Category: JNJ-MEDIA

  • Pentadbiran Trump mencatatkan sejarah baharu pada tahun 2025 apabila melancarkan serangan udara di tujuh buah negara dalam tempoh setahun.

    Pentadbiran Trump mencatatkan sejarah baharu pada tahun 2025 apabila melancarkan serangan udara di tujuh buah negara dalam tempoh setahun.

    Tindakan ini secara rasmi mengatasi rekod serangan tahunan yang pernah dicatatkan oleh Obama sebelum ini menerusi siri operasi ketenteraan yang lebih meluas di seluruh dunia.Sebanyak 600 serangan dilaporkan telah menyasarkan negara Iran Iraq Nigeria Somalia Syria Venezuela dan Yaman.

    Operasi ketenteraan agresif ini merangkumi pemusnahan tapak nuklear di Iran serta serangan terhadap rejim di Venezuela sebagai sebahagian daripada misi membanteras keganasan dan operasi antidadah antarabangsa.Langkah terbaharu ini menunjukkan peningkatan skala peperangan luar negara yang ketara walaupun Trump sering melaungkan retorik keamanan sebelum ini.

    Peningkatan mendadak serangan udara ini kini menjadi tumpuan dunia kerana ia dilihat bercanggah dengan dasar Amerika Didahulukan yang pernah dijanjikan kepada rakyatnya.Sumber: Eyeontrend

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17n4NT7LiC/

  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 10.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga jam 10.

    00 malam ini.Antara kawasan terlibat termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor, selain beberapa bahagian di Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.

    Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk ini.Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)Gambar: Hiasan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FGpcATKfk/

  • Panik diugut, anggota polis cekik pelajar universiti hingga maut

    Panik diugut, anggota polis cekik pelajar universiti hingga maut

    Seorang pelajar Universiti Lambung Mangkurat (ULM) maut selepas dicekik oleh seorang anggota polis dalam satu kejadian di Banjarmasin, Indonesia.

    Kes itu terbongkar selepas polis mengesahkan mangsa, Zahra Dilla, dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke dalam saluran air di kawasan berkenaan.

    Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Kalimantan Selatan, Adam Erwindi, berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek, Muhammad Seili, mempunyai hubungan sulit sebelum kejadian. Mangsa dipercayai mengugut untuk mendedahkan hubungan tersebut kepada bakal isteri suspek dan ugutan itu mencetuskan perasaan panik suspek.

    Kejadian cekik berlaku ketika mangsa berada bersama suspek di dalam sebuah kenderaan, sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada tindakan ganas berkenaan.

    🔗 Source: https://thereporter.my/panik-diugut-anggota-polis-cekik-pelajar-universiti-hingga-maut/

  • Curi barang keperluan RM113.70, penganggur dipenjara sebulan

    Curi barang keperluan RM113.70, penganggur dipenjara sebulan

    Seorang penganggur dihukum penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan mandian dan penjagaan diri bernilai RM113.70 di sebuah pasar raya, pada 1 Januari lalu.

    Tertuduh, Muhamad Azrul Haqim Azman, 29, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 2 Januari.

    Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri di dalam sebuah pasar raya kira-kira jam 9.30 malam. Antara barangan yang terlibat ialah satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford, dengan nilai keseluruhan RM113.70.

    Kes itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, selain hukuman lebih berat bagi kesalahan berulang.

    🔗 Source: https://thereporter.my/curi-barang-keperluan-rm113-penganggur-dipenjara/

  • Harimau belang ‘berehat’ dekat Ulu Tembeling

    Harimau belang ‘berehat’ dekat Ulu Tembeling

    JERANTUT – Selepas digemparkan dengan kejadian seekor lembu dibaham harimau, penduduk sekitar Kuala Tahan dikejutkan pula dengan kelibat se­ekor harimau yang berkeliaran di Jalan Ulu Tembeling di sini. Harimau belang berkenaan ditemukan duduk berehat di Jalan Ulu Tembeling berhampiran Felcra Ulu Tembeling kira-kira pukul 7 petang semalam. Seorang penduduk Kuala Tahan, Sabri Abdul Rahman, 54, berkata, kelibat harimau tersebut meresahkan penduduk ke­rana ia bukan kali pertama dilihat di kawasan berkenaan. “Penduduk sudah biasa melihat kemunculan haiwan liar di kawasan ini,…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/05/harimau-berehat-tidak-agresif-risaukan-penduduk/

  • Sempat tatap wajah suami sebelum dikebumi

    Sempat tatap wajah suami sebelum dikebumi

    KLUANG – Seorang lelaki maut, manakala isteri dan anaknya pa­rah apabila motosikal jenis Benelli TNT300 merempuh sebuah lori di tepi jalan selepas terkejut ekoran disergah dan dikejar anjing di Taman Murni Jaya Machap di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 7.40 malam itu mengakibatkan Muhamad Amirul Azim Hamdan, 28, meninggal dunia di lokasi nahas, manakala isteri, Noorhaidah Mohd. Basri,28, serta anak lelaki berusia setahun lapan bulan parah. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, siasatan awal mendapati kejadian…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/05/sempat-tatap-wajah-suami-sebelum-dikebumi/

  • China mendakwa akan mengemukakan bukti paling kukuh bahawa wabak COVID-19 sebenarnya berpunca dari Amerika Syarikat, sekali gus menolak dakwaan ia berasal dari Wuhan.

    China mendakwa akan mengemukakan bukti paling kukuh bahawa wabak COVID-19 sebenarnya berpunca dari Amerika Syarikat, sekali gus menolak dakwaan ia berasal dari Wuhan.

    Menurut pihak berkuasa China, bukti tersebut akan didedahkan bagi menjelaskan punca sebenar penularan virus berkenaan serta mempertahankan pendirian negara itu di peringkat antarabangsa.Isu asal-usul COVID-19 terus menjadi perdebatan global dan berpotensi menambah ketegangan hubungan antara dua kuasa besar dunia itu.

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17PspokwKJ/

  • Zohran Mamdani hubungi Trump, bantah penahanan Presiden Venezuela

    Zohran Mamdani hubungi Trump, bantah penahanan Presiden Venezuela

    Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, mengecam tindakan tentera Amerika Syarikat yang menangkap Presiden Venezuela Nicolás Maduro dan isterinya. Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai ‘tindakan perang’ dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, selepas Presiden Donald Trump mengumumkan operasi tentera besar-besaran di Venezuela yang membawa kepada penahan mereka dan dibawa ke New York untuk dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan.

    Dalam hantaran di X Mamdani turut menegaskan bahawa fokus utamanya adalah keselamatan komuniti Venezuela di New York dan pentadbirannya akan terus memantau perkembangan serta mengeluarkan panduan berkaitan.

    “Saya dimaklumkan mengenai penahanan Presiden Venezuela Nicolás Maduro dan isterinya serta perancangan mereka akan dipenjara dalam tahanan persekutuan di sini, di New York City.

    “Serangan unilateral terhadap negara berdaulat adalah act of war dan pelanggaran undang-undang persekutuan serta antarabangsa.

    “Ini bukan sahaja memberi kesan kepada mereka di luar negara, sebaliknya memberi impak langsung kepada penduduk bandar raya New York, termasuk puluhan ribu warga Venezuela yang menjadikan bandar itu sebagai kediaman mereka,” katanya.

    Selain hantaran di X, Mamdani turut menghubungi Presiden Donald Trump secara langsung bagi menyatakan bantahan beliau terhadap operasi ketenteraan tersebut dan penahanan Maduro. Beliau menyatakan bahawa bantahan itu berakar daripada prinsip menentang usaha ‘regime change’ dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

    “Saya menghubungi presiden dan bercakap dengannya secara langsung untuk menyatakan bantahan saya terhadap tindakan ini,” kata Mamdani.

    Reaksi terhadap operasi Amerika Syarikat itu tidak terhad kepada Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani. Beberapa negara serta pemimpin dunia turut mengecam tindakan tersebut sebagai pelanggaran kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa.

    Sebaliknya, kerajaan Presiden Donald Trump mempertahankan operasi berkenaan dengan mendakwa ia perlu bagi mengekang aktiviti kartel dadah dan keganasan yang dikaitkan dengan rejim Nicolás Maduro.

    Dalam konteks politik tempatan Amerika Syarikat, beberapa pemimpin Demokrat lain juga menyuarakan kebimbangan tentang penggunaan kuasa ketenteraan tanpa kebenaran Kongres, manakala sesetengah penyokong Trump menyokong operasi itu sebagai langkah tegas terhadap rejim yang dituduh terlibat dalam jenayah terancang.

    🔗 Source: https://thereporter.my/zohran-mamdani-hubungi-trump-bantah-penahanan-presiden-venezuela/

  • ‘Haram jika beli set kain kafan diuar-uarkan bagi tujuan riak’

    ‘Haram jika beli set kain kafan diuar-uarkan bagi tujuan riak’

    Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Dr Mohd Izhar Izhar Ariff menjelaskan bahawa hukum membeli set kain kafan mahal dalam Islam tidak boleh dinilai secara mutlak, sebaliknya bergantung kepada niat dan cara pelaksanaannya.

    Menurut beliau, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada mengingati kematian, malah ia merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW agar manusia sentiasa menjauhi maksiat.

    “Mengingati mati adalah sunnah Nabi SAW supaya kita sentiasa menghindari maksiat,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau menjelaskan, tiada nas yang jelas dalam al-Quran atau hadis yang mengharamkan seseorang membeli kain kafan yang mahal.

    Namun begitu, katanya, hukum perbuatan tersebut berubah mengikut keadaan, dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama.

    Menurut Prof Dato’ Dr Mohd Izhaf, harus bagi seseorang membeli set kain kafan yang mahal sekiranya ia sejajar dengan tahap kemampuan hidupnya, dengan syarat tidak diuar-uarkan kepada umum.

    “Perkara ini dirahsiakan dan hanya dimaklumkan kepada ahli waris sahaja. Niatnya adalah baik, iaitu memastikan segala persiapan ibadah selari dengan realiti kehidupannya di dunia,” jelas beliau.

    Tambahnya, individu tersebut juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab agama lain seperti zakat, sedekah, hadiah dan wakaf.

    Beliau menyamakan situasi itu dengan jemaah yang memilih pakej haji mewah bernilai ratusan ribu ringgit demi keselesaan.

    Bagaimanapun, perbuatan membeli kain kafan mahal menjadi makruh tetapi tidak berdosa sekiranya ia dihebahkan kepada khalayak ramai bagi tujuan promosi produk atau kandungan, tanpa sebarang niat takbur atau sombong.

    “Perbuatan ini menyebabkan masyarakat Islam bertikam lidah,” katanya.

    Beliau menegaskan bahawa perbuatan tersebut boleh menjadi haram jika pembelian kain kafan mahal itu diuar-uarkan dengan niat riak, sombong atau sehingga menghina set kain kafan murah yang dimiliki adat/uruf hari ini.

    Sehubungan itu, Prof Dato’ Dr Mohd Izhaf menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menghukum individu lain, khususnya dalam perkara yang melibatkan niat, kecuali terdapat perbuatan nyata yang jelas membawa kepada unsur haram.

    “Kita tidak boleh menghukum perbuatan seseorang itu khususnya melibatkan NIAT kecuali terdapat perbuatan jelas yang menjurus seseorang itu kepada perbuatan haram sebagaimana dinyatakan di atas,” jelasnya.

    🔗 Source: https://thereporter.my/haram-jika-beli-set-kain-kafan-diuar-uarkan-bagi-tujuan-riak/