Category: JNJ-MEDIA

  • 母亲途经停车场 惊揭爱儿猝死车内

    母亲途经停车场 惊揭爱儿猝死车内

    母亲途经停车场,赫然发现爱儿死在车内!

    周六(12月6日)上午7时52分,警方接到通报,一名男子被发现在首都吉隆坡文良港的翠湖园一个民宅的停车场内去世后,派人到场调查。

    根据旺莎玛珠警区主任拉欣助理总监,这名35岁锡克裔死者,是被路过准备上班的母亲赫然发现在车内死亡。

    他发表文告,死者生前没有固定工作,警方没有在死者身上发现任何外伤,也没有出现任何刑事成分造成的伤痕。

    他指出,死者生前无固定工作,目前尚无法断定是否涉及自杀,警方正从猝死角度调查,同时深入了解死者的死亡动机。

    死者遗体被送入吉隆坡中央医院太平间解剖。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1724509

  • 莫迪接见普京强调两国友谊 关键议题无实质进展

    莫迪接见普京强调两国友谊 关键议题无实质进展

    印度总理莫迪5日在新德里与俄罗斯总统普京会晤,尽管双方强调两国有坚定的友谊与合作关系,但在能源、国防等外界关注的重要议题上,两国协商却没有太多实质的进展。

    普京4日晚间抵达新德里,短暂停留访问后于5日离开。

    莫迪和普京一起出席联合记者会时表示,25年来,普京让两国关系不断深化,在世界各地的人们面对各种挑战和危机之际,印度和俄罗斯的友谊始终坚定不移。

    对于普京这次到访印度前,外界就十分关注的议题,包括印度是否会继续向俄罗斯购买石油、印方是否能从俄国购买更多S-400防空飞弹系统等议题,目前都没有答案。

    根据印度政府提供的资料,两国在石油等能源采购问题上的讨论,并没有实质进展。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1724420

  • Ahli Parlimen Padang Serai sahkan ditahan SPRM kes projek lembu bawah Kedah Agro

    Ahli Parlimen Padang Serai sahkan ditahan SPRM kes projek lembu bawah Kedah Agro

    ALOR SETAR 5 Dis – Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah, sambil mempersoalkan pertukaran mendadak status dirinya daripada saksi kepada tertuduh.

    Menurut Azman, beliau pada awalnya hadir ke pejabat SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan projek fidlot di bawah Kedah Agro.

    Namun, beliau menerima arahan mengejut pagi semalam untuk bertemu pegawai penyiasat di R&R Sungai Buloh arah utara.

    “Sebaik tiba di lokasi, saya dimaklumkan bahawa saya bukan lagi dipanggil untuk memberi keterangan, tetapi akan didakwa di mahkamah. Pertukaran status ini terlalu drastik. Saya percaya ada unsur tekanan politik untuk menjatuhkan imej saya sebagai wakil rakyat Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu rakaman video dimuat naik di media sosialnya hari ini.

    Beliau turut dimaklumkan bahawa dua lagi individu akan dituduh bersama-sama dengannya di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

    Walaupun tidak bersetuju dengan cara penahanan dibuat, Azman berkata beliau akan tetap hadir pada jam 8.30 pagi bagi mendengar pertuduhan dan mempertahankan diri.

    “Saya bersedia hadapi tuduhan ini. Kita akan lawan ikut saluran undang-undang,” ujarnya.

    Dalam masa sama, Azman turut mendakwa bahawa tindakannya mengulas isu integriti melibatkan setiausaha politik Perdana Menteri sebelum ini mungkin menjadi punca beliau kini disiasat.

    “Selepas saya bangkitkan perkara itu, saya pula yang ditahan,” katanya.

    Terdahulu, laporan media menyebut SPRM menahan seorang ahli Parlimen susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu, dan setakat ini 15 saksi telah dipanggil membantu siasatan kes projek ternakan lembu berkenaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12941

  • Ibu buta terpaksa merangkak 150 meter minta bantuan selepas 5 hari terkurung bersama mayat anak di rumah

    Ibu buta terpaksa merangkak 150 meter minta bantuan selepas 5 hari terkurung bersama mayat anak di rumah

    KUCHING 6 Dis – Detik memilukan berlaku di Kampung Telok Sabang, Kota Samarahan apabila seorang wanita warga emas yang buta terpaksa mengerah seluruh kudrat merangkak keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan selepas beberapa hari terperangkap bersama mayat anak perempuannya.

    Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian bermula apabila anak wanita berusia 48 tahun itu mengadu sakit dada dan sesak nafas pada 30 November lalu.

    Wanita berusia 69 tahun berkenaan menyedari anaknya sudah meninggal dunia, namun tidak berdaya berbuat apa-apa kerana kecacatan penglihatan serta keadaan fizikal yang lemah. Dia hanya mampu menunggu dengan harapan ada individu yang datang membantu.

    “Namun bau mayat yang semakin kuat semalam menyebabkan si ibu tidak lagi mampu bertahan dan mengumpulkan seluruh tenaga untuk merangkak keluar dari rumah dengan berpandukan sentuhan di sepanjang denai sempit kira-kira 150 meter.

    “Wanita itu merangkak dalam keadaan sangat lemah sehingga sampai ke tepi jalan besar pada awal pagi hari ini, sebelum ditemui orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pasukan polis bersama unit forensik yang tiba di lokasi mendapati wanita berusia 48 tahun itu sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

    Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat, yang kemudian mengesahkan punca kematian sebagai serangan jantung akibat tiga saluran jantung tersumbat sepenuhnya.

    “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12942

  • ‘Bila PM buat benda betul, kita cakap betul, kalau buat silap kita ada tanggungjawab bersuara’ – Guan Eng

    ‘Bila PM buat benda betul, kita cakap betul, kalau buat silap kita ada tanggungjawab bersuara’ – Guan Eng

    KUALA LUMPUR 6 Dis – Dalam perkembangan politik pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang memberi tamparan besar kepada DAP, parti itu kini mengambil pendirian lebih tegas dengan menyuarakan secara terbuka keperluan kerajaan mempercepat pelaksanaan janji reformasi, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada 1 Disember lalu, Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke menegaskan keputusan PRN Sabah yang menyaksikan DAP kalah di semua lapan kerusi ditandingi sebagai “mesej jelas dan kuat daripada pengundi” serta mencerminkan wujudnya krisis keyakinan serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

    Beliau berkata DAP akan bekerjasama rapat dengan perdana menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Langkah tegas parti itu diterjemahkan lagi melalui kenyataan penasihat DAP, Lim Guan Eng, yang berkongsi ucapannya di Pulau Pinang baru-baru ini, memaklumkan bahawa terdapat pandangan dalam kalangan rakyat bahawa Anwar masih belum berbuat secukupnya sebagai kerajaan.

    Lim menegaskan DAP memberi perhatian serius terhadap keresahan rakyat dan akan menyampaikannya kepada perdana menteri supaya janji yang dibuat kerajaan dapat ditunaikan secepat mungkin.

    “Apabila perdana menteri buat perkara yang betul, kita mesti bercakap dia melakukan perkara yang betul, tapi apabila dia buat silap atau tak memadai, kita ada tanggungjawab untuk bersuara. Ini prinsip asas sebagai wakil rakyat,” katanya.

    Ucapan itu dibuat kira-kira 48 jam selepas kekalahan besar DAP di Sabah, yang dilihat sebagai petanda kemungkinan pola sama berulang dalam Pilihan Raya Umum akan datang jika langkah pemulihan tidak segera diambil.

    Lim turut menyatakan harapan agar Anwar mengumumkan “berita baik pada hujung tahun ini” dan tidak mengecewakan sokongan serta keyakinan bukan Melayu terhadap PH.

    “Bukan Melayu mesti rasa undi mereka tidak sia-sia.

    “Langkah paling penting ialah menambah peruntukan untuk masyarakat bukan Melayu, terutama sekolah dan kuil, supaya pendidikan dan agama masing-masing boleh berkembang dengan lebih baik,” katanya.

    Dalam satu lagi kenyataan, Lim meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan yang menurutnya mengabaikan gesaan berulang kali berhubung bantahan terhadap peluasan cukai barangan dan perkhidmatan (SST) serta langkah lain yang didakwa membebankan rakyat.

    “Perdana menteri boleh pilih untuk tak dengar saya. Tapi dia tak boleh abaikan suara pengundi Sabah,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12943

  • SAR remaja hanyut di Kajang masuk hari ketiga, operasi diperluas 10 kilometer

    SAR remaja hanyut di Kajang masuk hari ketiga, operasi diperluas 10 kilometer

    KAJANG 6 Dis – Usaha mencari seorang remaja lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola dalam longkang besar di Taman Prima Saujana memasuki hari ketiga dengan operasi diperluas sehingga 10 kilometer, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, operasi bermula jam 9.30 pagi bagi mengesan mangsa berusia 14 tahun yang masih belum ditemui sejak kejadian dua hari lalu.

    Beliau berkata, pencarian hari ini dipecahkan kepada dua zon merangkumi laluan dari lokasi kejadian sehingga ke Jalan Mendaling dan seterusnya menuju Jalan Reko.

    “Kekuatan agensi yang digunakan lebih kurang 65 pegawai terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu dua anjing pengesan (K9) bomba dan APM.

    “Turut bersama Team Skuba Bomba, Unit Dron APM serta dua bot whally bagi menyusuri Sungai Langat ke arah Dengkil,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kejadian pada kelmarin melibatkan dua beradik lelaki berusia 12 dan 14 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar sebelum dihanyutkan arus deras.

    Mangsa berusia 12 tahun ditemukan pada jam 7.47 malam kelmarin di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12945

  • KUSKOP, Nambikkai rai kejayaan usahawan India, Ramanan umum komitmen lebih besar

    KUSKOP, Nambikkai rai kejayaan usahawan India, Ramanan umum komitmen lebih besar

    KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) buat pertama kalinya tampil memberikan pengiktirafan rasmi kepada usahawan komuniti India menerusi inisiatif Empowering Indian Entrepreneur (EIP), hasil usaha dan inisiatif Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

    Pengiktirafan bersejarah itu dizahirkan sempena Majlis Anugerah Business Icon Awards 2025 anjuran Nambikkai Media di Dewan Tun Razak, Bank Rakyat, kelmarin.

    Sokongan tersebut menandakan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan komuniti India, selari dengan agenda pembangunan ekonomi inklusif.

    EIP digerakkan sebagai platform strategik bagi memantapkan kapasiti usahawan, memacu rangkaian perniagaan global dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian luar biasa dalam pelbagai sektor.

    Ramanan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal komuniti India, menegaskan bahawa sokongan kerajaan ini membawa mesej jelas bahawa kejayaan usahawan India bukan sahaja diraikan, tetapi dijadikan inspirasi kepada golongan wanita, belia dan usahawan baharu.

    “Dengan membuka ruang pengiktirafan dan sokongan strategik seperti ini, saya yakin usahawan India bukan sahaja mampu melakar kejayaan dalam negara, malah menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

    Ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kanan, Datuk Anbumani Balan, yang hadir mewakili beliau untuk menyerahkan anugerah.

    Turut hadir, Pengasas Nambikkai Media, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther.

    Lebih 50 usahawan diraikan menerusi pelbagai kategori termasuk kepimpinan, pemerkasaan wanita dan industri digital.

    Ramanan turut menekankan bahawa EIP berfungsi sebagai jambatan antara usahawan dan akses kepada pembiayaan, latihan perniagaan serta rangkaian global melalui agensi seperti AIM, TEKUN Nasional, SME Corp, SME Bank, Bank Rakyat, PERNAS, IKMA dan INSKEN. Usaha ini memastikan penyertaan komuniti India dalam arus ekonomi negara lebih adil dan inklusif.

    Kerjasama Bank Rakyat sebagai rakan penganjur turut mencerminkan hubungan erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam melonjakkan kedudukan usahawan India dalam lanskap ekonomi negara.

    “Buat julung kali, agensi-agensi pelaksana inisiatif khas komuniti India seperti Program Pemerkasaan Wanita India (PENN) – AIM, SPUMI & SPUMI Goes Big – TEKUN Nasional, Program BRIEF-i – Bank Rakyat serta Inisiatif Vanigham – SME Bank akan tampil mengiktiraf usahawan India berjaya. Mereka ini akan dijadikan duta serta ikon inspirasi untuk menggalakkan lebih ramai menyertai dunia keusahawanan,” katanya.

    Sehingga November 2025, Ramanan telah mengumumkan lebih 10 inisiatif bernilai RM471.5 juta khusus untuk komuniti India, melibatkan pemerkasaan lebih 13,000 usahawan India, tidak termasuk RM100 juta di bawah MITRA untuk golongan B40.

    Antara penerima anugerah, Puan Manjula Subramaniam daripada Nhavin Enterprise, yang menerima pembiayaan melalui Program PENN AIM, melahirkan rasa terharu selepas menerima Anugerah Leadership Excellence in 3R.

    “Saya cukup terharu menerima anugerah ini… Terima kasih kepada Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang memberikan pengiktirafan seperti ini kepada kami. Saya tak terkata. Terima kasih AIM,” katanya.

    Seorang lagi penerima, Sathies a/l Supramaniam, pengusaha Sanwa Tours (M) Sdn Bhd dan penerima pembiayaan Vanigham SME Bank, menerima Anugerah Kepimpinan Operasi Pengangkutan Terbaik dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai dorongan baharu untuk terus maju.

    “Terima kasih KUSKOP terutama Datuk Seri Ramanan atas anugerah ini,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12944

  • Penunggang P-Hailing maut dihempap pokok tumbang di Ayer Keroh

    Penunggang P-Hailing maut dihempap pokok tumbang di Ayer Keroh

    MELAKA 6 Dis – Seorang penunggang p-hailing maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Tun Razak–Ayer Keroh berhampiran Taman Delima Raya, tengah hari tadi.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari dan mengorbankan lelaki berusia 22 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi.

    Dalam insiden sama, seorang wanita berusia 19 tahun turut cedera apabila kereta Perodua Myvi dinaikinya terkena dahan pokok berkenaan.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

    “Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati sebuah motosikal dihempap pokok tumbang.

    “Anggota segera menjalankan kerja menyelamat, termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah pokok.

    “Kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok turut dilakukan bagi memastikan laluan selamat,” katanya.

    Menurutnya, mangsa yang maut diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut, manakala wanita yang cedera dihantar ke Hospital Melaka menggunakan jentera EMRS.

    Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.18 petang.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12946

  • Anwar kembali ke Sabah seminggu selepas PRN, bukti janji politik bukan bermusim

    Anwar kembali ke Sabah seminggu selepas PRN, bukti janji politik bukan bermusim

    KOTA KINABALU 6 Dis – Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah hari ini, hanya seminggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai, memberi isyarat jelas bahawa kerajaan tidak menunggu musim pilihan raya untuk menunaikan janji kepada rakyat.

    Dalam ucapannya pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Anwar menolak persepsi bahawa komitmen ahli politik hanya dibuat sebelum pilihan raya.

    “Kerana saya tidak mahu ada anggapan bahawa janji orang politik itu sebelum pilihan raya, dan setelah menang, dia rasa selesa. Tapi seperti yang kita dengar sendiri tadi sahabat saya, Datuk Seri Hajiji, bahawa ini bukan budaya politik kita,” katanya.

    Beliau berseloroh bahawa sebaik sahaja keputusan PRN diumumkan dan Hajiji mengangkat sumpah sekitar jam 3 pagi, beliau terus mengirim mesej kepada Ketua Menteri dengan menyertakan lagu P. Ramlee, bagi menegaskan hubungan kerja yang berterusan.

    Anwar turut menekankan bahawa fasa pilihan raya kini telah berlalu dan kerajaan harus memberi tumpuan kepada kerja untuk lima tahun mendatang.

    “Sepertimana dijangka, ada yang gembira, ada yang kecewa. Itu lazim dalam demokrasi. Kematangannya ialah apabila kita terima dengan baik dan mendengar secara serius apa yang disuarakan rakyat,” katanya.

    Menurutnya, walaupun berada di Sabah hanya dua hari, beliau menggunakan kesempatan itu untuk meninjau isu-isu rakyat merentas bandar, pinggir bandar, desa dan pedalaman bagi melihat keperluan meningkatkan usaha kerajaan.

    Beliau berkata kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan besar untuk kemudahan asas seperti air, elektrik, Lebuhraya Pan Borneo serta jalan-jalan kampung, namun mengakui masih ada kawasan yang belum menikmati sepenuhnya kemudahan tersebut.

    “Kita dengar, jadi saya sudah cadangkan pada Unit Penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri supaya mulai Januari kita mulakan pemantauan projek bersama kerajaan negeri… supaya kemajuannya dapat dipantau setiap bulan,” katanya.

    Anwar juga menegaskan komitmen untuk mempercepat pelaksanaan projek negeri dan Persekutuan.

    “Untuk projek tahun depan… saya luluskan peruntukan pada bulan Januari. Maknanya Januari boleh rancang, Januari mesti jalan,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12947

  • Batal trip ke Hatyai walau hotel sudah tempah

    Batal trip ke Hatyai walau hotel sudah tempah

    PETALING JAYA – Kejadian banjir besar yang menenggelamkan bandar Hatyai, Thailand baru-baru ini, menyebabkan rakyat Malaysia membatalkan hasrat untuk berkunjung ke daerah itu kerana bimbang dengan kesan pasca bencana itu. Kejadian banjir pada hujung bulan lalu itu menjejaskan operasi perniagaan, pengangkutan dan beberapa kawasan tum­puan pelancong. Seorang pembantu kedai dikenali sebagai Roziey, 46, berkata, dia bersama sembilan rakan membuat keputusan membatalkan percutian ke Hatyai yang dijadualkan pada 12 hingga 14 Disember ini biarpun tempahan hotel sudah dibuat. “Ada rakan cadang……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/06/batal-trip-ke-hatyai-walau-hotel-sudah-tempah/