Category: JNJ-MEDIA

  • Budak 5 tahun lemas di kolam renang selepas majlis graduasi tabika KEMAS di Rembau

    Budak 5 tahun lemas di kolam renang selepas majlis graduasi tabika KEMAS di Rembau

    REMBAU 7 Dis – Kesedihan menyelubungi keluarga Noor Muhamad Asun, 46, apabila anak bongsunya, Nur Dhiya Azzalea Noor Muhamad, 5, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng, semalam.

    Walaupun baru sehari pemergian kanak-kanak itu, Noor Muhamad tidak mampu menahan rasa rindu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Rembau, hari ini.

    Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, mangsa dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan selepas menghadiri majlis graduasi Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di lokasi tersebut.

    Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

    Menurut Noor Muhamad, ketika kejadian beliau berada di tempat kerja, manakala isteri bersama dua anak termasuk arwah berada di rumah kelab berkenaan.

    “Saya terasa sangat kehilangan dia. Dia anak yang manja, suka peluk saya, suka bergurau dengan saya di dapur.

    “Tapi sekarang semua itu dah tiada. Semalam, bila dia tiada… saya rasa sunyi sangat,” katanya sebak.

    Sementara itu, Pengerusi Tabika KEMAS, Habualwazie Bujang berkata, insiden itu berlaku secara mengejut ketika barisan ahli jawatankuasa (AJK) sedang mengemas selepas majlis graduasi yang melibatkan 24 murid.

    Katanya, aktiviti mandi tidak termasuk dalam atur cara program dan dilakukan oleh ibu bapa serta anak-anak yang masih berada di situ.

    “Kebanyakan ibu bapa sudah pulang, hanya AJK yang tinggal berkemas. Ada anak-anak mandi di kolam sambil diawasi keluarga masing-masing.

    “Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kejadian itu. Seorang AJK yang juga jururawat sempat memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ambulans tiba,” katanya.

    Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HTJ.

    Jenazah Nur Dhiya Azzalea selesai dibedah siasat pada kira-kira jam 11.50 pagi dan dibawa pulang ke Mantin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12953

  • ‘Terima kasih orang baik’ – Remaja 15 tahun hilang dua bulan ditemui selamat di Cheras

    ‘Terima kasih orang baik’ – Remaja 15 tahun hilang dua bulan ditemui selamat di Cheras

    MELAKA 7 Dis – Selepas dua bulan kehilangan yang meresahkan keluarga dan orang ramai, seorang remaja perempuan, Nur Qasehku Suhaimi, 15, akhirnya ditemui selamat pada Sabtu.

    Ibunya, Nurhazlin Mohd Nor, 44, berkata beliau dihubungi sepasang suami isteri yang menemukan Qaseh dalam keadaan baik sebelum bergegas ke Cheras Batu 9 untuk mengambil anaknya.

    “Terima kasih kepada orang baik. Nur Qaseh sudah saya temui dalam keadaan baik. Syukur kepada ALLAH SWT kerana menemukan kami kembali. Qaseh kini bersama saya dan sudah mendapatkan rawatan sepatutnya.

    “Terima kasih kepada sepasang suami isteri yang menghubungi saya pada jam 6.30 petang. Saya bergegas ke Kuala Lumpur dan mengambil anak saya semula. Keadaan anak saya sihat, cuma agak kurus. Apa pun saya mohon maaf kerana menyusahkan banyak pihak. Berkat doa orang ramai, syukur yang tidak terhingga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

    Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Qaseh sejak 3 Oktober lalu dan polis turut meminta bantuan orang awam menjejakinya selepas remaja itu kali terakhir dilihat di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Seri Krubong 2.

    Menurut ibunya, Qaseh keluar tanpa membawa telefon bimbit menaiki motosikal untuk membeli minuman ‘air cap badak’ selepas mengadu sakit perut dan kepala sekitar jam 4.30 petang.

    Namun pekerja kedai serbaneka tersebut memaklumkan remaja itu tidak masuk ke dalam premis berkenaan.

    Sejak kehilangannya, hebahan dibuat di media sosial sebelum pencarian panjang itu akhirnya menemui noktah apabila Qaseh kembali ke pangkuan keluarga.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12954

  • ‘Kerajaan tak patut berhutang dengan rakyat’ – Anwar umum kerajaan tambah RM2 bilion lagi percepat bayaran balik cukai

    ‘Kerajaan tak patut berhutang dengan rakyat’ – Anwar umum kerajaan tambah RM2 bilion lagi percepat bayaran balik cukai

    PUTRAJAYA 7 Dis – Kerajaan Perpaduan menambah peruntukan bayaran balik cukai kepada rakyat daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi memastikan semua tunggakan dapat diselesaikan dengan lebih cepat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurutnya, langkah itu bukan sahaja wajar malah selaras dengan prinsip moral dan ihsan di bawah gagasan MADANI, memandangkan kerajaan tidak seharusnya berhutang dengan rakyat, sama seperti rakyat tidak patut berhutang dengan kerajaan.

    Beliau berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan memulakan pembayaran balik secara berperingkat mulai esok kepada pembayar cukai berkelayakan.

    “Jika jumlah itu masih belum mencukupi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN sedang meneliti bagaimana tambahan perlu dibuat.

    “Ini soal conscience, soal MADANI, soal ihsan dan hormat. Dahulu, kalau bilionair berhutang, penyelesaian mudah. Tetapi rakyat kecil dituntut tanpa rundingan. Amalan ini mesti diubah. Begitu juga hutang kerajaan kepada syarikat, mesti diselesaikan segera,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya, hari ini.

    Semalam, kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan itu bagi mempercepat bayaran balik cukai tertunggak, khususnya kepada peniaga kecil yang terkesan dengan kelewatan proses sebelumnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12955

  • Selam skuba jadi pembakar semangat hidup

    Selam skuba jadi pembakar semangat hidup

    “AKU bekas pesakit kanser pun boleh buat, apatah lagi yang sihat.” Ungkapan ringkas itu kedengaran seperti kenyataan mendabik dada, namun jika diamati dengan baik kata-kata itu merupakan dorongan buat mereka yang takut untuk menceburi aktiviti selam skuba. Setelah disahkan menghidap kanser darah pada Januari tahun lalu, Ahmad Fauzi Abdul Samad, 53, bertarung nyawa demi meneruskan kehidupan sehingga disahkan sembuh setahun kemudian. Enggan mempersiakan nyawa ‘kedua’ yang dianugerahkan, Fauzi mahu menikmati sepenuhnya kehidupan dengan lebih mendalami aktiviti selam skuba di samping……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/selam-skuba-jadi-pembakar-semangat-hidup/

  • Piala Dunia: Aksi ‘buku bertemu ruas’

    Piala Dunia: Aksi ‘buku bertemu ruas’

    WASHINGTON – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengakui tidak sabar untuk menyaksikan pertarungan paling dinantikan peminat melibatkan dua penyerang terbaik dunia, Kylian Mbappe dan Erling Haaland pada kempen Piala Dunia 2026, Jun depan.

    Mbappe yang merupakan kapten Les Bleus telah diundi bersama Haaland yang menjadi ayam tambatan Norway dalam Kumpulan I bersama Senegal dan satu lagi pasukan bakal diisi pemenang playoff antara Iraq, Bolivia atau Suriname pada Mac depan.

    Menurut Deschamps, pertembungan dua pemain berprofil tinggi ini sudah pasti bakal menjadi tumpuan utama pada kejohanan bola sepak paling berprestij dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada nanti.

    “Saya rasa ini akan jadi perlawanan yang sengit kerana pasukan Norway memiliki ramai pemain berkualiti. Namun, orang mahu saksikan pertembungan Mbappe dan Haaland di peringkat tertinggi kerana mereka adalah calon pemenang kasut emas,” katanya selepas tamat undian semalam.

    Sebagai rekod, Mbappe ketika ini mempamerkan prestasi luar biasa apabila meledak 30 gol dalam 24 perlawanan bersama Real Madrid dan Perancis, manakala Haaland pula mengumpul 33 gol dalam 24 aksi bersama Manchester City dan Norway.

    Sementara itu, Deschamps yang sudah mengendalikan Perancis hampir 14 tahun mengakui terdesak untuk membantu pasukannya menjulang trofi Piala Dunia itu sekali lagi selepas tewas pada aksi final edisi 2022 di Qatar.

    “Setiap edisi Piala Dunia ada ceritanya sendiri. Kami mahu memastikan kejohanan kali ini dapat memihak kepada pasukan

    “Kita membawa nama Perancis yang mana peminat meletakkan jangkaan tinggi tetapi dalam masa yang sama kita perlu menghormati pasukan lawan dan kekal rendah diri

    “Jadi, lebih baik kita fokus satu perlawanan ke satu perlawanan sebelum fikirkan untuk mara lebih jauh,” katanya yang membantu Perancis menang edisi 2018 di Russia. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/piala-dunia-aksi-buku-bertemu-ruas/

  • SUKAN SEA: Jurang kualiti punca tewas memalukan

    SUKAN SEA: Jurang kualiti punca tewas memalukan

    ‘Bagai langit dengan bumi’

    Itulah perumpamaan yang sesuai untuk diberikan kepada skuad bola sepak wanita negara selepas tewas memalukan 0-7 kepada Vietnam pada aksi pertama Kumpulan B temasya Sukan SEA 2025 di Stadium Chonburi, Thailand kelmarin.

    Pengendali Malayan Tigress, Joel Cornelli mengakui jurang kualiti yang terlalu besar dengan negara yang menduduki ranking ke-37 dunia itu membuatkan barisan pemain gagal memberikan tentangan yang diharapkan.

    “Secara jujur, sudah tentu apabila perlawanan bermula, kita tidak sangka keputusan akan berakhir dengan kekalahan 0-7. Namun, moral pemain dilihat sudah pudar seawal gol pertama pasukan lawan.

    “Mereka jaringkan gol terlalu cepat dan keyakinan kami terus hilang. Struktur permainan pun mula goyah hingga kami beri terlalu banyak ruang.

    “Kami sedar beza kekuatan dan kualiti antara kedua-dua pasukan dan harus diakui jurangnya terlalu besar,” kata pengendali import dari Brazil itu.

    Vietnam selaku juara bertahan langsung tidak memberi ruang apabila meledak empat gol dalam babak pertama melalui Pham Hai Yen seawal minit ke-4 dam m-26, Nguyen Thi Bich Thuy (m-23) dan Tran Thi Hai Linh (m-32).

    Kealpaan benteng pertahanan negara terus dihukum apabila Thai Thi Thao meledak jaringan hatrik sekali gus menyukarkan misi pasukan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

    Mengulas lanjut, Cornelli mengakui tahap keserasian pasukan lawan begitu ampuh dan jauh berbeza dengan anak-anak buahnya.

    “Saya baru enam bulan bekerja di sini dan kami perlukan lebih masa. Vietnam pula sudah lama bersama dan pemain No. 23 mereka (Bich Thuy) sangat hebat,” katanya.

    Skuad Malayan Tigress seterusnya akan bertemu Myanmar di venue sama esok sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Filipina, Khamis dengan dua pasukan terbaik akan layak ke separuh akhir.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/sukan-sea-jurang-kualiti-punca-tewas-memalukan/

  • QV-E berani dan anggun di jalanan

    QV-E berani dan anggun di jalanan

    PERODUA QV-E kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia dengan kepakaran penuh anak tempatan menjadi simbol permulaan era mobiliti elektrik di negara ini. Di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV. Usaha dan komitmen Perodua yang disokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu membuahkan hasil apabila QV-E berjaya dikeluarkan dalam tempoh 28 bulan dan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/qv-e-berani-dan-anggun-di-jalanan/

  • ‘Nama saya Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya’

    ‘Nama saya Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya’

    PETALING JAYA – Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi sorotan di media sosial selepas namanya yang luar biasa panjang diumumkan semasa majlis konvokesyen yang diadakan baru-baru ini. Menariknya ini bukan pertama kali, Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya, 23, tular kerana keunikannya itu pernah mencuri perhatian ramai pada majlis konvokesyen tahun lalu ketika mengambil sijil Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital. Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia terhibur membaca komen pengikut di TikTok serta mengakui sudah terbiasa dengan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/nama-saya-aminasufi-aininnaim-manisalamuhibahati-aminjaya/

  • Meraung tahan sakit muka melecur terkena sup

    Meraung tahan sakit muka melecur terkena sup

    PETALING JAYA – Kesero­nokan seorang wanita menikmati hidangan bertukar mimpi ngeri selepas sup yang dimasak atas dapur gas mudah alih untuk memasak ‘steamboat’ mele­tup dan terpercik dalam kejadian di sebuah restoran dekat sini. Akibat letupan itu, bahagian muka dan matanya melecur ke­rana ter­kena sup panas. Menerusi perkongsian wanita berkenaan, kejadian bermula apabila sup yang dimasak meletup secara tiba-tiba sebelum percikan kuah panas yang penuh dengan cili terkena pada muka dan termasuk mata. “Ketika itu saya sedang menikmati sup ‘hotpot’, tiba-tiba……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/meraung-tahan-sakit-muka-melecur-terkena-sup/

  • SUP cabar keseimbangan di atas air

    SUP cabar keseimbangan di atas air

    KARNIVAL Ban Canal 2025 yang dianjurkan baru-baru ini bukan sekadar menghimpunkan penduduk setempat dengan aktiviti menarik, malah memperkenalkan salah satu sukan air semakin mendapat tempat di Malaysia iaitu stand up paddle (SUP) atau stand up paddling. Berlangsung di Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam, Selangor, acara SUP turut menampilkan bakat-bakat tempatan daripada pelbagai peringkat usia. Menurut jurulatih Kelab SUP Kuala Lumpur, Tsuyoshi Sawada Amzar, SUP bukan sekadar aktiviti riadah di atas air, sebaliknya menjadi gaya hidup baharu bagi mereka yang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/07/sup-cabar-keseimbangan-di-atas-air/