Blog

  • Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund

    Samirah, dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan kes bunuh CEO Cradle Fund

    PUTRAJAYA 7 Jan – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar serta dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, lapan tahun lalu.

    Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, selepas menolak rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

    “Setelah meneliti alasan bertulis Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kami tidak mendapati apa-apa kesalahan terhadap sebab-sebab yang diberikan oleh kedua-dua mahkamah ketika membebaskan ketiga-tiga responden daripada pertuduhan.

    “Berdasarkan hujahan bertulis dan lisan perayu dan responden, kami tidak dapat menyatakan pertuduhan dibuktikan secara prima facie di akhir pendakwaan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan antara lainnya ketiga-tiga tertuduh mempunyai niat bersama untuk menyebabkan kecederaan yang akhirnya boleh menyebabkan kematian,” kata Hakim Abu Bakar Jais.

    Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan.

    Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.

    Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 51, dan dua remaja berusia 21 dan 24 tahun.

    Rayuan di Mahkamah Persekutuan ini merupakan tindakan terakhir pihak pendakwaan untuk mencabar keputusan dua mahkamah terdahulu. Sebelum ini, pada 8 Februari 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 Jun 2022 menegaskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Nazrin dibunuh antara 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.

    Samirah dan dua remaja itu pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh Nazrin pada 4 Mac 2019 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Mac 2019.

    Turut berhadapan tuduhan sama ialah pembantu rumah warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang dipercayai bersubahat tetapi masih bebas.

    Perbicaraan bermula 6 September 2019 dan pihak pendakwaan menutup kes pada 14 Februari 2022 selepas memanggil 57 saksi, termasuk abang dan kakak Nazrin, Dr. Abdul Aziz dan Dr. Malek Reedzwan, serta saksi lain seperti Che Elainee dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13502

  • ‘Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri’ – Akmal Saleh

    ‘Mungkin sudah tiba masa untuk undur diri’ – Akmal Saleh

    KUALA LUMPUR 7 Jan – Hantaran terbaharu Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di media sosialnya kembali mencetuskan tanda tanya.

    Menerusi hantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan berkata, mungkin sudah tiba masanya beliau mengundur diri.

    Menurut beliau, usahanya memimpin pemuda UMNO sudah dilakukan sehabis baik.

    “Kita dah usaha sehabis baik sampaikan sehabis baik.

    “Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri,” ujarnya pada Rabu.

    Sebelum ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh segera meletak jawatan sebagai Exco dan melaksanakan pendirian beliau untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

    DAPSY Kebangsaan dalam satu kenyataan berkata, ini kerana gimik ‘keluar kerajaan’ yang dimainkan oleh Muhamad Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

    Pada Sabtu lalu, Muhamad Akmal membawakan dua usul dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO, iaitu agar parti kembali bekerjasama dengan Pas dan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan serta berperanan sebagai pembangkang.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama berjuang dengannya.

    “Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini.

    “Saya percaya jika niat kita baik demi agama,bangsa dan tanah air, Insya-ALLAH waktunya akan sampai jua,” jelasnya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13504

  • Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri

    Budak 10 tahun ditemui kelaparan, cedera di Nilai, polis tahan ibu kandung, bapa tiri

    NILAI 7 Jan – Keprihatinan seorang penghantar makanan membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan ketakutan, menggigil dan kelaparan di luar sebuah kedai serbaneka di sini pada petang Selasa, dengan kesan kecederaan pada badan dipercayai akibat didera.

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kanak-kanak itu ditemui bersendirian kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke tempat selamat oleh individu terbabit yang kemudian menghubungi polis.

    “Pengadu memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan menggigil, ketakutan serta kelaparan. Dia kemudian membawanya ke tempat selamat dan menghubungi pihak polis yang seterusnya membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk mengesan penjaga,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

    Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa yang disyaki berpunca daripada penderaan.

    Susulan itu, polis menahan ibu kandung dan bapa tiri mangsa yang berusia lingkungan 30-an pada jam 1.58 tengah hari Rabu bagi membantu siasatan.

    “Kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut,” katanya.

    Johari berkata, siasatan lanjut turut mendapati mangsa pernah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tahun 2020 selepas mengalami kecederaan ‘non-accidental injury’ berupa kesan melecur akibat terkena air panas di bahagian kepala, bahu kanan, dada dan belakang badan.

    Menurutnya, permohonan reman terhadap ibu kandung dan bapa tiri mangsa akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara jika sabit kesalahan.

    “Polis memandang serius sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

    “Orang awam dinasihatkan supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesyaki berlaku penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13505

  • Ahli Politik Singapura puji kepimpinan PM Anwar

    Ahli Politik Singapura puji kepimpinan PM Anwar

    Ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sejak sekian lama.

    Pujian itu dinyatakan dalam satu hantaran Facebook yang turut menyentuh prestasi ekonomi Malaysia, khususnya lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) serta pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Singapura (SGD).

    “Pada pandangan saya, Datuk Seri Anwar benar-benar antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sejak sekian lama,” katanya.

    Dalam kenyataan sama, Derrick Sim turut berseloroh meminta Perdana Menteri agar tidak bekerja terlalu keras.

    “Baru dua minggu lalu, kadar pertukaran SGD kepada Ringgit sekitar 3.18, sekarang sudah 3.15. Kalau Ringgit terlalu kuat, nanti orang Singapura datang Malaysia pesan roti canai kosong sahaja, lepas itu terus balik. Ramai antara kami masih berjimat cermat,” katanya secara berseloroh.

    Mengulas lanjut, Derrick Sim berkata meskipun kurang diberi perhatian oleh media arus perdana, FDI Malaysia meningkat sebanyak 47 peratus sepanjang tahun ini, melibatkan aliran masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit.

    Menurutnya, dekad ini merupakan peluang besar buat Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya di rantau ini.

    Katanya, syarikat multinasional global kini sedang memindahkan rantaian bekalan mereka secara besar-besaran keluar dari China dan Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan yang seimbang serta strategik.

    “Malaysia tidak semahal Singapura, tetapi lebih stabil dan boleh dipercayai dari segi institusi berbanding Vietnam. Ditambah pula dengan ekosistem semikonduktor yang sudah matang, Malaysia menjadi destinasi yang sangat menarik,” katanya.

    Beliau berkata potensi kejayaan Malaysia adalah tinggi, khususnya jika hala tuju dasar semasa terus dikekalkan secara konsisten.

    Mengulas prestasi mata wang, Derrick Sim menjangkakan Ringgit berpotensi terus mengukuh berbanding Dolar Singapura, termasuk kemungkinan bergerak ke paras 3.0X atau menembusi bawah paras psikologi 3.0 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

    Katanya, situasi itu turut dipengaruhi oleh langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang kini melonggarkan dasar monetari, sekali gus memberi tekanan ke atas nilai SGD.

    “Dengan kedua-dua faktor ini bergerak serentak, Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding Dolar Singapura,” katanya.

    Sebagai perbandingan, beliau mengingatkan bahawa pada September tahun lalu, kadar pertukaran masih berada sekitar 3.3 Ringgit bagi satu Dolar Singapura.

    Beliau turut menolak tanggapan bahawa perubahan besar kadar pertukaran mata wang adalah mustahil, sambil merujuk sejarah di mana pada era 1990-an, nilai Pound Sterling pernah diniagakan pada kadar tiga kali ganda berbanding Dolar Singapura.

    “Kadar pertukaran bukan sesuatu yang statik. Apabila asas ekonomi berubah, mata wang juga akan berubah,” katanya.

    Hantaran yang dibuat oleh beliau turut tular di media sosial dan meraih perhatian netizen.

    🔗 Source: https://thereporter.my/ahli-politik-singapura-puji-kepimpinan-pm-anwar/

  • Ini sebabnya bangunan PPUM bertukar hijau

    Ini sebabnya bangunan PPUM bertukar hijau

    PETALING JAYA – Seramai 10,563 pesakit di negara ini masih menunggu untuk menerima transplan organ daripada penderma selepas kematian, sekali gus mencerminkan jurang besar antara keperluan dan kadar pendermaan organ di Malaysia. Menurut data Pusat Sumber Transplan Nasional Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga November 2025, seramai 415,316 orang telah mendaftar sebagai pengikrar penderma organ de­ngan 18,143 pengikrar baharu direkodkan sepanjang tahun 2025. Bagaimanapun, jumlah penderma sebenar masih rendah apabila hanya 78 penderma kadaverik direkodkan pada tahun ini, menjadikan 1,046 penderma sebenar…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/ini-sebabnya-bangunan-ppum-bertukar-hijau/

  • Sensasi ‘micro jigging’ di Pulau Angsa

    Sensasi ‘micro jigging’ di Pulau Angsa

    Kebiasaannya perairan Pantai Timur menjadi lapangan popular untuk micro jigging, namun di satu lokasi yang terhampir dengan Lembah Klang ini juga dapat menawarkan keseronokan yang sama. Pulau Angsa, Kuala Selangor mendapat namanya kerana dikatakan bentuk pulau ini kelihatan seperti seekor angsa dari jauh. Di atas pulau ini terdapat satu rumah api yang telah dibina pada tahun 1887 dan masih berfungsi sehingga sekarang sebagai pedoman untuk kapal dagang yang melalui perairan sekitar. Bagi pemancing, Pulau Angsa ini sudah terkenal sejak berpuluh……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/sensasi-micro-jigging-di-pulau-angsa/

  • Ibu bapa tak tunggu BAP buat persiapan sekolah

    Ibu bapa tak tunggu BAP buat persiapan sekolah

    GEORGE TOWN – Ramai ibu bapa terpaksa mendahulukan duit gaji dan wang simpanan mereka untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak berbanding menunggu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 yang akan diagihkan pada sesi persekolahan nanti. Rata-rata yang ditemui Kos­mo! di sini, berkata, mereka tidak boleh menunggu lagi tarikh penyaluran tunai seba­nyak RM150 untuk setiap anak dan perlu membuat persiapan awal meskipun dalam kadar sederhana. BAP 2026 akan diperolehi seawal minggu depan iaitu pada awal sesi persekolahan berlainan pada tahun sebe­lumnya yang diperolehi…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/ibu-bapa-tak-tunggu-bap-buat-persiapan-sekolah/

  • Tambang van sekolah naik lagi

    Tambang van sekolah naik lagi

    PETALING JAYA – Kenaikan tambang van sekolah mencetuskan keluhan dalam kalangan ibu bapa terutama apabila tiada penjelasan terperinci diberikan oleh pengusaha bas sekolah. Tinjauan Kosmo! mendapati, kadar baharu dikenakan meningkat antara RM10 hingga RM20 sebulan bagi seorang pelajar, bergantung kepada jarak dan kawasan, sedangkan ramai ibu bapa masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. Suri rumah, Nur Aisyah Rahman, 39, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan pengusaha van sekolah mengenai kenaikan tambang sebanyak RM20 bermula sesi persekolahan baharu 12 Januari…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/tambang-van-sekolah-naik-lagi/

  • Kim Pan-gon bukan ahli silap mata

    Kim Pan-gon bukan ahli silap mata

    BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bukan ahli silap mata mampu mengubah pasukan secara drastik dan tetap memerlukan sokongan penuh daripada pengurusan Selangor FC.

    Walaupun hadir sebagai jurulatih berprofil tinggi dan terbukti memiliki kemampuan membina skuad ampuh, peminat juga harus mengelak daripada sikap untuk melihat hasil segera kerana perlu memberi ruang secukupnya buat Pan-gon.

    Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd. Faizal Wahid berkata, perkara yang menggembirakan adalah tindakan pantas pengurusan Gergasi Merah untuk mendapatkan khidmat Pan-gon.

    “Ia menjadi berita yang menggembirakan buat penyokong kerana Selangor FC mampu mendapatkan khidmat Pan-gon yang dianggap jurulatih berprofil tinggi dan ada kemampuan. Pasukan bertindak pantas kerana saya percaya Pan-gon turut diintai pasukan lain.

    “Kita mengharapkan yang terbaik, cumanya Pan-gon perlu diberikan masa untuk merangka perancangannya sendiri. Walaupun ada kenal beberapa pemain, Pan-gon juga pasti mahu lebih mengenali pasukan secara total.

    “Dalam masa sama, pengurusan juga kena berikan sokongan penuh kepada Pan-gon untuk melaksanakan perancangannya khususnya dalam hal berkaitan pemain dimahukan,” katanya.

    The Red Giants sebelum ini mengesahkan kehadiran Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu manakala pengendali sementara, Christophe Gamel akan memikul peranan selaku pengarah teknikal pasukan itu.

    “Kehadiran Pan-gon sebagai permulaan yang baik untuk perancangan masa depan pasukan. Untuk musim ini, harapan realistik peminat adalah untuk menamatkan liga di tempat kedua dan cuba dapatkan keputusan positif di Piala Malaysia,” kata Mohd. Faizal.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/kim-pan-gon-bukan-ahli-silap-mata/

  • Saya juga mahu jadi macam adik – Kakak Amirrulmukminin

    Saya juga mahu jadi macam adik – Kakak Amirrulmukminin

    PETALING JAYA – Kisah Allahyarham Amirrulmukminin Mohd. Zain, 27, yang mendaftar sebagai pengikrar, sete­rusnya organnya didermakan kepada yang memerlukan selepas meninggal dunia turut memberi inspirasi kepada kakaknya untuk berbuat demikian. Kakak Allahyarham, Annurfatinah berkata, buat masa ini, seorang abangnya berusia 38 tahun yang juga abang Amirrulmukminin te­lah mendaftar sebagai menjadi pengikrar organ. “Seingatnya abang saya yang buat ikrar dahulu, seterusnya arwah adik saya kemudian jadi pengikrar. Mungkin salah satu (inspirasi) daripada abang, arwah juga menjadi pengikrar,” katanya kepada Kosmo! semalam.…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/08/saya-juga-mahu-jadi-macam-adik-kakak-amirrulmukminin/