Category: JNJ-MEDIA

  • Prestasi Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menunjukkan peningkatan dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini berdasarkan kaji selidik Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) melibatkan 1,604 responden di Semenanjung.

    Prestasi Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menunjukkan peningkatan dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini berdasarkan kaji selidik Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) melibatkan 1,604 responden di Semenanjung.

    Kajian itu mendapati penilaian rakyat terhadap prestasi kerajaan meningkat daripada 41 peratus pada Jun kepada 49 peratus, manakala prestasi Perdana Menteri naik daripada 33 peratus kepada 46 peratus dalam tempoh sama.Dapatan turut menunjukkan sokongan berbeza mengikut kaum serta isu kos sara hidup kekal menjadi perhatian utama rakyat dalam menilai prestasi keseluruhan kerajaan.Sumber: Utusan Online Gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17jdTGHaKK/

  • Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Parti Republikan supaya memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 bagi mengelakkan beliau berdepan proses pemecatan oleh Parti Demokrat.

    Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Parti Republikan supaya memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 bagi mengelakkan beliau berdepan proses pemecatan oleh Parti Demokrat.

    Beliau menegaskan bahawa kegagalan mengekalkan penguasaan di Kongres akan mendedahkan pentadbirannya kepada pelbagai siasatan dan usaha penyingkiran daripada jawatan Presiden.Dalam pertemuan tertutup di Washington Trump mendesak sekutunya mengetepikan perbezaan pendapat dan fokus mempromosikan dasar ekonomi serta integriti pilihan raya kepada pengundi.

    Beliau mahu parti tersebut berkempen berasaskan prestasi pasaran saham walaupun rakyat kini sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan inflasi yang mencabar.Walaupun Trump meramalkan kemenangan epik namun rekod sejarah menunjukkan Presiden penyandang sering kehilangan kerusi Dewan Perwakilan dalam pilihan raya pertengahan penggal.

    Selain isu politik ucapan beliau turut mencetuskan perbincangan apabila menyentuh dakwaan tidak tepat mengenai kadar jenayah di Washington yang disangkal oleh pihak polis tempatan.Sumber: Berita HarianGambar: The Week

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AAmWtQnC7/

  • Seorang barista pelatih di sebuah kafe di Hampstead, London, dipecat selepas secawan kopi yang dihidangkan kepada sebuah keluarga Yahudi dipercayai membentuk corak menyerupai simbol swastika.

    Seorang barista pelatih di sebuah kafe di Hampstead, London, dipecat selepas secawan kopi yang dihidangkan kepada sebuah keluarga Yahudi dipercayai membentuk corak menyerupai simbol swastika.

    Rakaman kamera keselamatan menunjukkan corak tersebut terbentuk ketika barista menuangkan serbuk coklat dan memutarkan cawan, dengan pihak pengurusan menegaskan ia tidak dilakukan secara sengaja.Pengurus kafe memaklumkan tindakan itu diambil demi menjaga sensitiviti pelanggan, meskipun keluarga terbabit tidak menganggap kafe berkenaan bersifat antisemitik.Sumber berita: Metro.co.uk

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14UH2b6B27Y/

  • Meriah ulang tahun pertama kolam Fish Garden 2

    Meriah ulang tahun pertama kolam Fish Garden 2

    LOKASINYA yang berhampiran dengan kawasan pesisir pantai menjadikan kolam ini antara salah satu kolam yang menggunakan air laut tulen. Keistimewaan kolam seperti ini ialah ia dapat memberikan persekitaran yang lebih semula jadi dan autentik.Paling penting, ia membuatkan ikan di dalam kolam menjadi lebih kuat dan lasak. Sambutan ulang tahun Saya berkesempatan menyertai sambutan ulang tahun pertama kolam Fish Garden 2. Pemilik kolam membuat satu acara memancing dengan pelepasan awal ikan seba­nyak 310 ekor dari pelbagai spesies dan cabutan bertuah buat……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/meriah-ulang-tahun-pertama-kolam-fish-garden-2/

  • Apabila ranking jadi ukuran, di situ bermula ‘hegemoni’

    Apabila ranking jadi ukuran, di situ bermula ‘hegemoni’

    Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim Dalam landskap pendidikan tinggi global hari ini, ranking universiti sering tampil sebagai ‘fakta sakti’ yang menentukan siapa yang dianggap unggul dan siapa sekadar pengikut. Kedudukan dalam carta antarabangsa bukan sahaja mempengaruhi reputasi institusi, malah membentuk persepsi awam, dasar pembiayaan dan hala tuju strategik universiti. Namun begitu, persoalan asas yang wajar kita ajukan adalah apakah ranking benar-benar mencerminkan kecemerlangan, atau sekadar mencipta ilusi kejayaan yang dibalut angka? Hegemoni Metrik dan Penyempitan Makna Ilmu Penarafan…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/apabila-ranking-jadi-ukuran-di-situ-bermula-hegemoni/

  • UMNO perlu hentikan perdebatan dalaman, fokus susun kekuatan BN – Nurulhidayah

    UMNO perlu hentikan perdebatan dalaman, fokus susun kekuatan BN – Nurulhidayah

    KUALA LUMPUR 6 Jan – UMNO tidak boleh lagi terperangkap dalam perdebatan dalaman yang hanya memecah-belahkan tenaga dan melemahkan parti, tegas Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

    Menurut beliau, keperluan paling mendesak ketika ini bukan sekadar penyatuan dalaman, sebaliknya keupayaan UMNO untuk memimpin dan menyusun semula kekuatan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah gabungan yang benar-benar berfungsi serta diyakini rakyat.

    Katanya, sebarang perpecahan dalaman sama ada secara terbuka mahupun tersirat hanya akan melemahkan parti dari dalam, sekali gus menghakis keyakinan akar umbi.

    “Ia juga memberi isyarat yang salah kepada pengundi luar bahawa UMNO masih bergelut dengan masalah sendiri. Sedangkan dalam politik pilihan raya, rakyat tidak akan mengundi parti yang kelihatan keliru dan bercanggah sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

    Kenyataan itu dibuat susulan penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan BN akan terus kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.

    Mengulas hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), Nurulhidayah berkata, UMNO perlu menyedari bahawa kekuatan nama parti semata-mata tidak mencukupi sekiranya gagal diterjemahkan kepada kesepakatan yang jelas dalam BN.

    Beliau menegaskan, sebagai parti dominan dalam BN, UMNO perlu memimpin dengan arah, kejelasan dan kebijaksanaan, bukannya menguasai secara angkuh.

    “Tanpa hala tuju bersama BN, UMNO akan bergerak bersendirian, manakala rakan komponen pula terumbang-ambing tanpa strategi yang diyakini,” katanya.

    Tambah beliau, menjelang PRU16, apa yang diperlukan ialah strategi baharu yang realistik dan berpaksikan realiti pengundi hari ini, bukannya retorik lama atau nostalgia kemenangan silam.

    “Pengundi tidak lagi menilai siapa paling lantang di pentas atau siapa paling banyak ‘likes’ di media sosial. Mereka menilai siapa yang mampu menterjemahkan sokongan menjadi kemenangan di peti undi,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13500

  • Agong zahir nasihat tegas, pastikan warga tentera darat pegang teguh integriti, amanah

    Agong zahir nasihat tegas, pastikan warga tentera darat pegang teguh integriti, amanah

    KUALA LUMPUR 7 Jan – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) supaya memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) terus berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

    Seri Paduka Baginda bertitah, rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan serta kredibiliti angkatan pertahanan negara dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Baginda turut mengingatkan bahawa kepimpinan berintegriti mesti bermula dari peringkat tertinggi, justeru PTD perlu menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus dan bertanggungjawab.

    Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar TDM terus dihormati serta diyakini rakyat sebagai sebuah angkatan yang profesional dan bebas daripada amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.

    Dalam satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menegaskan isu kewujudan ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan yang sepatutnya tidak dibenarkan terlibat. “Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan mengenai ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan… sepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk,” titah Baginda.

    Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jeneral Datuk Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat yang baharu, di Istana Bukit Tunku, di sini.

    Jeneral Datuk Azhan secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari lalu. Pelantikan itu adalah selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang bersidang pada 19 November 2025 dan telah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13501

  • Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund

    Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund

    PUTRAJAYA 7 Jan – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar serta dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, lapan tahun lalu.

    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

    “Setelah meneliti alasan bertulis Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kami tidak mendapati apa-apa kesalahan terhadap sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua mahkamah ketika membebaskan ketiga-tiga responden daripada pertuduhan.

    “Berdasarkan hujahan bertulis dan lisan perayu dan responden, kami tidak dapat menyatakan pertuduhan dibuktikan secara prima facie di akhir pendakwaan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan antara lainnya ketiga-tiga tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyebabkan kecederaan yang akhirnya boleh menyebabkan kematian,” kata Hakim Abu Bakar Jais.

    Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

    Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.

    Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 51, dan dua remaja berusia 21 dan 24 tahun.

    Rayuan di Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan terakhir pihak pendakwaan untuk mencabar keputusan dua mahkamah terdahulu. Sebelum ini, pada 8 Februari 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Jun 2022 menegaskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Nazrin dibunuh antara 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.

    Samirah dan dua remaja itu pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nazrin pada 4 Mac 2019 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Mac 2019.

    Turut berhadapan tuduhan sama ialah pembantu rumah warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang dipercayai bersubahat tetapi masih bebas.

    Perbicaraan bermula 6 September 2019 dan pihak pendakwaan menutup kes pada 14 Februari 2022 selepas memanggil 57 saksi, termasuk abang dan kakak Nazrin, Dr. Abdul Aziz dan Dr. Malek Reedzwan, serta saksi lain seperti Che Elainee dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13502

  • ‘Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri’ – Akmal Saleh

    ‘Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri’ – Akmal Saleh

    KUALA LUMPUR 7 Jan – Hantaran terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di media sosialnya kembali mencetuskan tanda tanya.

    Menerusi hantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan berkata, mungkin sudah tiba masanya beliau mengundur diri.

    Menurut beliau, usahanya memimpin pemuda UMNO sudah dilakukan sehabis baik.

    “Kita dah usaha sehabis baik sampaikan sehabis baik.

    “Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri,” ujarnya pada Rabu.

    Sebelum ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh segera meletak jawatan sebagai Exco dan melaksanakan pendirian beliau untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

    DAPSY Kebangsaan dalam satu kenyataan berkata, ini kerana gimik ‘keluar kerajaan’ yang dimainkan oleh Muhamad Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

    Pada Sabtu lalu, Muhamad Akmal membawakan dua usul dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, iaitu agar parti kembali bekerjasama dengan Pas dan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan serta berperanan sebagai pembangkang.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama berjuang dengannya.

    “Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini.

    “Saya percaya jika niat kita baik demi agama,bangsa dan tanah air, Insya-ALLAH waktunya akan sampai jua,” jelasnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13504

  • Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri

    Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri

    NILAI 7 Jan – Keprihatinan seorang penghantar makanan membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan ketakutan, menggigil dan kelaparan di luar sebuah kedai serbaneka di sini pada petang Selasa, dengan kesan kecederaan pada badan dipercayai akibat didera.

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kanak-kanak itu ditemui bersendirian kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke tempat selamat oleh individu terbabit yang kemudian menghubungi polis.

    “Pengadu memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan menggigil, ketakutan serta kelaparan. Dia kemudian membawanya ke tempat selamat dan menghubungi pihak polis yang seterusnya membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk mengesan penjaga,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

    Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa yang disyaki berpunca daripada penderaan.

    Susulan itu, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang berusia lingkungan 30-an pada jam 1.58 tengah hari Rabu bagi membantu siasatan.

    “Kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut,” katanya.

    Johari berkata, siasatan lanjut turut mendapati mangsa pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 2020 selepas mengalami kecederaan ‘non-accidental injury’ berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan.

    Menurutnya, permohonan reman terhadap ibu kandung dan bapa tiri mangsa akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.

    “Polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

    “Orang awam dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesyaki berlaku penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13505