Category: RoketKiNi

  • Kementerian Pendidikan belanja puluhan juta untuk Sekolah Kebangsaan

    Kementerian Pendidikan belanja puluhan juta untuk Sekolah Kebangsaan

    Pendidikan adalah asas penting kepada pembangunan modal insan yang akan mencorakkan hala tuju negara. Menyedari hakikat itu, Kementerian Pendidikan di bawah teraju Dr Maszlee Malik telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20.7 juta bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi. Ia diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Oktober lepas dan merupakan sebahagian daripada peruntukan berjumlah RM67.58 juta dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-11 untuk Selangor.

    Selain daripada itu, kerajaan PH juga cuba melunaskan janji yang pernah ditabur oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berhubung sumbangan melibatkan pendidikan. BN sebelum ini berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM1.5 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Lian 2 bagi membantu menampung kos pemindahan yang keseluruhannya berjumlah RM8.5 juta. RM7 juta telah dikumpul sendiri oleh ahli lembaga sekolah berkenaan. Semasa pentadbiran BN, Menteri Pendidikan ketika itu berjanji untuk menyumbang sebanyak RM1.5 juta kepada sekolah berkenaan. Janji sama pernah diulang sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 oleh BN iaitu kerajaan BN akan menyumbang RM1 juta jika sekolah berkenaan dapat mengumpul RM1 juta. Kedua-dua janji berkenaan tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan BN sehingga menyebabkan SJKC Hua Lian 2, yang siap dan beroperasi pada Januari 2018 lalu, menanggung hutang sebanyak RM1.5 juta. Prihatin dengan masalah itu, kerajaan PH mengambil keputusan untuk membantu sekolah berkenaan. – Roketkini.com

  • Sembunyi dana parti, UMNO langgar Akta Pertubuhan 1966

    Sembunyi dana parti, UMNO langgar Akta Pertubuhan 1966

    DAP akan membuat aduan dan meminta penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkenaan keterangan seorang pemimpin UMNO dalam perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah semalam. Pada hari keenam perbicaraan kes Najib, Setiausaha UMNO Johor Bahru, Abu Talib Alias dan Ketua UMNO Padang Serai, Asmadi Abu Talib mengaku menerima cek masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM50,000 daripada bekas Presiden UMNO itu.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/1789777854457158/

    Asmadi – yang merupakan saksi kesembilan – menjelaskan bahawa cek yang diterimanya tidak didepositkan ke dalam akaun UMNO Padang Serai, tetapi akaun peribadinya. Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mengenai alasannya berbuat demikian, Asmadi menjawab: “Sekiranya masuk ke dalam akaun bahagian, ia akan melibatkan mesyuarat agung tahunan (AGM). Tapi kalau melalui saya, ia akan terus masuk ke pihak pengurusan. AGM melibatkan juruaudit luaran,” jelas Asmadi. Menurut Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, pengakuan Asmadi itu membangkitkan persoalan sama ada pemimpin UMNO itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1966. “Menurut berita yang telah dilaporkan, mereka dengan sengaja menyembunyikan dana yang diberikan kepada UMNO tetapi menggunakan akaun individu-individu dengan tujuan menyembunyikan daripada pengetahuan pihak ROS dan juruaudit UMNO. “Bukankah ini satu kesalahan jenayah yang serius serta melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966?” soalnya dalam kenyataan, hari ini. “Walaupun perbicaraan kes jenayah Najib Tun Razak dan SRC International Sdn Bhd sedang dijalankan, saya percaya pihak ROS dan agensi penguatkuasaan yang lain berkuasa bagi menjalankan siasatan serentak sama ada UMNO telah melakukan kesalahan-kesalahan susulan pengakuan saksi-saksi di mahkamah atas pembayaran secara ‘rahsia’ tersebut,” tambahnya.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/556968758144576/

    Najib kini sedang dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International. – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/595533350927013/

  • Timbalan Menteri PH bagi petua pada Najib kekal ‘relax’ hadapi perbicaraan kes 1MDB

    Timbalan Menteri PH bagi petua pada Najib kekal ‘relax’ hadapi perbicaraan kes 1MDB

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberi petua kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal ‘relax’ dalam menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung skandal 1MDB. Ini selepas Najib, yang dirakam oleh petugas media Malaysiakini, dilihat menengking seorang anggota polis yang cuba menghalang seorang pemuda yang mendakwa sebagai pelajar daripada meluru ke arah bekas Presiden UMNO itu untuk bertanyakan soalan.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/595533350927013/

    “Cuba ingat kembali saat saat indah ada kuasa dulu dan saat saat indah bersama isteri tersayang (Datin Seri Rosmah Mansor) dan Jho Low yang dikasihi,” kata Hanipa dalam satu hantaran yang turut memuatkan klip video kejadian itu di Facebook miliknya. Kekecohan itu berlaku di pekarangan bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, selepas prosiding keempat perbicaraan Najib tamat. Najib berdepan satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan skandal 1MDB dalam perbicaraan yang sudah masuk hari kelima. Terdapat berpuluh kes lagi yang bakal dihadapi Najib di mahkamah.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/2232804463640721/

    Jho Low, dianggap sebagai watak utama dalam skandal berprofil tinggi itu. Sebelum ini tular sekeping gambar yang memaparkan gambar Najib dan Rosmah berdiri sebaris bersama-sama Jho Low di atas sebuah kapal layar mewah. – Roketkini.com
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/1789777854457158/

  • DAP kutuk serangan keganasan di Sri Lanka

    DAP kutuk serangan keganasan di Sri Lanka

    DAP menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Sri Lanka, termasuk komuniti Kristian di negara tersebut, berikutan tragedi pengeboman yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel sehingga meragut ratusan nyawa serta mencederakan ratusan yang lain. Menyifatkan ia sebagai perbuatan keji dan kejam yang melanggar norma kemanusiaan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP yakin bahawa kerajaan Sri Lanka akan mengambil langkah-langkah untuk membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/1789777854457158/

    “DAP mengutuk sekeras-kerasnya siri pengeboman yang disasarkan terhadap beberapa gereja dan hotel di Sri Lanka semalam pada 22 April 2019, sewaktu umat Kristian menyambut perayaan Easter,” katanya dalam kenyataan. “Pengeboman yang telah menyebabkan kehilangan 207 nyawa insan yang tidak bersalah, dan mencederakan 450 yang lain merupakan suatu perbuatan keji dan kejam yang melanggar norma-norma kemanusiaan, lebih-lebih lagi ketika para mangsa sedang mengamalkan kebebasan beragama mereka dan menunaikan ibadat pada tarikh keagamaan yang penting iaitu Hari Easter.” Turut menzahirkan perasaan dukacita adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut mengutuk sekeras-kerasnya pelaku serangan keganasan tersebut. “Seri Paduka juga mengucapkan takziah dan simpati tidak terhingga kepada mangsa jenayah tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun itu, yang disasarkan kepada orang tidak berdosa ketika sambutan perayaan Easter iaitu ketika penganut Kristian sedang berkumpul untuk berdoa dan merayakan sambutan itu. “Baginda turut menyatakan sokongan dan solidariti Malaysia dengan mangsa, keluarga mereka dan rakyat Sri Lanka,” kata kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, semalam.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/348416062685615/

    Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Terdahulu, Ahad lalu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian itu. – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/556968758144576/

  • Kor Ming sumbang lebih RM30,000 untuk sekolah, mangsa ribut

    Kor Ming sumbang lebih RM30,000 untuk sekolah, mangsa ribut

    Walaupun sibuk dengan tugas di Dewan Rakyat sebagai Timbalan Yang Dipertua, Nga Kor Ming tetap prihatin terhadap kebajikan penduduk di kawasan parlimennya. Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Sekolah Kebangsaan Convent Teluk Intan bagi membaik pulih bumbung sekolah berkenaan yang bocor akibat ribut yang melanda pada Isnin lalu.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/419797471915008/

    Selain itu, beliau juga menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM4,500 kepada tujuh keluarga yang dilanda bencana Sungai Nibong. “Saya telah pesan saudara Woo Kah Leong (Setiausaha Sulit) Woo untuk sediakan peruntukan segera sebanyak RM30,000.00 kepada sekolah tersebut untuk membaik pulih bumbung bangunan sekolah dan komunikasi telah dibuat antara saudara Woo dengan Encik Azha yakni pegawai Pejabat Kemajuan Negeri Perak untuk mempercepatkan kelulusan surat kuasa peruntukan demi tindakan selanjutnya,” katanya yang juga Pengerusi DAP Perak dalam kenyataan, hari ini. – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/266277254279526/

  • Kor Ming serah peruntukan RM150,000 untuk Masjid An Naim, Teluk Intan

    Kor Ming serah peruntukan RM150,000 untuk Masjid An Naim, Teluk Intan

    Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming menyerahkan peruntukan sebanyak RM150,000 kepada Masjid An Naim, Teluk Intan. Peruntukan tersebut adalah untuk menampung kos membaik pulih dan menaik taraf masjid tersebut, kata Ahli Parlimen Teluk Intan itu. Sumbangan itu juga katanya, membuktikan bahawa segala tuduhan jahat yang dilemparkan pembangkang terhadap DAP adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/419797471915008/

    “DAP adalah parti yang mesra Islam dan komited untuk memperjuangkan perpaduan nasional pelbagai kaum termasuk membela hak dan kebajikan masyarakat Islam. “Sebagai wakil rakyat Teluk Intan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan khas tersebut dengan serta-merta. “Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan cukup prihatin tentang kebajikan rakyat dan komited untuk menjaga kebajikan dan membela nasib semua kaum khususnya tempat ibadat agama Islam yang merupakan agama Persekutuan,” katanya yang juga Pengerusi DAP Perak. Oktober tahun lalu, Kor Ming yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyerah peruntukan berjumlah RM1.6 juta untuk Masjid At-Taqwa di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan bagi bagi kerja pembaikan. – Roketkini.com
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/328548477805807/

  • KJ tak faham budaya bincang dengan pihak berkepentingan?

    KJ tak faham budaya bincang dengan pihak berkepentingan?

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini mengulas twit berbaur sindiran oleh bekas Menteri UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung perkataan “kenderaan terbang” dalam dokumen kajian Dasar Kebangsaan Automotif (NAP). Jelas Kian Ming, rujukan kepada “kenderaan terbang” tersebut adalah bertujuan untuk mencetuskan wacana mengenai piawaian serta peraturan jika industri automotif negara membuat keputusan untuk menggunakan teknologi sedemikian pada masa hadapan.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/419797471915008/

    “Adalah amat malang bahawa Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin memilih untuk mengetengahkan satu rujukan kecil kepada teknologi khusus (bagi tujuan penetapan piawaian) dalam dokumen perbincangan, daripada memberikan perhatian terhadap cabaran lebih besar yang dihadapi, iaitu bagaimana untuk membangunkan dan mengembangkan seluruh landskap automotif di Malaysia. “MITI terbuka untuk menimbangkan sebarang cadangan konkrit daripada MP Rembau mengenai sektor automotif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bangi dalam kenyataan, hari ini. Jelas Kian Ming, dokumen berkenaan adalah sebahagian daripada pembentangan oleh MITI kepada pihak berkepentingan dalam industri automotif yang terbabit dalam semakan semula dasar automotif. Malah, ia turut memuatkan penafian yang dengan jelas menyatakan dokumen itu adalah draf dan disediakan hanya untuk “tujuan perbincangan dan tertakluk kepada perubahan dan tidak diperakukan kerajaan Malaysia”.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/2406602416225184/

    Dokumen itu turut memuatkan perbincangan mengenai projek kereta nasional yang baharu fokus kepada teknologi baharu, termasuk jangkaan kenderaan generasi akan datang (NxGV), yang merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) selaras Revolusi Perindustrian 4.0 dan kecerdasan buatan, serta bercirikan mobiliti sebagai perkhidmatan. “Tiada langsung disebut kenderaan terbang dalam perbincangan mengenai projek kereta nasional. “Slaid yang ditunjukkan oleh MP Rembau dalam ciap beliau adalah di bawah topik kecil pembangunan ekonomi dan dalam konteks untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi bagi banyak jenis kenderaan termasuk NxGV, kenderaan komersial dan motosikal yang merupakan EEV dan/atau kenderaan elektrik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Pendidikan Politik DAP. Malah, jelasnya yang juga suntikan dana sebanyak RM8 juta yang telah disalurkan untuk projek kereta nasional ketiga bukan untuk menghasilkan prototaip kereta terbang.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/633453717067570/

    Tambahnya lagi, projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji tidak menyebut mengenai kereta terbang.“Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” ujarnya. – Roketkini.com
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/373690206572858/

  • Skim Rumah Belia Melaka bantu golongan muda dapatkan rumah pertama

    Skim Rumah Belia Melaka bantu golongan muda dapatkan rumah pertama

    Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berkata kerajaan negeri komited membantu golongan belia mendapatkan rumah pertama mereka. Menurut Kerk, inisiatif Skim Rumah Belia Melaka (RMB) yang akan bermula pada 22 Mac diyakini dapat membantu golongan belia yang sukar untuk membeli rumah. “Skim perumahan khas ini merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di bawah portfolio Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka bagi melaksanakan salah satu manifesto Pakatan Harapan.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/2406602416225184/

    “Ia juga merupakan skim perumahan belia yang pertama di Malaysia,” ujarnya yang juga Adun Ayer Keroh dalam kenyataan hari ini. Jelas Kerk, belia yang layak dan berjaya mendapat kelulusan boleh menikmati subsidi pembelian rumah sebanyak 10% daripada harga pasaran. Subsidi berkenaan, termasuk bayaran guaman dan duti setem akan ditanggung oleh pihak pemaju, tambahnya. “Fasa pertama yang bertempat di Durian Tunggal akan dilancarkan pada 22 Mac 2019. Dalam fasa ini, sebanyak 104 unit rumah yang berharga RM180,000 dibuka untuk permohonan. “Borang permohonan berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Lembaga Perumahan Melaka dan pihak pemaju,” ujarnya.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/633453717067570/

    Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi pemohon adalah pemohon berusia 18 sehingga 35 tahun. Kedua pemohon mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 ke bawah dan ketiga ialah pemohon merupakan warga Melaka atau pemastautin tetap selama lima (5) tahun ke atas di negeri Melaka. – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/373690206572858/

  • Najib minta tangguh lagi perbicaraan kes SRC: Apa mahu takut?

    Najib minta tangguh lagi perbicaraan kes SRC: Apa mahu takut?

    Rakyat tentu kesal dan kecewa dengan sikap tidak konsisten bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam berdepan perbicaraan kesnya di mahkamah. Apa tidaknya, sehari sebelum Najib menunjukkan “taring” mahu perbicaraan kesnya di mahkamah disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan, tiba-tiba semalam beliau memfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan tersebut yang sepatutnya dilangsungkan esok (Rabu).

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/266277254279526/

    Bagi Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, tindakan Najib itu jelas menunjukkan bahawa bekas Presiden UMNO itu hanya berani di media sosial, tetapi hakikatnya takut untuk menghadapi kesnya di mahkamah. “Suatu pusingan U yang begitu besar oleh Najib Razak, ini sudah tentu tidak selari dengan sikap sebenar yang diharapkan daripada seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Bossku baru-baru ini. “Sudah tiba masa rakyat tanya pada Najib Razak: ‘Apa mahu takut?’,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan dalam kenyataan hari ini. Ahad lalu, Najib menyatakan sokongan terhadapa cadangan untuk menyiarakan secara langsung perbicaraannya di mahkamah yang sepatutnya berjalan esok. Bagaimanapun, semalam, Najib menerusi peguamnya Harvinderjit Singh memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkannya menangguhkan lagi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Perbicaraan kes rasuah melibatkan dana 1MDB sebelum ini telah ditetapkan dari 15 April hingga 3 Mei.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/328548477805807/

    Mahkamah kemudian menetapkan 5 April untuk pengurusan kes bagi mendapatkan pengesahan sama ada perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan dijalankan pada 15 April ini atau sebaliknya. Najib menghadapi empat pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion. – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/609571409547084/

  • Najib sudah di kandang tertuduh, Tok Mat masih tak tahu?

    Najib sudah di kandang tertuduh, Tok Mat masih tak tahu?

    “Kalau betul 1MDB bermasalah, dakwalah Najib (Razak). Kamu kata dulu kertas pertuduhan dah siap, cuma belum tangkap. Sekarang kenapa tak tangkap?” kata Mohamad Hassan dalam ceramah di Rantau pada malam 3 April lalu. Beberapa jam sebelum Mohamad Hassan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mengeluarkan kata-kata itu, Najib sedang berada di kandang tertuduh menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB, berjumlah RM42 juta.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/421543558418280/

    Tak mungkinlah Tok Mat yang dianggap sebagai bijaksana oleh ahli-ahli UMNO tidak tahu yang Najib telah dibicarakan pada hari sama dia meminta bekas bosnya itu ditangkap dan didakwa? Meminjam jenaka pembangkang: Tak ada whatsapp group ke? Sikap tidak ambil peduli Tok Mat mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, yang meminta Pemangku Presiden UMNO itu agar lebih banyak membaca surat khabar atau menonton televisyen supaya tidak terlepas mengikuti isu-isu semasa. “Saya minta Tok Mat supaya pergi buka surat khabar dan baca, tengok TV dan kamu boleh pergi ke mahkamah menyaksikan kes perbicaraan di mana kita beri peluang kepada saksi-saksi memberi keterangan di sana. “Dia tak tahu kah, kita sudah charged (dakwa) bawa Najib ke mahkamah,” kata Gobind dalam satu ceramah di Rantau, semalam. Tetapi apa yang lebih menarik adalah kata-kata Tok Mat sendiri: “kalau betul 1MDB bermasalah, dakwalah Najib”.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/366986527478496/

    Kini Najib sudah didakwa, beranikah Tok Mat untuk kata syarikat yang diasaskan mantan Perdana Menteri itu semenangnya bermasalah dan pihak yang bertanggungjawab harus dihukum – bukannya diheret untuk turun berkempen? – Roketkini.com

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/530381487489288/