Category: JNJ-MEDIA

  • Bebas, tapi sebenarnya Leona selalu ‘dilarang’

    Bebas, tapi sebenarnya Leona selalu ‘dilarang’

    BIJAK, peramah dan pandai bawa diri membuatkan pempengaruh Kasih Iris Leona mudah diterima ramai.

    Bukan hanya di konsert Housboom yang berlangsung baru-baru ini, anak kepada aktor senior, Azhar Sulaiman itu juga turut beraksi di atas pentas konsert GenKRU The Finale: One More Time pada 22 November lalu.

    Namun, nampak sahaja hidup Leona macam penuh dengan kebebasan, nak buat apa, buatlah. Cuma seperkara yang indah, Leona sebenarnya hidup dalam nasihat dan teguran-teguran si bapa. Sudah masak dengan ‘permainan’ industri Azhar tetap berpesan kepada Leona agar menjaga lisan dengan tidak membalas teguran atau menjawab kata-kata orang sekeliling.

    Sayu pula Diva dengar pesanan sebegitu. Iyalah, dalam era sekarang kalau ditegur mesti kita rasa perlu menjawab. Sebab nak kena bersuara kononnya.

    Tapi bintang filem Abang 92 itu nyata kental dengan didikan orang dulu-dulu, bila ditegur jangan menjawab. Itu biadab.Respek!

    DIVA: Menyampah pula tengok sikap seorang artis muda yang tidak sedar diri.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/bebas-tapi-sebenarnya-leona-selalu-dilarang/

  • Liverpool tak sanggup kalah kali ke-10

    Liverpool tak sanggup kalah kali ke-10

    LONDON – Cerita mengenai masa depan pengurus Liverpool, Arne Slot di Anfield kekal membayangi persiapan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk berdepan satu lagi cabaran menentang West Ham United di Stadium London malam ini.

    Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu tidak mahu terkesan dan menuntut reaksi daripada pemain supaya mencari ‘hadiah’ buat diri sendiri dengan mengembalikan kemenangan kepada pasukan.

    Bagi Slot, beliau lebih selesa untuk cuba menghidupkan cerita lebih positif ke dalam pasukan dan mahu segala perancangan dilakukan sekarang dapat dilaksanakan dengan cara lebih betul.

    “Adalah bagus untuk kami memberikan ‘ganjaran’ kepada diri sendiri dengan bermain baik dan itulah yang kami sedang lakukan. Kami juga sedang fokus untuk memperbaiki segala kesilapan.

    “Ada sebahagian daripada permainan yang mana kami sebenarnya mampu bermain dengan baik apabila mencipta banyak peluang. Namun, kami seperti lupa untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri.

    “Kami tidak boleh lagi terus mengulangi kesalahan kerana setiap kesilapan kecil akan menghukum kami,” katanya.

    The Reds mengalami kekalahan kesembilan daripada 12 perlawanan, enam daripadanya dalam saingan EPL sekali gus menjadikan aksi menentang West Ham kali ini dianggap penting bagi mengelak pasukan terus jatuh ke situasi lebih sukar. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/liverpool-tak-sanggup-kalah-kali-ke-10/

  • Paludarium pilihan dekorasi, siap berkabus-kabus bak hutan hujan sebenar!

    Paludarium pilihan dekorasi, siap berkabus-kabus bak hutan hujan sebenar!

    KETIKA mengunjungi sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor, mata wanita itu tertarik dengan sebuah paludarium di satu premis menjual tumbuh-tumbuhan. Ingin mengetahui tentang gubahan ekosistem hutan hujan mini itu yang dilihat menarik, dia kemudian cuba bertanya kepada pekerja kedai, namun jawapan yang diberi tidak memuaskan hati. Kata wanita itu, Abby Nur Ashikin, bagi mendapatkan informasi lanjut tentang paludarium, dia membuat rujukan secara dalam talian. “Sejak melihat paludarium itu, saya asyik teringat akan keindahan dan kecantikannya bak hutan sebenar, siap……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/paludarium-elemen-dekorasi-siap-berkabus-kabus-bak-hutan-hujan-sebenar/

  • ‘Move on’ adalah penerimaan, keikhlasan – Afifah

    ‘Move on’ adalah penerimaan, keikhlasan – Afifah

    PETALING JAYA – Diuji dengan kemelut rumah tangga, isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Tawfek berkongsi tentang meneruskan hidup ke fasa baharu dengan hati terbuka.

    Tambah Afifah atau lebih dikenali dengan Dr. Fie, 36, berpindah ke fasa kehidupan baharu tidak bermaksud menghapuskan apa yang pernah terjadi, sebaliknya menerima takdir dengan hati yang lebih tenang.

    “‘Move on’ bukan menghapuskan, bukan padam tapi adalah penerimaan dan keikhlasan.

    ‘Move on’ bukan menghapuskan, bukan padam tapi penerimaan, keikhlasan’

    “Jatuh tak apa, jangan jauh. Jangan cipta ruang menjauhkan diri dari Allah.

    “Kita ada Allah, bila berdamai, dia mendekatkan,” katanya dalam Threads.

    Ramai yang menyukai kenyataan doktor gigi bertauliah itu sambil mendoakan yang terbaik dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

    “Seronoknya ayat Dr. Fie. Saya pun kena ‘move on’ dari kisah silam yang sakit tapi kadang-kasang tersangkut juga,” kata peminat.

    “Suka dengan ayat Dr. Fie. Semoga Allah gandakan kesabaran dan pahala yang berganda-ganda, bila kita senang atau susah, ingatlah Allah selalu,” ujar netizen.

    “Dr. Fie yang manis, tetaplah kuat melangkah walau lelah dan dengan air mata kerana hidup ini adalah perjuangan serta ujian,” tutur pengikut.

    Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

    Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember depan bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr. Fie. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/move-on-adalah-penerimaan-keikhlasan-afifah/

  • Edry KRU ‘pengsan’ 3 hari 3 malam

    Edry KRU ‘pengsan’ 3 hari 3 malam

    KUALA LUMPUR – Memberi persembahan penuh tenaga dalam konsert GenKRU The Finale: One More Time pada 22 November lalu, anggota KRU, Edry Abdul Halim, mengakui terpaksa mengundur diri seketika untuk berehat selepas tubuhnya benar-benar ‘habis dibayar’ kepada pentas.

    Ujar Edry, 48, sebaik sahaja selesai konsert, tubuhnya terus meminta rehat tanpa kompromi.

    “Tiga hari selepas konsert saya hanya tidur siang dan malam. Itu bukan letih biasa, itu keletihan ekstrem. Stamina saya okey, kesihatan pun tiada masalah, cuma pernafasan malam tu beri kesan besar.

    “Saya pun terlupa nak simpan ‘bateri’ sikit untuk malam itu. Kalau telefon tinggal satu peratus, memang susah nak guna, sama juga dengan badan saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

    Tambah Edry, faktor persembahan di tempat terbuka serta penggunaan mesin asap antara punca tubuhnya hampir tumbang di atas pentas.

    “Kami dah buat banyak latihan dalam studio, tapi bila tiba malam konsert suasananya jauh berbeza. Persekitaran itu ganggu fokus dan pernafasan saya.

    “Saya tak bersedia untuk impak sebenar, ditambah dengan mesin asap, memang beri tekanan. Dua lagu terakhir saya masih bertahan sebab saya fikir, ini konsert terakhir, belanja sajalah.

    “Sampai habis semua okey, tapi bila masuk segmen ‘lucky draw’, saya dah nampak bintang. Habis saja segmen tu, saya pitam,” ujarnya pada majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Ke-37 (ABP37), di sini, baru-baru ini.

    Edry mengakui fikirannya turut terganggu memikirkan bapanya, Abdul Halim Kamal, yang masih dirawat di hospital.

    “Saya nak balik pun serba salah. Sudah masuk minggu keempat, ayah masih di hospital sebab belum pulih sepenuhnya akibat jangkitan kuman.

    “Kita ini walaupun dah besar, tetap risau bila dapat berita pasal keluarga. Bila jadi macam ini, perkara lain tak penting, ayah yang paling penting sekarang. Harap dia sembuh sepenuhnya,usia dia pun dah 85 tahun, jadi proses pemulihan agak perlahan.

    “Perkara yang saya paling takut ialah dapat panggilan ketika saya berada di luar negara. Itu yang saya risaukan, tapi kita doa yang terbaik,” luahnya.

    Terdahulu, Edry mengalami kekejangan otot serta muntah selepas turun dari pentas konsert.

    Dia tidak hadir pada awal sidang media kerana terlalu lemah, namun tetap menggagahkan diri bertemu wartawan dalam keadaan berpapah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/edry-kru-pengsan-3-hari-3-malam/

  • Toyota Alphard, Vellfire antara 200 kenderaan ‘lemas’ banjir Hatyai

    Toyota Alphard, Vellfire antara 200 kenderaan ‘lemas’ banjir Hatyai

    BUKIT KAYU HITAM – Proses mengeluarkan lebih 200 kenderaan milik rakyat Malaysia yang rosak akibat ditenggelami banjir di Hatyai, Thailand berdepan kesukaran apabila sebahagiannya terbalik serta beralih dari kedudukan asal.

    Pengusaha trak tunda, Mohd. Akmal Aniq Shahabuddin berkata, operasi menunda dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan Thailand dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia pada petang semalam.

    Katanya, kenderaan yang telah ditunda antaranya Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Jaecoo dan Perodua Myvi.

    “Proses menunda kenderaan agak sukar kerana ada kenderaan terbalik, beralih kedudukan kerana dihanyutkan air selain terhalang dengan kenderaan lain.

    “Selain itu, banyak juga kenderaan yang masih berada di aras bawah tanah tempat letak kenderaan hotel yang masih digenangi air,” katanya ketika ditemui di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

    Menurutnya lagi, proses menaikkan kenderaan ke atas trak tunda perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan.

    “Semua kenderaan yang tenggelam dalam banjir ini enjinnya tidak boleh dihidupkan. Lebih sukar bagi kenderaan yang banyak menggunakan sistem elektronik kerana tayar terkunci secara automatik.

    “Bagi kenderaan yang tenggelam sepenuhnya, kita perlu menggunakan tayar sokongan kecil untuk menaikkannya ke atas trak tunda bagi melindungi kotak gear. Proses ini mengambil masa antara 15 minit hingga lebih sejam,” ujarnya.

    Jelasnya, pihaknya turut menguruskan segala dokumentasi yang diperlukan bagi melepasi pemeriksaan Kastam Thailand.

    Sementara itu, pengusaha insurans FTC Al Fauzan Thailand Insurance (FTC), Mohd. Uzair Mohamad Daud berkata, pihaknya bersama Travelthai.my membantu menguruskan proses membawa keluar kenderaan menggunakan 15 trak tunda yang diluluskan kerajaan Thailand dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia.

    Katanya, mengikut undang-undang sedia ada, trak tunda Malaysia tidak boleh mengambil sebarang kenderaan di Thailand termasuk sehingga ke Hatyai.

    “Setakat ini hanya 15 trak tunda dari Malaysia dibenarkan menunda kenderaan dari Hatyai dan dijangka mengambil masa kira-kira seminggu. Namun begitu, kami akan memohon lebih banyak trak tunda untuk masuk bagi membantu mengeluarkan kenderaan yang masih banyak tersadai di sana,” katanya.

    Menurutnya lagi, pihaknya akan membantu menguruskan proses dokumentasi untuk membawa keluar kenderaan tanpa perlu pemilik hadir.

    “Namun, pemilik perlu menyediakan semua dokumen diperlukan termasuk geran asal. Semua kenderaan akan kami kumpulkan di Bukit Kayu Hitam sebelum pemilik membuat proses tunda seterusnya ke lokasi masing-masing,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/lebih-200-kenderaan-rosak-di-hatyai-sukar-dikeluarkan/

  • Misteri wanita cantik ketika blind date

    Misteri wanita cantik ketika blind date

    BIARPUN sudah hampir tujuh tahun berlalu, namun peristiwa seram itu masih tidak dapat dilupakan oleh Sani (bukan nama sebenar). Cerita Sani, pada suatu malam, dia memberanikan diri untuk melakukan janji temu (blind date) dengan seorang wanita yang dikenalinya dalam satu aplikasi popular. Ujarnya, dia teringin berjumpa dengan wanita dikenali sebagai Kira itu kerana ingin melihatnya secara depan-depan, dan bukannya dalam skrin saja. Membuka bicara mengenai kejadian di Selatan tanah air, cerita Sani, dia sampai di sebuah kafe kecil di tepi……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/30/misteri-wanita-cantik-ketika-blind-date/

  • 各大航空连夜检修空中巴士 逢假日交通影响有限

    各大航空连夜检修空中巴士 逢假日交通影响有限

    空中巴士要求立即检修6000架A320系列客机,全球航班可能因此大乱,不过各大航空连夜赶工加上适逢感恩节假期,大多数公司29日表示检修完成或接近完成,航班营运未受重大影响。

    综合法新社与路透社报道,欧洲最大飞机制造商空中巴士28日晚间宣布在美国发生技术故障事件后,A320系列相关机型若不更新软体,不得营运飞行。外界担心恐有数百架飞机将长期停飞。

    不过,多家欧洲主要航空公司表示,实际上航班取消的情况极少或并未出现,尽管在拉丁美洲及亚洲,情况似乎较为严峻。

    路透社指出,这可能是空巴成立55年最大规模召修事件。空巴执行长佛喜坦言,这项修正“确实带来重大后勤挑战与延误”,但强调各航空公司正日以继夜,确保所需更新“能以最快速度完成,让飞机尽快重返蓝天”。

    佛喜于社媒发文:“我要诚挚向所有受影响航空公司客户与乘客致歉。但我们认为,没有什么比飞行安全更重要。”

    今年10月捷蓝航空(JetBlue)一架班机发生技术故障,空中巴士28日指示客户采取“立即预防措施”。此故障牵涉强烈的太阳辐射,恐会破坏对飞行控制至关重要的数据。

    各大航空公司彻夜检修,将亚洲与欧洲航班延误情形控制在最低程度,避免旅客输运的最糟情况发生。对于感恩节假期结束后将迎接人潮的美国,美国运输部长达菲表示,受影响的空中交通“已有重大进展,可望于30日午夜前按时完成修复。”

    全日空(ANA)营运的空中巴士A320数量为日本之冠,这家日本最大航空公司及其附属的乐桃航空,29日取消95个航班,影响1万3500名旅客;至于它的竞争对手日本航空主要使用波音飞机,未使用空中巴士A320机型。

    全球最大A320机型营运商美国航空表示,旗下480架A320中有209架需要调整,数量低于原先预估,多数预计30日可完成。

    法国交通部长塔巴罗接受访问时表示,制造商已于28日起陆续完成逾5000架飞机的调整作业。

    他说,实际上需要较长时间维修的飞机数量,恐远低于原先估计的1000架。

    塔巴罗补充说,“我们一度担心多达千架的飞机须要调整,目前看来仅剩百余架需要更长的作业时间。”(新闻出处:中央社)

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721796

  • 安华:沙州要求真正变革 团结政府尊重选民讯息

    安华:沙州要求真正变革 团结政府尊重选民讯息

    首相拿督斯里安华表示,团结政府完全尊重沙巴州选民在州选中所抛出的明确而坚定的讯息。

    “州选民要求真正的变革,长期以来,他们几乎受到来自半岛或沙巴本身不公平的对待和忽视。“

    安华在脸书撰文恭贺沙巴州首席部长拿督斯里哈芝芝。

    “在过去3年,我们努力解决所遗留下来的问题,包括与沙巴州利益相关的诉求与权益。在这段短时间内,在与1963年马来西亚协议(MA63)相关的事宜上,明显在数项议题中我们取得进展。”

    他表示,团结政府将坚定走在改革道路上,致力于打造一个公平、公正、繁荣且不再被边缘化的沙巴。

    他强调,沙巴人民的声音是一份重要托付,政府必须以高度责任心承担。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721918

  • 城市翻新法准备好重呈国会 倪可敏:等待首相亮绿灯

    城市翻新法准备好重呈国会 倪可敏:等待首相亮绿灯

    房屋及地方政府部长倪可敏表示,房地部已经做好准备重新提呈《城市翻新法案》到国会下议院进行二读,目前等待首相拿督斯里安华亮绿灯。

    他说,首相作为议会领袖,他尊重首相的决定,寻找最佳的时机重新提呈这项法案。

    “房地部已经完全做好准备,要将《城市翻新法案》重新提呈国会下议院进行二读。但是必须给议会领袖决定,在下周紧凑的国会议程中,选择最佳的提呈时机。”

    倪可敏周日(11月30日)出席第128场《城市翻新法案》对话会后,接受媒体访问时,如是指出。

    他强调,房地部并非仓促推出《城市翻新法案》,因为该法案指南早在13年前已经存在,并经历过5任部长,但没有一任部长将法案提呈国会,以便国家有更明确的条规来为人民提供保障。

    他说,房地部目前已经举办了128场的对话会,这显示了政府愿意听取人民的意见,并以开放态度接受任何的建议及批评,以寻找最佳的方案来为人民提供保障及照顾人民的福祉。

    他在致词时也指出,巫统于10月9日针对《城市翻新法案》提呈的备忘录中所提出的14项建议,部门已经全然接纳了当中的13项,并已经将这些建议列入法案当中。

    《城市翻新法案》早前一直备受争议,房地部曾在今年8月国会最后一天提呈国会进行二读,但最终因为时间限制而无法完成二读、辩论及通过。

    而原定在本次国会继续进行二读的《城市翻新法案》,至今仍未重新提呈到国会。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721903