuat pilihan strategik dalam merangka program pembangunan dengan memberi keutamaan kepada acara yang benar-benar mempunyai potensi pingat.

    “Untuk Sukan SEA, kita tak perlu sasarkan pingat bagi acara yang jelas didominasi negara lain seperti pecut, sebaliknya fokus kepada acara yang kita ada peluang lebih besar seperti larian jarak jauh, 10,000 meter dan jalan kaki,” katanya.

    Menurut Nazmizan, perubahan landskap olahraga serantau menuntut pendekatan baharu, termasuk menarik lebih ramai atlet jarak jauh yang kini cenderung memilih acara maraton susulan tawaran ganjaran kewangan yang lebih lumayan.

    “Dulu kita kuasa besar larian trek, tetapi sekarang kita perlu ikut peredaran semasa. MA perlu menarik minat pelari jarak jauh dan membina ekosistem yang menyokong potensi mereka,” ujarnya.

    Beliau turut menekankan kepentingan memperkemas persiapan menuju Sukan SEA 2027 dengan pendekatan lebih menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada Program Podium atau pelapis, sebaliknya meneliti dan menggilap atlet yang benar-benar berpotensi menyumbang emas.

    “Program ke arah 2027 perlu lebih terperinci, teliti dan fokus. Kita perlu kenal pasti prospek emas dan gilap mereka sebaik mungkin kerana kita akan menjadi tuan rumah,” katanya.

    Sebagai contoh, Nazmizan melihat atlet seperti Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Andre Anura memiliki potensi besar untuk menyinar pada edisi akan datang sekiranya diberikan pendedahan, bimbingan serta program yang tepat dalam tempoh dua tahun akan datang.

    Dengan status tuan rumah pada 2027 serta asas kejayaan yang telah dibina di Bangkok, Nazmizan menegaskan masa depan olahraga negara kini bergantung kepada keberanian membuat keputusan strategik demi merealisasikan lonjakan emas di pentas sendiri.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/olahraga-perlu-tambah-tahap-agresif/

  • Akhirnya BAP ada tarikh, kena beli buku

    Akhirnya BAP ada tarikh, kena beli buku

    TANDA tanya bila agaknya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 akhirnya sudah terjawab. Kementerian Pendidikan (KPM) akhirnya meredakan keresahan ibu bapa apabila mengumumkan bermula 11 Januari depan tarikh pemberian bantuan itu. Jika sebelum ini disalurkan sebelum cuti sekolah bagi memudahkan ibu bapa membeli kelengkapan awal persekolahan tetapi kali ini pada hari pembukaan sesi baharu sekolah. Jadi ibu bapa semua apabila sudah ada tarikh ini, baju sekolah anak silalah guna duit sendiri dahulu dan tidak menunggu BAP. Istimewanya tahun ini kerana pembukaan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/akhirnya-bap-ada-tarikh-kena-beli-buku/

  • Pasukan MLBB negara cipta sejarah di Sukan SEA 2025

    Pasukan MLBB negara cipta sejarah di Sukan SEA 2025

    MALAYSIA mencipta detik bersejarah dalam arena e-sukan apabila pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand baru-baru ini. Kejayaan itu hadir selepas perlawanan akhir yang mendebarkan apabila Malaysia menewaskan seteru tradisi, Filipina dengan keputusan 4-3. Pingat emas itu menjadi emas pertama negara dalam acara MLBB di Sukan SEA. Pencapaian itu juga mengulangi kejayaan negara memenangi emas dalam e-sukan di Sukan SEA pada 2019 menerusi acara Hearthstone. Prestasi luar biasa……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/pasukan-mlbb-negara-cipta-sejarah-di-sukan-sea-2025/

  • Remaja miliki bakat bina pesawat kawalan jauh

    Remaja miliki bakat bina pesawat kawalan jauh

    SIAPA sangka di sebalik raut wajah remaja berusia 15 tahun itu tersembunyi bakat luar biasa dalam bidang pesawat kawalan jauh (RC aircraft) yang kebiasaannya hanya diminati oleh golongan dewasa. Muhammad Harith Anaqi Mohd. Amin, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Jeniang, Kedah bukan sekadar ‘pilot RC’ cilik, malah sudah mampu membina sendiri pesawat kawalan jauh dengan rekaan hasil tangannya. Anak jati Jeniang, Kedah itu mula aktif dalam dunia pesawat kawalan jauh sejak berusia 10 tahun hasil bimbingan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/remaja-miliki-bakat-bina-pesawat-kawalan-jauh/

  • Durian murah, pembeli lupakan ‘diet’

    Durian murah, pembeli lupakan ‘diet’

    PETALING JAYA – Rata-rata pembeli mengakui mereka berpuas hati dapat membeli durian premium pada harga murah dan akan memborong raja buah itu selagi dijual berpatutan selain mengikut kemampuan masing-masing. Azdhar Nanni, 31, mengakui harga durian kampung yang le­bih murah ketika ini membuatkan dia tidak melepaskan peluang untuk membeli bagi dinikmati bersama keluarga. “Saya datang hari ni (semalam) pun sebab saya tengok harga jauh lebih murah. Macam musim sebelum ni saya beli juga sebab saya ‘hantu’ durian,” katanya. Dalam pada itu,…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/24/duriah-murah-pembeli-lupakan-diet/