Blog

  • EPL: United terdesak raih kemenangan

    EPL: United terdesak raih kemenangan

    LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mungkin hanya perlu memberikan fokus untuk mencari formasi terbaik apabila mengesahkan tiada kecederaan baharu melanda pasukannya.

    Bagaimanapun, pengurus itu mengesahkan tiada seorang pun pemain yang cedera sebelum ini boleh diturunkan pada aksi menentang Leeds United di Elland Road, malam ini ketika mereka terdesak untuk meraih kemenangan.

    “Tiada isu untuk kami berdepan perlawanan kali ini, namun saya tidak fikir pemain kami yang cedera ketika ini akan pulih untuk bermain dalam aksi dengan Leeds,” katanya.

    Amorim kini sudah pun hilang khidmat Harry Maguire, Matthijs de Ligt, Kobbie Mainoo, Mason Mount dan Bruno Fernandes, malah tidak dapat gunakan Noussair Mazraoui, Amad Diallo dan Bryan Mbeumo yang kini beraksi di pentas Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

    Seperti aksi menentang Wolves, Amorim memanggil dua pemain muda, Jack Fletcher dan Bendito Mantato dan mengakui mungkin sekali lagi akan menggunakan pendekatan yang sama.

    Amorim juga mengakui sedar kualiti yang dimiliki oleh Leeds terutama kepantasan pemain lawan itu akan menjadikan perlawanan kali ini lebih sukar.

    “Kami membuktikan bahawa kami boleh memenangi mana-mana perlawanan dalam apa jua situasi. Kali ini kami akan terus melakukannya.

    “Kami tahu mereka mengubah sistem di mana pada perlawanan terakhir, mereka menggilirkan dua pemain (Dominic Calvert-Lewin and Noah Okafor) yang biasanya berada dalam kesebelasan utama,” katanya. AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/epl-united-terdesak-raih-kemenangan/

  • Bau badan, suka mencakar punca cerai

    Bau badan, suka mencakar punca cerai

    ALOR SETAR – Ramai isteri termasuk golongan warga emas mengadu suami terlalu leka de­ngan media sosial terutama TikTok dan Facebook sehingga menyebabkan mereka berasa sunyi akibat kurang berkomunikasi. Peguam syarie, Amalina Adam berkata, keadaan itu juga menyebabkan isteri rasa terpinggir, tambahan pula apabila anak-anak sudah tinggal berasingan. “Ada yang mengadu suami asyik dengan TikTok. Balik kerja atau selepas solat di surau atau masjid, terus layan TikTok dan Facebook berjam-jam lamanya. “Apabila pasangan terlalu fokus dan ketagih media sosial, komunikasi antara……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/bau-badan-suka-mencakar-punca-cerai/

  • TikTok, Facebook rampas kasih pasangan tua

    TikTok, Facebook rampas kasih pasangan tua

    ALOR SETAR – Disangka bahagia hingga ke usia senja, namun jodoh pasangan berusia 50 hingga 65 tahun ke atas kini turut ber­akhir di mahkamah apabila kes perceraian melibatkan golongan itu semakin meningkat. TikTok dan Facebook didakwa menjadi ‘perampas kasih’ dalam rumah tangga apabila ramai isteri merasakan seperti hidup bersendirian kerana suami terlalu leka menatap skrin berban­ding berbicara dengan pasangan sendiri. Terdapat juga kes perceraian berpunca daripada alasan remeh, antaranya kerana badan pasangan berbau, selain ada isteri yang gemar mengikut rombongan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/tiktok-facebook-rampas-kasih-pasangan-tua/

  • Maduro, isteri dibawa ke pusat tahanan di Brooklyn

    Maduro, isteri dibawa ke pusat tahanan di Brooklyn

    BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah pesawat yang membawa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores telah tiba di negeri New York, beberapa jam selepas tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas negara itu, lapor akhbar The Guardian.

    Presiden Donald Trump menyifatkan misi tangkapan Maduro dan isterinya sebagai ‘serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perdang Dunia Kedua’, sambil berjanji bahawa beliau akan mentadbir Venezuela tanpa pemimpin mereka.

    Trump menegaskan bahawa AS akan mentadbir Venezuela sehingga peralihan kuasa yang teratur dapat dilaksanakan.

    Pengumuman itu dibuat semasa sidang media di estet Mar-a-Lago di Palm Beach, negeri Florida semalam.

    Maduro dan Flores mendarat selepas pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Stewart dengan menaiki pesawat Boeing 757 berwarna putih.

    Beliau dijangka diterbangkan dengan helikopter ke bandar Manhattan sebelum dibawa ke pusat tahanan Metropolitan Detention Centre di Brooklyn, kata beberapa pegawai kepada saluran berita NBC News.

    Maduro dijangka berdepan pertuduhan di mahkamah menjelang petang esok. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/maduro-isteri-dibawa-ke-pusat-tahanan-di-brooklyn/

  • KPDN siasat warga Singapura isi RON95 guna helah tutup nombor plat

    KPDN siasat warga Singapura isi RON95 guna helah tutup nombor plat

    Pengusaha sebuah stesen minyak di Kulai kini berdepan tindakan undang-undang selepas disyaki membenarkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol subsidi RON95 dengan taktik menutup sebahagian nombor plat bagi mengelak dikesan.

    Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.36 malam, Jumaat lalu di sebuah stesen minyak di daerah Kulai. Pembelian dilakukan menggunakan kaedah tanpa tunai di pam minyak tanpa sebarang pengesahan identiti di kaunter.

    Menurutnya, semakan transaksi mendapati hanya sebahagian daripada jumlah pembelian berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak turut diperoleh dan sedang diteliti bagi membantu siasatan lanjut.

    🔗 Source: https://thereporter.my/kpdn-siasat-warga-singapura-isi-ron95/

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan serius terhadap dakwaan penahanan Presiden Venezuela dan isterinya menerusi operasi ketenteraan Amerika Syarikat, yang disifatkan sebagai pencabulan jelas undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara berdaulat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan serius terhadap dakwaan penahanan Presiden Venezuela dan isterinya menerusi operasi ketenteraan Amerika Syarikat, yang disifatkan sebagai pencabulan jelas undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara berdaulat.

    Menurut Anwar, penyingkiran paksa seorang ketua kerajaan melalui tindakan kuasa luar mewujudkan contoh berbahaya, melemahkan asas perundangan antarabangsa dan berpotensi membawa lebih banyak mudarat, khususnya kepada negara yang sedang berdepan krisis ekonomi serta tekanan sosial berpanjangan.Beliau menegaskan masa depan politik Venezuela mesti ditentukan oleh rakyatnya sendiri, sambil menggesa pembebasan segera Presiden Venezuela dan isterinya serta menyeru dialog, penglibatan konstruktif dan usaha meredakan ketegangan sebagai jalan paling berwibawa.

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AskqonCKH/

  • Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) atau UMNO menarik diri dan membubarkan Kerajaan Perpaduan negeri itu.

    Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) atau UMNO menarik diri dan membubarkan Kerajaan Perpaduan negeri itu.

    Menurut Allex, pelantikannya sebagai Exco dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjemput Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan pada 2023, dan beliau kekal komited berkhidmat demi kestabilan kerajaan serta kepentingan rakyat Melaka.Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap cabaran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mendesak DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan Melaka, selain menggesa UMNO menarik diri secara kolektif atas dasar prinsip dan hala tuju parti.

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14WsKb3s9bN/

  • Perdana Menteri mengarahkan supaya penggantian sebuah titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.

    Perdana Menteri mengarahkan supaya penggantian sebuah titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai dilaksanakan dengan segera demi keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.

    Insiden itu mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk di beberapa kampung sekitar kawasan berkenaan.Susulan arahan tersebut, Perdana Menteri turut menzahirkan simpati kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dan mengarahkan peruntukan disediakan bagi kerja-kerja penggantian jambatan, yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bersama agensi berkaitan.Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman dan arahan segera tersebut, selain memaklumkan kerajaan negeri komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kerja penggantian dapat dilaksanakan secara teratur dan pantas.Sumber: FB Anwar Ibrahim, MB Kelantan

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/185TGMo75H/

  • Pelajar warga Indonesia terkejut melihat Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia kini tampil lebih mewah serta mempunyai peminat yang sangat luar biasa.

    Pelajar warga Indonesia terkejut melihat Ayam Gepuk Pak Gembus di Malaysia kini tampil lebih mewah serta mempunyai peminat yang sangat luar biasa.

    Beliau membandingkan perbezaan ketara suasana restoran di sini yang selesa dan berhawa dingin berbanding di negara asalnya yang kebanyakannya hanya beroperasi di gerai tepi jalan secara santai.Harga di pasaran tempatan didapati dua kali ganda lebih mahal mencecah RM20 berbanding di Indonesia yang hanya sekitar RM10 sahaja bagi setiap hidangan.

    Walaupun terdapat perbezaan harga yang besar beliau tetap memuji kualiti rasa yang ditawarkan kerana masih mengekalkan keaslian resepi asal sekali gus menjadi pilihan utama buat semua penggemar makanan pedas.Netizen mengakui harga di Malaysia agak tinggi namun tetap berbaloi dengan tahap keselesaan restoran moden yang disediakan untuk pelanggan.

    Sumber: Tiktok syffnadya

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1BtHT95xDV/

  • Labah-labah ini kelihatan seolah-olah sedang tersenyum, namun ia bukan hasil suntingan atau lukisan.

    Labah-labah ini kelihatan seolah-olah sedang tersenyum, namun ia bukan hasil suntingan atau lukisan.

    Spesies kecil yang dikenali sebagai Hawaiian happy face spider hanya ditemui di Hawaii dan corak pada badannya terbentuk secara semula jadi.Menurut kajian saintifik, corak berwarna-warni dan berbeza pada setiap individu berfungsi mengelirukan pemangsa.

    Strategi ini dikenali sebagai defensive polymorphism, di mana rupa yang tidak seragam membantu labah-labah ‘hilang’ daripada perhatian musuh.Tiada dua labah-labah yang mempunyai wajah sama.

    Ada yang kelihatan seperti emoji, ada pula seperti seni abstrak, bukti evolusi bukan sekadar menyesuaikan diri, tetapi juga kreatif.

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Fz1DAVx4F/