Anugerah berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap peranan Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala merangkumi diplomasi, perdagangan, pertahanan, teknologi dan pembangunan.Anwar menzahirkan rasa syukur dan menegaskan penghormatan itu diterima bagi pihak seluruh rakyat Malaysia, bukan atas kapasiti peribadi.Beliau berharap pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih kukuh antara Malaysia dan Türkiye demi manfaat rakyat kedua-dua negara.Sumber: Astro Awani, Berita HarianGambar: Facebook Recep Tayyip Erdoğan
Blog
-

Steven Sim kongsi perubahan hidup Hilmi
Sebelum ini, nama Hilmi pernah mencuri perhatian ramai apabila kisah hidupnya tular menjadi mangsa penipuan. Hilmi yang berhijrah dari Kelantan ke Bukit Mertajam demi membina kehidupan baharu bersama isteri dan lima anak kecil, berdepan mimpi ngeri apabila ditipu sehingga kehilangan tempat tinggal. Akibatnya, tujuh beranak itu terpaksa bermalam di dalam kereta usang.
Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, yang tampil menghulurkan bantuan dan memberi peluang kepada Hilmi untuk bangkit semula. Setahun selepas episod hitam itu, Steven Sim baru-baru ini menerima satu pesanan WhatsApp daripada Hilmi yang mengucapkan terima kasih dan menjemput beliau menziarahi rumahnya.
Menurut Steven Sim, beliau mengambil sedikit masa untuk menunaikan jemputan tersebut bagi melihat sendiri perubahan hidup keluarga Hilmi. Ketibaan beliau disambut penuh emosi apabila Hilmi terus memeluknya sambil mengucapkan terima kasih.
“Lelaki yang saya temui setahun lalu sedang duduk di tepi kereta usang bersama isteri dan lima anak kecil, hari ini berdiri di depan rumah sendiri dengan senyuman dan keyakinan,” katanya.
Steven turut memaklumkan Hilmi kini bekerja tetap sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan melebihi RM5,000, cukup untuk menyara keluarga.
“Sekarang Hilmi ada kerja tetap sebagai pemandu lori. Gaji agak lumayan, cukup untuk sara keluarga. Tapi kerja jauh, jarang ada di rumah. Hari ini, dia ambil cuti khas sebab tahu saya nak datang. Katanya, ‘Saya nak YB tengok sendiri hasil bantuan YB. Saya tak lupa’,” katanya.
Steven Sim menegaskan beliau tidak mengharapkan penghargaan atas bantuannya, sebaliknya lebih terkesan melihat perubahan hidup Hilmi dan keluarganya.
Menurut beliau lagi, Hilmi dan isterinya bukan sahaja berjaya bangkit, malah melakukannya dengan penuh maruah, tanpa merungut atau meminta-minta.
🔗 Source: https://thereporter.my/steven-sim-kongsi-perubahan-hidup-hilmi/
-

Hakim kendali kes rasuah Netanyahu maut dalam kemalangan
Seorang hakim kanan Israel yang terlibat dalam pengendalian perbicaraan kes rasuah melibatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, maut dalam kemalangan jalan raya pada Ahad lalu ketika menunggang motosikal.
Mangsa, Benny Sagi, yang memegang jawatan Presiden Mahkamah Daerah Beersheba disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan di Lebuhraya 6, berhampiran Kfar Menachem, timur Ashdod.
Pasukan perubatan Magen David Adom memaklumkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut polis Israel, siasatan awal mendapati sebuah kenderaan yang dipandu dari kawasan luar jalan secara tiba-tiba memasuki lebuh raya sebelum melanggar motosikal yang ditunggang mangsa. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
🔗 Source: https://thereporter.my/hakim-kes-rasuah-netanyahu-maut-kemalangan/
-

Akhbar New York Times melaporkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, memaklumkan kepada ahli perundangan bahawa Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan pembelian Greenland sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.
Trump dikatakan terbuka menggunakan apa sahaja kaedah bagi memperoleh wilayah Denmark itu.Menurut kenyataan White House, Trump menganggap penguasaan Greenland sebagai keutamaan keselamatan negara AS, khususnya untuk mengekang pengaruh kuasa luar di rantau Artik.
Beberapa pilihan sedang dibincangkan, termasuk penggunaan ketenteraan yang kekal berada dalam bidang kuasa presiden sebagai ketua angkatan tentera.Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan pemimpin enam negara NATO bersama Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, yang menegaskan Greenland adalah milik rakyatnya dan hanya Denmark serta Greenland berhak menentukan masa depan wilayah tersebut, walaupun AS sudah memiliki pangkalan tentera di pulau berkenaan.Sumber: New York Times
-

Seramai 17 pengarah syarikat direman selama lima hari sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan kes kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia TDM.
Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita ditahan oleh pihak SPRM selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya semalam.Siasatan mendapati kesemua suspek berusia 20 hingga 60 an itu disyaki membayar rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan serta penyelenggaraan.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus mengesahkan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 bagi membongkar rantaian kartel tersebut.Tindakan tegas ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras penyelewengan dalam urusan perolehan agensi keselamatan negara.
Orang ramai diminta untuk terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan integriti perolehan kerajaan sentiasa terpelihara daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: SPRM
-

Presiden Rusia, Vladimir Putin, menegaskan Moscow tidak berhasrat mencetuskan peperangan dengan kuasa Eropah, namun Rusia berada dalam keadaan bersedia sekiranya Eropah memilih jalan konflik secara langsung.
Menurut beliau, jika Eropah secara tiba-tiba memutuskan untuk melancarkan perang terhadap Rusia, negara itu bersedia menghadapinya tanpa sebarang keraguan.
Kenyataan itu dibuat ketika beliau bercakap kepada media.Putin turut mendakwa negara-negara Eropah sendiri menutup ruang rundingan damai berkaitan Ukraine selepas memutuskan hubungan dan saluran komunikasi dengan Rusia.Sumber: CGTN Europe
-

Prestasi Kerajaan Madani dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menunjukkan peningkatan dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini berdasarkan kaji selidik Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) melibatkan 1,604 responden di Semenanjung.
Kajian itu mendapati penilaian rakyat terhadap prestasi kerajaan meningkat daripada 41 peratus pada Jun kepada 49 peratus, manakala prestasi Perdana Menteri naik daripada 33 peratus kepada 46 peratus dalam tempoh sama.Dapatan turut menunjukkan sokongan berbeza mengikut kaum serta isu kos sara hidup kekal menjadi perhatian utama rakyat dalam menilai prestasi keseluruhan kerajaan.Sumber: Utusan Online Gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim
-

Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Parti Republikan supaya memenangi pilihan raya pertengahan penggal 2026 bagi mengelakkan beliau berdepan proses pemecatan oleh Parti Demokrat.
Beliau menegaskan bahawa kegagalan mengekalkan penguasaan di Kongres akan mendedahkan pentadbirannya kepada pelbagai siasatan dan usaha penyingkiran daripada jawatan Presiden.Dalam pertemuan tertutup di Washington Trump mendesak sekutunya mengetepikan perbezaan pendapat dan fokus mempromosikan dasar ekonomi serta integriti pilihan raya kepada pengundi.
Beliau mahu parti tersebut berkempen berasaskan prestasi pasaran saham walaupun rakyat kini sedang berdepan tekanan kos sara hidup dan inflasi yang mencabar.Walaupun Trump meramalkan kemenangan epik namun rekod sejarah menunjukkan Presiden penyandang sering kehilangan kerusi Dewan Perwakilan dalam pilihan raya pertengahan penggal.
Selain isu politik ucapan beliau turut mencetuskan perbincangan apabila menyentuh dakwaan tidak tepat mengenai kadar jenayah di Washington yang disangkal oleh pihak polis tempatan.Sumber: Berita HarianGambar: The Week
-

Seorang barista pelatih di sebuah kafe di Hampstead, London, dipecat selepas secawan kopi yang dihidangkan kepada sebuah keluarga Yahudi dipercayai membentuk corak menyerupai simbol swastika.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan corak tersebut terbentuk ketika barista menuangkan serbuk coklat dan memutarkan cawan, dengan pihak pengurusan menegaskan ia tidak dilakukan secara sengaja.Pengurus kafe memaklumkan tindakan itu diambil demi menjaga sensitiviti pelanggan, meskipun keluarga terbabit tidak menganggap kafe berkenaan bersifat antisemitik.Sumber berita: Metro.co.uk
-

Meriah ulang tahun pertama kolam Fish Garden 2
LOKASINYA yang berhampiran dengan kawasan pesisir pantai menjadikan kolam ini antara salah satu kolam yang menggunakan air laut tulen. Keistimewaan kolam seperti ini ialah ia dapat memberikan persekitaran yang lebih semula jadi dan autentik.Paling penting, ia membuatkan ikan di dalam kolam menjadi lebih kuat dan lasak. Sambutan ulang tahun Saya berkesempatan menyertai sambutan ulang tahun pertama kolam Fish Garden 2. Pemilik kolam membuat satu acara memancing dengan pelepasan awal ikan sebanyak 310 ekor dari pelbagai spesies dan cabutan bertuah buat……
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/meriah-ulang-tahun-pertama-kolam-fish-garden-2/









