Category: JNJ-MEDIA

  • 魏子森:135份样本违食安标准 法院判罚累计逾66万令吉

    魏子森:135份样本违食安标准 法院判罚累计逾66万令吉

    槟州卫生事务委员会主席魏子森透露,槟州在2020年至今共抽取 2485份食品样本,其中 135份不符合食品安全标准,所有违规案件已提呈副检察司采取法律行动,并由法院判罚共累计罚款66万5650令吉。

    他称,执法单位也针对市场上的食品标签要求展开检查,在同一时期充公2万8932种总值73万4935令吉的食品,所有不符标准的产品随后在槟岛市政厅及威省市政厅固体废料填埋场统一销毁。

    魏子森在回答柏玛当柏浪银州议员苏比里的书面提问时,这样表示。

    他说,州政府通过槟州卫生局实施一系列食品安全保障行动,包括定期监测与抽样检测、食品场所卫生检查、处理消费者投诉、推行食品安全保障计划、与兽医局、农业局、马来西亚渔业发展局及地方政府进行跨机构合作,强化全供应链食品安全。

    他强调,槟州政府将继续通过跨机构合作、强制性执法与持续监测 ,确保槟城市场上出售的每一项食品都安全、可靠、符合国家法规。另外,也将通过槟州卫生局持续全面监管与严格执法保障食品安全,确保消费者健康受到优先保护。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721541

  • 大马籍留台生被刺死案 母获赔41万

    大马籍留台生被刺死案 母获赔41万

    马来西亚籍台湾海洋大学陈姓学生前年11月到KTV唱歌为友人庆生,没想到与不同包厢的陌生人因开错门发生冲突,遭陈男持折叠刀砍死。

    据联合报29日报道,法官说,陈姓学生母亲省吃俭用让儿子到台湾留学,原满心期待学成归国却梦碎,白发人送黑发人,判决凶手要赔丧葬费、精神慰抚金共318万元(约41.8万令吉)给陈姓学生母亲。

    基隆地院去年8月判陈男有期徒刑11年,二审高等法院去年12月维持原判,陈姓学生母亲提出民事求偿。

    基隆地院判决指出,这起冲突发生在2023年11月14日晚间10时,陈姓学生与多名友人到仁二路凯悦KTV唱歌庆生,陈男(28岁)也与多名友人至同一KTV唱歌,彼此双方与各自同行之友人原在不同包厢内,互不认识。但唱到隔天日凌晨,陈姓学生的友人张及许男因酒后互相推闹,不慎撞进陈男包厢内,因张男不断道歉,双方并未发生冲突。

    不料,双方隔日日凌晨,先后结帐完毕至KTV楼下等候各自友人之际,又在KTV隔壁康是美门口,再因先前不慎撞入包厢一事口角,陈男持折叠刀砍刺陈姓学生腿部二刀,割断动脉,送医不治。

    ●姐姐:家里唯一出国读书的小孩

    死者姐姐审理时以网路视讯哽咽哭泣说,父亲两年前因新冠疫情期间去世,弟弟到台湾读书,原本爸爸还很开心家里唯一出国读书的小孩,想说等他毕业回来有一片大好前途,可是没想到还没毕业就发生这样的事情,让妈妈在在失去丈夫后也失去儿子,造成沉重打击。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721591

  • 【沙巴州选 – 非正式成绩】哈芝芝第9次连任 当选苏拉曼州议员

    【沙巴州选 – 非正式成绩】哈芝芝第9次连任 当选苏拉曼州议员

    沙巴第17届州选非正式成绩,看守沙巴首长拿督斯里哈芝芝诺成功第9次连任,当选苏拉曼州议员。

    另外,据马新社非正式成绩,沙巴民统党(UPKO)主席拿督依温班尼迪赢得卡达迈央(Kedamaian)州席。

    截至周六晚上7时,沙巴人民联盟 (GRS) 已赢得21个州议席、民兴党赢得11个州议席,及国阵赢得3个州议席。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721703

  • 出席最后一次内阁会议 扎夫鲁感谢同僚合作

    出席最后一次内阁会议 扎夫鲁感谢同僚合作

    出席最后一次内阁会议及内阁后会议,投资、贸易及工业部长东姑扎夫鲁感谢同僚过去基于的密切合作,并表示会继续支持贸工部在推动国家工业进步上的努力。

    东姑扎夫鲁的上议员任期将在下周届满,他昨日出席了最后一次的内阁会议及内阁后的部门会议后,在脸书连续发表两则感言。

    他说,虽然自己的任期已经结束,但他为国家继续做出贡献精神永不熄灭。

    他表示,成为内阁成员的这段征途非常有意义,他感谢首相及部长同僚们过去的密切合作。

    “我对于我们共同达成的每一个目标感到自豪。希望我们的友谊永固。”

    “若上苍允许,我们将继续为人民及国家的繁荣而奋斗。”

    东姑扎夫鲁在另一则帖文则表示,他昨日(28日)主持的贸工部第120个内阁后会议感觉非常不同,因为之后几天他将卸下部长职务。

    他感谢上苍基于他这个宝贵的机会,让他透过贸工部为国家及人民服务。

    他说,从副部长、秘书长到所有的贸工部人员,他们所展现出的非凡表现,将让他永远崇敬及珍惜。

    “谢谢一直以来的积极合作。虽然我的职责已经到了最后,但我的支持与祈祷将永远与贸工部为推动国家工业发展的努力同在。”

    “祈愿马来西亚继续繁荣昌盛。”

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1721671

  • DUN Sabah dijangka tergantung

    DUN Sabah dijangka tergantung

    PETALING JAYA – Seramai 1,760,417 pengundi biasa daripada 1,784,843 orang pemilih berdaftar yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Ini selepas sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi tentera dan pasangan serta polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa lalu.

    Jumlah tersebut termasuk 28,455 orang kurang upaya (OKU) yang turut dijangka mengundi di 940 pusat mengundi ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Bagaimanapun, keputusan PRN Sabah hari ini dijangka menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik yang bertanding mampu meraih majoriti mudah.

    Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd. Muis berkata, walaupun sentimen semasa di Sabah dilihat berpihak kepada Parti Wa­risan Sabah (Warisan), masih terdapat kawasan yang sukar dibolosi parti tersebut.

    Ujar beliau, Gagasan Rakyat Sabah (GRS) sebagai penyandang kerajaan negeri tetap memiliki kelebihan, manakala Barisan Nasional (BN) masih memiliki akar umbi dan kawasan yang sinonim dengan parti itu.

    “Warisan bergerak sebagai pembangkang yang kemas, tersusun dan satu blok. Dalam masa yang sama juga kita tahu sentimen menolak parti Semenanjung. Walaupun sentimen menyebelahi Warisan, yang kita nampak di peringkat ini pengundi masih lagi teragak-agak, masih belum solid.

    “Sentimen-sentimen yang di­sebut itu mungkin memberi ke­san kepada kawasan tertentu. Isu rasuah di kawasan luar bandar mungkin tak seberapa. Jadi kebarangkalian keputusan adalah tergantung. Ini jangkaan awal.

    “Dalam hari-hari terakhir (kempen) mungkin ada yang mampu tarik sokongan atas pagar. Jadi siapa yang boleh kekalkan undi putih dan ‘swing’ undi atas pagar akan menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

    Mengulas lanjut, Mujibu berkata, sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung, maka parti politik perlu membuat rundingan bagaimana untuk membentuk kerajaan Sabah.

    Menurutnya, di atas kertas, pembentukan kerajaan Sabah adalah lebih mudah antara GRS, Pakatan Harapan (PH) dan BN ke­rana PH boleh menjadi ‘jambatan’ untuk mendapat persetujuan BN.

    Bagaimanapun, katanya, persoalan yang perlu ditanya bagaimana jika jumlah kerusi ketiga-tiga gabungan itu tidak mencukupi sebanyak 37 kerusi untuk majoriti mudah.

    “Kalau ada blok lain dapat kerusi terbanyak, siapa pula yang mampu berunding dengan mereka. Ini menarik untuk dlihat sebab akhirnya nanti kita tahu ini akan ‘back to elite politics’,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/dun-sabah-dijangka-tergantung/

  • Kualiti madu kelulut Kampar diiktiraf saintis dunia

    Kualiti madu kelulut Kampar diiktiraf saintis dunia

    KAMPAR – Syazmil Faizal Zainudin, 28, tidak menyangka tindakan nekadnya menceburi bidang penternakan kelulut sejak 10 tahun lalu mendapat perhatian saintis dan pakar berkaitan serangga daripada Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia.

    Bapa kepada seorang anak itu diberitahu 50 sarang kelulutnya membiak dengan baik, selain menghasilkan madu berkualiti tinggi yang sesuai untuk pasaran antarabangsa.

    “Prof. David Roubik daripada Ins­titut Penyelidikan Tropika Smithsonian (STRI), Panama, AS memaklumkan bahawa kelulut saya sihat dan berkualiti tinggi ke­rana persekitaran yang sesuai.

    “Setakat ini, saya merupakan satu-satunya penternak kelulut di kawasan ini, yang dikelilingi bukit dan tanah tinggi selain mempunyai air terjun dan kaya dengan kepelbagaian flora serta fauna,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kampung Batu Berangkai, di sini semalam.

    Tambahnya, seorang lagi pakar khusus mengenai lebah, tebuan dan kelulut daripada Universitas Andalas, Sumatera Barat, Indonesia iaitu Dr. Henny Herwina pula memberitahu kadar pengeluaran madu di ladangnya lebih tinggi berbanding biasa, selain kelulut diternak tidak bersaing sesama sendiri untuk mencari makanan yang merupakan satu keunikan tersendiri.

    “Saya gemar memuat naik video dalam TikTok dan mengemas kini status di Facebook secara konsis­ten hampir setiap hari, namun tidak menyangka hantaran tersebut turut mendapat perhatian saintis terkemuka dunia.

    “Ladang saya kerap dikunjungi oleh wakil daripada universiti tempatan dan luar negara yang ingin mengkaji habitat kelulut di sini, yang seakan-akan kawasan asli serangga itu di hutan tebal,” katanya yang mengusahakan kelulut di tapak seluas 0.8 hektar.

    Menurutnya, penternakan kelulut boleh menjadi sumber pendapatan yang bersifat ekonomikal iaitu RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

    “Saya juga memperkenalkan konsep seakan-akan pengilang peralatan asal (OEM) yang mana pe­langgan boleh membeli tapak dan sarang kelulut di sini.

    “Setakat ini, terdapat kira-kira lima pelanggan dengan majoriti­nya adalah pesara kerajaan. Mereka boleh menikmati madu kelulut se­puas mungkin atau menghasilkan produk untuk jualan bagi menambah pendapatan,” katanya.

    Syazmil berterima kasih kepada Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Jabatan Pertanian Perak serta Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) yang banyak memberikan sokongan, geran dan kemudahan fasiliti.

    “MDKpr dan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar telah menyediakan akses jalan dan lampu jalan untuk kemudahan pelanggan.

    “Sementara itu, Jabatan Pertanian Perak pula memberikan geran dalam bentuk peralatan bernilai RM16,000 iaitu ketuhar dan peti sejuk. Bantuan Perak SADC pula melibatkan geran dan pinjaman tanpa faedah bagi pembinaan pejabat dan penambahan sarang kelulut,” katanya.

    Perkembangan ini selari de­ngan pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah niche daerah Kampar sebagai kawasan ekopelancongan yang berpotensi untuk ditonjolkan kelainan, keunikan produk dan kepelbagaian budaya.

    Bantuan itu juga selaras dengan flagship pertama Perak Sejahtera 2030 iaitu Lembah Bakul Makanan Malaysia (Sekuriti Makanan) dan flagship kelima, Program Pemboleh­dayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu 1 Keluarga 1 Usahawan cetusan berwawasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/kualiti-madu-kelulut-kampar-diiktiraf-saintis-dunia/

  • Speedy Tigers wajib bangkit pulih maruah

    Speedy Tigers wajib bangkit pulih maruah

    SKUAD hoki negara perlu segera kembali memulihkan fokus mereka pada tahap terbaik untuk beraksi di penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 esok.

    Bagi merealisasikannya, Speedy Tigers perlu melupakan kekalahan memalukan dibelasah 1-9 oleh Belgium kelmarin dan bangkit mencatat kemenangan dalam aksi terakhir liga sepusingan menentang Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.

    Ketua jurulatih skuad negara, Sarjit Singh menegaskan perhatian kini sepenuhnya terarah menentang Korea, laluan yang dianggap sebagai ujian sebenar untuk memulihkan rentak dan memastikan Malaysia kekal dalam perebutan kedudukan podium.

    “Perlawanan Sabtu (hari ini) sangat penting dan saya mahu pemain bangkit lebih yakin, bermain tersusun selama 60 minit dan memburu kemenangan. Peluang tiga teratas masih boleh dicapai jika kami mendapatkan keputusan yang kami sasarkan,” katanya.

    Malaysia cuba bangkit selepas tewas tipis 3-4 kepada India sebelum ini, namun tempo tinggi dan intensiti fizikal Belgium memaksa skuad negara bertahan hampir sepanjang permainan sekali gus mendedahkan jurang kualiti di peringkat elit dunia.

    Gol padang Faizal Saari pada minit ke-13 menjadi satu-satunya jaringan skuad negara, tetapi ia belum memadai untuk menafikan Belgium yang terus membuktikan status ranking ketiga dunia selain pernah memenangi juara Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

    Bagi Sarjit, Belgium berada pada kelas tersendiri dan aksi itu digunakan sebagai medan terbaik untuk menilai tahap sebenar Malaysia sebelum menentang Korea Selatan petang ini.

    “Perlawanan ini memang berada di tahap tertinggi dan kami sukar menyaingi kepantasan serta intensiti Belgium, tetapi ia memberi gambaran jelas aspek yang perlu kami kukuhkan, terutama bertahan sebagai satu unit dan pengurusan permainan,” katanya.

    Sarjit juga mengakui kesilapan mudah menjadi punca utama pasukan melepaskan banyak pukulan sudut penalti (PC) dan penalti stroke (PS) sebelum menyifatkan situasi itu sebagai pengajaran penting buat mereka.

    “Kami memberi terlalu banyak PC dan PS kepada lawan dan ia terus dihukum, jadi fokus kami sekarang adalah kembali kepada disiplin, membuat keputusan lebih tenang dan memastikan struktur bertahan lebih kemas,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/speedy-tigers-wajib-bangkit-pulih-maruah/

  • ‘Memang jahat orang macam ini, tiada jiwa’

    ‘Memang jahat orang macam ini, tiada jiwa’

    TAMPIN – Sepasang suami isteri kesal apabila ada scammer menggunakan gambar arwah anak bongsu mereka di media sosial demi meraih simpati dan mengutip sumbangan orang ramai.

    Peniaga Nasi Kandar Lanetoq, Muhammad Syaharil Said, 39, berkata, perbuatan itu dikesan kenalannya dan isteri, Dila Harnida Mohammad Noordin, 39, pada Rabu lalu sebelum dimaklumkan kepada mereka.

    Katanya, arwah anaknya, Muhammad Al Faqih Uqail yang berusia tiga tahun lapan bulan telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah pada 3 Julai lalu akibat radang jantung.

    “Memang jahat orang macam ini, memang tak ada jiwa, tak ada hati. Kami rindu sangat pada arwah, lepas tengok gambarnya digunakan di media sosial, bertambah sedih,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

    Menurutnya, dia memuat naik gambar anaknya di Facebook pada penghujung Jun lalu, namun tidak pernah meminta sebarang duit sumbangan.

    “Cuma nak harapkan doa orang ramai buat kesembuhan anak, tetapi tak sangka pula ada orang ambil kesempatan,” katanya.

    Dila Harnida berkata, dia telah membuat carian ke atas nama pemilik akaun terbabit dan terkejut apabila terdapat banyak akaun menggunakan nama sama.

    “Kebanyakan kami tengok guna ayat yang sama iaitu minta sumbangan sebanyak RM78,000 bagi menampung kos pembedahan.

    “Pasti ada yang terpengaruh kerana selain memuat naik gambar kanak-kanak terlantar sakit, disertakan juga maklumat ganjaran bersedekah,” ujarnya.

    Katanya, mereka telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pelaku dapat dikenakan tindakan tegas.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/memang-jahat-orang-macam-ini-tiada-jiwa/

  • Kanser ragut kebahagian Nurain

    Kanser ragut kebahagian Nurain

    PASIR SALAK – Kehidupan seorang wanita dari Kampung Masjid, Pulau Tiga Kiri di sini, berubah sepenuhnya selepas disahkan menghidap kanser usus yang turut menyebabkan dia tidak dapat berkerja untuk membantu suami bagi menyara keluarga.

    Nurain Mat Ayub, 32, berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pembantu kedai runcit, tetapi terpaksa berhenti dan hanya terlantar di rumah.

    Katanya, semua itu berlaku pada bulan lalu selepas dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum disahkan menghidap kanser tahap empat.

    “Memang sekarang ini tidak lagi berdaya untuk bergerak sendiri, malah untuk ke tandas pun perlukan bantuan suami. Sekarang saya bergantung de­ngan beg stoma dan lampin dewasa.

    “Semua itu meningkatkan perbelanjaan kami sekeluarga kerana suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di sini.

    Nurain berkata, mereka mempunyai dua orang anak iaitu, Muhammad Ammar Furqan, 5, dan Nur Aisyah Ammara, 3, yang kini tinggal di rumah ibunya di kampung berkenaan.

    Katanya, kos bagi barang dan peralatan yang digunakan sehari-hari seperti susu dan lampin dewasa selain beg stoma mencecah sekitar RM1,000, selain keperluan katil khas berharga lebih RM2,000.

    “Buat masa ini saya menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM500 sebulan bermula Mei lalu. Biarpun dapat meringankan sedikit beban kewangan keluarga, tapi ia masih belum mencukupi.

    “Wang yang diperoleh turut dibelanjakan untuk pengangkutan ke HRPB bagi tujuan rawatan penyakit saya ini,” katanya.

    Nurrain berkata, dia dan suaminya buntu memikirkan nasib mereka terutamanya mengenai masa depan kedua-dua orang anaknya.

    Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyumbangkan kepada akaun Bank Simpanan Nasional 1099541100735031 atas nama Nurain Mat Ayub atau menghubunginya di 011-1186947.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/kanser-ragut-kebahagian-nurain/

  • Kekal bersemi, selebriti belahan jiwa bintang bola sepak

    Kekal bersemi, selebriti belahan jiwa bintang bola sepak

    TIDAK seperti Ribut Tropika Senyar memberi isyarat awal sebelum membadai beberapa negeri, baru-baru ini pelakon Mia Ahmad mengakui pernah hampir berputus asa ketika berhadapan dengan fasa mencabar dalam perkahwinan bersama suaminya, bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan.

    Sembilan tahun melayari bahtera rumah tangga dan dikurniakan empat orang anak iaitu,Sayf Issa, 6, Iriss, 4, Imaani, 2, dan seorang bayi lelaki, kata Mia perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.

    Sama seperti orang kebanyakan, ada saja ujian yang dilalui mereka begitu juga dengan pasangan pemain bola dan selebriti yang lain. Selain, Mia ramai selebriti tempatan turut bergelar suri hati pemain bola sepak antaranya, pelakon dan penyanyi Haleeda bersama bekas penyerang pasukan Selangor, Azman Adnan, namun bercerai dan kemudian berkahwin dengan As Feminin.

    Pasangan pemain bola sepak dan selebriti antarabangsa yang popular adalah David Beckham dan Victoria Beckham. Tidak ketinggalan penyanyi Shakira dan Gerard Pigue namun, mereka berpisah selepas 11 tahun berkahwin.

    Di mata khalayak perkahwinan melibatkan atlet dan anak seni yang popular ibarat sebuah kisah dongeng yang akan bahagia selamanya. Minggu ini, HibGlam menyorot beberapa nama selebriti cantik yang kini bahagia di sisi arjuna cinta masing-masing, sama-sama masih ligat di padang atau pernah menjadi bintang bola sepak negara.

    Syifa Melvin & Safawi Rasid

    Ramai selebriti tempatan turut mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak antaranya pelakon dan usahawan Syifa Melvin yang memilih bintang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid sebagai suami. Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

    Hasil perkahwinan, pasangan sama cantik sama padan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung, Saif Sulaiman, pada 30 September 2023.

    Pasangan ini kekal bahagia apabila Syifa mengumumkan kehamilan anak kedua mereka pada Ogos lalu.

    Ekya Farhana & Akhyar Rashid

    Pelakon popular Eyka Farhana turut memilih pemain bola sepak apabila sah bergelar isteri kepada pemain kebangsaan dan Terengganu FC, Akhyar Rashid pada 2 Mei lalu.

    Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan tersebut. Pada majlis itu, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima mas kahwin berjumlah RM3,200 daripada Akhyar.

    Demi meraikan semua pihak kerana memiliki keluarga yang besar pasangan ini mengadakan lima buah majlis resepsi di Kuala Lumpur, Kedah, Langkawi dan Kelantan. Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.

    Eyra Hazali & Haziq Nazli

    Seorang lagi penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nazli memilih pelakon, Eyra Hazali sebagai pasangannya apabila mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2019.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 5, Muhammad Endra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar yang lahir pada September tahun lalu.

    Ayu Raudhah & Zaquan Adha

    Pelakon Ayu Raudhah berkahwin dengan bekas pemain bola kebangsaan Malaysia, Zaquan Adha pada hari 21 Januari 2011 di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 7 orang cahaya mata. Namun pada 11 Februari 2025, anak bongsu Ayu dan Zaquan Adha, Muhammad Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur. Kemeriahan keluarga mereka yang memiliki anak ramai sering mendapatkan perhatian peminat dan pasangan ini dilihat kekal bahagia.

    Salwa Abd. Aziz & Subadron Abdul Aziz

    Bekas pemain kebangsaan, Datuk Subadron Abdul Aziz pernah menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila mengahwini penyanyi terkenal tanah air pada tahun 1980-an, Salwa Abd. Rahman.

    Lebih tiga dekad berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Sulaikha, 27, dan Putera Sufrie, 24. Salwa turut merakamkan semula dua lagu berkonsepkan sukan, Bintang Sukan Ku dan Bintang Di Sayang yang ditujukan khas buat suaminya itu.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/29/kekal-bersemi-selebriti-belahan-jiwa-bintang-bola-sepak/