Category: JNJ-MEDIA

  • Banjir Sumatera: Bantuan dari Malaysia ‘tidak seberapa, bukan dari kerajaan’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

    Banjir Sumatera: Bantuan dari Malaysia ‘tidak seberapa, bukan dari kerajaan’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

    JAKARTA 15 Dis – Isu bantuan dari Malaysia kepada mangsa banjir di Sumatera yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat indonesia, termasuk dakwaan bahawa Malaysia bertindak lebih pantas dan menyalurkan bantuan berskala besar berbanding kerajaan Indonesia.

    Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, tampil menjelaskan situasi sebenar dan menegaskan bahawa naratif tersebut tidak selari dengan fakta di lapangan.

    Menurut beliau, bantuan yang diperkatakan secara meluas itu bukan disumbangkan oleh kerajaan Malaysia, sebaliknya datang daripada pihak swasta atas dasar simpati dan hubungan tertentu.

    “Bantuan itu digambarkan seolah-olah sangat besar, sedangkan hakikatnya ia bukan bantuan rasmi kerajaan. Ia disalurkan oleh pihak pengusaha,” katanya dalam satu sesi audio siar SLM – Suara Lokal Mengglobal baru-baru ini.

    Tito menjelaskan, bantuan berkenaan kebanyakannya melibatkan bekalan ubat-ubatan dengan nilai kira-kira RM300,000, jumlah yang dianggap kecil jika dibandingkan dengan skala bencana serta kemampuan kerajaan.

    Beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia telah menggerakkan peruntukan bernilai berbilion rupiah dan melibatkan 52 daerah serta bandar yang terjejas, selain mengerahkan helikopter tentera, pasukan penyelamat, polis dan agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian.

    Menurutnya, persepsi bahawa bantuan Malaysia lebih besar dan pantas timbul akibat penyampaian maklumat yang tidak menyeluruh di media sosial.

    “Isunya bukan pada bantuan itu sendiri, tetapi pada gambaran yang terbentuk,” katanya.

    Tito turut mengingatkan bahawa salah faham sebegini boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan negara sendiri dalam menguruskan bencana.

    Walaupun bantuan luar sentiasa dihargai, beliau menegaskan bahawa sumbangan berskala kecil tidak seharusnya mencetuskan gambaran seolah-olah Indonesia bergantung kepada negara lain.

    “Kita memiliki keupayaan besar dan telah bertindak secara menyeluruh. Bantuan luar yang terhad tidak wajar disalah tafsir,” katanya.- Agensi

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13108

  • Andre tamat kemarau 22 tahun emas lompat jauh Sukan Sea

    Andre tamat kemarau 22 tahun emas lompat jauh Sukan Sea

    BANGKOK 15 Dis – Jaguh olahraga negara, Andre Anura Anuar menebus kekecewaan apabila berjaya menghadiahkan pingat emas yang dinanti-nantikan selama 22 tahun buat Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

    Beraksi di Stadium Nasional Supachalasai, Andre bangkit secara dramatik pada percubaan terakhir apabila mencatat lompatan sejauh 7.71 meter (m), sekali gus memintas juara bertahan dari Filipina, Ubas Janry, yang sebelum itu mendahului dengan 7.64m.

    Ubas terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mencatat lompatan sah pada percubaan terakhir, manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Singapura, Medina Andrew George dengan lompatan 7.53m.

    Kejayaan itu amat bermakna buat Andre bukan sahaja kerana menamatkan penantian panjang Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki, malah menjadi penebus kekecewaan selepas beliau gagal meraih emas dalam acara lompat kijang sebelum ini.

    Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara lompat jauh lelaki di Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Hanoi, Vietnam menerusi Mohd Shahrul Amri Suhaimi.

    Mengulas kejayaan berkenaan, Andre mengakui tekanan tinggi dirasai sepanjang pertandingan, lebih-lebih lagi apabila beliau ketinggalan selepas lima percubaan.

    “Sejujurnya saya sendiri masih sukar percaya dengan kemenangan ini. Acara lompat jauh memang penuh tekanan kerana kami semua ada rekod peribadi melebihi lapan meter, jadi apa-apa boleh berlaku.

    “Bila ketinggalan, saya cuba kawal emosi, panaskan badan dan bayangkan diri sudah menang. Itu cara saya urus tekanan,” katanya.

    Strategi itu terbukti berkesan apabila Andre melakukan lompatan terbaik pada saat genting, sebelum kemenangannya disahkan selepas lompatan terakhir Ubas dibatalkan.

    “Saya tahu emas lompat kijang terlepas dan ini satu-satunya peluang yang saya ada. Bila lompatan atlet Filipina dibatalkan, saya sangat gembira dan teruja.

    “Pingat emas ini saya hadiahkan buat isteri saya sempena hari jadinya dan juga untuk jurulatih saya yang sentiasa percaya dengan perjuangan saya,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13109

  • Wanita popular kerana pokok ufti Mr. E, Erra

    Wanita popular kerana pokok ufti Mr. E, Erra

    PETALING JAYA – “Sebenarnya, Erra (Erra Fazira) turut terkejut apabila menerima mas kahwin berupa pokok ufti emas itu, walaupun beliau mengetahui 24 keping dinar tersebut.

    Demikian ujar pemilik butik gubahan Flora dan Koleksi Meksu, Siti Morni Ismail, 71, berhubung kejutan pokok ufti yang dihiasi 24 keping dinar emas yang ditampilkan suami Erra Fazira, Ezwan Zain.

    Siti Morni yang butiknya beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam sejak 1994 itu mengambil tanggungjawab menggubah mas kahwin sekali gus memenuhi permintaan Ezwan yang lebih dikenali sebagai Mr. E itu.

    “Saya kenalan rapat dengan ibu Ezwan. Ezwan dan ibunya sendiri minta saya gubah pokok emas 24 keping dinar ini. Ezwan ada beri gambaran macam mana kehendaknya untuk membuat kejutan kepada Erra pada hari perkahwinan,” katanya.

    Kosmo! melaporkan, Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada usahawan itu tepat pukul 9.19 pagi, Jumaat lalu di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu Subang.

    Menurut Siti Morni, proses mencari idea menyempurnakan permintaan itu bukanlah mudah, malah memerlukan penelitian serta pengalaman bertahun-tahun dalam bidang gubahan.

    “Ketika itu, saya pun memang perah otak fikir macam mana nak buat hantaran mas kahwin itu. Tapi, Alhamdulillah, dapat idea dan Allah permudahkan semuanya,” ujarnya.

    Lebih mengejutkan apabila gubahan pokok ufti berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 10 hari sahaja.

    Selain gubahan pokok ufti, Siti Morni turut diberi kepercayaan menyediakan buah tangan daripada coklat dan buah-buahan ketika keluarga Ezwan hadir ­merisik Erra.

    Ujar Siti Morni, dia mengakui hasil gubahan itu mencuri perhatian ramai apabila ramai yang menegur selain menyatakan hasrat untuk menempah gubahan daripadanya ketika hadir pada majlis perkahwinan Erra dan Ezwan tersebut.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/wanita-popular-kerana-pokok-ufti-mr-e-erra/

  • Dr. Rasyidah bakal pelajari pelbagai teknik awet mayat

    Dr. Rasyidah bakal pelajari pelbagai teknik awet mayat

    BIARPUN baru berkhidmat sebagai pensyarah perubatan, Dr. Rasyidah Rehir telah melakar satu sejarah tersendiri. Wanita berusia 32 tahun yang bertugas di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur itu telah menjadi salah seorang penerima Geran Anugerah Merdeka oleh Merdeka Award Trust yang mengiktiraf bakat luar biasa penyelidik muda Malaysia. Ia diberikan kepada penyelidik muda berusia 35 tahun ke bawah yang menunjukkan potensi besar serta projek penyelidikan berimpak tinggi. Dr. Rasyidah meraih anugerah tersebut setelah membentangkan projek yang diketuainya……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/dr-rasyidah-bakal-pelajari-pelbagai-teknik-awet-mayat/

  • Selepas SPM, jadilah anak yang matang

    Selepas SPM, jadilah anak yang matang

    PADA 23 Disember ini, maka secara rasmi selesailah cabaran besar kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025. Peperiksaan tersebut bermula dengan ujian bertutur pada 3 November lalu melibatkan lebih 400,000 pelajar di seluruh negara. Sesuatu yang menarik, SPM sebenarnya adalah pentas terakhir bagi seseorang itu bergelar pelajar sekolah, sebelum mereka memasuki fasa baharu sama ada sebagai penuntut kolej dan asasi ataupun sebagai pekerja. Atas sebab itu, keputusan peperiksaan SPM sering dilihat sebagai penentu kepada…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/selepas-spm-jadilah-anak-yang-matang/

  • Empat strategi kawal tingkah laku remaja

    Empat strategi kawal tingkah laku remaja

    JOHOR BAHRU – Lambakan permainan video yang memaparkan unsur jenayah, keganasan dan elemen tidak bermoral semakin meresahkan masyarakat apabila ia dilihat mampu mempengaruhi minda serta tingkah laku remaja.

    Felo Penyelidik Media and Game Innovation Centre of Excellence, Universiti Teknologi Ma­laysia, Prof. Madya Ts. Dr. Far­han Muhamed berkata, isu itu tidak boleh dipandang ringan kerana semakin banyak permai­nan interaktif kini dibina dengan konsep ‘open world’ yang memberi kebebasan ekstrem kepada pemain termasuk merompak, mengedar dadah, menembak dan melakukan vandalisme.

    Katanya, untuk mengekang pengaruh negatif itu, negara memerlukan pendekatan lebih menyeluruh melibatkan semua pihak kerana lambakan aplikasi dan permainan video baharu muncul setiap hari tanpa henti.

    Beliau menyarankan empat strategi utama dalam usaha memerangi trend game berunsur jenayah.

    “Pertama, kerajaan perlu memperketat kawal selia industri permainan digital dengan mewujudkan garis panduan lebih ketat, termasuk pengelasan umur yang lebih tegas serta penapisan kandungan yang merosakkan.

    “Pihak berkuasa juga terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) disaran bekerjasama dengan platform seperti Google Play dan Apple App Store untuk menyekat game berunsur jenayah daripada dipromosi secara terbuka,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

    Farhan berkata, MCMC turut digesa memperluaskan sistem pemantauan automatik dan penguat­kuasaan terhadap aplikasi berisiko tinggi.

    Menurutnya, akta baharu se­perti Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) boleh dijadikan ‘pagar digital’ bagi menahan ­aplikasi yang mengandungi unsur jenayah daripada menular ke peranti pengguna tempatan.

    “Kalau kita boleh sekat laman berbahaya sebelum ini, tidak mustahil game berunsur jenayah juga boleh ditapis lebih awal,” katanya.

    Ketiga, ibu bapa memainkan peranan paling dekat dengan anak-anak bagi memastikan ada pemantauan peranti, pemasa­ngan ‘parental control’ dan had penggunaan skrin perlu dijadikan amalan wajib.

    Beliau mencadangkan penggunaan aplikasi seperti Google Family Link, Screen Time dan Samsung Kids untuk mengawal akses permainan yang tidak sesuai.

    “Anak-anak ini generasi digital. Mereka laju, tetapi mereka tetap perlukan bimbingan. Tanpa kawalan, dunia maya boleh menjadi perangkap,” ujarnya.

    Farhan berkata, langkah keempat, institusi pendidikan, masyarakat dan kaunselor perlu menjalankan kempen kesedaran secara berterusan mengenai bahaya normalisasi jenayah dalam kandungan hiburan digital.

    Program pendidikan siber di sekolah patut menekankan kesan psikologi dan jenayah yang boleh timbul akibat ketagihan game berbahaya.

    Beliau menambah, lambakan game berunsur jenayah tidak akan berhenti jika masyarakat terus menganggapnya sekadar hiburan.

    “Kita kena bergerak sekarang. Jangan tunggu remaja kita belajar jenayah melalui butang permainan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/empat-strategi-kawal-tingkah-laku-remaja/

  • Sukan SEA: Lagu ‘Negaraku’ pembakar semangat

    Sukan SEA: Lagu ‘Negaraku’ pembakar semangat

    Semangat ‘Negaraku’ bakar semangat

    -Pearly-Thinaah muncul juara

    -Tamatkan penantian 10 tahun

    BANGKOK – Mahu mendengar laungan lagu Negaraku di bumi Thailand menjadi pembakar semangat beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk bangkit mencipta magis menamatkan penantian 10 tahun pingat emas Sukan SEA 2025 semalam.

    Aksi final di Universiti Thammasat itu menyaksikan gandingan ranking kedua dunia itu dipaksa ‘bermandi peluh’ selama 86 minit sebelum menumbangkan bereg Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.

    Kemenangan 21-16, 19-21, 21-17 itu mengulangi pencapaian emas terakhir Malaysia acara itu menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada edisi Singapura 2015.

    Pearly mengakui, hasrat melihat Jalur Gemilang di podium kemenangan menjadi impiannya dan enggan terus menyerah kalah biarpun diasak hebat dan ketinggalan pada set penentuan.

    “Set kedua kami mendahului, tetapi kami tergesa-gesa hingga hilang mata. Jadi pada set penentuan, walaupun lawan mendahului, kami berpegang kepada prinsip tidak menyerah kalah.

    “Saya mahu sangat menyanyikan lagu Negaraku. Saya tak putus asa dengan mudah, jujurnya saya rasa hampir menangis tetapi sebab terlalu penat, air mata tak keluar. Saya sangat bangga dapat mendengar lagu kebangsaan berkumandang,” katanya.

    Thinaah turut menegaskan beraksi di temasya seperti Sukan SEA menuntut tanggungjawab yang jauh berbeza berbanding kejohanan Jelajah Dunia mahupun perlawanan antarabangsa.

    “Kami bukan berjuang untuk diri sendiri, tetapi buat negara. Kami tak mahu kecewakan sesiapa dan mahu semua rakyat Malaysia bangga. Semangat itulah kami bawa ke dalam gelanggang,” jelas Thinaah.

    Mengulas mengenai detik menyentuh hati apabila Thinaah dilihat memegang pipi Pearly sebaik tamat perlawanan, Thinaah mengakui ia adalah tanda penghargaan kepada rakan karibnya itu yang bertahan bermati-matian walaupun dalam keadaan fizikal yang sangat keletihan.

    “Saya sangat gembira dia mampu bertahan sehingga habis. Saya tahu dia sangat bergelut dan letih. Kami saling mengingatkan untuk terus kuat.

    “Kami kawan baik dalam kehidupan sebenar, malah sebelum kami digandingkan lagi. Ikatan persahabatan itu sangat membantu kami di dalam gelanggang untuk terus bangkit,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/sukan-sea-lagu-negaraku-pembakar-semangat/

  • ‘Perang? Kami tetap ke Thailand, Kemboja’

    ‘Perang? Kami tetap ke Thailand, Kemboja’

    PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dilihat masih meneruskan perjalanan ke Thailand dan Kemboja seperti biasa meskipun situasi tegang dan konflik bersenjata yang tercetus di kawasan sempadan negara tersebut sejak beberapa bulan lalu. Beberapa agensi pelancongan tempatan memberitahu destinasi popular seperti Bangkok, Phuket, Krabi, Hatyai, Siem Reap dan Phnom Penh terus menerima sambutan, sekali gus membuktikan sektor pelancongan ke dua negara itu kekal rancak. Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Travel, Amiruddin Hamidun berkata, permintaan ke Thailand hanya mencatatkan penurunan kecil dan tidak……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/perang-kami-tetap-ke-thailand-kemboja/

  • Akhirnya KPM akur keluhan guru

    Akhirnya KPM akur keluhan guru

    SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memansuhkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) bermula tahun hadapan dalam usaha me­ngurangkan beban tugasan guru.

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diya­kini membolehkan guru memberi sepenuh perhatian kepada kelas, murid serta proses pe­ngajaran dan pembelajaran (PdP) yang sebenar.

    “Ini penting untuk mengembalikan fokus tugas hakiki guru iaitu soal pedagogi dan reformasi dalam bilik darjah yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

    “Pada tahun hadapan, guru-gu­ru akan memberikan tumpuan pe­nuh kepada pengajaran, me­ningkatkan kualiti PdP sekali gus memastikan pelaksanaan Kurikulum 2026 serta persiapan menuju 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pe­nyerahan Sekolah Baharu 20 Bilik Darjah, Asrama dan Kemudahan Lain di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, di Bukit Mertajam, di sini semalam.

    Mengulas lanjut, Fadhlina ber­kata, keputusan tersebut memberi kesan langsung terhadap kebajikan serta beban tugas guru.

    “Setiap perkara yang boleh mengurangkan beban guru akan dipertimbangkan secara serius dengan menilai kesannya secara menyeluruh.

    “SPLKPM merupakan antara isu yang sering dibangkitkan dalam kalangan guru kerana dilihat mengganggu pelaksanaan tugas hakiki mereka.

    “Justeru, pemansuhan sistem ini dibuat sebagai usaha berte­rusan kementerian untuk memberikan keyakinan serta mengurangkan beban tugas para guru,” katanya.

    Untuk rekod, SPLKPM merupakan portal dalam talian yang digunakan guru dan pegawai KPM bagi mengurus latihan profesional termasuk merekod Kredit Pembangunan Profesional (CPD), mengakses kursus dalam talian serta mendapatkan sijil digital.

    Sistem itu yang mula dilaksa­nakan pada 2010 sebagai usaha KPM menyeragamkan pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang sebelum ini direkodkan secara manual dan berasingan di peringkat sekolah serta pejabat pendidikan daerah.

    Langkah itu sekali gus memudahkan pemantauan latihan guru secara lebih berkesan.

    Berdasarkan data terkini, dianggarkan antara 430,000 hingga 450,000 guru di bawah KPM direkodkan dalam SPLKPM, melibatkan guru sekolah rendah dan menengah, pendidikan khas serta barisan pentadbir sekolah.

    Kadar penyertaan guru dalam sistem itu dilaporkan melebihi 95 peratus, menjadikannya antara pangkalan data latihan profesional terbesar dalam sektor awam negara.

    Melalui SPLKPM, setiap guru diwajibkan melengkapkan sekurang-kurangnya 42 jam latihan setahun merangkumi kursus, bengkel, seminar, pembelajaran profesional berterusan dan latihan kendiri yang diiktiraf KPM.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/akhirnya-kpm-akur-keluhan-guru/

  • Sekeping bitcoin kini mencecah RM358,000

    Sekeping bitcoin kini mencecah RM358,000

    IPOH – Pendapatan lumayan mencecah ratusan ribu ringgit yang dijana menerusi perlombongan bitcoin menyebabkan sindiket itu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di ne­geri ini. Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka sentiasa me­ngubah modus operandi dan yang terbaharu, menempatkan hanya empat hingga lapan mesin dalam sesebuah premis, berbanding 100 mesin tahun lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, taktik itu digunakan bagi mengelakkan penggunaan elektrik yang tinggi di lokasi tersebut. “Sindiket juga biasanya hanya memasang dan meninggalkan mesin-mesin tersebut…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/sekeping-bitcoin-kini-mencecah-rm358000/