Category: JNJ-MEDIA

  • Peniaga Hatyai sudah mula buka gerai, jual pulut ayam

    Peniaga Hatyai sudah mula buka gerai, jual pulut ayam

    BUKIT KAYU HITAM – Peniaga makanan yang sebahagian mereka mangsa banjir di Hatyai, Thailand sudah mula berniaga di kawasan pelancongan itu. Menurut rakyat Malaysia yang menetap di Hatyai, Shaiful Anuar Che Pe, gerai jualan makanan telah dibuka meskipun keadaan di sana masih dalam proses pembersihan. “Peniaga termasuk mangsa banjir di Hatyai ini terus bangkit untuk berniaga semula dan suasana memang meriah dengan penduduk tempatan yang datang membeli,” katanya ketika dihubungi semalam. Antara gerai makanan yang mula dijual ayam goreng, pulut…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/peniaga-hatyai-sudah-mula-buka-gerai-jual-pulut-ayam/

  • ‘Kematian disiasat kes bunuh, firasat saya benar’

    ‘Kematian disiasat kes bunuh, firasat saya benar’

    SEMENYIH – Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin berharap suspek yang terlibat dalam pembunuhan anaknya itu segera diheret ke mahkamah selepas kematiannya diklasifikasikan sebagai kes bunuh kelmarin. Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, dia juga berharap pihak yang bersubahat dalam kes itu termasuk cubaan menutup pembunuhan anaknya akan turut menerima hukuman. “Harapan saya memang nak kebenaran terbukti. Bukan setakat untuk keadilan anak saya sahaja, kita boleh hentikan apa jenayah-jenayah (lain) yang berlaku di sebalik kematiannya. “Mungkin ada rasuah, mungkin ada……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/kematian-disiasat-kes-bunuh-firasat-saya-benar/

  • Jigging santai di Port Klang

    Jigging santai di Port Klang

    DI sebalik kesibukan, perairan sekitar Port Klang sebenarnya hidup dengan pelbagai spesies ikan permainan yang sering menjadi buruan kaki jigging. Itulah sebabnya kawasan ini sentiasa menjadi pilihan saya dan rakan-rakan setiap kali jiwa mula terasa hendak jigging. Royal Selangor Yacht Club (RSYC), bukan nama asing dalam kalangan pemancing. Hampir semua tekong di sini akan berlabuh dan mengambil pemancing di jeti ini sebelum memulakan perjalanan ke lubuk masing-masing. RSYC yang terletak betul-betul dalam kawasan Pelabuhan Klang memberi suasana unik, deretan kapal……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/jigging-santai-di-port-klang/

  • ‘Cakap tak cantik untuk jadi pramugari, saya tak ambil hati pun’

    ‘Cakap tak cantik untuk jadi pramugari, saya tak ambil hati pun’

    PETALING JAYA – “That was a joke (itu hanya gurauan).”

    Demikian kata penyanyi Ernie Zakri apabila ada sebilangan pihak yang bertindak memperlekehkan impiannya pernah memasang cita-cita untuk bergelar seorang pramugari.

    Ernie, 33, atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, impian itu dipupuk kerana ramai dalam kalangan ahli keluarganya pernah bekerja di awan ibu termasuk ibu saudara, Ziana Zain dan Anuar Zain (bapa saudara).

    “Hanya berseloroh sebab saya ada keluarga yang menjadi anak kapal. Jadi, dengan glamor, mekap dan rambut mereka, mestilah waktu kecil saya nak jadi begitu (juga).

    “Bukan satu benda yang serius pun. Saya okey je kadang-kadang ada yang cakap — saya tak cantik untuk jadi pramugari, saya tak ambil hati pun.

    “Jumpa saya depan-depan kemudian kalian akan tahu yang saya sebenarnya cantik,” ungkapnya seraya tertawa menjawab soalan terbabit.

    Jelas pelantun lagu Gundah itu lagi, semua itu sekadar impian dan tidak pernah mengikuti sebarang temu duga untuk bekerja sebagai pramugari.

    “Impian masa kecil je sebenarnya. Saya tak pernah cuba pun (pergi temu duga).

    “Selalu menanam perasaan kalau tak jadi pemuzik mungkin saya boleh jadi pramugari sebab saya suka ‘look’ glamor kerjaya itu. Itu memang diri saya sejak dulu (kecil),” katanya.

    Terdahulu, Ernie mendedahkan pada showcasenya pernah memasang impian untuk menjadi seorang pramugari sekiranya tidak bergelar guru vokal atau penyanyi.

    Menurut Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, kerjaya tersebut dilihat sesuai dengan karakternya yang mesra dengan orang di sekeliling.

    “Saya memang suka jadi pramugari tetapi nak bertugas di penerbangan kelas bisnes sahaja,” dedahnya pada showcase A Letter From Ernie Zakri di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) di sini, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/cakap-tak-cantik-untuk-jadi-pramugari-saya-tak-ambil-hati-pun/

  • Podium 4x100m sasaran Husniah

    Podium 4x100m sasaran Husniah

    RATU pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi menjelang temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand bermula 9 hingga 20 Disember ini.

    Olimpia negara yang akan melakukan penampilan ketujuh pada temasya sukan dwitahunan itu bakal menggalas cabaran negara dalam acara kegemarannya iaitu 100 meter (m) serta 4x100m wanita.

    Walaupun tidak meletakkan sasaran warna pingat pada edisi kali ini, namun pemegang rekod kebangsaan acara 100m wanita itu tetap memasang hasrat untuk menjejakkan kaki ke podium terutamanya menerusi 4x100m.

    “Latihan serta persiapan berjalan seperti biasa dan paling utama sekarang adalah saya mahu bebas daripada kecederaan. Selepas itu, saya akan berikan aksi 100 peratus di Sukan SEA.

    Pada edisi 2023 di Kemboja, kuartet 4x100m wanita dibarisi Zaidatul, Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling meraih pingat gangsa menerusi catatan rekod kebangsaan 44.58 saat (s).

    Meskipun kali ini turun tanpa Azreen Nabila yang mengalami kecederaan, namun Zaidatul percaya menerusi latihan secukupnya selain keserasian antara rakan sepasukan mampu membantu Malaysia melakar keputusan terbaik.

    “Insya-Allah dengan keserasian serta latihan yang cukup untuk acara berganti-ganti ini, saya rasa kami boleh tampilkan aksi terbaik di Sukan SEA nanti. Bagaimanapun, saya tidak mahu meletakkan tekanan ke atas diri masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/podium-4x100m-sasaran-husniah/

  • Albert Tei tidak mengaku beri rasuah pada Shamsul Iskandar lebih RM176,000

    Albert Tei tidak mengaku beri rasuah pada Shamsul Iskandar lebih RM176,000

    KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Albert Tei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

    Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

    Mengikut keempat-empat pertuduhan Albert didakwa memberikan suapan wang tunai RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada Shamsul Iskandar.

    Ia sebagai dorongan membantu syarikat tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah walaupun sebenarnya perbuatan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal prinsipal.

    Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 24 November 2023 dan 5 Mac 2024

    Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah kemudian membenarkan Albert diikat jamin 70,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sekali sebulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

    Tarikh 8 Januari ini ditetapkan bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/albert-tei-tidak-mengaku-beri-rasuah-pada-shamsul-iskandar-lebih-rm176000/

  • Air pasang besar di Terengganu hingga 10 Disember

    Air pasang besar di Terengganu hingga 10 Disember

    KUALA TERENGGANU – Penduduk 41 perkampungan yang terletak di 12 muara sungai di lima daerah di Terengganu berisiko kembali dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar selama seminggu sehingga Rabu depan.

    Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah berkata, ia melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun Marang dan Setiu.

    Beliau berkata, kesemua 41 penempatan tersebut berisiko dilanda banjir sekiranya hujan lebat berterusan bertembung dengan fenomena air pasang besar sepanjang tempoh tersebut.

    “Lokasi berisiko yang dikenalpasti di Kuala Terengganu ialau Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai, Taman Purnama, Kampung Pulau Rusa, Kampung Sekati dan Kampung Pulau Ketam.

    “Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Tanjung Gelam di Kuala Nerus juga berisiko banjir,” katanya di sini hari ini.

    Osman berkata, pemantauan juga dilakukan di Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara, Kg Che Lijah, Kampung Alor Makbah dan Kampung Bijangga, Dungun.

    Beliau berkata, kawasan lain di Dungun yang turut dikhuatiri terjejas ialah Kampung Sungai Buaya, Kampung Sura, Kampung Kuala Paka, Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah dan Kampung Durian Mentangau.

    “Bagi daerah Marang pula, lokasi berisiko ialah Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang, Kampung Mercang, Kampung Pulau Rusa Baru.

    “Selain itu, Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikiri dan Kampung Telaga Papan juga dikhuatiri terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/air-pasang-besar-di-terengganu-hingga-10-disember/

  • ‘Tak perlu gusar, tiada band ahlinya tersusun sampai mati’

    ‘Tak perlu gusar, tiada band ahlinya tersusun sampai mati’

    KUALA LUMPUR – Vokalis Wings, Datuk Awie sudah berlapang dada dengan pengunduran dua anggota kumpulan tersebut iaitu Eddie dan Black beberapa hari sebelum ulang tahun Konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi yang berlangsung baru-baru ini.

    Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 57, perpecahan yang berlaku dalam sebuah kumpulan adalah perkara biasa terjadi di seluruh dunia.

    “Perpecahan kumpulan berlaku di seluruh dunia. Tak ada satu band pun yang orangnya tersusun sampai mati.

    “Jadi ini biasa dan tak perlu digusarkan dan tiada apa yang perlu digusarkan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Sembilu The Reunion Live in Concert, di sini.

    Tambahnya lagi, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan Black dan Eddie yang pernah susah dan senang bersama Wings selepas keduanya memilih meninggalkan kumpulan tersebut.

    “Sepatutnya saya tak perlu beritahu apa doa saya. Saya sentiasa doakan mereka berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan, rezeki melimpah.

    “Orang tak perlu tahu doa saya sebenarnya, tapi hari ini saya bagi tahu. Setiap sujud saya, mereka dalam doa saya,” katanya lagi.

    Ucapan penuh kiasan itu disampaikan Awie pada segmen terakhir konsert anjuran Rumah Produksi Merah (RPM) yang berlangsung di Idea Live Arena, PJ.

    “Tak ada apa-apa. Sebenarnya itu senarai lagu saja. Kebetulan, senarai lagu dalam Wings tu ada lagu sebegitu kan. Jadi, saya cuma meluahkan sedikit rasa hati yang melalui lagu-lagu itu.

    “Kebetulan, lillahi Taala saya tidak menyusun. Bila kita susun senarai lagu tu kan, tiba-tiba eh… macam kena je. Ha itu je, tak ada apa-apa. Tak ada lebih daripada itu, katanya.

    Terdahulu Eddie yang merupakan pemain bass dan Black (dram) mengumumkan secara rasmi meninggalkan Wings pada 8 Oktober 2025. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/tak-perlu-gusar-tiada-band-ahlinya-tersusun-sampai-mati/

  • Perkeso perjelas keperluan baharu di bawah RUU Pindaan Sistem Insurans Pekerjaan

    Perkeso perjelas keperluan baharu di bawah RUU Pindaan Sistem Insurans Pekerjaan

    KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berhubung pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) melibatkan kewajipan majikan memaklumkan kekosongan jawatan atau pewujudan jawatan baharu.

    Perkeso menegaskan, bahawa penguatkuasaan terhadap pindaan mengenai seksyen 45F Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan 2025) hanya akan dilaksanakan selepas sesi urus bersama wakil-wakil majikan dan pihak berkepentingan terutama perusahaan kecil dan sederhana (SME).

    “Pelaksanaan terperinci hanya akan bermula selepas mengambil kira semua maklum balas daripada sesi libat urus tersebut. Bagi memastikan peralihan yang teratur dan tidak membebankan majikan, Perkeso akan melaksanakan moratorium penguatkuasaan sehingga dua tahun, khususnya bagi membantu perusahaan kecil dan mikro menyesuaikan diri dengan keperluan baharu ini.

    “Dalam tempoh ini, fokus adalah kepada pendidikan, libat urus dan pematuhan secara berfasa dan sukarela, bukan penalti.

    “Proses memaklumkan kekosongan jawatan adalah mudah, ringkas dan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal MYFutureJobs. Apabila jawatan diisi, maklumat tersebut boleh dikesan secara automatik melalui pendaftaran pekerja baharu dan caruman majikan melalui portal dalam talian Perkeso, sekali gus mengurangkan beban pentadbiran majikan,” jelasnya.

    Pindaan ini bukan bertujuan menghukum, tetapi Perkeso menjelaskan ia adalah untuk menambah baik ekosistem pekerjaan negara dalam memberi akses maklumat peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya pencari kerja dapat melihat peluang yang wujud secara telus dan teratur.

    “Selain itu, ia juga berupaya membantu majikan memadankan pekerjaan dengan tenaga kerja yang sesuai, sekali gus meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos pengambilan.

    “Seterusnya ia akan memberi gambaran pasaran buruh negara yang tepat, semasa dan teratur, bagi membolehkan kerajaan merangka dasar pekerjaan dan latihan kemahiran berdasarkan data sebenar.

    “Kesemua matlamat ini adalah asas untuk memastikan pasaran buruh negara menjadi lebih dinamik, responsif dan mampan,” ujar Perkeso.

    Sementara itu, Perkeso akan mengadakan siri townhall dan sesi libat urus menyeluruh bersama kumpulan majikan, persatuan industri dan pengamal sumber manusia selepas sesi Dewan Negara bagi menerangkan mekanisme pelaksanaan dan mendapatkan maklum balas industri.

    Perkeso kekal komited memastikan pelaksanaan pindaan ini adil, seimbang dan menyokong perkembangan ekonomi serta pasaran kerja negara.- KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/perkeso-perjelas-keperluan-baharu-di-bawah-ruu-pindaan-sistem-insurans-pekerjaan/

  • [TERKINI] Jalan Tun Razak ke WTC banjir, air tahap pinggang

    [TERKINI] Jalan Tun Razak ke WTC banjir, air tahap pinggang

    KUALA LUMPUR – Hujan lebat kira-kira sejam petang tadi sudah cukup untuk menenggelamkan beberapa kawasan utama di ibu kota apabila banjir kilat setinggi pinggang dilaporkan di sekitar Bulatan Pahang, Jalan Tun Razak hingga ke WTC Kuala Lumpur.

    Tinjauan menerusi beberapa siaran langsung di media sosial mendapati limpahan air terjadi begitu pantas, menyebabkan jalan utama menuju Titiwangsa dan kawasan sekitar sesak teruk serta sukar dilalui.

    Lebih mencemaskan, satu siaran langsung di TikTok menunjukkan tebing sungai berhadapan bangunan Plaza Permata, Titiwangsa pecah, menyebabkan air mengalir deras ke kawasan sekitar walaupun hujan telah reda.

    “Hujan satu jam dari pukul 5 hingga 6 petang tadi menyebabkan tebing sungai pecah. Beberapa kedai makan dan warung di hadapan bangunan JKR tenggelam. Kami terpaksa bermalam di pejabat malam ini, jalan pun jem teruk,” kata seorang pengguna TikTok.

    Difahamkan banyak kenderaan sudah hanyut dan tenggelam akibat arus deras, manakala laluan utama menuju Ampang turut lumpuh dengan trafik sangat perlahan.

    Keadaan banjir ketika ini masih dipantau pihak berkuasa.— KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/04/terkini-jalan-tun-razak-ke-wtc-banjir-air-tahap-pinggang/