Category: JNJ-MEDIA

  • ‘Skater’ gemar berbaju Melayu gamatkan pentas dunia

    ‘Skater’ gemar berbaju Melayu gamatkan pentas dunia

    DALAM arena papan selaju (skateboarding) di negara ini, nama Azzam Syafiq Samsuddin semakin kuat kedengaran dalam komuniti sukan ekstrem itu.

    Anak muda berjiwa bebas itu baru-baru ini telah mewakili Malaysia ke sebuah pertandingan freestyle skateboarding di Jerman.

    Pemuda berusia 33 tahun itu pada Jun lalu telah mewakili Malaysia dalam World Freestyle Skateboarding Championships 2025 dalam kategori amatur.

    Untuk makluman, Azzam ketika ini berada di kedudukan ke-19 dunia dalam ranking rasmi Persekutuan Skateboard Freestyle Dunia (WFSA).

    Berkongsi dengan Cita Rasa, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, pengalaman berada di Jerman cukup menarik dan sukar dilupakan.

    “Mungkin sukar untuk anda faham, sebenarnya salah satu sebab skaters dari pelbagai negara datang ke pertandingan ini adalah untuk meluangkan masa bermain bersama-sama sambil bertanding.

    “Walaupun secara teknikalnya saya mempunyai pesaing dari serata dunia, namun kami tidak pernah anggap skaters sebagai pesaing.

    “Malah, kami anggap lebih seperti keluarga yang besar.

    “Walaupun saya datang jauh dari Malaysia, namun sewaktu giliran saya skate, saya menerima sokongan sangat luar biasa daripada para penonton yang rata-ratanya orang Eropah,” ujarnya.

    Azzam juga terkenal sebagai skater yang sering memperagakan baju Melayu saat bermain skateboard.

    Justeru tidak hairanlah, dia mendapat sumbangan yang sangat memberangsangkan apabila membuat kutipan dana untuk pergi ke Jerman.

    Katanya, dia cukup berbangga apabila dapat mengharumkan nama negara dan membawa Jalur Gemilang ke pertandingan antarabangsa.

    Ujarnya lagi, ia menjadi bukti bahawa anak watan juga setanding dengan para pesaing dari luar negara.

    “Apabila saya melihat bendera Jalur Gemilang berdiri di samping bendera-bendera lain, ia membuatkan saya lebih bangga dengan negara saya sendiri,” katanya.

    Berkongsi tentang cabaran terbesar bagi pemain papan selaju sepertinya, Azzam berkata, dia sentiasa berdepan risiko mengalami kecederaan apabila belajar sesuatu trick.

    Sama seperti rakan-rakannya, Azzam mula jatuh cinta dengan permainan papan luncur sewaktu di bangku sekolah menengah.

    “Ketika itu, sukan ini dianggap cool dan dimainkan oleh golongan remaja yang mengikut trend.

    “Kalau diikutkan, saya betul-betul jatuh cinta dengan sukan ini selepas saya terjatuh ketika bermain,” katanya.

    Azzam memaklumkan, sukan papan selaju dipenuhi dengan unsur ‘memberontak’, sekali gus menjadi penyebab dia meminati aktiviti itu.

    “Mungkin apabila saya cakap ‘memberontak’ orang akan fikir tentang vandalisme, sikap kurang ajar dan sebagainya.

    “Pada saya, ‘memberontak’ adalah apabila saya tidak perlu ikut cakap orang lain.

    “Sebagai contoh, dalam bola sepak, pemain perlu mengikut kata kapten, jurulatih, pengurus, ahli pasukan dan ramai lagi.

    “Dalam skateboarding, saya tidak perlu patuh pada kata sesiapa langsung. Inilah pendirian yang saya pegang selama ini, dan membuatkan saya kekal dengan sukan ini walaupun umur sudah mencecah lebih 30-an,” katanya.

    Antara pemain skate diminati oleh Azzam ialah Padin Musa dan Don Irfan (skater tempatan), Andy Anderson (Kanada) dan Marius Constantin (Romania).

    Mengakhiri bicara, Azzam menitipkan nasihat buat anak muda yang mungkin berminat menjadi skater sepertinya agar tidak terlalu terburu-buru belajar trick tertentu.

    “Mahirkan terlebih dahulu trick-trick asas supaya lebih mudah untuk anda belajar trick susah. Ia juga boleh mengurangkan risiko kecederaan.

    “Kedua, jangan berlatih bersungguh-sungguh, tetapi berlatih dengan konsisten dan berdisiplin.

    “Kalau mahu berlatih selama dua atau tiga jam setiap hari, pastikan anda melakukannya pada setiap hari.

    “Jangan sekadar meluncur lapan jam sehari, kemudian rehat seminggu.

    “Ketiga, pastikan anda ada masa untuk berehat dan dapatkan tidur yang cukup.

    “Rehat juga adalah sebahagian daripada latihan,” katanya sebelum menutup bicara.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/skater-gemar-berbaju-melayu-gegar-pentas-dunia/

  • 5 alat muzik paling pelik, seram, No.2 boleh jadi gila

    5 alat muzik paling pelik, seram, No.2 boleh jadi gila

    SEJAK zaman berzaman, alat muzik menjadi penghibur manusia tidak mengira ketika sedih atau di majlis keraian. Seiring peredaran waktu, alat muzik berevolusi sehingga muncul alat-alat muzik moden yang kita lihat pada ketika ini.

    Di setiap lokasi mempunyai alat muzik yang mencerminkan budaya dan masyarakat setempat. Lantas, muncul alat-alat muzik yang agak pelik dan unik serta mempunyai kisah mistik sehingga boleh meragut nyawa. Sehubungan itu, pada minggu ini CitaRasa kongsikan lima alat muzik yang paling pelik di dunia dengan yang mempunyai misteri dan kisah tersendiri seperti dikongsikan oleh portal guitarguitar.

    1- Wisel kematian Aztec

    NAMA rasmi wisel kematian Aztec ialah Ehecachichtli dan berasal dari ketamadunan Aztec. Wisel ini dikatakan alat muzik yang disumpah kerana bunyinya seperti jeritan raksasa syaitan sehingga sesiapa sahaja yang mendengarnya akan berasa kurang senang.

    Sehingga kini masih belum diketahui sama ada digunakan untuk ritual atau sebahagian daripada prapertempuran untuk menakutkan musuh dengan jeritan suara seperti syaitan.

    Wisel kematian Aztec berbentuk seperti tengkorak dengan hiasan kepala. Apabila ditiup akan menghasilkan nada tinggi dan membingungkan. Disebabkan keunikannya, alat muzik ini menjadi tarikan pelancong yang mahu meneroka ketamadunan Aztec di Mexico.

    KEDUA, kaca harmonika (glass harmonica) atau juga dikenali sebagai hydrocrystalophone yang merupakan alat muzik yang dimainkan dengan menggosok jari pada gelas botol wain. Gelas kaca disusun dan membentuk permukaan permainan yang mendatar panjang. Gelas-gelas kaca itu dipintal oleh roda kayu yang besar dan pemain menggunakan geseran dari hujung jari untuk hasilkan bunyi.

    Alat muzik ini sebenarnya dicipta oleh Bapa Pengasas Amerika Syarikat, Benjamin Franklin. Percaya atau tidak, ada yang menganggap ia mempunyai kuasa ajaib. Selain itu, kaca harmonika juga digelar alat muzik berbahaya di dunia dan diharamkan di beberapa tempat. Ini kerana, ia dikatakan boleh menyebabkan penyakit kegilaan, keracunan plumbum dan histeria kepada pemain serta mereka yang mendengarnya.

    DI tempat ketiga adalah telefon air (waterphone) atau turut dikenali sebagai ocean harp. Alat muzik ini menghasilkan bunyi melalui getaran daripada gesekan pada batang keluli yang disusun rapi secara turun naik untuk menghasilan not muzik. Ia merupakan sejenis idiofon yang terdiri daripada mangkuk atau kuali resonator keluli tahan karat dengan leher silinder dan batang gangsa yang berbeza panjang serta diameter di sekeliling rim mangkuk.

    Muzik yang terhasil pada awalnya kedengaran biasa tetapi apabila diamati boleh mencetuskan sensasi misteri dan seram. Di samping itu, alat muzik ini juga boleh dimain seperti gendang dengan mengetuk bahagian bawahnya (tapak) yang berbentuk bulat.

    KELIHATAN serupa seperti harmonika kaca, hidraulofon (hydraulophone) ialah alat muzik yang dimainkan dengan memanipulasi pancutan air untuk menghasilkan bunyi daripada getaran di dalam air.

    Dicipta oleh Steve Mann, ia dimainkan dengan menyentuh, mengalihkan atau menghalang pancutan air yang disusun seperti kekunci piano. Lubang yang berbeza menghasilkan not muzik yang berbeza, membolehkan pemain mencipta melodi atau kord.

    Seterusnya ialah alat muzik yang dikenali sebagai ondes martenot yang telah dicipta pada tahun 1928 oleh seorang lelaki dari Perancis iaitu Maurice Martenot. Ia diilhamkan oleh pertindihan nada yang tidak disengajakan antara pengayun radio tentera dan ingin mencipta instrumen dengan ekspresi selo.

    Berusia hampir satu abad, menjadikannya salah satu alat muzik elektronik tertua di dunia. Ia menggunakan gelombang radio yang bertindih untuk menghasilkan nada yang kemudian dikawal dengan menggerakkan cincin yang dipasang pada wayar dan kekunci.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/5-alat-muzik-paling-pelik-seram-no-2-boleh-jadi-gila/

  • ‘Mereka kalau diberi duit pun, akan minta makanan’

    ‘Mereka kalau diberi duit pun, akan minta makanan’

    PETALING JAYA – Banjir besar yang melanda beberapa wilayah di Indonesia termasuk Suma­tera Barat pada 27 November lalu tidak hanya memusnahkan harta benda dan mengorbankan ba­nyak nyawa, malah turut mening­galkan kesan mendalam kepada penduduk yang terselamat. Selain lumpur tebal, timbunan kayu besar serta laluan yang rosak, penduduk juga kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas termasuk air bersih dan makanan. Sukarelawan Mercy Malaysia yang sedang berada di Aceh Tamiang Sumatera, Norazam Ab Samah berkata, kemusnahan di daerah tersebut boleh diibaratkan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/mereka-kalau-diberi-duit-pun-akan-minta-makanan/

  • ‘game’ ajar buat jenayah

    ‘game’ ajar buat jenayah

    JOHOR BAHRU – Lambakan permainan video (video game) berunsur jenayah dan sindiket pengedaran dadah yang sema­kin ‘trending’ di platform digital kini menjadi ancaman senyap yang berpotensi menormalisasikan kegiatan jenayah terutama dalam kalangan generasi muda. Lebih membimbangkan apabila pemainan video ini yang dianggap sebagai bahan hiburan sebenarnya memaparkan simulasi terperinci dunia gelap jenayah termasuk manual latihan bagi aktiviti pengedaran dadah. Berdasarkan tinjauan, terdapat lebih 10 permainan video ber­kaitan aktiviti pengedaran dadah boleh diakses dengan mudah melalui telefon pintar, komputer peribadi dan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/video-game-ajar-buat-jenayah/

  • Bapa berkorban hati demi selamatkan anak

    Bapa berkorban hati demi selamatkan anak

    JASIN – Seorang kanak-kanak pe­rempuan, Nur Asyura Medina Mu­hammad Ikmal Haziq yang ki­ni bertarung nyawa dengan penyakit Biliary Atresia (BA) ba­kal menerima sebahagian hati da­ripada ayahnya. Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, berkata, anaknya yang berusia dua tahun empat bulan itu perlu segera menjalani pembedahan pemindahan hati di China dengan anggaran kos rawatan kira-kira RM185,000. Katanya, pada awalnya, doktor mencadangkan isterinya sebagai penderma hati, tetapi hasil biopsi menunjukkan organnya itu mempunyai masalah hati berlemak. “Doktor menegaskan hati berlemak tidak sesuai untuk……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/bapa-berkorban-hati-demi-selamatkan-anak/

  • Berpusing di udara, Skyline Hyfly tarikan terkini Asia

    Berpusing di udara, Skyline Hyfly tarikan terkini Asia

    DI sebalik tumpuan terhadap destinasi pantai dan bandar raya yang sering menjadi pilihan pelancong saat bercuti, Skyline Luge muncul sebagai tarikan adrenalin yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pencari pengalaman baharu. Dengan gabungan trek menuruni bukit, kenderaan luge mudah dikendalikan. Suasana sekeliling yang menghijau pula menawarkan percutian singkat yang lari daripada kebiasaan, penuh dengan elemen cabaran yang mengujakan. Terletak di Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor, Skyline Luge merupakan tarikan pertama seumpamanya di Malaysia yang dilancarkan Disember 2023. Tarikan berasal dari……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/berpusing-di-udara-skyline-hyfly-tarikan-terkini-asia/

  • Allahyarham Alfarid baru sebulan bekerja

    Allahyarham Alfarid baru sebulan bekerja

    PONTIAN – Salah seorang mangsa kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup, di sini semalam baru sebulan bekerja.

    Menurut abang Allahyarham Muhammad Alfarid Ahmad, 19, Muhamad Faris, arwah sebelum ini bekerja di Pasir Gudang, Johor sebelum berpindah ke Stesen Janakuasa Arang Batu Malakoff di Pontian.

    Katanya, kali terakhir dia berbual dengan adiknya di rumah sewa arwah di Gelang Patah, semalam.

    Tambah Muhamad Faris, arwah adiknya merupakan anak bongsu daripada enam beradik bekerja bersama dengan lima rakannya yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di loji jana kuasa tersebut.

    “Saya hanya tahu mengenai kejadian setelah menerima panggilan daripada seorang lagi adik saya di Tanah Merah, Kelantan,” katanya yang bertugas sebagai guru di Ulu Tiram, Johor Bahru.

    Tambah Muhamad Faris, dia menyifatkan arwah adiknya merupakan seorang yang baik dan pemergian dalam kejadian tersebut merupakan satu kehilangan besar buat keluarganya.- KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/allahyarham-alfarid-baru-sebulan-berkerja-di-malakoff/

  • Sempat rakam letupan, tidak sangka menantu terkorban

    Sempat rakam letupan, tidak sangka menantu terkorban

    PONTIAN – Bapa mertua Allahyarham Muhammad Amaluddin Hishamuddin, Muhammad Hussin Zulkifli, 40. berkata, dia terdengar letupan ketika bekerja di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas tidak berjauhan dari Tanjung Bin.

    Katanya, dia sempat merakam kejadian letupan tersebut dan menghantar dalam grup WhatsApp keluarga kerana menantunya ada bekerja di Stesen Janakuasa Arang Batu Malakoff di sana.

    “Saya terkejut dengar bunyi letupan sangat kuat dan kepulan asap dari Tanjung Bin sewaktu berada di atas kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), sekitar pukul 12.30 tengah hari,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian, di sini, malam ini.

    Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, dua mangsa dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera parah dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

    Muhammad Hussin yang bekerja sebagai penyelia kapal di PTP berkata dia masih lagi terkejut dengan kejadian itu memandangkan kedudukan PTP dan Tanjung Bin bertentangan di Sungai Pulai.

    Jelasnya, sebaik menerima panggilan sekitar pukul 2 petang memaklumkan menantunya antara mangsa insiden tersebut, dia dan isteri terus bergerak ke Hospital Pontian.- KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/terkejut-dengar-bunyi-letupan-dari-jauh-tidak-sangka-anak-menantu-maut/

  • Tiada gencatan senjata seperti disaran Anwar – PM Thailand

    Tiada gencatan senjata seperti disaran Anwar – PM Thailand

    BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menekankan tidak ada gencatan senjata dengan Kemboja bermula pukul 10 malam semalam seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN, lapor portal berita Thai PBS World.

    Beliau berkata, sekiranya gencatan senjata ingin dilaksanakan, ia mesti dicadangkan secara langsung kepada Thailand oleh Kemboja dan bukan melalui pemimpin negara lain.

    Anutin turut menyatakan bahawa tidak ada sebarang perbincangan dengan Kemboja mengenai gencatan senjata semalam sambil meminta pihak media supaya hanya mendengar maklumat yang dikeluarkan dua kali sehari oleh tentera Thailand.

    “Ini tidak mungkin. Tiada siapa boleh memberitahu kami bahawa mesti ada gencatan senjata pada pukul 10 malam ini (semalam),” katanya.

    Anutin menyatakan bahawa Thailand sedang dikenakan tindakan agresif oleh Kemboja dan kedaulatan negaranya sedang terancam.

    Beliau berkata, pasukan Kemboja telah memulakan tembakan ke atas sasaran awam pagi semalam.

    Perdana Menteri itu turut menambah bahawa jika Kemboja benar-benar ikhlas mahukan gencatan senjata, ia mesti menarik balik semua senjata beratnya dari kawasan sempadan.

    Mengenai rakyat Thailand di bandar sempadan Kemboja, Poipet, yang dihalang daripada kembali ke Thailand oleh pegawai-pegawai Kemboja, Anutin berkata, beliau berharap Phnom Penh tidak menjadikan mereka sebagai tebusan.

    Ini kerana mereka tidak ada kaitan dengan konflik bersenjata yang sedang berlaku, katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/tiada-gencatan-senjata-seperti-disaran-anwar-pm-thailand/

  • Karpet bergulung, barang bersepah di lantai pemandu punca nahas

    Karpet bergulung, barang bersepah di lantai pemandu punca nahas

    PETALING JAYA – Keselamatan ketika memandu bukan sahaja bergantung kepada kelajuan atau tahap kesedaran pemandu, sebaliknya juga dipengaruhi oleh keadaan ruang kaki pemandu.

    Menurut Public Health Malaysia (PHM), sebelum memulakan kenderaan, pemandu disarankan mengambil masa hanya 10 saat untuk membuat semakan pada ruang lantai.

    Kata PHM, langkah ini melibatkan pemeriksaan di bawah pedal bagi memastikan karpet tidak bergulung atau meluncur ke hadapan.

    “Kalau karpet jenis ada klip, pastikan ia memang terkunci. Karpet tebal yang terangkat boleh masuk bawah brek atau minyak dan bila saat cemas berlaku, kaki anda tekan habis pun pedal mungkin tak bergerak seperti biasa.

    “Kosongkan ruang kaki dari objek kecil. Cermin mata hitam, botol air, duit syiling, penutup botol, mainan anak, semua ni boleh jatuh dan terselit tepat pada laluan pedal. Benda kecil, tapi kesannya besar bila ia ‘jem’ pergerakan brek atau buat kaki tersilap pijak,” jelas PHM dalam satu perkongsian di Facebook hari ini.

    PHM turut menekankan pemilihan kasut yang sesuai ketika memandu.

    “Kasut bertumit, tapak licin atau longgar boleh menyebabkan kaki tergelincir dan hilang cengkaman ketika brek mengejut diperlukan.

    “Ramai sangka punca kemalangan hanyalah kerana laju atau mengantuk. Hakikatnya, kadang-kadang ia bermula dari lantai yang kita sendiri tidak pandang,” kata PHM. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/14/karpet-bergulung-barang-bersepah-di-lantai-pemandu-boleh-punca-kemalangan/