Category: RoketKiNi

  • Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!

    Tergempar!! Presiden PAS Hadi Awang kantoi bila diserlah sebagai racun perkauman yang memalukan ISLAM di London!

    Adakah peringatan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS merangkap anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, supaya orang Islam tidak membuat ucapan Krismas di Facebook kerana sambutan penganut agama Kristian itu bertentangan dengan akidah Islam merupakan pendirian rasmi PAS atau sekadar pandangan peribadi anak presiden parti itu semata-mata? Soalan ini timbul selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan membuat ucapan Krismas, meskipun Khalil mengeluarkan peringatan tersebut. Siapakah yang mempunyai kuasa lebih besar dalam PAS – Setiausaha Agung PAS atau Ketua Pemuda PAS yang juga anak Presiden PAS?

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/2254733994784324/

    Apakah pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dan Dewan Syura PAS berhubung isu ini? Semalam, saya menarik perhatian tentang ucapan Krismas yang ditujukan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Permaisuri Johor Raja Zarith Sultan Idris Shah; Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di luar Malaysia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas. Adakah mereka bukan orang Islam sejati kerana membuat ucapan Krismas?

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/498444223979915/

    Sekutu Muhamad Khalil Hadi, dalam cubaannya untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi tersebut, mendakwa kononnya “Amanat Kit Siang” lebih bahaya daripada Amanat Hadi. Saya berbangga dengan kenyataan itu atas dua alasan, pertama, saya sendiri tidak tahu akan kewujudan “Amanat Kit Siang”; dan kedua, kira-kira 15 tahun selepas Hadi menyifatkan saya sebagai “ubat habis tempoh”, saya masih berdiri di sini dan dikatakan membawa “Amanat Kit Siang”. Adakah Pemimpin PAS tersebut ada terlebih dahulu meminta nasihat daripada Hadi sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang mana boleh membuatkan Presiden PAS berkenaan dilihat dungu kerana pernah mengatakan yang saya tidak lagi relevan pada 15 tahun lalu! Namun, muslihat sedemikian tidak boleh menutup hakikat bahawa kepimpinan PAS gagal menjawab banyak persoalan penting yang berbangkit.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/372128470228948/

    Antara soalannya adalah: Presiden PAS Hadi berkata semua orang Islam harus menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana mendakwa ia adalah agenda Freemason dengan niat untuk memusnahkan agama, negara dan masyarakat Islam. Pun begitu, kira-kira 99 peratus daripada 1.3 bilion orang Islam di dunia tinggal di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), seperti Arab Saudi, Indonesia, Turki, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Palestin, Algeria, Maghribi, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan. Adakah PAS mahu menjadi penyelamat orang Islam di dunia, termasuk orang Islam di negara Arab Saudi, dan melancarkan kempen antarabangsa bagi mendesak 1.3 bilion orang Islam menentang ICERD?

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/1946052442365634/

    Adalah mengecewakan apabila begitu ramai pemimpian PAS menunjukkan set minda primitif – seperti Ulama PAS Selangor yang berkongsi video kugiran pop Indonesia sejurus sebelum bencana tsunami membadai negara itu. Pemimpin PAS sepatutnya belajar daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang berucap pada resepsi minum petang sempena sambutan Krismas semalam dan berkongsi pengalamannya menuntut di sekolah convent, sambil berterima kasih kepada guru biarawati beliau kerana mengajarkannya nilai-nilai murni yang membentuk jati dirinya atau daripada artikel yang ditulis oleh Fa Abdul dan disiarkan di Malaysiakini bertajuk “My first Sunday mass before Christmas”, kerana jelas apa yang kurang dalam kalangan pemimpin PAS adalah kasih sayang. Sebelas tahun lalu, pada Disember 2007 di Amman, 129 intelektual Islam terkemuka dari serata dunia mengucapkan Krismas kepada seluruh warga dunia, sebagai seruan perpaduan antara kedua-dua agama tersebut melalui dialog yang diadakan pada Oktober tahun itu.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/292710981375266/

    Kenyataan ucapan tersebut, turut menyelitkan ucapan terima kasih kepada penganut Kristian yang menyambut baik seruan Oktober tersebut yang diberikan tajuk “A Common Word”. Inisiatif “Common Word” itu disokong oleh Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, yang diketuai oleh Putera Jordan Ghazi bin Muhammad bin Talal. Pemimpin “Common Word” memahami prinsip moral yang dikongsi oleh “agama Ibrahim”, termasuk tekad untuk mengangkat kesucian kehidupan manusia. Ucapan Krismas itu juga turut merayu agar penganut Kristian dan Islam bersatu untuk “menyelamatkan, mengangkat dan menghargai setiap kehidupan manusia, terutamanya kehidupan setiap kanak-kanak”. Adakah wujud Amanat Kit Siang? Jika ada, ia akan membawa seruan ini: Seruan supaya seluruh rakyat Malaysia, tidak kira yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau agama lain, bertekad dengan satu objektif Malaysia Baharu iaitu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai persefahaman agama dan toleransi yang kukuh. Adakah PAS akan menyokong objektif ini?

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/348330989053226/

  • ‘Bagaimana kalau Najib Razak isi borang PPBM?’

    ‘Bagaimana kalau Najib Razak isi borang PPBM?’

    Adakah Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyambut mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau mengisi borang permohonan? Persoalan itu diutarakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dalam responnya terhadap persoalan ditimbulkan Senator Razali Idris, pengerusi PPBM Terengganu. Razali dilaporkan media sebagai mendakwa DAP resah sekiranya lebih ramai bekas Ahli Parlimen UMNO menyertai parti beliau, justeru menguatkan suara Melayu-Islam di Parlimen.

    “Melompat parti setelah kehilangan kuasa adalah perbuatan politik yang tidak bermoral,” ujar Lip Eng dalam kenyataan hari ini. Menegaskan bahawa keadaan politik semasa bukanlah pertembungan Melayu-Islam dengan kaum lain, Lip Eng memberi ingatan bagaimana UMNO telah membawa kehancuran dalam skandal-skandal 1MDB, Tabung Haji, Felda dan Felcra. “Kita semua di pihak Pakatan Harapan, membina negara dan memperbaikinya untuk diwariskan kepada anak cucu. “Saudara harus kenal betul siapakah sebenarnya rakan seperjuangan. DAP berdiri teguh bersama-sama PPBM ketika susah, dan akan terus bersama-sama mentadbir negara,” tegas beliau lagi. Sekiranya UMNO menang PRU14 lalu, mereka yang kini membuat keputusan melompat pastinya akan membiarkan sahaja penindasan yang dilakukan terhadap PPBM dan pemimpinnya yang melawan kekuasaan mantan perdana menteri.

    “Menerima ‘katak-katak’ ini adalah pengkhianatan kepada rakyat. Menerima orang yang lompat parti tidak harus dijadikan kebiasaan; apatah lagi diraikan,” tegas beliau. – Roketkini.com

  • DAP ucap takziah atas pemergiaan Muhammad Adib

    DAP ucap takziah atas pemergiaan Muhammad Adib

    Media sosial dibanjiri kata-kata sayu dan tidak kurang juga ucapan takziah sebaik sahaja mendapat berita pemergiaan Muhammad Adib Mohd Kassim yang bertugas semasa kejadian rusuhan di sebuah kuil dekat USJ, bulan lalu. Anggota bomba itu menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah hampir setengah bulan bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN), malam 17 Disember. Antara yang menyampaikan ucapan takziah adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang ternyata sedih dengan berita kematiaan Muhammad Adib.

    “Takziah. Sangat sedih atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib. Semoga keluarga boleh bertabah sama seperti semangat pengorbanan Adib yang berani,” tulisnya yang juga Menteri Kewangan di Twitter. Penolong Setiausaha DAP Wanita, Young Syefura Othman pula mengajak orang ramai berfikir sejenak mengenai bagaimana anggota pasukan beruniform negara ini mempertaruhkan nyawa bagi menjalankan tugas mereka. “Bagi sesetengah orang, ia hanyalah satu pekerjaan yang mereka pilih. Bagi mereka, ia lebih daripada pekerjaan. Ia adalah tugas dan tanggungjawab,” ujarnya yang juga Adun Ketari di Twitter. Muhammad Adib, 24, mengalami cedera parah semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, dekat USJ pada 27 November.

    Beliau dipercayai diserang beberapa perusuh. Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh oleh polis. – Roketkini.com

  • Jurnal Nature senaraikan Yeo Bee Yin antara 10 individu paling penting tahun ini

    Jurnal Nature senaraikan Yeo Bee Yin antara 10 individu paling penting tahun ini

    Nature, jurnal saintifik terkemuka antarabangsa menyenaraikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Yeo Bee Yin sebagai salah seorang individu paling penting tahun ini. Jurnal yang mula diterbitkan pada tahun 1869 itu, menyenaraikan Bee Yin di tangga ketujuh senarai tersebut sambil menyifatkan beliau sebagai juara alam sekitar menentang pencemaran plastik. Graduan Cambridge tersebut dilantik Tun Dr Mahathir menyertai jemaah menteri Malaysia Baharu, bermula awal Julai lalu dan telah mengambil banyak langkah berani ke arah penambaikan pengurusan alam sekitar, serta sains dan teknologi.

    September lalu, kerajaan menyasarkan untuk menghentikan penggunaan plastik pakai buang menjelang 2030, menjadi Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara mengambil langkah berani terhadap pencemaran plastik. Sebulan kemudian, kerajaan mengehadkan import plastik yang mengakibatkan meningkatnya bilangan loji kitar semula haram di rantau ini. Bukan sahaja itu, Bee Yin turut tegas melaksanakan amanahnya dengan membatalkan empat kontrak pengeluar tenaga bebas, yang hampir pasti akan diusahakan oleh syarikat arang batu. Bee Yin turut tidak gentar untuk berdepan dengan syarikat Lynas yang sehingga kini masih berdalih tentang sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan; malah bersedia untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

    Anak kelahiran Segamat berusia 35 tahun ini, membesar di tengah-tengah estet Gomali, di mana ibunya bekerja sebagai kerani. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas, sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Cambridge di bawah Biasiswa Cambridge-Gates. Kembali ke Malaysia, Bee Yin terlibat langsung dalam kempen media sosial DAP sekitar 2012, sebelum menjadi calon dan menang di kerusi DUN Damansara Utama pada PRU ke-13. Beliau kini menyandang kerusi Parlimen Bakri. – Roketkini.com

  • Timbalan Menteri Pendidikan gesa budaya minta kontrak, surat sokongan dihentikan

    Timbalan Menteri Pendidikan gesa budaya minta kontrak, surat sokongan dihentikan

    Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegur pihak yang cuba meminta habuan dalam bentuk penganugerahan kontrak dan surat sokongan daripada beliau. Menulis di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, meminta mereka agar menghentikan amalan seumpama itu. “Berhenti hantar emel kepada saya untuk minta kontrak. Kerana saya tidak akan buat. Tolong jangan minta surat sokongan daripada saya. Kerana saya tidak akan keluarkan sebarang surat. “Kita benci Jho Low. Dan saya tidak berminat untuk jadi Puan Kleptokrat. “Bukankah kamu mengundi Pakatan Harapan kerana kamu mahu sebuah kerajaan bersih?” katanya.

    Rata-rata pengguna laman maya memuji tindakan Nie Ching. Pengguna Facebook dengan nama Johan Akmalbudi berkata “Tabiat lama sukar dibuang, tapi kita harus berubah”. David Hor pula menyambut baik tindakan itu dan meminta agar mereka mendapatkan tender dengan cara yang betul. “Usaha yang bagus. Biar mereka dapatkan tender dengan cara yang betul dengan SOP yang betul,” ujarnya. – Roketkini.com

  • DAP akan keluar kerajaan jika…

    DAP akan keluar kerajaan jika…

    DAP komited dengan objektif Malaysia Baharu dan akan bertindak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya ia tidak tercapai, tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang. “Pemimpin DAP, sama ada di dalam atau di luar kerajaan, tidak teragak-agak untuk meninggalkan gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baharu diabaikan. “Pemimpin DAP tidak akan jadi lemah seperti pemimpin-pemimpin MCA,” katanya dalam kenyataan. Istilah Malaysia Baharu muncul selepas Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak enam dekad lalu. Beliau berkata demikian menjawab kebimbangan ahli perniagaan Tan Sri Clement Hii bahawa DAP akan jadi seperti MCA.

    Kit Siang dalam pada itu turut menyenaraikan sebab mengapa DAP tidak akan jadi MCA2. Antaranya adalah kerana DAP parti berbilang kaum, berbeza dengan MCA yang mewakili hanya orang Cina. “Politik berbilang bangsa DAP adalah satu-satunya cara untuk membina sebuah Malaysia bersatu padu dan berjaya, amalan politik berteraskan satu kaum sahaja tidak akan mampu menyatukan Malaysia yang berbilang kaum,” ujarnya.

  • Prihatin nasib pekebun kecil getah, Kementerian Kewangan umum bantuan RM164 juta

    Prihatin nasib pekebun kecil getah, Kementerian Kewangan umum bantuan RM164 juta

    Kerajaan Pakatan Harapan prihatin terhadap nasib pekebun kecil getah yang kekurangan pendapatan sepanjang musim tengkujuh. Oleh itu, Kementerian Kewangan yang diterajui Menterinya, Lim Guan Eng, mencadangankan kepada kerajaan supaya memberikan bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup mereka. Jemaah menteri bersetuju dengan cadangan tersebut dan meluluskan peruntukan lebih RM164 juta yang akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada kementerian berkaitan. Bantuan sebanyak RM600 setiap seorang itu akan memberi manfaat kepada 274,000 pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA. Ia akan diagihkan dalam dua peringkat – RM300 pada penghujung tahun ini, manakala selebihnya pada awal tahun hadapan. “Bantuan ini melibatkan penerima seramai 255,997 pekebun kecil getah yang merupakan pemilik yang mengusahakan sendiri kebun mereka (pemilik pengusaha) dan 18,642 penoreh bukan pemilik yang mengusahakan tanah berkeluasan tidak melebihi tidak melebihi 2.5 hektar.

    “Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan tahun 2018 berjumlah RM164, 783,400 kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia RISDA,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan, hari ini.

  • Tegakkan Keadilan Demi Teoh Beng Hock Gesa Polis Buka Semula Siasatan Segera

    Tegakkan Keadilan Demi Teoh Beng Hock Gesa Polis Buka Semula Siasatan Segera

    Kenyataan Media Bersama Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (AJK DAPSY) Leong Yu Sheng, Tan Tiong Yih dan Woo Kah Leong pada 25.12.2018; Kami menyeru kerajaan Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan demi Teoh Beng Hock tanpa berlengah lagi. Difahamkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk membuka siasatan semula terhadap kematian Teoh Beng Hock pada Jun 2018. Saudara Teoh telah meninggal dunia pada 16 Julai 2009 di Bangunan SPRM selepas memberikan keterangan.

    “Walaupun Mahkamah Rayuan telah memutuskan rejim kerajaan sebelum ini untuk membayar RM600,000.00 kepada keluarga Teoh sebagai pampasan, namun sebenarnya pembunuh sebenar Teoh masih belum dihadapkan ke muka pengadilan dan maka keadilan demi Teoh Beng Hock masih belum ditegakkan sehingga kini walaupun anak Teoh sudah berusia 8 tahun,” ujar ketiga-tiga AJK DAPSY tersebut. Sesungguhnya pembukaan semula siasatan kes terhadap insiden Teoh Beng Hock adalah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan di bawah Malaysia Baharu adalah bertekad untuk menegakkan keadilan demi individu seperti Teoh Beng Hock yang dizalimi di bawah rejim UMNO BN.

    Bersama dengan saudara Lim Kit Siang serta Ramkarpal Singh yang turut menyeru untuk membuka semula siasatan, kami sekali lagi menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk menegakkan keadilan demi Teoh Beng Hock serta mendesak pihak polis untuk membuka siasatan kes tanpa berlengah lagi.

  • Kit Siang minta pemimpin PH henti berbalah

    Kit Siang minta pemimpin PH henti berbalah

    Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengesa pemimpin Pakatan Harapan agar berhenti membuat serangan sesama sendiri secara terbuka. Walaupun menyokong kebebasan bersuara, katanya, ia tidak harus dilihat menjejaskan perpaduan dan tujuan bersama gabungan tersebut. “Saya amat bersetuju dengan amaran yang disuarakan Pengarah Strategi dan Dasar Bersatu Datuk Rais Hussin berkenaan serangan sesama sendiri di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, kerana ia bakal mengundang persepsi negatif dan kesan buruk terhadap Pakatan Harapan,” ujarnya dalam kenyataan.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/vl.333344867500170/372128470228948/?type=1

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan pemimpin Pakatan Harapan perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan parti. “Jika SOP seumpama itu tidak berjaya, Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu campur tangan dan memikirkan mekanisme yang sepatutnya untuk pemimpin Pakatan Harapan menyatakan kebimbangan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang kenyataan atau prestasi pemimpin dari komponen lain, supaya objektif Pakatan Harapan untuk membina Malaysia Baharu tidak terjejas,” ujarnya.
    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/vl.333344867500170/1946052442365634/?type=1

  • Pembalakan tak ikut SOP jejaskan sumber air Orang Asli

    Pembalakan tak ikut SOP jejaskan sumber air Orang Asli

    Aktiviti Pembalakan tidak mengokut Prosedur Operasi Standard (SOP) memusnahkan kawasan tadahan air dan pencemaran air sungai di beberapa perkampung Orang Asli, tegas Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Katanya, akibat daripada tindakan tidak bertangggungjawab itu, katanya, masyarakat Orang Asli terdedah kepada penyakit berjangkit serta penyakit kulit ekoran penggunaan air sungai tidak bersih.

    https://www.facebook.com/NgaKorMingsuperfansclub/videos/vl.333344867500170/372128470228948/?type=1

    “Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram,” katanya seperti dipetik Bernama. Selepas meninjau perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di Gua Musang, beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, berkata kedua-kedua kawasan berkenaan terkesan dengan pencemaran akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi. “Saya dapat lihat juga pembalak membuang sisa kayu ke dalam anak sungai tanpa mengambil langkah seperti yang ditetapkan dalam SOP supaya kawalan berhubung perkara itu lebih selamat,” katanya. – Roketkini.com