Category: JNJ-MEDIA

  • 曹观友吁槟民勿“变脸和变心” 确保槟州未来发展会更好

    曹观友吁槟民勿“变脸和变心” 确保槟州未来发展会更好

    槟州首席部长曹观友呼吁槟州人民在来届大选不要如川剧般“变脸和变心”,才有机会确保槟州未来的发展会更好。

    “安华担任首相后,槟州政府争取了10多年的项目,包括矽岛填海、槟城轻快铁、机场扩建计划、柔府双溪赖高架大道及槟城霹雳输水计划等,都获得了批准。”

    曹观友说,其任期只剩下2年多,他一定会推动槟城成为大马最先进的州属之一。

    “我会确保每项工程顺利进行,还没有获得批准的项目如国际金融中心,我也会继续向联邦政府争取。”

    他周五(12月5日)晚上出席槟城同安金厦公会创会102周年,青年团42周年,妇女组24周年晚宴时,这么表示。

    会上,曹观友也点出历任槟州首长面对不同挑战和所做决策,其中已故敦林苍祐面临槟州失去自由港地位,而他通过从港口经济转型工业经济,带领槟州度过低潮。

    “在丹斯里许子根年代,同样因为中国开放后,该国设厂和薪资优势,导致槟州半导体领域许多工厂出走,而再度面临巨大挑战。”

    他说,2008年槟州政权更替,时任首长林冠英因与中央不同阵营,导致槟州面临边缘化窘境,甚至外资不被推荐入驻槟州,想要发展却充满阻碍。

    “直到我接任首长后,遇上了新冠疫情导致全球经济停摆,幸而槟州半导体领域已然成型,在疫情期间依然被获准运作,顺利带领人民挺过难关。”

    他感慨说,槟州有如今的发展并非一朝一夕之功,而是历经多年与大家携手共进,直至如今团结政府执政后,一些耽搁逾10年的计划,包括交通大蓝图才宣告批准。

    会上,他也赞扬槟城同安金厦公会成立超过一个世纪,是槟城华社当中非常重要的力量,一代代先贤始终坚持文化传承使命,让人钦佩。

    林慧英:确保资源花在需要的人身上

    财政部副部长林慧英说,昌明政府所推动的一系列改革,确保国家资源能够花在真正需要的人身上。以针对性补贴政策BUDI 95为例,截至11月30日,共有1390万名国人受惠,占符合资格人数的84%,成功协助人民购买25亿9000万升RON95汽油,同时有效防止补贴被滥用或落入走私集团之手。

    “更重要的是,政府预计通过精准补贴机制每年可节省25亿至40亿令吉,这些资金将用在最能改善人民生活的地方。例如,2026年卫生部拨款提升至465亿令吉,比2025年增加12亿令吉。”

    “在医疗保障方面,自2019年推出的mySalam国家健康保险计划至今年9月已惠及180万人,为住院、重病及医疗器材提供支持。”

    王群衡:同安先贤早期聚集姓氏桥

    槟城同安金厦公会主席拿督王群衡说,同安先贤早期在槟城落脚,主要聚集在港口附近的姓氏桥,从今天出版的《百年纪念特刊》可以看到以前到现在,同安人在姓氏桥的人口普查和历史。

    “经历百年岁月后,我们同安金厦公会仍然秉持先贤的创会理念和目的,与姓氏桥的同安乡亲保持密切联系,每年也主办颁发奖学金造福和鼓励会员子女。”

    他呼吁还没有加入该会的同安人,尽快联系该会,让这份乡谊得以连接下去。

    梁伟宏:在全球人才竞争中下滑

    槟州华人大会堂兼槟榔州福建会馆副主席拿督梁伟宏指出,马来西亚在全球人才竞争中的位置正在下滑。

    “根据最近一篇发布的《2025年全球人才竞争力指数》,马来西亚在135个经济体中排名第46位,而疫情前我们曾稳居第26至30名之间。与此同时,新加坡已跃居全球第一。这清楚提醒我们,时代在变,世界在变,如果我们不主动迎变,就会被时代抛在后头。尤其在人工智能与数字经济重塑全球格局的今天,若我们不加快转型,人才外流与竞争力下滑的趋势将难以逆转。”

    他深信马来西亚拥有足够的潜力与智慧迎接挑战。但现实是,我国在开放度、创新生态与高技能人才流动方面仍显不足。

    “我国需要打造一个公平的教育制度,改善职场与生活环境,大力发展高科技产业,营造一个开放包容、不受种族与宗教因素干扰的社会氛围,才能留住人才。”

    陈良吉:把乡音乡情守下去

    马来西亚同安金门厦门联合总会总会长陈良吉呼吁大家携手把同安金厦精神传下去,把乡音乡情守下去,让下一代也以“我是同安金门厦门人”为荣。

    陈延玮:希望团结强化乡谊

    工委会主席陈延玮博士希望该会能继续保持团结、强化乡谊,让更多年轻一代了解、参与公会事务;推动传统文化与乡情传承,让大家不忘根本。他也希望乡亲为社区、为社会,贡献力量,以实际行动践行“乡谊、团结、服务、奉献”的精神。

    当晚宴会,曹观友主持槟城同安金厦公会《百年纪念特刊》揭幕礼。

    仪式上,大会赠送纪念品给受封拿督的副主席张陈詠隆、受封拿督斯里及荣获陆军荣誉少校的会员杜文远、受封PKT的妇女组副主任苏美玲和会员陈永强、受封PJK的副福利主任李成贤和查账王义展;受封PJM的副交际主任陈纾璇、青年团理事柯智宾、永久会员黄湘文;在 World Humanitarian Drive 主办的表彰会上荣获 Regal British Award的副主席陈延玮博士。

    当天出席者尚有署理主席拿督斯里许栢毓、副主席陈延玮博士、总务柯仕亮;名誉顾问林秀琴行政议员、彭心慈州议员、拿督斯里彭文宝;光大区州议员郑来兴、彭加兰哥打区州议员王宇航;会务顾问拿督王钼灵局绅、准拿督李荣智、拿督杨集东局绅、准拿督周宴生、拿督蔡铨忠等等。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1724198

  • Duda, janda ditangkap khalwat, beri alasan jaga rakan sepejabat

    Duda, janda ditangkap khalwat, beri alasan jaga rakan sepejabat

    KOTA TINGGI 5 Dis – Keasyikan seorang duda dan seorang janda berkhalwat di sebuah hotel di sini terbantut apabila mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.

    Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam selepas pintu bilik tidak dibuka walaupun diketuk berulang kali.

    “Lima minit kemudian, seorang wanita berbaju tidur paras separuh paha membuka pintu. Keadaan bilik ketika itu gelap dan penguat kuasa terpaksa menggunakan lampu suluh sebelum menyalakan lampu.

    “Televisyen ditutup, manakala pemeriksaan di tandas mendapati ia terkunci dari dalam. Penguat kuasa mengetuk pintu dan memanggil beberapa kali namun tiada jawapan, sebelum ia akhirnya dibuka oleh seorang lelaki memakai seluar jean dan singlet,” katanya.

    Siasatan mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu berstatus duda, manakala wanita berusia 40-an merupakan janda. Mereka disahkan bukan mahram.

    “Bilik disewa atas nama wanita tersebut yang mendakwa berada di hotel bagi urusan kerja, manakala lelaki itu datang ke bilik berkenaan. Beg dan pakaian wanita ditemui, namun tiada barangan milik lelaki.

    “Mereka adalah rakan sepejabat dari daerah lain yang mempunyai urusan kerja di Kota Tinggi dan tiba dengan dua kereta berasingan,” jelas kenyataan itu.

    Pemeriksaan lanjut turut menemui selimut yang berselerak di atas katil, manakala tuala dan tisu basah ditemukan dalam bakul sampah.

    “Apabila ditanya tujuan lelaki itu datang ke bilik, dia mendakwa mahu menjaga keselamatan rakan sepejabatnya.”

    Pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12929

  • Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa lagi rasuah babit sewaan rumah

    Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa lagi rasuah babit sewaan rumah

    SHAH ALAM 5 Dis – Dua individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini apabila mereka didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan pembayaran sewa sebuah rumah di Kuala Lumpur.

    Shamsul Iskandar, 51, dan ahli perniagaan, Albert Tei (Tei Jiann Cheing), 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin di Mahkamah Sesyen di sini.

    “Mengaku tidak bersalah, mohon bicara,” kata kedua-dua tertuduh.

    Menurut kertas pertuduhan, Shamsul didakwa memperoleh suapan wang berjumlah RM64,920 daripada Albert bagi tujuan pembayaran sewa sebuah unit rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

    Albert pula dituduh memberi suapan berkenaan kepada Shamsul bagi tujuan sama, dengan perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Country Heights antara 28 November 2023 hingga 23 September 2024.

    Pemberian suapan itu didakwa bertujuan memperoleh bantuan Shamsul untuk membantu syarikat berkaitan Albert mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

    Shamsul dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala Albert didakwa mengikut Seksyen 17(b) akta sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

    Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Nurul Qistini Qamarul Abrar, memohon mahkamah mengekalkan terma jaminan sama seperti yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

    “Kami juga memohon supaya kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan secara serentak,” katanya.

    Shamsul diwakili peguam Datuk Amer Hamzah dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, manakala Albert pula diwakili Mahajoth Singh, Amanda Mathew, Reenajit Kaur Golen, Eric Paulsen dan Rajesh Nagarajan. Kedua-dua pihak pembelaan tidak membantah permohonan pendakwaan.

    Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut.

    Semalam, Kosmo! melaporkan bahawa Shamsul dan Albert mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah melibatkan jumlah melebihi RM176,000.

    Mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin RM150,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12930

  • Bajet Melaka 2026 jaga kepentingan rakyat dari ditimang hingga ke liang lahad

    Bajet Melaka 2026 jaga kepentingan rakyat dari ditimang hingga ke liang lahad

    MELAKA 5 Dis – Bajet Melaka 2026 yang dibentangkan hari ini memperincikan sebanyak 204 inisiatif baharu merangkumi kebajikan, pendidikan, pembangunan modal insan, keagamaan serta pemerkasaan komuniti, dengan fokus menjaga kepentingan rakyat “dari ditimang hingga ke liang lahad”.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata bajet berpaksikan tema Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) itu memperuntukkan RM528.8 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM93 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

    “Kerajaan negeri merangka bajet ini bagi memberi tumpuan kepada segenap lapisan masyarakat, daripada bayi sehingga warga emas. Antara peruntukan terbesar di bawah MeSRa memberi perhatian kepada warga emas, golongan OKU dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media selepas membentangkan bajet berkenaan pada Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, hari ini.

    Ab Rauf berkata pemerkasaan syiar Islam turut menerima peruntukan signifikan, termasuk manfaat kepada guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), nelayan, peniaga kecil, pengamal media serta golongan OKU.

    Kerajaan negeri turut merancang langkah baharu memudahkan urusan pengebumian dengan menyediakan 10 liang lahad siap digali di setiap kawasan tanah perkuburan dalam satu Dewan Undangan Negeri (DUN).

    “Kerajaan mencadangkan pembelian sebuah jengkaut bagi setiap DUN yang akan dibincangkan bersama PBT bagi memastikan liang lahad boleh disediakan lebih awal tanpa perlu menunggu penggali kubur ketika berlaku kematian,” katanya.

    Seramai 5,200 penjawat awam negeri turut diumumkan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM2,000, selain insentif tambahan RM500, menjadikan keseluruhan peruntukan bagi bayaran itu mencecah RM11.379 juta.

    Bajet 2026 ini, katanya, adalah komitmen berterusan kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyat dijaga secara menyeluruh dan inklusif.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12931

  • Sindiket dadah guna upah RM5,000 setiap perjalanan tumpas dalam dua serbuan serentak

    Sindiket dadah guna upah RM5,000 setiap perjalanan tumpas dalam dua serbuan serentak

    PETALING JAYA 5 Dis – Sindiket pengedaran dadah yang menawarkan upah antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi setiap perjalanan kepada pengangkut akhirnya tumpas selepas polis melakukan dua serbuan serentak pada 1 Disember lalu.

    Sindiket yang aktif sejak pertengahan tahun ini dikesan mengatur rangkaian operasi secara terancang, termasuk menempatkan runner, transporter dan sweeper untuk memastikan laluan pergerakan dadah bebas daripada pemantauan pihak berkuasa.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil risikan membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan berusia 26 hingga 46 tahun yang dipercayai beroperasi dari Perlis hingga ke Lembah Klang.

    “Suspek dipercayai menerima upah lumayan untuk membawa masuk dan mengangkut bekalan dadah yang diperoleh dari negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

    Serbuan pertama dilakukan di kawasan parkir bawah tanah sebuah pasar raya di Petaling Jaya, lokasi transaksi utama sindiket.

    Dalam pemeriksaan, polis menahan lima suspek serta merampas sebuah Toyota Alphard dan dua Perodua Myvi.

    Turut ditemukan:

    273 kilogram methamphetamine (263 bungkusan dalam 17 guni)

    101 kilogram ketamin (98 bungkusan dalam enam guni)

    Serbuan kedua di perkarangan stesen minyak R&R Simpang Pulai, Perak membawa kepada penahanan seorang lagi suspek.

    “Tiada dadah ditemukan bersama suspek keenam, namun peranannya sebagai sweeper sangat penting kerana dia memastikan laluan sindiket selamat daripada kehadiran polis,” kata Hussein.

    Menurut beliau, peranan suspek dibahagikan seperti berikut:

    Seorang bertindak sebagai runner

    Empat sebagai transporter

    Seorang lagi sebagai sweeper

    Lima daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau, termasuk seorang dengan 12 rekod, manakala dua dikesan positif dadah.

    Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 2 hingga 8 Disember bagi siasatan lanjut.

    Polis turut menyita tiga kenderaan — Nissan Navara, Mitsubishi Pajero dan Proton X70 — bernilai RM140,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM13.9 juta.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke Hotline JSJN: 012-208 7222.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12933

  • Bas hilang kawalan, 14 penumpang terselamat dalam insiden di KM428 Lebuh Raya Utara-Selatan

    Bas hilang kawalan, 14 penumpang terselamat dalam insiden di KM428 Lebuh Raya Utara-Selatan

    HULU SELANGOR 5 Dis – Seramai 14 penumpang melalui detik cemas apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 428.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, awal pagi tadi.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.49 pagi apabila Unit Siasatan Lebuh Raya menerima makluman mengenai kemalangan membabitkan bas dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun.

    Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata bas terbabit dalam perjalanan dari Terminal Bas Tuas, Johor menuju ke Pantai Remis, Perak, sebelum hilang kawalan ketika melalui lorong kanan daripada tiga lorong lebuh raya.

    “Siasatan awal mendapati pemandu hilang kawalan sebelum bas terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan. Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu serta 14 penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Ibrahim berkata, semua penumpang kemudian menaiki bas ganti untuk meneruskan perjalanan, manakala lorong kanan dan lorong tengah ditutup bagi kerja-kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan.

    Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

    Polis turut meminta saksi membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Anuar Alang Kamarudin di talian 03-2266 3356 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

    Terdahulu, tular video 15 saat memaparkan bas berkenaan tersadai di lorong kanan lebuh raya sebelum ditunda keluar dari lokasi kejadian.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12934

  • Agong sebak rasmi Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, terkenang Almarhum Tunku Abdul Jalil

    Agong sebak rasmi Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, terkenang Almarhum Tunku Abdul Jalil

    JOHOR BAHRU 5 Dis – Majlis perasmian Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor di Larkin hari ini bertukar sebak apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dilihat menahan emosi ketika montaj khas memperingati anakanda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim ditayangkan.

    Montaj itu memaparkan rakaman kenangan penuh kasih sayang antara Almarhum dan keluarga diraja Johor, bersempena memperingati 10 tahun pemergian Almarhum yang meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Disember 2015 ketika berusia 25 tahun.

    Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor yang dirasmikan hari ini menempatkan fasiliti rawatan terkini termasuk PET-CT Scanner, Linear Accelerator, Cyclotron, Theranostics dan Terapi Gen, serta terletak berhadapan Perpustakaan Sultan Ismail.

    Sultan Ibrahim berangkat tiba pada jam 8.57 pagi diiringi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah; Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta Che’ Puan Mahkota Khaleeda. Turut berangkat beberapa kerabat diraja Johor lain termasuk Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut hadir.

    “Dengan ini, saya merasmikan pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah baginda sebelum menandatangani plak perasmian dan menyempurnakan pelancaran logo pusat berkenaan.

    Terdahulu, Pengarah Hospital Tunku Laksamana Johor, Dr William Chong berkata pusat rawatan baharu itu diwujudkan untuk memastikan rakyat Johor, tanpa mengira latar belakang, mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan terbaik.

    “Kami komited menyediakan rawatan canggih untuk semua lapisan masyarakat, khususnya Bangsa Johor. Golongan berpendapatan rendah tidak akan diabaikan. Masa, ruang dan sumber akan disediakan secukupnya untuk membantu mereka,” katanya.

    Beliau turut memaklumkan hospital itu bakal dilengkapi mesin siklotron baharu untuk memperkukuh rawatan kanser di negeri ini.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata pelancaran pusat berkenaan merupakan langkah besar bagi memperkasa sektor perubatan negeri dan seterusnya merancakkan pelancongan perubatan di Johor.

    Majlis perasmian ditutup dengan pelancaran logo rasmi Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor dan penandatanganan plak.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12932

  • Kabinet bimbang insiden kematian dalam tahanan, Anwar arah laporan terperinci polis

    Kabinet bimbang insiden kematian dalam tahanan, Anwar arah laporan terperinci polis

    CYBERJAYA 5 Dis – Kabinet menzahirkan kebimbangan berhubung aduan insiden kematian dalam tahanan serta kes tembakan membabitkan suspek penjenayah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Susulan itu, beliau mengarahkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyediakan laporan terperinci, telus dan profesional kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam masa terdekat.

    “Kita tidak melindungi penjenayah, dan kita juga tidak melindungi tindakan termasuk oleh anggota polis yang bertentangan dengan proses negara hukum.

    “Beberapa aduan mengenai perkara yang bercanggah dengan proses dan prosedur teratur harus disiasat secara telus dan terbuka,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Cyberjaya 10, hari ini.

    Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan polis meneruskan siasatan secara telus dan tidak melindungi sesiapa dalam usaha membanteras jenayah.

    “Umpamanya, kematian dalam tahanan atau soal penembakan, saya tidak campur dalam urusan bagaimana ia harus dilaksanakan. Tetapi saya gusar sekiranya dianggap beberapa peraturan tidak dipatuhi,” katanya.

    Dalam masa sama, Perdana Menteri mengulangi arahan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan tindakan terhadap pengkritiknya, selagi ia tidak membabitkan kesalahan jenayah jelas.

    “Beberapa tindakan terhadap pengkritik kerajaan, termasuk serangan terhadap saya, saya sudah arahkan tidak perlu disiasat — melainkan tuduhan keterlaluan seperti memfitnah sebagai barua Israel atau menyentuh soal penyakit.

    “Kritikan terhadap Anwar atau Perdana Menteri, termasuk desakan letak jawatan, itu perkara biasa dan tidak perlu PDRM layan,” katanya.

    Sebelum ini, PDRM menegaskan pihaknya memandang serius setiap kes kematian dalam tahanan dan akan menjalankan siasatan menyeluruh mengikut prosedur ditetapkan, termasuk merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut Kanun Tatacara Jenayah serta Arahan Amalan Bilangan (2) Tahun 2019.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12936

  • AirAsia umum seragam baharu, benarkan kru kabin berhijab mulai 2026

    AirAsia umum seragam baharu, benarkan kru kabin berhijab mulai 2026

    KUALA LUMPUR 5 Dis – AirAsia bakal melaksanakan pembaharuan penting dalam polisi pakaian seragamnya apabila membenarkan kru kabin wanita memilih untuk memakai hijab ketika bertugas, satu langkah yang mencerminkan komitmen syarikat terhadap kepelbagaian dan keselesaan pekerja.

    Seragam baharu itu dijangka diperkenalkan pada suku pertama 2026 bersempena Ramadan, dengan tujuan memberi lebih fleksibiliti sambil mengekalkan identiti profesional jenama berkenaan. Warna merah ikonik masih dikekalkan, kini ditambah pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional, sepertimana uniform yang digunakan kru bagi laluan Jeddah.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, penambahbaikan tersebut selaras dengan perkembangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan global yang mempunyai tenaga kerja daripada pelbagai latar belakang.

    “Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan, dan evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami selaras dengan kepercayaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

    Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan pula menegaskan bahawa Allstars — panggilan bagi kakitangan AirAsia — datang daripada pelbagai budaya dan kepercayaan.

    “Polisi terkini membuktikan semangat pelbagai dan dinamik yang menjadi identiti AirAsia. Kami akan terus menerima maklum balas daripada Allstars dan bekerjasama rapat dengan mereka dalam reka bentuk terperinci sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan kepelbagaian dalam kalangan Allstars sebagai antara kekuatan utama AirAsia sejak dahulu.

    “Apabila kru kabin kami mengetengahkan perkara ini kepada pihak pengurusan, adalah penting bagi kami untuk menilai. Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, tetapi juga telah membentuk kejayaan kami sepanjang tahun,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12937

  • Lebih 1,000 hadiri solat jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

    Lebih 1,000 hadiri solat jenazah Bung Moktar di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU 5 Dis – Suasana hiba menyelubungi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu apabila lebih 1,000 umat Islam berhimpun selepas solat Jumaat untuk menunaikan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan.

    Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan; serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif, selain beberapa pemimpin politik, rakan kenalan dan ahli keluarga Allahyarham.

    Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas untuk dikebumikan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12938