Category: JNJ-MEDIA

  • 深夜闯酒类专卖店 浣熊醉倒在厕所

    深夜闯酒类专卖店 浣熊醉倒在厕所

    一只浣熊深夜闯入酒类专卖店,结果疯狂饮酒后,最终醉倒在厕所,网民都笑说这浣熊酒品很好,喝醉后还懂得找厕所。

    根据美国汉诺瓦郡动物保护与收容中心的脸书专页帖文,该中心在11月29日凌晨接获一家酒类专卖店的求助电话,赶到现场后,发现发现店内多排货架被推翻,满地碎酒瓶。

    经过一番搜寻,该中心员工终于在厕所发现这名“肇事者”,原来是一只浣熊,他直接趴厕所地上昏睡,相信是喝了不少专卖店的酒。

    员工哭笑不得地将这只“宿醉浣熊”带回收容中心,几小时后浣熊才醉醒,身体状况良好,最终被放回野外。

    网民都笑说,这浣熊酒品还不错,至少它还懂得找厕所,有些人喝醉后连厕所都找不到。

    也有网民自嘲说:“谁没在狂欢夜后倒在厕所睡觉呢?这浣熊根本就是我本人!”

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1723211

  • 网传佳日星争执视频 曹观友吁议员管理情绪

    网传佳日星争执视频 曹观友吁议员管理情绪

    针对网传槟州第二副首长佳日星与砍树工友发生争执的视频,槟州首长曹观友希望所有州议员在处理类似课题时,能保持良好的情绪管理。

    他週三傍晚出席“2025年亚洲水技术展”后,就此事接受媒体访问时,如是指出。

    曹观友说,据他了解,槟州地方政府事务行政议员方美铼、槟州基本设施委员会主席再里尔,以及槟岛市长拿督拉詹德兰,已会见相关承包商以了解事情的来龙去脉。

    “他们也已向相关工人表达歉意,并希望对方能够接受。”

    他指出,事件中可能确实存在疏失,例如为何道路会被完全封闭而没有预留通道;这属于执行工程时的程序缺漏,需要重新检讨。

    他强调,这确实为附近居民带来不便,尤其是在长时间内完全没有通路,这一点必须受到关注。

    无论如何,他重申,希望所有民选代表在处理类似课题时,都能具备良好的情绪管理。

    佳日星今午也已发文告回应此事,并坦承本身情绪激动。

    他表示,主要是不满承包商的大型吊车完全堵住主要道路,造成数千居民无法出入。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1723222

  • Lelaki terselamat kereta dipandu jatuh gaung akibat tanah runtuh di Gua Musang – Lojing

    Lelaki terselamat kereta dipandu jatuh gaung akibat tanah runtuh di Gua Musang – Lojing

    GUA MUSANG 3 Dis – Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer 45, Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Pos Blau di sini, awal pagi tadi, namun mangsa bernasib baik apabila berjaya diselamatkan.

    Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, mangsa dipercayai melalui laluan yang sudah ditutup sejak jam 12 tengah malam sebelum kenderaannya terjatuh ke dalam gaung di kawasan tanah runtuh terbabit.

    Insiden itu hanya disedari apabila seorang pekerja Roadcare (M) Sdn Bhd yang sedang menjalankan pemantauan terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dari dalam gaung.

    Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang menuju ke Pasir Putih, Gua Musang ketika kemalangan itu berlaku.

    Mangsa yang berjaya diselamatkan anggota bomba kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk mendapatkan rawatan awal.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12889

  • UTM sedia bantu siasatan kes bunuh pelatih PALAPES Syamsul Haris, tidak akan lindung sesiapa

    UTM sedia bantu siasatan kes bunuh pelatih PALAPES Syamsul Haris, tidak akan lindung sesiapa

    JOHOR BAHRU 3 Dis – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan kesalahan membunuh.

    Dalam satu kenyataan, UTM memaklumkan pihak universiti akan membantu siasatan lanjut yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kes berkenaan.

    Universiti itu turut menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kematian pelatih terbabit.

    “UTM sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan bagi memastikan keadilan ditegakkan.

    “UTM juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon semua pihak termasuk warga universiti dan orang awam, tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berlangsung,” katanya di sini hari ini.

    Semalam, AGC mengarahkan kes kematian Allahyarham Syamsul Haris diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Arahan berkenaan dibuat berdasarkan laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM mengenai kematian pelatih itu.

    Menurut rekod, Syamsul Haris, 22, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram, Johor.

    Jenazahnya dikebumikan keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

    Pada 30 Ogos, bedah siasat kedua dijalankan terhadap jasad Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dikebumikan semula pada hari sama di tanah perkuburan berkenaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12891

  • Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF

    Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF

    KUALA LUMPUR 3 Dis – Kerajaan belum membuat keputusan muktamad untuk menggantikan skim subsidi sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad, sebaliknya sedang menjalankan penelitian secara menyeluruh terhadap cadangan berkenaan.

    Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah memastikan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar sebagai asas kepada usaha menyediakan bantuan serta subsidi secara bersasar.

    Menurutnya, meskipun kaedah agihan bantuan masih dalam fasa penelitian, pelaksanaan bantuan kerajaan kini sudah beralih kepada sistem digital bersepadu bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan.

    “Ia membabitkan pengagihan bantuan kerajaan selain proses pembayaran bantuan secara Pindahan Dana Elektronik (EFT) yang membolehkan bantuan kewangan tunai disalurkan terus ke akaun bank penerima.

    “Kerajaan komited dalam memantau situasi semasa dan memastikan skim subsidi sedia ada dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, berhubung pertimbangan kementerian untuk menggantikan skim subsidi dengan bantuan sosial berasaskan MyKad, susulan kejayaan mekanisme pengagihan SARA.

    Mengulas lanjut, Hui Ying menjelaskan penggunaan MyKad berpotensi membantu kerajaan memantau pelaksanaan bantuan secara lebih berkesan serta memastikan hanya golongan benar-benar layak menerima subsidi.

    Katanya, MyKad berfungsi sebagai pengesahan identiti bagi memastikan bantuan kerajaan disalurkan kepada warganegara Malaysia yang menepati syarat kelayakan.

    Tambah beliau, peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA setiap tahun mencerminkan kesungguhan kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.

    “Pada tahun ini, sebanyak RM13 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding hanya RM10 bilion pada 2024.

    “Bantuan kewangan ini khususnya SARA merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya.

    Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan bersasar itu memberi kesan limpahan kepada ekonomi, khususnya peniaga kecil dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

    Katanya, perbelanjaan golongan sasar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mencatat 5.9 peratus pada suku kedua tahun lalu.

    “Ia membabitkan gabungan pasaran buruh yang kukuh, kadar pengangguran dan inflasi yang rendah serta bantuan kewangan bersasar telah meningkatkan kuasa membeli isi rumah,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12892

  • Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan

    Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan

    PUTRAJAYA 3 Dis – Tindakan tegas diambil terhadap seorang individu yang membuat ancaman bom palsu membabitkan sebuah penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, petang semalam, apabila suspek berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

    Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ancaman itu dikesan pada jam 5.32 petang, beberapa minit sebelum pesawat berkenaan dijadualkan berlepas, sekali gus mencetuskan pelaksanaan prosedur kecemasan oleh pasukan keselamatan penerbangan.

    “Tindakan pantas pasukan keselamatan dan kerjasama pihak berkuasa memastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses pemeriksaan.

    “Pesawat berkenaan kemudian dibenarkan berlepas dengan baki penumpang pada jam 7.19 malam selepas pihak keselamatan penerbangan bersama PDRM dan Unit Pemusnah Bom menjalankan penilaian menyeluruh di lokasi,” menurut syarikat itu.

    Pemeriksaan selesai pada jam 8.58 malam selepas pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat dan ancaman yang diterima adalah palsu, selain mengesahkan operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

    Dalam kenyataan sama, Malaysia Airports mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mengeluarkan ancaman palsu, termasuk membabitkan bom, merupakan kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12893

  • Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok

    Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok

    PUTRAJAYA 3 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei, akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan kes rasuah membabitkan mereka selesai sepenuhnya.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua individu itu akan berdepan lima pertuduhan setiap seorang membabitkan dua mahkamah berasingan, iaitu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

    “Saya ingin memaklumkan siasatan sudah lengkap dan SPRM mendapat arahan untuk mendakwa Albert Tei dan Datuk Seri Shamsul Iskandar.

    “Kedua-duanya akan dituduh dengan masing-masing lima pertuduhan dengan Albert Tei mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009, manakala Shamsul Iskandar mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

    “Empat pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur esok, manakala satu lagi akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, dijangka Jumaat ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Azam berkata, seorang lagi individu, Sofia Rini Buyong, yang turut ditahan sebelum ini dan dibebaskan dengan jaminan SPRM, tidak akan didakwa sebaliknya akan dijadikan saksi bagi membantu siasatan.

    Katanya, seramai 32 saksi sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan dalam siasatan kes berkenaan, dan kesemua mereka akan dimaklumkan sekiranya dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

    “SPRM mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan segera hasil laporan sebuah portal media dan kertas siasatan dibuka pada 26 November lalu kerana kes ini dikategorikan sebagai kes berkepentingan awam.

    “Kes ini membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri dan mendapat liputan meluas daripada semua pihak sama ada di dalam negara serta mungkin di luar negara,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan tiga individu termasuk Shamsul Iskandar ditahan SPRM pada Jumaat lalu, selain Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing dan seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong.

    Susulan penahanan itu, Shamsul Iskandar dan Tei masing-masing direman selama enam hari, manakala Sofia Rini direman selama empat hari.

    Azam turut mengesahkan bahawa Tei dikenal pasti sebagai individu utama dalam siasatan kes terbabit.

    Katanya, SPRM juga telah mengeluarkan notis Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah terhadap Tei, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa menyiasat untuk menyekat hak individu disiasat daripada berhubung dengan peguam atau mana-mana pihak lain.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12894

  • ‘Ada bukti CCTV, kamera badan’ – SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei

    ‘Ada bukti CCTV, kamera badan’ – SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei

    PUTRAJAYA 3 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menafikan sebarang dakwaan berlaku salah laku melibatkan pegawainya semasa operasi serbuan dan penahanan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei, baru-baru ini.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memiliki pelbagai rakaman visual termasuk video yang dirakam oleh anggota yang bertugas serta rakaman kamera badan sebagai bukti bagi menafikan tuduhan tersebut.

    Beliau berkata, semua bukti diperoleh secara sah mengikut undang-undang dan akan dikemukakan sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.

    “Pegawai kami dilengkapi pelbagai alat rakaman dan semuanya direkodkan. Kami turut memiliki rakaman litar tertutup (CCTV) dari rumah (Albert Tei) berkenaan dan ia juga sudah diserahkan kepada polis.

    “Rakaman ini akan menolak semua dakwaan (tidak berasas) yang dibuat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12895

  • Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang

    Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang

    KUALA LUMPUR 3 Dis – Hutang kad kredit rakyat Malaysia terus mencatat paras membimbangkan apabila jumlah keseluruhannya mencecah RM50.7 bilion setakat September lalu, mencerminkan tekanan kewangan isi rumah yang kian meruncing seiring peningkatan kos sara hidup dan trend pembelian secara kredit.

    Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, daripada jumlah itu, RM551.8 juta merupakan tunggakan yang belum dijelaskan oleh pemegang kad, sekali gus menunjukkan tahap risiko kredit yang semakin ketara dalam kalangan pengguna.

    Menurut beliau, peningkatan mendadak pembelian dalam talian menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan hutang, dengan penggunaan kad kredit dan skim Buy Now Pay Later (BNPL) semakin meluas dalam urus niaga e-dagang.

    “Kad kredit dan kad caj masih menjadi instrumen pembiayaan pengguna yang paling banyak digunakan, terutama untuk pembelian dalam talian,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Dalam pada itu, Lim turut mendedahkan jumlah hutang melalui skim BNPL kini mencecah RM4.2 bilion dengan tujuh juta akaun aktif direkodkan di seluruh negara, mencerminkan pergantungan tinggi pengguna kepada kemudahan bayaran tertangguh.

    Katanya lagi, sebanyak RM147.7 juta atau 3.5 peratus daripada jumlah hutang BNPL merupakan bayaran tertunggak, membabitkan 185,465 pemegang akaun yang gagal melunaskan bayaran mengikut jadual.

    Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah proaktif melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025 yang dijadual berkuat kuasa hujung tahun ini bagi mengawal selia syarikat penyedia BNPL.

    “Akta ini akan meletakkan tanggungjawab kepada penyedia BNPL untuk menilai keupayaan kewangan pengguna sebelum kelulusan diberikan,” katanya.

    Beliau menjelaskan langkah tersebut penting bagi mengekang pengguna daripada terjerat dengan komitmen kewangan yang melebihi kemampuan, yang bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah berpotensi menggugat kestabilan ekonomi negara.

    Kerajaan, kata beliau, kekal komited untuk memantau tahap hutang isi rumah dan pada masa sama memastikan rakyat terus dilindungi melalui mekanisme kawal selia yang lebih kukuh dalam sektor pembiayaan pengguna.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12896

  • Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun

    Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun

    KUALA LUMPUR 3 Dis – Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.

    Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut kenyataan itu, selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul turut akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang kini dalam peringkat penelitian sebelum diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri.

    Tengku Zafrul sebelum ini menyandang jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, namun menamatkan perkhidmatan dalam Kabinet susulan tempoh sebagai Senator yang berakhir semalam.

    Terdahulu, beliau memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung kesediaannya untuk terus menyumbang kepada pentadbiran kerajaan dalam apa jua kapasiti meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet.

    Pelantikan itu dilihat sebagai langkah strategik bagi memastikan kesinambungan hala tuju pelaburan negara, khususnya dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dan berimpak besar kepada pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12899