Menteri Luar, José Manuel Albares menegaskan keputusan itu dibuat bagi mengelakkan konflik terus memuncak, selain mencerminkan pendirian majoriti rakyat Sepanyol yang menolak perang dan selari dengan prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Langkah ini dijangka memberi kesan besar kepada logistik ketenteraan AS kerana Sepanyol merupakan laluan strategik utama antara Amerika dan Timur Tengah, sekali gus menambah ketegangan hubungan antara Madrid dan Washington.Sumber: Euronews
Category: JNJ-MEDIA
-

Seorang pelajar meraih keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2025, namun kejayaan itu hadir bersama kesedihan apabila ibunya meninggal dunia tiga hari sebelum Aidilfitri akibat kanser.
Perkongsian di Threads menunjukkan momen penuh emosi ketika keputusan diumumkan, dengan pelajar tersebut dilihat tidak dapat menahan air mata ketika mengenangkan ibunya yang tidak sempat menyaksikan kejayaan itu.Walaupun kehilangan besar itu masih segar, kejayaan yang diraih menjadi simbol kekuatan dan pengorbanan seorang anak, sekali gus menyentuh hati ramai netizen yang turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan takziah.Sumber: Threads jamilahbtismail.ilah
-

Seorang lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan yang mencederakan enam individu di Jalan Pintasan Kajang–Semenyih, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu berlaku apabila SUV jenis Range Rover Velar dipandu lelaki berusia 51 tahun hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah van Mazda E1800 hingga terbalik.Akibat perlanggaran itu, pemandu van bersama lima penumpang berusia antara tujuh hingga 51 tahun cedera dan dirawat di Hospital Kajang serta Hospital Serdang, manakala pemandu SUV tidak mengalami kecederaan dan didapati positif alkohol sebelum direman dua hari untuk siasatan lanjut.Sumber: Berita HarianGambar: Bandar Baru Bangi Community
-

Allahyarham Saripul terima penghormatan terakhir sebagai penderma organ
Seorang lelaki berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai cukup sebak dengan pengorbanan yang dilakukan oleh abang iparnya.
Menerusi satu video yang dikongsikan, abang iparnya, Saripul Hizan Doraman menerima penghormatan terakhir dari staf hospital Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana sumbangan yang cukup besar sebagai penderma organ.
Menurut Mizan Sabri, abang iparnya telah meninggal dunia pada Isnin kerana diserang strok yang mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi (brain death).
“Pakar anaesthesiologist telah membuat dua kali pemeriksaan dan penilaian, membawa kepada keputusan bahawa Abang Epul telah meninggal dunia pada 30/3/2026 pada jam 2.18 pagi,” katanya.
Penghormatan terakhir utk abg ipo Saripul Hizan Bin Doraman. Semoga roh beliau berada dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya beliau seorang ank & abang yg baik. #orangbaikAllahsayang #donateforlife
Ujarnya, semasa berbincang bersama keluarga kedua-dua belah pihak, keluarga berhasrat untuk mendermakan buah pinggang Allahyarham Saripul kepada isterinya yang juga kakak kepada Mizan Sobri bagi meringankan beban rawatan dialisis harian serta tanggungjawab membesarkan tiga orang anak.Namun, hajat ini tidak dapat direalisasikan kerana isterinya masih belum bersedia untuk menjalani transplantasi renal (pembedahan pemindahan buah pinggang).
“Sekurang-kurangnya sebahagian daripada jasad Abang Epul masih hidup dengan Kak Idah. Namun, kita hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu lagi besar, hajat kami tidak kesampaian memandangkan Kak Idah masih belum bersedia untuk membuat renal transplant.
“Akhirnya kami reda, mungkin ini adalah hajat dan impian terakhir Abang Epul untuk terus beramal dan jadikan bekalan amal di akhirat nanti,” katanya.
Difahamkan, dua buah pinggang Allahyarham telah berjaya didermakan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang, manakala hati (liver) pula didermakan di Hospital Selayang.
“Kami turut dimaklumkan pihak hospital bahawa terdapat pesakit yang memerlukan hati, yang mana pesakit tersebut hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk terus hidup. Keputusan dibuat, kami bersetuju untuk mndermakan dua buah pinggang dan satu hati kepada mereka yang memerlukan. Dua buah pinggang itu telah selamat didermakan di HKL dan hospital selayang, Hati (liver) di hospital Selayang,” jelasnya.
Dalam satu hantaran tular di Thread, seorang lelaki yang dipercayai merupakan pegawai perubatan memuat naik gambar beberapa kotak yang dipercayai mengandungi organ-organ pendermaan sebelum ia dibawa ke hospital tertentu.
🔗 Source: https://thereporter.my/allahyarham-saripul-terima-penghormatan-terakhir-sebagai-penderma-organ/
-

Beberapa negara Teluk diketuai Arab Saudi dan UAE dilaporkan mendesak Presiden Donald Trump supaya meneruskan perang terhadap Iran kerana percaya tekanan sedia ada masih belum cukup melemahkan Tehran.
Menurut pegawai, ada negara seperti UAE malah menggesa supaya operasi diperluas termasuk kemungkinan serangan darat, manakala Kuwait dan Bahrain turut cenderung menyokong langkah lebih agresif.Namun dalam masa sama, negara seperti Oman dan Qatar kekal memilih penyelesaian diplomatik, sementara kebimbangan meningkat terhadap risiko serangan balas Iran ke atas infrastruktur kritikal di rantau Teluk.Sumber: Associated PressGambar: Reuters
-

Rakaman tular menunjukkan sebuah peluru berpandu balistik dipercayai dari Iran berjaya melepasi sistem pertahanan udara Israel sebelum mengenai kawasan di sekitar Tel Aviv.
Menurut kenyataan tentera Israel, serangan tersebut dilaporkan mengenai kawasan terbuka tanpa sebarang kecederaan, walaupun cubaan pintasan telah dilakukan.Insiden ini merupakan serangan keenam oleh Iran dalam tempoh hari yang sama, sekali gus mencetuskan persoalan terhadap keberkesanan sistem pertahanan udara yang selama ini dianggap hampir kebal.Sumber: Roya NewsGambar hiasan (AI)
-

Seorang wanita berdepan situasi sukar apabila keretanya dihalang kenderaan lain yang diparkir sesuka hati di kawasan Wangsa Maju, menyebabkan dia tidak dapat keluar dalam tempoh lama ketika mahu mengambil anak dari sekolah.
Video kejadian itu tular apabila dia dilihat beremosi memarahi pemilik kenderaan, sebelum orang ramai membantu mengangkat dan mengalihkan kereta tersebut selepas hon yang dibunyikan tidak diendahkan.Namun isu berlanjutan apabila wanita berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka kepada pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Muhammad, seorang warga Mesir, selepas didakwa merosakkan kereta tersebut dan bersetuju menanggung kos pembaikan.Difahamkan, pemilik kenderaan itu turut membuat laporan polis, manakala wanita tersebut mengakui kesilapannya kerana bertindak mengikut emosi dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu pengajaran.
-

Anak Linda Rafar peroleh 9A dalam SPM
Anak lelaki kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar dan Syed Aiman meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Menerusi video yang dikongsikan di Insta Story, jelas terpancar kegembiraan dan rasa syukur atas pencapaian anak mereka, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman. Malah, Linda turut berkongsi momen manis apabila Aqiib menerima ucapan tahniah serta jambangan hadiah daripada cikgu di sekolah, selain menunjukkan slip keputusan SPM yang menjadi simbol usaha kerasnya selama ini.
Memetik laporan Berita Harian, Linda menzahirkan rasa bangga dan sebak dengan pencapaian yang diperoleh anaknya.
Menurut Linda, dia sendiri melihat kesungguhan dan pengorbanan anaknya itu, namun memilih untuk tidak terlalu menekan dalam soal pelajaran. Sebaliknya, Aqiib diberi ruang untuk belajar mengikut caranya sendiri.
“Dia jaga solat dan setiap bulan akan khatam al-Quran,” kongsinya.
Tambahnya lagi, perubahan ketara mula dilihat dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan. Aqiib dikatakan menghentikan aktiviti tidak berfaedah dan memberi fokus sepenuhnya kepada ulang kaji, tuisyen serta memperkukuh amalan rohani.
Sebagai tanda penghargaan, Linda mendedahkan dia sudah pun berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya itu atas usaha luar biasa yang ditunjukkan.
“Memang dah janji nak bagi kereta, insya-Allah,” katanya lagi.
🔗 Source: https://thereporter.my/anak-linda-raffar-peroleh-9a-dalam-spm/
-

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad memaklumkan prestasi Bahasa Melayu dalam SPM 2025 menunjukkan penurunan apabila GPMP meningkat kepada 3.
85 berbanding 3.72 tahun sebelumnya.Secara keseluruhan, 63 daripada 95 mata pelajaran mencatat peningkatan, namun bagi subjek teras hanya tiga meningkat manakala empat lagi merosot.Bagi subjek STEM pula, prestasi menunjukkan trend bercampur dengan sebahagian meningkat dan sebahagian lagi menurun.Sumber: Malaysia GazetteGambar: Malaysia Tribune
-

Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia memberi amaran harga makanan boleh meningkat sehingga 50% susulan kenaikan harga minyak yang menekan kos operasi.
Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata kenaikan kos pengangkutan dan bahan mentah memaksa peniaga menaikkan harga walaupun hanya untuk kekalkan keuntungan minimum.Sementara itu, peniaga kecil seperti penjual nasi lemak mengakui masih bertahan dengan harga lama, namun tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga jika kos bahan mentah meningkat mendadak.Sumber: Harian MetroGambar hiasan (AI)









