Blog

  • Seorang wanita warga Australia menerusi akaun Instagram @Eggeats berkongsi pengalaman unik mendaftar masuk ke sebuah kem penurunan berat badan ekstrem yang digelar penjara orang gemuk di China.

    Seorang wanita warga Australia menerusi akaun Instagram @Eggeats berkongsi pengalaman unik mendaftar masuk ke sebuah kem penurunan berat badan ekstrem yang digelar penjara orang gemuk di China.

    Dengan bayaran sekitar RM4,054 beliau sanggup dikurung selama 28 hari di kem yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan serta pagar elektrik bagi memastikan peserta tidak meloloskan diri untuk mencari makanan luar.Kehidupan di sana diibaratkan seperti latihan tentera dengan jadual senaman padat selama empat jam sehari serta sukatan makanan yang diukur dengan teliti.

    Meskipun terpaksa melalui rutin fizikal yang menyakitkan dan berkongsi bilik bersama lima individu lain Eggeats berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram dalam tempoh dua minggu sahaja.Beliau menyifatkan pengalaman tersebut sangat berbaloi buat mereka yang mahukan cabaran ekstrem untuk mencapai sasaran berat badan ideal.

    Selain faktor disiplin kehadiran komuniti yang mempunyai matlamat yang sama membantu peserta melalui proses penurunan berat badan tersebut dengan lebih bersemangat tanpa rasa dihakimi oleh orang lain.Sumber: YnetGlobal, FirstPost, Instagram @eggeats

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Bs6tF2H1j/

  • ‘Penat dengar cakap, biar orang aturkan hidup saya’

    ‘Penat dengar cakap, biar orang aturkan hidup saya’

    BENARLAH rezeki tidak pernah salah alamat, nama yang sebelum ini sepi boleh meledak secara tiba-tiba. Begitulah gambaran kanvas seni aktor Que Haidar sejak pertengahan tahun lalu sehingga hari ini.

    Merangkumkan perjalanan kariernya tahun lalu sehingga kini, pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu menyifatkan semua yang diraih sebagai aturan terbaik daripada Tuhan.

    “Sebenarnya selepas saya menang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Seri Angkasa 2024, memang terus terfikir untuk buat ‘comeback’.

    “Namun banyak benda bermain dalam kepala, termasuk adakah orang industri dan masyarakat nak tengok saya lagi.

    “Tetapi saya cuba buang semua itu dan berpegang pada bakat yang ada, kemudian Allah SWT permudahkan sehingga ada tawaran lakonan mula masuk pada Januari 2025,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

    Sambung bapa kepada dua cahaya mata itu, dalam tempoh tersebut dia turut menerima beberapa tawaran filem yang menuntutnya menurunkan berat badan dan bertubuh sasa.

    Impian untuk terlibat dalam dua filem tersebut bagaimanapun tidak kesampaian.

    “Tahun lalu patutnya saya bintangi dua filem tetapi tak jadi sedangkan sudah kuruskan badan dalam tempoh dua bulan seperti yang diminta. Berat saya ketika itu 58 kilogram.

    “Di situ, saya mula rasa penat nak dengar cakap orang dan biar orang aturkan hidup saya.

    “Saya pergi warnakan rambut dan tiba-tiba meletup dalam media sosial sebelum saya buat konten TikTok lagu Jamilah pada pukul 1 pagi dan sekali lagi ‘boom!’

    “Dari situ saya nampak, Tuhan aturkan sekejap sahaja. Saya percaya dengan kuasa-Nya, kalau tak jadi jangan nak kecewa sangat. Tahun lalu memang sangat hebat,” katanya yang kini muncul dalam drama rantaian, Pak Su Ammara.

    Kembali ke dunia drama selepas 16 tahun berehat di lapangan tersebut, Que berkata, Pak Su Ammara berjaya menambat hatinya kerana watak yang digalasnya berbeza dengan naskhah lain.

    “Dalam drama ini boleh dikatakan saya hero tetapi kualitinya berbeza dengan drama lain yang selalunya tunjuk sangat berkuasa atau seperti ‘superhero’.

    “Selain itu, saya terima tawaran ini sebab tak pernah bekerjasama dengan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. dan barisan pelakonnya ‘power’.

    “Kekok tidaklah sangat tetapi awal-awal saya sudah pesan kepada semua yang terlibat agar selalu berbincang dengan saya sebab mereka lebih pakar tentang drama episod panjang,” ujar pelakon berusia 46 tahun itu.

    Katanya yang terkenal dengan watak Amy Mat Piah menerusi filem Rock Ooo, membintangi naskhah lebih 15 episod pertama kali dilakukannya sejak bergelar anak seni.

    “Drama episod permainannya lain kalau nak dibandingkan dengan filem atau telefilem.

    “Pada awalnya, ketika baca skrip, rasa mencabar betul kena buat drama 20 episod sebab ini pertama kali saya terlibat drama panjang.

    “Persediaan untuk drama ini, saya selalu ingatkan diri agar cukup tidur, rehat dan juga ambil minuman yang boleh menaikkan mood tenang,” jelasnya.

    Julung kali bergandingan dengan Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly dan Mia Nasir, Que bersyukur mereka banyak membantu serta memberi hasil kerja yang hebat.

    “Kalau nak tahu, Ummi adalah salah seorang pelakon wanita terbaik yang memang saya nak bekerjasama, ada dalam ‘wishlist’.

    “Dia bagus sebab suka bincang dan tidak kedekut berkongsi pengalaman bekerja dalam produksi banyak episod. Seronok dan satu pengalaman hebat untuk saya,” ujarnya.

    Sering memberi hasil kerja memukau, dia mengakui berdebar dengan jangkaan tinggi yang diletakkan peminat terhadap lakonannya untuk drama Pak Su Ammara.

    “Jujur rasa risau memang ada tetapi saya sudah cuba beri hasil terbaik, selebihnya serahkan semuanya kepada Allah SWT.

    “Jangan fikir banyak sebab nanti hidup tak tenang. Hadapi sahaja semuanya, jangan serabutkan fikiran tetapi kerja perlu dilakukan dengan baik supaya diri sendiri dan orang lain tak kecewa,” tuturnya.

    Ditanya sama ada drama tersebut antara rezeki selepas namanya kembali viral, Que berkata, tawaran menjayakan Pak Su Ammara diterimanya sebelum ledakan ‘Jamilah’.

    “Sebenarnya mereka tawarkan kepada saya sebelum ‘Jamilah’ tular. Jadi, video itu ibarat ‘booster’ dan penyumbang untuk meledakkan produk lain,” kongsinya yang memasang impian membintangi filem perang satu hari nanti.

    Drama Pak Su Ammara mengangkat kisah seorang guru prasekolah bernama Hamiza lakonan Ummi Nazeera yang terperangkap dalam perkahwinan toksik. Hamiza meninggalkan perkahwinan toksiknya dalam keadaan diri sedang hamil.

    Ketika mengharungi hidup sebagai ibu tunggal, Hamiza berkenalan dengan bapa saudara salah seorang pelajarnya, Ammara Rose iaitu Firdaus atau Pak Su (Que).

    Drama 20 episod yang dinanti ramai itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 5 Januari lalu dalam slot Mega Drama, Astro Ria pukul 10 malam.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/penat-dengar-cakap-biar-orang-aturkan-hidup-saya/

  • Liga Super: Visi Selangor tarik minat Pan-gon

    Liga Super: Visi Selangor tarik minat Pan-gon

    KESERASIAN menjadi elemen utama kepada keputusan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk bersetuju untuk dilantik sebagai pengendali baharu Selangor FC.

    Jurulatih dari Korea Selatan itu dapat melihat kesungguhan Gergasi Merah untuk membentuk skuad lebih kukuh, selari dengan kemahuan peribadinya menyebabkan beliau menyahut cabaran mengemudi pasukan itu.

    “Keputusan saya menyertai Selangor FC dibuat berdasarkan keyakinan terhadap visi dan kesungguhan kelab. Mereka telah menunjukkan komitmen yang luar biasa serta pemahaman mendalam terhadap falsafah dan kepimpinan yang saya akan bawa.

    “Selain itu, sasaran dan objektif kelab selaras dengan aspirasi peribadi saya sebagai seorang jurulatih. Falsafah kejurulatihan saya sentiasa memberi fokus kepada pemain.

    “Saya menekankan latihan berkualiti, pelan taktikal yang jelas dan analisis lawan yang terperinci bagi memastikan persiapan pasukan berada pada tahap terbaik,” katanya.

    Teka-teki mengenai pengendali baharu Selangor FC akhirnya terjawab selepas melantik bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon serta-merta bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Katsuhito Kinoshi.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Selangor FC, kelmarin, kelab itu mengesahkan Pan-gon dilantik sebagai pengendali baharu dan menagih pengalaman luas jurulatih itu untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi.

    “Pasukan akan berusaha menampilkan aksi berintensiti tinggi dan agresif bagi menghadiahkan sebanyak mungkin kemenangan kepada penyokong, seterusnya membangkitkan rasa bangga mereka terhadap kelab,” katanya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/07/liga-super-visi-selangor-tarik-minat-pan-gon/

  • Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Tindakan tersebut dianggap sebagai pencerobohan privasi yang dilarang dalam Islam kerana melanggar hak peribadi individu.Umat Islam digesa supaya sentiasa menghormati ruang sulit orang lain dan menjaga adab ketika menggunakan teknologi.

    Penjelasan ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan akhlak dan etika dalam kehidupan seharian bagi mematuhi tuntutan syariat.Sumber: Deklotv

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1QTUjFTNB6/

  • Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Ulama Masjid al Haram Sheikh Dr Saad Al Khathlan menegaskan bahawa hukum melihat skrin telefon orang lain tanpa izin adalah haram.

    Tindakan tersebut dianggap sebagai pencerobohan privasi yang dilarang dalam Islam kerana melanggar hak peribadi individu.Umat Islam digesa supaya sentiasa menghormati ruang sulit orang lain dan menjaga adab ketika menggunakan teknologi.

    Penjelasan ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan akhlak dan etika dalam kehidupan seharian bagi mematuhi tuntutan syariat.Sumber: Deklotv

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DZRmhmS9x/

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa Washington “memang memerlukan Greenland” atas alasan keselamatan dan pertahanan negara.

    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa Washington “memang memerlukan Greenland” atas alasan keselamatan dan pertahanan negara.

    Dalam satu temubual dengan majalah The Atlantic, Trump berkata Amerika Syarikat memerlukan pulau itu “untuk pertahanan”, sekali gus mengulangi pendiriannya mengenai kepentingan strategik Greenland kepada keselamatan AS.Kenyataan itu dibuat ketika perhatian antarabangsa tertumpu kepada langkah tegas Washington dalam isu geopolitik global, termasuk tindakan Amerika Syarikat terhadap Venezuela.Sumber: Reuters

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1FqXi9hSa2/

  • Donald Trump mengeluarkan amaran terbuka bahawa Mexico Cuba dan Colombia mungkin menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku di Venezuela.

    Donald Trump mengeluarkan amaran terbuka bahawa Mexico Cuba dan Colombia mungkin menjadi sasaran seterusnya selepas apa yang berlaku di Venezuela.

    Kenyataan berani ini merupakan isyarat jelas mengenai pendekatan agresif Amerika Syarikat terhadap negara jiran di Amerika Latin yang tidak lagi bersifat diplomatik.Ketegangan kini semakin memuncak di rantau tersebut manakala pemimpin dunia mula memantau rapi setiap langkah ketenteraan terbaharu pentadbiran Trump.

    Amaran awam ini mencetuskan spekulasi besar sama ada ia sekadar tekanan politik atau permulaan kepada siri serangan udara yang lebih meluas.Langkah ini menunjukkan kesediaan Amerika Syarikat untuk bertindak tegas terhadap mana mana negara yang dianggap sebagai ancaman atau tidak sehaluan.

    Amaran terus tersebut kini meletakkan seluruh Amerika Latin dalam keadaan berjaga jaga terhadap kemungkinan campur tangan ketenteraan pada bila bila masa sahaja.Sumber: Thekindjoe

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DNWfcj4ty/

  • Mahkamah perintah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 Juta kepada suami Intan Najuwa

    Mahkamah perintah Rizman Ruzaini bayar RM1.3 Juta kepada suami Intan Najuwa

    Setelah hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya tampil secara terbuka bersama suaminya susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada mereka.

    Suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, dilaporkan berjaya memenangi kes saman terhadap jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, berhubung tuntutan bayaran semula pinjaman.

    Menurut Intan, keputusan untuk bersuara dibuat selepas proses perundangan selesai dan penghakiman rasmi dikeluarkan oleh Mahkamah.

    Jelas pelakon itu, kenyataan tersebut tidak melibatkan mana-mana pihak lain atau pereka fesyen selain ditujukan khusus kepada Pereka Fesyen Rizman Ruzaini agar melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh mahkamah melalui penghakiman berkenaan.

    A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

    Intan turut menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat adalah secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas beliau dan suami memilih untuk menunggu serta menghormati sepenuhnya proses perundangan yang berjalan selama ini.

    Berdasarkan dokumen yang dikongsikan di Instagram, mahkamah telah merekodkan satu Penghakiman Terus yang memihak kepada Ahmad Azraf selaku plaintif terhadap tiga defendan, iaitu Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil.

    Perintah mahkamah bertarikh 16 Disember 2025 itu menetapkan bahawa defendan perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM1.3 juta kepada plaintif selewat-lewatnya pada 15 Januari 2026, membayar faedah pada kadar lima peratus ke atas baki jumlah mulai 16 Januari 2026 sehingga penyelesaian sepenuhnya dibuat dan menjelaskan kos mahkamah sebanyak RM15,000 kepada plaintif dengan segera.

    🔗 Source: https://thereporter.my/mahkamah-perintah-rizman-ruzaini-bayar-rm1-3-juta-kepada-suami-intan-najuwa/

  • Tun Mahathir masuk IJN, terjatuh di kediaman

    Tun Mahathir masuk IJN, terjatuh di kediaman

    PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd. Radzi Jidin menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

    “Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN sekitar 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediaman. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau,” katanya.

    Perkara tersebut turut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu, Suffi Yusoff kepada pihak media hari ini.

    “Ya. Beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/tun-mahathir-masuk-ijn-terjatuh-di-kediaman/

  • ‘Hati-hati! Lagu akan bertahan walaupun selepas kita mati’

    ‘Hati-hati! Lagu akan bertahan walaupun selepas kita mati’

    PETALING JAYA – Susulan kontroversi lirik lagu Masuk Lagi nyanyian Baby Shima yang didakwa berunsur lucah, komposer dan penyanyi Amylea Azizan menegaskan penghasilan sesebuah karya perlu mengikut prinsip tata susila selain menjaga sensitiviti pendengar.

    Tambah Amylea, 39, setiap karya merupakan amanah besar kepada seseorang penggiat seni sekali gus lagu yang tidak senonoh akan terus kekal dan menjadi sebutan meskipun penciptanya meninggal dunia.

    “Bagi saya apabila ada bakat, awak ada satu tanggungjawab yang bukan untuk masyarakat atau sosial sahaja, bahkan dari segi agama dan pendirian.

    “Hati-hati! Lagu yang kita buat hari ini akan bertahan walaupun selepas kita mati. Contohnya, kalau saya buat lagu hari ini, nauzubillah kalau tersalah dekat mana-mana, saya minta maaf tapi saya dah tiada, lagu tetap ada,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.

    Pada masa sama, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu menegaskan soal salah atau betul bukan terletak pada niat pencipta lagu, sebaliknya perlu mengambil kira persepsi serta keselesaan pendengar.

    “Saya tak boleh nak cakap salah atau betul buat lagu macam mana. Awak boleh cakap tak maksudkan begitu (lucah) tapi kalau semua orang rasa benda sama?

    “Ibarat awak pakai baju yang dah rasa okey tetapi datang majlis semua orang tak selesa dengan baju awak, kita tak boleh cakap ‘kau tak boleh rasa begitu sebab baju ini okey bagi aku’.

    “Kita kena hormat, jaga sensitiviti sekiranya benda itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa. Saya tak selesa, awak boleh nyanyi tak depan mak ayah awak?

    “Kalau tak selesa, ada benda tak kena. Contoh kalau saya tulis lagu ini, saya rasa ‘alamak, kalau mak aku dengar’. Ini bukan apa orang cakap tetapi sebab tak sesuai,” ujarnya.

    Amylea turut berpandangan walaupun terdapat pengaruh budaya luar, sebagai masyarakat Melayu Islam kita perlu menjaga batas.

    “Orang Barat ada cara mereka tersendiri, di mana saya sendiri tak minat nak nyanyikan lagu yang mempunyai perkataan lucah.

    “Saya rasa sebagai Melayu Muslim, kita tidak sampai ke tahap itu. Bukan budaya kita dan ada batasnya,” kongsinya lagi.

    Sebelum ini, lagu ciptaan Eddie Hashim itu mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen apabila liriknya didakwa mengandungi unsur lucah. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/06/hati-hati-lagu-akan-bertahan-walaupun-selepas-kita-mati/