Category: JNJ-MEDIA

  • 135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM

    135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM

    KUALA LUMPUR 18 Nov– Seramai 135 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun dikesan dijangkiti HIV menerusi kes baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang 2024.

    Jumlah itu merangkumi 4.2 peratus daripada keseluruhan 3,185 kes baharu jangkitan HIV yang dicatatkan tahun lalu.

    KKM dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, pihaknya kekal komited membendung penularan HIV, termasuk dalam kalangan remaja, melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan strategi meningkatkan literasi serta kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS.

    Kenyataan itu menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta penjelasan mengenai langkah segera bagi menangani peningkatan kes HIV dalam kalangan remaja.

    Menurut KKM, program PROSTAR 2.0 menjadi antara inisiatif utama bagi meningkatkan daya tahan dan kesedaran remaja terhadap HIV dan jangkitan penyakit kelamin (STI), dengan pendekatan berasaskan biopsychosocial-spirituality.

    Kesedaran serta pengetahuan tepat mengenai HIV, jelas kementerian, bukan hanya memperkasa remaja mengelakkan jangkitan, tetapi turut membantu mengurangkan stigma dan diskriminasi.

    KKM turut meningkatkan akses kepada saringan HIV, khususnya untuk golongan muda berisiko. Sehingga Jun lalu, sebanyak 188,425 pengunjung melayari laman web TestNow dengan purata 324 pelawat sehari, dan 13.4 peratus daripadanya dikategorikan berisiko tinggi.

    Dalam pada itu, KKM menekankan peranan penting ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak serta memastikan mereka yang berisiko mendapatkan perkhidmatan kesihatan sewajarnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12553

  • Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini

    Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini

    KUALA LUMPUR 18 Nov – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma disambung semula pada jam 9.30 pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 11 malam tadi berikutan keadaan arus deras serta persekitaran yang gelap, sekali gus berisiko kepada pasukan penyelamat.

    Menurutnya, sehingga kini mangsa masih belum ditemukan dan operasi melibatkan polis, bomba serta beberapa agensi lain akan diteruskan pagi ini.

    Terdahulu, seorang lelaki yang menjalankan kerja penambahbaikan Sungai Klang dilaporkan dihanyutkan kepala air kira-kira jam 5.40 petang semalam berhampiran Pintasan Saloma.

    Sazalee memaklumkan, ketika kejadian terdapat 13 pekerja berada di lokasi dan 12 daripada mereka berjaya diselamatkan, terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat warga Bangladesh dan seorang pekerja tempatan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12550

  • Jalan Gua Musang–Jelawang ditutup akibat runtuhan tanah

    Jalan Gua Musang–Jelawang ditutup akibat runtuhan tanah

    GUA MUSANG 18 Nov – Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang–Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan berlakunya runtuhan tanah.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penutupan itu berkuat kuasa sejak semalam dan akan terus dilaksanakan sehingga dimaklumkan kelak.

    Menurut kenyataan tersebut, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti FT08 Jalan Gua Musang–Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam–Jeli dan FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap–Bertam–Meranto.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, ketika dihubungi, mengesahkan insiden runtuhan tanah berkenaan.

    Pihak berkuasa kini sedang memantau keadaan dan kerja-kerja pembersihan dijangka dilakukan sebaik keadaan tanah stabil.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12548

  • EPL: Lammens dapat restu Alex Ferguson

    EPL: Lammens dapat restu Alex Ferguson

    MANCHESTER – Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson memuji prestasi dipamerkan penjaga gol baharu pasukan itu, Senne Lammens dan percaya pemain itu memiliki masa depan yang cerah untuk muncul penjaga gol utama dalam tempoh yang lama.

    Posisi penjaga gol menjadi isu besar buat United sejak beberapa musim lalu apabila Andre Onana dan Altay Bayindir gagal menepati jangkaan yang diletakkan menyebabkan kelab itu membuat keputusan mendapatkan Lammens pada musim panas lalu.

    Selepas membuat lima penampilan bermula aksi tanpa bolos menentang Sunderland serta memainkan peranan penting untuk kemenangan ke atas Liverpool, Lammens mula dilihat sebagai wira baharu pasukan itu.

    “Pengurus menerima isyarat baharu yang lebih baik ketika ini. Penjaga gol mereka cukup luar biasa, walaupun baru beraksi tiga atau empat perlawanan, dia (Lammens) sudah memperlihatkan potensi besar.

    “Saya berharap mereka akan meraih kejayaan kerana di United kami perlukannya. Beberapa pemain baharu yang ditandatangani cukup positif, memberi nilai tambah buat pasukan.

    “United adalah sebuah pasukan yang sentiasa memerlukan kemenangan. Tetapi, melalui proses putaran prestasi menyebabkan semua pihak perlu bersabar dan saya melihat perubahan itu ada,” katanya.

    Ferguson dianggap antara pengurus yang cukup teliti memilih penjaga gol apabila tiga daripada bekas pemainnya, Peter Schmeichel, Edwin Van Der Sar dan David De Gea dianggap sebagai berkelas dunia.

    Lammens yang beraksi bersama Royal Antwerp sebelum ini hanya beraksi sebanyak 52 penampilan dalam saingan utama Liga Belgium, namun pengendali United, Ruben Amorim meletakkan sepenih keyakinan terhadap kemampuannya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/epl-lammens-dapat-restu-alex-ferguson/

  • Lelaki potong rumput jumpa jongkong emas lebih RM144,000

    Lelaki potong rumput jumpa jongkong emas lebih RM144,000

    BERLIN – Seorang pekerja majlis perbandaran di Jerman terkejut apabila menemui ‘harta karun’ berupa lapan jongkong emas ketika memotong rumput berhampiran sebuah kolam tadahan air, lapor akhbar Metro UK.

    Penemuan itu dibuat di Bannewitz, selatan bandar Dresden, baru-baru ini.

    Polis menemukan dua lagi jongkong emas selepas tiba di lokasi kejadian di mana ia keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih €30,000 (RM144,412).

    Setiap jongkong emas itu seberat 28.34 gram, lapor penyiar tempatan, MDR.

    Polis sedang menyiasat sama ada emas tersebut dicuri atau diperoleh melalui jenayah penipuan.

    “Setakat ini, ia tiada kaitan dengan mana-mana kes jenayah. Nombor siri yang terukir pada jongkong-jongkong ini akan disiasat untuk mengenal pasti pemiliknya.

    “Buat sementara waktu, emas ini disimpan di Ibu Pejabat Polis Dresden,” kata polis.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/lelaki-potong-rumput-jumpa-jongkong-emas-lebih-rm144000/

  • Tali lama harga lebih RM5 juta

    Tali lama harga lebih RM5 juta

    LONDON – Seorang artis seni mengumpulkan pelbagai jenis tali dari seluruh Britain sebelum menghimpunkannya menjadi timbunan yang lebih berat daripada seekor gajah Afrika, lapor laman berita Wion News.

    David Shrigley kemudian mempamerkan karyanya dalam satu pameran seni.

    Dia mengambil masa berbulan-bulan untuk mengutip dan membersihkan semua tali tersebut yang memiliki berat kira-kira 10 tan.

    “Pameran ini bermula dengan simpulan bahasa bahawa tali lama sudah tiada gunanya. Ia juga sukar dikitar semula.

    “Saya fikir, bagaimana sekiranya saya membuat pameran tali-tali lama berdasarkan simpulan bahasa ini? Ya ini adalah karya seni dan ya, anda boleh membeli karya seni ini pada harga £1 juta (RM5.4 juta),” kata Shrigley.

    Dinamakan dengan maksud Pameran Tali Lama, karya seni itu dibuka kepada umum di Galeri Stephen Friedman, Londo bermula 13 November hingga 20 Disember ini. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/tali-lama-harga-lebih-rm5-juta/

  • WCQ: Norway tamatkan penantian panjang

    WCQ: Norway tamatkan penantian panjang

    MILAN – Norway mengakhiri badi 28 tahun untuk layak ke Piala Dunia selepas menewaskan pasukan pilihan, Itali 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

    Pada aksi di Stadium San Siro itu, Norway selaku pasukan pelawat bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk melakar kemenangan bergaya hasil jaringan berganda Erling Haaland, Antonio Nusa dan Jorgen Strand-Larsen.

    Pengendali Norway, Stale Solbakken mengakui gembira pasukannya berjaya melakar kejutan dengan menyingkirkan juara dunia empat kali seperti Itali yang dianggap pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan G kali ini.

    “Ketika saya melihat undian kelayakan, saya rasa kita diundi dalam kumpulan maut dan Itali pasti layak dengan mudah. Namun, pemain telah buktikan sebaliknya apabila memberikan seratus peratus pada setiap aksi kelayakan.

    “Kita juga bertuah ada Haaland yang menjadi mesin gol pasukan. Saya tidak terkejut apabila prestasi positif yang dipamerkannya turut mendapat sorakan penyokong tuan rumah kerana bukan mudah untuk menang 4-1 di sini,” katanya.

    Sementara itu, Haaland yang menjaringkan 16 gol keseluruhan pada kempen kelayakan zon Eropah mengakui sangat bangga apabila dapat beraksi di kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu tahun depan.

    “Saya hanya cuba untuk membantu pasukan dengan menyudahkan peluang terhidang dengan baik. Ini bukan tentang saya sahaja kerana kita juga ada beberapa pemain muda yang menyinar seperti Nusa dan Oscar Bobb,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/wcq-norway-tamatkan-penantian-panjang/

  • Jangan biar imej PDRM tercalar

    Jangan biar imej PDRM tercalar

    INTEGRITI, disiplin serta sikap profesionalisme merupakan tunjang utama kepada imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah pasukan keselamatan utama di negara. Selain berdepan dengan pelbagai cabaran ketika bertugas di lapangan, PDRM juga perlu sentiasa mengekalkan imej yang positif di mata rakyat. Ini kerana setiap tindakan dan keputusan anggotanya, bukan sahaja mencerminkan imej pasukan, tetapi juga menjadi ukuran kepercayaan rakyat terhadap PDRM. Baru-baru ini, seorang pegawainya dikenali Inspektor Sheila kembali menjadi perhatian selepas didakwa di mahkamah atas pertuduhan menghalang tugas seorang…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/jangan-biar-imej-pdrm-tercalar/

  • 【沙巴州选】安华:希盟参选非为争首长 重在延续政策与合作发展

    【沙巴州选】安华:希盟参选非为争首长 重在延续政策与合作发展

    首相拿督斯里安华强调,希盟并不是为了争夺首长一职而参与沙巴州选,参选目的是要维持现有政策,并与州政府合作发展沙巴,这才是重点。

    “为什么我们要支持执政党?因为还有许多问题未解决。比如水供、道路坑洞和电供问题。我们希望州政府与联邦保持良好关系,以便更快解决这些问题。”

    也是希盟主席的他指出,希盟在这次选举中取得胜利,对确保州政府与联邦政府之间的强劲及持续合作至关重要。

    安华周日上午在与美罗腊(Melalap)社区见面会上,发表演讲时如是指出。

    他表示,在第17届沙巴州选之后,地方政党与全国性政党之间的紧密合作,对于确保沙巴的持续性发展至关重要。

    他说,在沙巴人民联盟(GRS)与希盟(PH)的共同治理下,沙巴州已取得显著的进展。

    “我同意我们需要全国性政党和地方政党,因为没有合作,发展就无法向前推进。不要傲慢自大,我们拒绝那些不好、想偷人民钱、又懒惰的人。”

    “如果他们品行端正、勤奋努力,我们会支持他们。看他们的过往表现。如果我什么都不做,有关道路和水供的问题就无法解决。”

    出席者包括希盟美罗腊州席候选人拿督贾马威嘉法。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1715812

  • 卫部:我国现M痘感染群 病例稳定 情况受控

    卫部:我国现M痘感染群 病例稳定 情况受控

    我国出现M痘(MPox)感染群,但情况受到控制。

    卫生部发表文告指出,我国目前出现涉及一家四口的M痘感染群,感染源是一名曾经到过西非记录的外籍男子。

    文告指,该名男子是在10月20日出现症状,并在11月12日确诊感染M痘,而他的3名家人也在10月30日出现症状,并在11月13日确诊。

    文告说,所有的病例皆情况稳定,正在进行居家隔离。

    ”所有的密切接触者已被鉴定、检测及受指示进行隔离。截至目前,调查显示,只在家庭成员之间出现传染。感染群受到控制。”

    卫生部指出,截至今年第46个流行病学周,我国共有12宗M痘病例,从2023年7月发现第一宗病例来,目前累计病例有23宗。

    无论如何,所有的病例成功通过早期检测、隔离及密切接触者的鉴定而得到控制,未在社区内进一步传播。

    有鉴于让存在M痘传染,卫生部建议公众继续采取预防措施,避免与出现症状的人士或疑似患者直接接触,若出现症状必须立刻就医。

    卫生部表示,虽然M痘在今年9月5日起,已不属于“国际关注的紧急公共卫生事件“,但卫生部讲持续关注国内外的M痘病情发展,并采取必要的防御措施。

    🔗 Source: https://www.kwongwah.com.my/?p=1715806