Blog

  • EPL: Dua calon dikait ganti Amorim

    EPL: Dua calon dikait ganti Amorim

    MANCHESTER – Pihak pengurusan Manchester United dilapor melihat pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner sebagai calon terbaik untuk mengemudi pasukan itu selepas pemecatan Ruben Amorim.

    Selepas beberapa keputusan silap dilakukan sebelum ini, Ineos yang diberi tanggungjawab mengemudi seksyen bola sepak di United selepas menjadi pemilik saham minoriti berdepan satu lagi tugas besar untuk membuat pilihan yang lebih baik.

    Mereka dilapor bakal melihat semula senarai pengurus ketika mereka membuat keputusan menyingkirkan Erik Ten Hag dan sebelum melantik Amorim ke jawatan itu termasuk pengendali Ipswich Town, Kieran McKenna yang pernah diburu.

    Sumber mendedahkan bahawa meraka begitu mengagumi kualiti dimiliki Glasner yang berjaya menjadikan Palace antara pasukan yang kuat termasuk menamatkan penantian trofi selepas memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti sebelum ini.

    Bagaimanapun, Glasner turut berdepan masalah di Selhurst Park musim ini ekoran prestasi pasukan yang merudum, selain beliau juga dilaporkan beberapa kali menyelar keputusan pemilik pasukan yang gagal membawa masuk pemain baharu.

    Sekiranya benar United berhasrat untuk mendapatkan Glasner, mereka mungkin perlu menunggu sehingga penghujung musim ketika pengurus dari Austria itu juga bakal berakhir Jun ini dan tidak berhasrat untuk kekal bersama pasukan itu.

    Selain Glasner, United juga dilapor turut memantau secara dekat potensi untuk mendapatkan khidmat Ketua Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann yang mempunyai hubungan rapat bersama pengarah pemantau bakat, Christopher Vivell.

    Nagelsmann dan Vivell pernah berkerjasama di RB Leipzig sebelum ini, namun sekiranya mereka mahukan khidmat jurulatih itu, United perlu menunggu sehingga saingan Piala Dunia 2026 berakhir. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/epl-dua-calon-dikait-ganti-amorim/

  • Airell anak muda mahir buat, main pelbagai alat muzik tradisional

    Airell anak muda mahir buat, main pelbagai alat muzik tradisional

    BERMULA dengan hobi menghasilkan gendang kecil, akhirnya anak muda ini ‘sohor’ sebagai pembuat pelbagai jenis gendang dan alat muzik tradisional di Kelantan. Minat yang mendalam terhadap seni warisan sejak di bangku sekolah rendah menjadi pemangkin kejayaannya dalam dunia muzik tradisional dan persembahan kebudayaan. Muhammad Airell Amsyar Anuar, 19, atau lebih dikenali sebagai Airell Serunai Perindu turut mahir meniup serunai serta bermain pelbagai alat muzik tradisional termasuk gendang, geduk dan gedombak. Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Kampung Banggol Pak……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/airell-anak-muda-mahir-buat-main-pelbagai-instrumen-tradisional/

  • Cungkil bakat pemanah masa depan

    Cungkil bakat pemanah masa depan

    KEJOHANAN Muezza Archery Championship 2025 yang dianjurkan oleh Muezza Archery Academy di Shah Alam, Selangor baru-baru ini menyaksikan penyertaan memberangsangkan kanak-kanak dan remaja iaitu seramai 573 peserta.

    Kejohanan itu bertujuan mencari pemanah muda yang berpotensi mewakili negara pada masa hadapan.

    Bagi kategori Open Under 18 Perempuan, Nur Nazurah Qahirah Mubin yang mewakili Klang Archery muncul sebagai juara.

    Nur Nazurah Qahirah yang berasal dari Klang berkata, kemenangan itu sesuatu yang di luar jangkaannya kerana dia hanya menyasarkan tempat kedua memandangkan prestasinya di peringkat separuh akhir kurang memuaskan.

    “Walaupun prestasi separuh akhir kurang memuaskan, namun saya berjaya membuat comeback di peringkat final. Perlawanan akhir sangat sengit dengan berlaku kejar-mengejar mata antara peserta.

    “Saya membuat perubahan teknik semasa perlawanan, khususnya pada hooking dan grip hasil nasihat bapa yang juga merupakan jurulatih peribadi saya.

    “Latihan khusus saya hanya bermula pada minggu kejohanan dan ini adalah penyertaan kali pertama saya. Sebab itu, saya tak sangka boleh menang,” kata Nur Nazurah kepada K-Remaja.

    Sementara itu bagi kategori sama, Nurin Iman Mohamed Sham yang mewakili Waw Archery Club meraih tempat kedua dan Izzah Insyirah Mohd. Yusmin daripada Port Dickson Archery Club pula meraih ketiga.

    Dalam pada itu, bagi kategori Open Under 18 Lelaki, gelaran juara diraih oleh Muhamad Hazieq Mohamad Nizam yang mewakili Muezza Archery Club. Tempat kedua menjadi milik Kristen Anthony Samuel daripada The Kilau

    Archery Club, manakala tempat ketiga diraih oleh Tajul Ammar Qhalif Azamil yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang.

    Muhamad Hazieq yang pernah mewakili Kedah dalam kejohanan bertaraf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengakui hanya berlatih selama sebulan sebelum menyertai pertandingan itu kerana perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Pemuda berusia 17 tahun itu menjalani latihan dengan memanah kira-kira 200 anak panah sehari, selain menumpukan perhatian kepada body form dan sudut panahan yang betul.

    Biarpun yakin dengan kemampuan, namun kemenangan itu baginya tetap dianggap satu kejutan kerana pesaing dalam kumpulan lawan (Kumpulan A) sangat kuat.

    “Perlawanan berlangsung sengit sehingga lima pusingan. Alhamdulillah, saya berjaya menang kesemua pusingan.

    “Prestasi saya tidak sepenuhnya konsisten, dengan markah sekitar 22 hingga 29 mata.

    “Semasa final dengan Anthony, berlaku kejar mengejar mata. Mula-mula saya mendahului, kemudian lawan kejar dan akhirnya saya kejar balik sehingga menang.

    “Kemenangan ini sebenarnya satu kejutan kerana lawan dalam Kumpulan A sangat kuat dan saya sendiri tidak menjangkakan menang,” katanya.

    Untuk makluman, pertandingan peringkat akar umbi ini dibahagikan kepada kategori Pembangunan dan Novice.

    Kategori Pembangunan menggunakan jarak panahan tujuh meter dengan setiap peserta perlu melepaskan tiga anak panah setiap pusingan.

    Pemenang akan ditentukan berdasarkan mata tertinggi selepas 10 pusingan selesai.

    Sementara itu, kategori Novice pula menggunakan jarak panahan 10 meter dengan 10 pusingan yang menampilkan format kalah mati untuk menentukan juara.

    Bagi kategori Terbuka, pertandingan berlangsung sepanjang tiga hari dengan pecahan umur bawah 11 tahun, 14 tahun dan 18 tahun.

    Para peserta bersaing pada jarak 18 meter melalui pusingan kelayakan sebelum memasuki peringkat kalah mati.

    Peserta yang berjaya memperoleh enam mata dahulu akan diumumkan sebagai pemenang.

    Sekiranya mata terikat, jumlah anak panah yang terkena bahagian ‘X’ akan menentukan juara. Format pertandingan mengikut standard antarabangsa.

    Pemenang tempat pertama hingga ketiga membawa pulang wang kemenangan dan juga trofi.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/cungkil-bakat-pemanah-masa-depan/

  • ‘Melampau cakap salam takziah, orang tua aku masih hidup lagi’

    ‘Melampau cakap salam takziah, orang tua aku masih hidup lagi’

    PETALING JAYA – Berterusan menggunakan profil akaun palsu menggunakan namanya, pelakon Ezzanie Jasny nekad membuat laporan polis bagi mengelakkan salah faham selain bimbang perkara tidak diingini berlaku kepadanya atau ahli keluarga.

    “Aku tengah tahan nak marah. Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Setahu aku, aku takde kacau kehidupan siapa-siapa pun.

    “Kau ini sumpah melampau. Siap post (muat naik) gambar mak bapak aku cakap ‘salam takziah’.

    “Mak bapak aku hidup lagi tau,” katanya dalam beberapa hantaran di Instagram Story.

    Pelakon drama bersiri Dia Bukan Syurga itu turut mendedahkan tangkap layar mesej peribadi daripada akaun terbabit yang berunsur ugutan.

    Lebih melampau katanya, pihak terbabit tanpa berselindung menyatakan niat untuk terus mengganggunya serta ahli keluarga lain.

    Tambah Ezzanie, gangguan diterima bukan hanya menerusi komen, malah melibatkan penyebaran maklumat palsu dan sensitif.

    Paling melukakan hati termasuk memuat naik kandungan ‘salam takziah’ kononnya melibatkan kematian ibu bapanya, sedangkan mereka masih hidup.

    “Tahan aku dari marah. Ya Allah, apa masalah kau manusia? Panasnya hati aku ini,” katanya menerusi hantaran lain.

    Selain membuat laporan polis, dia turut memaklumkan akan mengemas kini laporan pihak berkuasa andai gangguan tersebut berterusan.

    “Bagi penjelasan, ada akaun palsu yang masih menggunakan gambar saya meninggalkan komen di siaran langsung akaun lain.

    “Komen tersebut bukan daripada saya. Laporan polis sudah dibuat dan perkara ini juga saya akan maklumkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

    Sebelum ini, Ezzanie meluahkan rasa kesal apabila sebuah akaun palsu dalam media sosial cuba memainkan isu sensitif berkaitan agama dengan memcuri identitinya.

    Pada peringkat awal, pelakon itu memilih untuk berdiam diri kerana menyangka kandungan tersebut tidak mendapat perhatian.

    Namun keadaan berubah apabila akaun berkenaan tular seterusnya meraih jumlah tontonan tinggi susulan kandungan palsu mendakwa dirinya sudah bertukar agama, sekali gus memaksa Ezzanie tampil menjelaskan hal sebenar. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/melampau-cakap-salam-takziah-orang-tua-aku-masih-hidup-lagi/

  • Durian kahwin talam Bota jadi rebutan

    Durian kahwin talam Bota jadi rebutan

    PARIT – Seorang pemilik kebun durian di Bota, Parit tidak menyangka cubaannya menjual durian kahwin RM100 setalam mendapat sambutan hangat sejak bulan lalu.

    Mohamad Suhir Ihsan, 63, berkata, durian kahwin terdiri pelbagai jenis itu iaitu D24, MDUR79, IOI, Chanee dan D99 hasil daripada 12.14 hektar ladang duriannya yang telah berusia melebihi 12 tahun.

    “Ada juga tanam durian musang king dan black thorn tapi baru hendak berbuah jadi tidak ditumpukan untuk jualan. Durian kahwin memang ada peminatnya yang tersendiri kerana setanding dengan raja buah yang premium.

    “Ada yang isinya kuning pekat, saiz biji yang kecil dan rasa berlemak dan bergas yang sememangnya menjadi buruan kepada penggemarnya,” katanya kepada Kosmo! di Parit semalam.

    Katanya, selain membeli durian, pengunjung dapat menikmati buah itu di ruang makan selesa dengan meja serta kerusi selain air mineral yang diberikan secara percuma.

    “Saya ingin pelanggan menikmati durian yang enak bersama keluarga dengan tenang dan aman selain dapat memperkenalkan konsep pelancongan durian (durian tourism) kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

    “Ini juga membolehkan mereka melawat ladang durian, mengambil buah durian yang luruh serta menikmati secara segar terus dari ladang,” ­katanya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/durian-kahwin-talam-bota-jadi-rebutan/

  • Jual emas anak masuk sekolah

    Jual emas anak masuk sekolah

    SEGAMAT – Sesi persekolahan 2026 yang akan bermula pada minggu hadapan menuntut golongan ibu bapa menyediakan bajet kewangan yang tinggi sehingga memaksa mereka menjual barang kemas. Peniaga emas terpakai Che Tat Gold, Muhamad Noriman Haikal Mohd. Nazri, 25, berkata, terdapat segelintir ibu bapa datang ke premisnya untuk menjual emas bagi menampung perbelanjaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi. “Mereka membawa barang kemas untuk dijual bagi mendapatkan wang tunai ketika cuti sekolah baru-baru ini. Ada (pelanggan) yang beritahu mereka terpaksa……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/jual-emas-anak-masuk-sekolah/

  • Ladang kelapa sawit lebih 6 hektar muncul tiba-tiba

    Ladang kelapa sawit lebih 6 hektar muncul tiba-tiba

    JAKARTA – Pejabat Pertanian daerah Cirebon, wilayah Jawa Barat menyatakan rasa terkejut dengan kemunculan ladang kelapa sawit di Kampung Cigobang yang tidak diketahui asal-usulnya, lapor laman berita Tribunnews.

    Ini kerana kawasan tersebut sebelum ini dikenal pasti sebagai kawasan hutan dan sumber air.

    Ketua Bagian Hortikultur dan Perkebunan Pejabat Pertanian Daerah Cirebon, Durahman berkata, pejabatnya belum pasti tentang kronologi awal penanaman kelapa sawit tersebut.

    “Kami juga terkejut kerana tiba-tiba sahaja terdapat ladang kelapa sawit di tanah seluas kira-kira 6.5 hektar di Kampung Cigobang,” kata Durahman.

    Beliau menekankan bahawa kelapa sawit bukanlah komoditi strategik mahupun utama di daerah tersebut.

    Setakat ini, pembangunan sektor perladangan di rantau itu lebih tertumpu kepada komoditi yang sesuai dengan keadaan agroekologi tempatan serta kapasiti daya tampung alam sekitar.

    Susulan kejadian itu, pihak berkuasa daerah dan bandar diminta untuk menginventori dan memetakan semua ladang kelapa sawit di kawasan masing-masing, serta memberikan panduan dan bantuan kepada petani dan perniagaan perladangan.

    “Minggu depan, kami akan menjalankan inventori semula ladang kelapa sawit di Kampung Cigobang.

    “Kami juga akan menyediakan bantuan supaya kelapa sawit dapat digantikan dengan varieti tanaman komoditi lain yang sesuai dengan agroekologi dan komoditi utama rantau ini,” katanya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/ladang-kelapa-sawit-lebih-6-hektar-muncul-tiba-tiba/

  • Isma Aliff meninggal dunia

    Isma Aliff meninggal dunia

    Hiburan tanah air sekali lagi berduka dengan pemergian seorang lagi permata seni, pelakon, penyanyi, dan pelawak terkenal, Isma Aliff. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di kediamannya di Ampang.

    Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh adiknya, Shamsidar Ismail. Menurut Shamsidar, Isma sudah seminggu terlantar akibat masalah kesihatan, termasuk kesukaran untuk bercakap kerana sakit tekak.

    “Sejak minggu lalu abang kurang sihat, susah nak berbual macam biasa kerana sakit tekak. Tahap kesihatannya pun menurun serta lebih banyak berbaring,” kata Shamsidar.

    Menurut Shamsidar, jenazah Allahyarham masih berada di rumahnya di Kampung Melayu Ampang dan pihak keluarga sedang menunggu arahan lanjut berkaitan urusan mandi jenazah serta lokasi pengebumian.

    Memetik laporan Kosmo, Isma pernah mengalami serangan angin ahmar pada Disember 2023 yang menyebabkan lumpuh sebelah kiri tubuh.

    Allahyarham memulakan kerjaya dalam dunia hiburan pada tahun 1986 menerusi program televisyen RTM dan dikenali ramai menerusi filem seperti Marah Marah Sayang dan Mawar Merah. Antara naskhah lakonannya termasuk Sayang Ibu, Jaket Biru, Kembar Siam, Romeo, serta menyumbang suara latar dalam Budak Lapok Osman. Beliau juga kerap membintangi pelbagai drama popular.

    Selain berlakon, Isma turut mencipta nama dalam industri muzik dengan menghasilkan empat album iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka, dan Macam-Macam Ada. Kali terakhir beliau muncul di kaca televisyen adalah dalam program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 bersama kumpulan Osama, bersama Allahyarham Mr. Os.

    🔗 Source: https://thereporter.my/isma-aliff-meninggal-dunia/

  • ‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

    ‘Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri’ – Akmal Saleh

    Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, mengeluarkan kenyataan penuh emosi, menyentuh kemungkinan untuk mengundur diri daripada jawatan kepimpinan parti.

    Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa segala usaha dan sumbangan yang dilakukan adalah dengan sehabis baik, namun mungkin kelemahan datang daripada dirinya sendiri.

    “Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri

    “Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, InsyaAllah waktunya akan sampai jua,” kata Dr. Muhamad Akmal.

    Kenyataan beliau dipercayai berkaitan dengan perkembangan politik semasa dan cadangan penghidupan semula Muafakat Nasional (MN).

    Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang, termasuk menghidupkan semula MN. Beliau menggunakan perumpamaan bahawa ia seperti ‘dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama’.

    “Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu, dan kita belum memuktamadkannya lagi. Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu ‘dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama’,” kata Ahmad Zahid.

    Cadangan Dr. Muhamad Akmal untuk menghidupkan semula MN turut disambut baik oleh Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyifatkan cadangan itu sebagai kunci kepada kebangkitan semula perpaduan ummah di negara ini.

    🔗 Source: https://thereporter.my/mungkin-sudah-tiba-masanya-untuk-mengundur-diri-akmal-saleh/

  • Penerima yang layak bakal menerima bayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 bermula 20 Januari ini manakala bantuan SARA pula akan dikreditkan seawal 9 Januari.

    Penerima yang layak bakal menerima bayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 bermula 20 Januari ini manakala bantuan SARA pula akan dikreditkan seawal 9 Januari.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bantuan SARA sehingga RM200 sebulan ini dikhaskan untuk pembelian barangan keperluan asas di premis terpilih.Peruntukan keseluruhan STR dan SARA tahun lalu mencecah RM15 bilion sekali gus menjadi nilai bantuan tunai tertinggi dalam sejarah negara bagi meringankan beban kos sara hidup.

    Keberkesanan inisiatif ini terbukti melalui kadar penggunaan bantuan yang tinggi oleh golongan yang memerlukan di seluruh negara.Orang ramai dinasihatkan segera menyemak status kelayakan serta akaun bank masing masing mengikut tarikh penyaluran yang telah ditetapkan.

    Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan rakyat melalui sokongan kewangan secara langsung.Sumber: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17cw6NsqCB/