Category: JNJ-MEDIA

  • Sukan SEA: Misi buru 200 pingat bermula

    Sukan SEA: Misi buru 200 pingat bermula

    BANGKOK – Di sebalik kemeriahan majlis pembukaan Sukan SEA Thailand 2025 malam tadi, langkah kontinjen Malaysia memburu 200 pingat tanpa mengira warna edisi ke-33 kali ini disifatkan sebagai ‘misi wajib’ demi menebus maruah negara.

    Beberapa Persatuan Sukan Kebangsaan tampil berani meletakkan sasaran tinggi untuk memastikan lagu Negaraku berkumandang sekerap mungkin bermula hari ini hingga 21 Disember nanti.

    Persatuan Badminton Malaysia membuktikan tiba di Thailand bukan sekadar pelengkap jadual apabila sudah mengesahkan pingat gangsa berpasukan wanita dan kini menanti sama ada emas atau perak dijelmakan oleh skuad lelaki.

    Kem skuasy negara menyasarkan dua emas, manakala silat dan sepak takraw masing-masing bertekad menyumbang dua kilauan emas hasil persiapan rapi sejak awal tahun.

    Skuad hoki negara turut melaungkan amaran awal apabila pasukan hoki 5 sebelah (5s) lelaki dan wanita mara ke separuh akhir hasil tiga kemenangan bersih di pusingan round robin.

    Pastinya, fokus utama di Bangkok dan Chonburi kali ini untuk memadam episod suram yang menghantui kontinjen negara pada edisi Phnom Penh 2023 di Kemboja.

    Tragedi menduduki tangga ketujuh dengan hanya 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa adalah pencapaian terburuk dalam sejarah penyertaan negara, jauh berbeza dengan rekod gah 323 pingat dengan 145 emas ketika bergelar tuan rumah pada 2017.

    Penyertaan dalam semua 50 acara dipertandingkan selepas temasya dibuka rasmi di Stadium Nasional Rajamangala malam tadi, perlu dimanfaatkan sebagai batu loncatan sebelum Malaysia menganjurkannya semula pada 2027.

    Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan, pelaburan menghantar kontinjen terbesar kali ini membabitkan 47 peratus atlet berpasukan dan muda adalah strategi jangka panjang yang mesti disusuli dengan semangat juang tinggi.

    “Jika kita hanya memilih atlet berdasarkan potensi pingat jangka pendek (emas sahaja), kita akan menafikan peluang pendedahan kepada ramai atlet muda yang bakal menjadi sandaran negara pada masa hadapan.

    “Walaupun rakyat di luar sana tidak tahu jumlah sasaran emas, tetapi atlet dan persatuan tahu kerana KPI telah diberikan. Saya percaya anda mahu menang bukan sahaja untuk Majlis Sukan Negara (MSN) atau persatuan, tetapi demi maruah keluarga dan diri sendiri,” katanya.

    Hannah turut mengingatkan pingat yang dibawa pulang bakal menjadi kejayaan peribadi buat atlet, justeru mereka perlu mencipta sejarah baharu di bumi Thailand.

    “Kita membuat sejarah dengan hantar kontinjen terbesar, tetapi ada sejarah lain yang sedang ditulis. Sejarah itu mesti ditulis oleh atlet sendiri.

    “Apabila Jalur Gemilang berkibar, biarlah dunia tahu anda bukan sekadar bertanding. Anda membawa nama negara, semangat rakyat dan harga diri Malaysia. Saya nak kalau boleh, lagu Negaraku dimainkan sebanyak mungkin di Thailand nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/sukan-sea-misi-buru-200-pingat-bermula/

  • Hujan renyai sikit pun kita kena jenguk

    Hujan renyai sikit pun kita kena jenguk

    SETIAP tahun pasti antara kita mengimpikan satu percutian yang mampu memberikan ketenangan. Tidak kiralah sama ada percutian itu di dalam negara atau di luar Malaysia. Namun tahun ini mungkin antara kita terpaksa ‘mengorbankan’ impian bercuti dek kerana hukum alam apabila ada antara negara-negara terutama di Asia Tenggara kini dilanda cuaca ekstrem tidak menentu. Tidak perlu melihat jauh, negara-negara jiran kita terpaksa berdepan dengan episod duka apabila Thailand dan Indonesia mengalami banjir besar dan tanah runtuh selain negeri utara iaitu Perlis……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/hujan-renyai-sikit-pun-kita-kena-jenguk/

  • Dulu satu kilometer, kini jarak pasar dengan pantai 30 meter

    Dulu satu kilometer, kini jarak pasar dengan pantai 30 meter

    KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pengkalan Maras di sini, kini dilanda kegusaran yang kian memuncak apabila hakisan pantai di perkampungan mereka semakin merebak. Setiap malam sejak minggu lalu, deruan ombak besar terus ‘menggempur’ pesisir pantai sehingga menghakis tanah dan mengancam rumah penduduk, surau, premis perniagaan dan kemudahan nelayan yang terletak berhampiran pesisir pantai. Seorang penduduk, Zulkefli Abd. Ghani, 62, berkata, Surau Kampung Pengkalan Maras seakan menunggu masa untuk rebah akibat hakisan pantai. “Beberapa batang pokok kelapa yang terletak di pekarangan…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/dulu-satu-kilometer-kini-jarak-pasar-dengan-pantai-30-meter/

  • Naik kapal terbang guna wang upah bermain kompang

    Naik kapal terbang guna wang upah bermain kompang

    REMBAU – Seramai 37 murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Tanjong, di sini, mencapai impian menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kelantan hasil titik peluh mengambil upah bermain kompang baru-baru ini.

    Pasukan Kompang Anak Tanjong di sini menggunakan sepenuhnya wang upah bermain kompang untuk merealisasikan impian menaiki pesawat.

    Penyelaras lawatan berkenaan yang juga guru sekolah itu, Azmil Azif berkata, seramai 37 murid serta 10 guru telah menyertai Lawatan Sambil Belajar SK Kampung Tanjong ke Kelantan selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu.

    “Uniknya, pada lawatan kali ini, murid tidak perlu mengeluarkan satu sen pun belanja untuk menaiki kapal terbang, penginapan serta makan dan minum ke­rana menggunakan dana pasukan yang sudah dikumpul sejak awal tahun.

    “Kos pengangkutan kapal terbang pergi dan pulang sebanyak kira-kira RM9,000 adalah menggunakan duit dari jemputan kenduri kahwin yang diterima pasukan. Rata-rata murid sangat teruja dan gembira kerana ini merupakan kali pertama mereka menaiki kapal terbang.

    “Malah, penginapan serta kos makan pula ditaja syarikat korporat, badan bukan kerajaan, serta orang perseorangan, manakala pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula menaja kos pengangkutan bas sepanjang berada di Kelantan,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

    Ujar Azmil, lawatan berkenaan adalah sebagai galakkan kepada murid untuk lebih fokus dalam setiap kegiatan yang diceburi dan diingini serta mengolah diri selain komited, tidak lupa terhadap pencapaian akademik ma­sing-masing.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/naik-kapal-terbang-guna-wang-upah-bermain-kompang/

  • Guru perlu patuhi etika didik hibur bersama pelajar

    Guru perlu patuhi etika didik hibur bersama pelajar

    Oleh Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang menyatukan unsur-unsur pendidikan (didik) dengan elemen hiburan dalam satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran. Dalam konteks ini, kegiatan pendidikan tidak hanya dipandang sebagai proses yang terlalu serius atau formal, tetapi sebagai satu pengalaman menggembirakan bagi merangsang minat dan keinginan untuk belajar. Pendekatan ini juga membuat pembelajaran lebih menyeronokkan, sekali gus dapat membantu murid memahami dan mengingati maklumat. Aktiviti-aktiviti dalam didik hibur yang dijalankan mungkin tidak hanya memfokuskan kepada……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/guru-perlu-patuhi-etika-didik-hibur-bersama-pelajar/

  • Rambang mata cari jodoh online

    Rambang mata cari jodoh online

    PETALING JAYA – Facebook, Threads dan Instagram kini bukan lagi sekadar ruang memuat naik foto atau mengikuti perkemba­ngan semasa, tetapi telah bertukar menjadi tempat ‘mengiklankan diri’ untuk mencari jodoh. Di platform media sosial itu, semakin ramai wanita dan lela­ki yang berani tampil memper­kenalkan diri dan mendedahkan ciri-ciri pasangan idaman, dengan harapan agar dipertemukan jodoh serasi. Fenomena ini meledak sejak dua tahun lalu apabila hantaran-hantaran bertemakan ‘cari jodoh’ meraih sambutan hangat sehingga ada pasangan yang berjaya disatukan di atas pelamin melalui……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/rambang-mata-cari-jodoh-online/

  • Timbul ragu jika pilihan terlalu banyak

    Timbul ragu jika pilihan terlalu banyak

    PETALING JAYA – Trend pencarian jodoh melalui Facebook, Instagram, Threads dan pelbagai aplikasi lain kini bukan lagi sesuatu yang janggal, sebaliknya semakin diterima dalam kala­ngan masyarakat. Pegawai Psikologi, Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, faktor kawalan emosi, keselamatan mental dan ketiadaan tekanan sosial menjadikan medium digital lebih selesa untuk mengenali seseorang. Katanya, media sosial membolehkan seseorang menonjolkan diri tanpa rasa takut ditolak secara bersemuka, sekali gus membantu proses perkenalan berlangsung lebih perlahan dan terkawal. “Media sosial secara tidak langsung memberi peluang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/timbul-ragu-jika-pilihan-terlalu-banyak/

  • Sukan SEA: Kemboja tarik diri atas ‘permintaan keluarga’

    Sukan SEA: Kemboja tarik diri atas ‘permintaan keluarga’

    BANGKOK – Mengambil kira faktor keselamatan, Kemboja mengambil keputusan untuk membawa pulang kontinjen termasuk semua atlet serta pegawai daripada temasya Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

    Ia berikutan pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan kedua-dua negara sehingga menyebabkan tujuh rakyat Kemboja terbunuh selain puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.

    Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Vath Chamroeun menerusi surat dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Seri Chaiyapak Siriwat, menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan keluarga atlet.

    “NOCC mengambil keputusan untuk memanggil balik delegasi Kemboja dari Sukan SEA Thailand dan akan menguruskan kepulangan mereka atas faktor keselamatan. Ia adalah permintaan daripada keluarga atlet,” katanya.

    Terdahulu, Thailand sebagai tuan rumah memberi jaminan bagi memastikan keselamatan semua kontinjen, termasuk Kemboja sepanjang temasya tersebut yang berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini.

    Bagaimanapun, timbul kerisauan berhubung keselamatan melibatkan atlet-atlet Kemboja yang mungkin menjadi sasaran selepas pertempuran antara kedua-dua negara di kawasan sempadan dilihat semakin serius.

    November lalu, Kemboja sudah pun menarik diri daripada beberapa sukan termasuk bola sepak, judo, karate, pencak silat, gusti, petanque, wushu dan sepak takraw, namun masih kekal menyertai 13 acara lain pada edisi ke-33 itu. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/sukan-sea-kemboja-tarik-diri-atas-permintaan-keluarga/

  • Laluan Tapah – Cameron Highlands tutup 4 jam esok

    Laluan Tapah – Cameron Highlands tutup 4 jam esok

    PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang merancang ke Cameron Highlands, Pahang melalui jalan Tapah, Perak esok perlu mengambil maklum bahawa laluan utama FT059 di Seksyen 24, Lata Iskandar akan ditutup sepenuhnya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

    Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batang Padang hari ini, penutupan selama empat jam itu dibuat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pokok bahaya oleh JKR Negeri Perak.

    Jelas hantaran tersebut, tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan pengguna memandangkan kawasan berkenaan kerap berlaku insiden pokok tumbang, terutama ketika musim hujan.

    “Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan petugas di lokasi dan menggunakan laluan alternatif melalui Laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands bagi kelancaran perjalanan.

    “Terima kasih atas kerjasama anda,” kata hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/laluan-tapah-cameron-highlands-tutup-4-jam-esok/

  • Sukan SEA: Malaysia mangsa pertama juri berat sebelah

    Sukan SEA: Malaysia mangsa pertama juri berat sebelah

    BANGKOK – Majlis Sukan Negara (MSN) kecewa dengan keputusan juri yang menjadi punca tumbangnya prospek emas negara di tangan wakil tuan rumah, Thailand di peringkat suku akhir meskipun atlet taekwondo poomsae campuran Malaysia mempamerkan persembahan bertaraf dunia.

    Ketua Pengarah MSN, Datuk Jefri Ngadirin menyifatkan kontroversi yang berlaku di Dewan 3,

    Fashion Island Mall itu sebagai tidak adil apabila pasangan negara, Jason Loo Jun Wei dan Nur Humaira Abdul Karim yang juga pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia itu dinafikan kemenangan akibat pemarkahan yang dilihat berat sebelah.

    Gandingan negara itu pada asalnya menguasai gelanggang dengan 8.520 mata mengatasi pasangan Thailand, Chonlakorn Chayawatto-Thana Kiewlaider 8.460 mata, sekali gus berpeluang cerah ke separuh akhir.

    Bagaimanapun, keputusan secara tiba-tiba terikat 8.460 mata, sebelum kemenangan diberikan kepada Thailand selepas dikatakan tewas tipis 0.004 menerusi markah persembahan.

    Jefri mengakui, walaupun sedar risiko dalam sukan subjektif, namun melihat apa yang berlaku dihadapannya itu satu tindakan tidak adil sejurus bantahan Malaysia ditolak.

    “Saya memang kecewa dengan pengadilan mereka. Kita bukan hendak pastikan semua atlet kita menang, tetapi mana-mana yang membuat persembahan terbaik sepatutnya diberikan mata selayaknya.

    “Walaupun kita sudah buat protes dan tewas, kita kena akur dengan keputusan akhir. Namun, ini peringatan kepada semua pengurus pasukan dan jurulatih supaya sentiasa peka dan jangan leka,” katanya ditemui hari ini.

    Susulan insiden itu, Jefri mengarahkan kem negara supaya lebih agresif dan tidak menunggu lama untuk melakukan bantahan teknikal sekiranya timbul sebarang keraguan di gelanggang. -KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/10/sea-2025-malaysia-mangsa-pertama-juri-berat-sebelah/