Category: JNJ-MEDIA

  • AI boleh jadi jalan pintas yang merosak nilai kejujuran

    AI boleh jadi jalan pintas yang merosak nilai kejujuran

    DALAM era digital hari ini, teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sekadar khayalan masa depan tetapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar universiti. Bayangkan, dengan hanya beberapa arahan ringkas, AI generatif seperti ChatGPT, Gemini, atau Copilot mampu menyiapkan esei, laporan, malah menjawab soalan akademik dalam beberapa saat sahaja. Bagi sesetengah pelajar, teknologi ini ibarat penyelamat masa yang membantu mereka menghadapi tugasan bertimbun, terutamanya ketika tarikh akhir menghampiri. Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam,……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/ai-boleh-jadi-jalan-pintas-yang-merosak-nilai-kejujuran/

  • China cipta pesawat mampu berlepas secara vertikal

    China cipta pesawat mampu berlepas secara vertikal

    INDUSTRI aeroangkasa global menyaksikan satu pencapaian penting apabila pesawat tiltrotor seberat enam tan pertama di dunia berjaya melakukan penerbangan sulungnya. Kejayaan itu menandakan kemajuan besar dalam teknologi pesawat hibrid berkeupayaan tinggi dalam era kini. Pesawat inovatif buatan syarikat penerbangan terkemuka China, United Aircraft itu dikenali sebagai Lanying R6000 (R6000). Pesawat itu menggabungkan fleksibiliti helikopter dengan kelajuan dan jarak pesawat konvensional serta mengekalkan kemampuan operasi tanpa pemandu. Menurut Pengurus Projek R6000, Zhao Fengming, penerbangan sulung pesawat itu berlangsung pada 28 Disember……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/china-cipta-pesawat-mampu-berlepas-secara-vertikal/

  • Pantai Kemayang perangkap senyap

    Pantai Kemayang perangkap senyap

    BACHOK – Tragedi seorang pelajar berusia sembilan tahun yang lemas di Pantai Kemayang di sini minggu lalu ternyata membuatkan orang ramai risau dan takut untuk mendekati laut ekoran ombak besar sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. Tinjauan mendapati kawasan peranginan itu lengang walaupun cuti persekolahan belum berakhir. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, rondaan dua kali sehari yang dilakukan mendapati pengunjung sudah berkurangan sejak kejadian lemas tersebut. Katanya, anggota akan berhenti apabila ternampak pe­ngunjung di pinggir…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/pantai-kemayang-perangkap-senyap/

  • ‘Kalau nak datang borak okey, buka kelas belum lagi’

    ‘Kalau nak datang borak okey, buka kelas belum lagi’

    SEBUT sahaja sambutan tahun baharu, kebanyakan orang membayangkan lautan manusia, peluh yang mengalir dan aliran trafik yang perlahan. Namun, pengalaman itu berbeza buat mereka yang menghadiri konsert Nostalgia New Year’s Eve yang berlangsung pada 31 Disember baru-baru ini.

    Menghimpunkan persembahan istimewa pasangan selebriti Syamel dan Ernie Zakri serta sentuhan muzik DJ Fuzz, konsert tersebut menjadi pelengkap malam ambang Tahun Baharu yang diraikan dalam suasana eksklusif dan penuh keintiman.

    Dengan sokongan daripada Universal Music Malaysia dan Le Méridien Petaling Jaya, konsert diadakan secara tertutup sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih tenang, selesa dan jauh daripada hiruk-pikuk kebiasaan.

    Syamel atau nama lengkapnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly mengakui teruja dapat merasai sendiri pengalaman menyambut tahun baharu secara ‘indoor’ buat pertama kali, apatah lagi berkongsi pentas bersama insan tersayang.

    “Kami tak pernah ada pengalaman yang buat sambutan tahun baharu ‘indoor’ tapi alhamdulillah terjadinya majlis penting ini dan dapat sokongan daripada semua pihak.

    “Saya tengok masing-masing berseronok dengan persembahan dan paling penting sekali pertama kali kami merasa menyanyi dalam suasana yang sangat tenang, nyaman dan selesa.

    “Bila cerita fasal sambutan tahun baharu, selalunya akan sesak tapi sebenarnya itu pun sebahagian daripada sambutan juga,” katanya selepas menghiburkan peminat.

    Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, sambutan sama ada di ruang terbuka mahupun tertutup masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri.

    “Secara terbuka sebenarnya seronok. Bersesak, jem (aliran trafik sesak) dan berpeluh-peluh itu bukan negatif tetapi perasaan yang seronok untuk tahun baharu.

    “Tetapi bila ‘indoor’ macam kali ini, lebih rapat bersama pengunjung dan peminat. Semua orang yang hadir dapat ‘solid timing’ dengan kami.

    “Kami pun berpuas hati bersama dengan mereka. Dua-dua sambutan pun seronok,” ujarnya lagi.

    Dalam pada itu, Syamel turut menjelaskan mengenai penganjuran konsert berbayar yang menerima pelbagai reaksi sebelum acara berlangsung.

    “Sebenarnya bila cerita fasal sambutan tahun baharu, kita sering disajikan dengan sambutan yang tidak memerlukan wang ringgit tapi bila ada sambutan sebegini, yang sediakan tempat selesa, makanan seronok, suasana nyaman, dia memerlukan jualan meja.

    “Ramai juga yang buat aduan kenapa berbayar, tapi mereka yang dah datang saya hargai kehadiran mereka.

    “Mereka sanggup bangun dan nyanyi bersama-sama, pergi ke depan demi menjayakan program ini,” jelas pelantun lagu Hamba Cinta itu.

    Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri sempat berkongsi azam untuk tahun ini.

    “Saya adalah seorang yang lebih ‘go with the flow’ tetapi perancangan bersama pihak Universal Music banyak.

    “Azam saya rasa hanya ingin membuat yang terbaik sebab banyak sangat projek tahun ini yang saya dah lakukan.

    “Saya hanya berdoa agar segala projek-projek yang saya rancang bersama dengan label dapat dilancarkan tahun ini. Banyak lagu-lagu, projek-projek baru yang seronok untuk semua peminat,” ujar penjulang trofi Bintang Paling Popular ke-37 itu.

    Ditanya mengenai kesediaan membuka kelas vokal, pelantun lagu Masing-Masing itu mengakui belum bersedia dan masih mahu menimba ilmu.

    “Kalau ada adik-adik nak datang borak kita okey, tapi untuk buka kelas mungkin belum lagi. Kita pun banyak lagi benda kena belajar,” katanya yang sebelum ini pernah bergelar guru vokal sebelum mengecap populariti.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/kalau-nak-datang-borak-okey-buka-kelas-belum-lagi/

  • Amirrul Mukminin terima penghormatan terakhir sebagai penderma organ

    Amirrul Mukminin terima penghormatan terakhir sebagai penderma organ

    Pemergiannya bukan hanya ditangisi oleh keluarga dan rakan-rakan, malah sikap baik hatinya turut dikenang oleh petugas perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

    Amirrul Mukminin Bin Mohd Zain menerima penghormatan terakhir dari staf hospital HSNZ kerana sumbangan yang cukup besar sebagai penderma organ.

    Menerusi satu video tular di TikTok, Allahyarham Amirrul dibawa keluar oleh petugas perubatan dan disambut dengan penuh penghormatan oleh sebilangan kakitangan di sana.

    Abang ipar kepada Amirrul turut berkongsi momen penghormatan terakhir berkenaan. Beliau menzahirkan kebanggaannya terhadap tindakan mulia Amirrul, di mana sumbangan organya mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

    “Semoga tenang di alam sana, wahai adik ipar, bersama bonda dan seluruh umat Islam,” kata abang ipar arwah.

    Selamat Jalan Amirrulmukminin Bin Mohd Zain ✨ Selesai sudah urusan awak didunia ni dan awak pergi dengan cara yang mulia sebagai penderma organ yang mungkin tak semua berpeluang untuk buat. Meninggal di hari jumaat yang mulia Allah memang sayangkan awak sangat sangat ☺️ Awak seorang kawan, keluarga yang baik, kami cuba untuk redha dengan pemergian awak semoga awak tenang disana bersama mak awak ya ✨

    Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Exit Area Kijal semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

    Menurut perkongsian dari rakan Allahyarham, Amirrul disahkan mengalami mati otak selepas kemalangan itu.

    “Selesai sudah urusan awak di dunia ini dan awak pergi dengan cara yang mulia sebagai penderma organ yang mungkin tidak semua berpeluang untuk lakukan. Meninggal di hari Jumaat yang mulia, Allah memang sayangkan awak sangat-sangat,” tulis seorang rakan mengenang jasa arwah.

    🔗 Source: https://thereporter.my/amirrul-mukminin-terima-penghormatan-terakhir-sebagai-penderma-organ/

  • ‘Tak mahu dipatuk ular sama, BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal – Zahid

    ‘Tak mahu dipatuk ular sama, BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal – Zahid

    Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, sekali gus menolak cadangan Ketua Pemuda UMNO supaya parti itu menarik diri dan menjadi pembangkang.

    Zahid berkata, pendirian tersebut sudah diputuskan sejak awal pembentukan Kerajaan Perpaduan dan kekal sebagai prinsip UMNO serta BN.

    Katanya, cadangan yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, telah dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik UMNO, namun tiada keputusan dibuat untuk mengubah hala tuju parti.

    🔗 Source: https://thereporter.my/tak-mahu-dipatuk-ular-sama-bn-kekal-kerajaan-perpaduan/

  • ‘Datanglah tangkap saya’ – Presiden Colombia Gustavo Petro cabar Trump

    ‘Datanglah tangkap saya’ – Presiden Colombia Gustavo Petro cabar Trump

    Presiden Colombia, Gustavo Petro, secara terbuka mencabar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya “datang dan menangkapnya”, susulan kenyataan Trump yang membayangkan kemungkinan tindakan ketenteraan ke atas Colombia selepas operasi AS menahan pemimpin Venezuela, Nicolás Maduro.

    Kenyataan Petro itu dibuat selepas Trump melabel Colombia sebagai negara yang “sakit” dan menuduh kepimpinan negara itu terlibat dalam pengeluaran serta perdagangan kokain ke AS.

    Trump, ketika ditanya sama ada AS akan melancarkan operasi ke atas Colombia seperti di Venezuela, menjawab: “Ia kedengaran baik bagi saya.” Kenyataan itu segera mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan campur tangan ketenteraan AS di rantau Amerika Latin.

    Petro bagaimanapun menolak tuduhan tersebut dan memberi amaran bahawa sebarang serangan tanpa maklumat risikan mencukupi hanya akan membunuh orang awam serta mencetuskan semula konflik bersenjata. Beliau turut menegaskan bahawa penahanan presiden yang dipilih rakyat akan mencetuskan penentangan besar-besaran dalam kalangan rakyat Colombia.

    🔗 Source: https://thereporter.my/datanglah-tangkap-saya-gustavo-petro-cabar-trump/

  • Nurulhidayah Zahid tampil memberi reaksi susulan siaran media oleh Kementerian Pertahanan Malaysia berkaitan dakwaan budaya tidak wajar dalam kem tentera yang tular di media sosial.

    Nurulhidayah Zahid tampil memberi reaksi susulan siaran media oleh Kementerian Pertahanan Malaysia berkaitan dakwaan budaya tidak wajar dalam kem tentera yang tular di media sosial.

    Menerusi perkongsian di Instagram, beliau mendakwa menjadi saksi bahawa perkara berkenaan tidak berlaku di Mess Pegawai 515, selain menegaskan tidak mengetahui keadaan di kem tentera lain.Beliau turut menyifatkan adalah tidak adil untuk mengaitkan semua pegawai Angkatan Tentera Malaysia dengan dakwaan tersebut, serta mengingatkan agar tidak membuat kesimpulan awal sehingga siasatan rasmi selesai.

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BjkU1Kq3j/

  • Mali dan Burkina Faso mengumumkan larangan kemasukan buat warga Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap sekatan visa yang dikenakan oleh Washington.

    Mali dan Burkina Faso mengumumkan larangan kemasukan buat warga Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap sekatan visa yang dikenakan oleh Washington.

    Keputusan ini dibuat atas prinsip timbal balik selepas kedua dua negara Sahel tersebut mendakwa rakyat mereka telah disasarkan secara tidak adil oleh pihak Amerika Syarikat.Langkah drastik ini menunjukkan kemerosotan hubungan diplomatik yang serius antara Washington dengan kerajaan pimpinan tentera di rantau tersebut.

    Kedua dua negara kini secara terbuka menolak tekanan Barat dan mula beralih kepada pakatan antarabangsa baharu bagi mengukuhkan kedaulatan mereka.Tindakan ini menandakan perubahan besar dalam geopolitik Afrika yang kini lebih berani bertindak balas terhadap dasar luar kuasa besar.

    Larangan tersebut menjadi isyarat jelas bahawa Mali dan Burkina Faso tidak akan lagi tunduk kepada sekatan perjalanan yang dianggap berat sebelah.Sumber: Afrika.worldGambar: CediRates

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16znRP1fXd/

  • Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa cadangan had jawatan Perdana Menteri bukan soal tempoh, tetapi prestasi kepimpinan.

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa cadangan had jawatan Perdana Menteri bukan soal tempoh, tetapi prestasi kepimpinan.

    “Kalau prestasi PM bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah.

    Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal,” katanya.Beliau berkata, had penggal boleh rugikan negara jika pemimpin muda terbukti cemerlang tetapi tidak dibenarkan memimpin lebih lama.Beliau juga menyentuh situasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 79 tahun, had dua penggal adalah wajar memandangkan beliau akan berusia antara 85 hingga 86 tahun pada akhir penggal kedua.Gambar: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ACRaQ7AiT/