Blog

  • ‘Saya harap ayah masih ada, keluarga ratapi cukup lama’

    ‘Saya harap ayah masih ada, keluarga ratapi cukup lama’

    PETALING JAYA – “Saya harap ayah masih ada.” Demikian luahan Aisya Humayra Mohammad Ihsan, 23, anak sulung kepada jurutera syarikat minyak dan gas yang hilang secara misteri dalam satu ekspedisi berkayak di Gua Musang lebih dua dekad lalu. Kehilangan bapanya, Mohammad Ihsan Ishak, 30-an, terus membekas dalam hidup Aisya meskipun ketika kejadian dia baru berusia dua tahun dan tidak mempunyai ingatan jelas tentang bapanya itu. Mohammad Ihsan, dilapor hilang pada 2004 ketika menyertai ekspedisi tersebut di Sungai Nenggiri, berhampiran Pulau……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/saya-harap-ayah-masih-ada-keluarga-ratapi-cukup-lama/

  • Gangguan misteri hantui penduduk perumahan elit

    Gangguan misteri hantui penduduk perumahan elit

    TERTARIK dengan perkongsian seorang pempengaruh di media sosial tentang gangguan makhluk halus membuatkan Sharifah (bukan nama sebenar) terimbau kembali pengalaman pertama kali berdepan dengan entiti ghaib. Kata Sharifah, sebelum berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk golongan ‘elit’ di Hulu Kelang, Selangor kira-kira 15 tahun lalu, dia tidak pernah berdepan sebarang hal aneh atau mistik. Sharifah dan suami memilih berpindah ke kawasan tersebut disebabkan lokasinya berhampiran dengan tempat kerja dan strategik untuk pulang ke kampung kerana berdekatan Plaza Tol Gombak bagi……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/gangguan-misteri-hantui-penduduk-perumahan-elit/

  • Indonesia diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia berdasarkan Laporan Keselamatan Global Gallup 2025, menurut ANTARA.

    Indonesia diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia berdasarkan Laporan Keselamatan Global Gallup 2025, menurut ANTARA.

    Negara itu berada di tangga ke-19 dunia bagi Indeks Undang-Undang dan Ketenteraman, serta ke-25 global dari segi peratus rakyat yang berasa selamat berjalan sendirian pada waktu malam.Kajian berkenaan melibatkan kira-kira 145,000 responden di 144 negara dan wilayah sepanjang 2024, dengan Indonesia mencatat skor tinggi 89 mata.

    Pencapaian itu meletakkan Indonesia mengatasi beberapa negara maju termasuk Jepun dan Amerika Syarikat.Ketua Polis Negara Indonesia menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai bukti tahap kepercayaan awam terhadap keselamatan negara serta keberkesanan pasukan penguat kuasa dalam menjaga ketenteraman.Sumber: AntaraGambar: Experience Travel Group

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1B2bCmBzog/

  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan bersama dalam mempamerkan sikap ramah dan mesra kepada pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyeru seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan bersama dalam mempamerkan sikap ramah dan mesra kepada pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

    Menurut beliau, pembinaan imej positif negara tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen rakyat termasuk dari segi layanan mesra dan kebersihan persekitaran, susulan aduan mengenai sikap kurang mesra terhadap pelancong.Sumber: Berita RTMGambar: FB MOTAC

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17my8eBHBJ/

  • Sepasang suami isteri nekad menjual rumah yang didiami selama 20 tahun akibat tidak tahan dengan masalah najis dan kencing kucing jiran.

    Sepasang suami isteri nekad menjual rumah yang didiami selama 20 tahun akibat tidak tahan dengan masalah najis dan kencing kucing jiran.

    Walaupun sudah melabur puluhan ribu ringgit untuk renovasi mereka terpaksa menyerah kalah selepas lima tahun menanggung bau busuk serta pencemaran kotoran yang tidak berkesudahan di kawasan kediaman mereka.Segala usaha termasuk menegur secara baik dan menyediakan kotak pasir gagal membuahkan hasil kerana sikap pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab.

    Selain beban kos pembersihan pasangan ini turut terkilan kerana ibadah harian terganggu akibat rasa was was terhadap kesucian ruang rumah yang sering dicemari najis haiwan tersebut.Sumber: FB Esz Sabri

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AF5K6gWi1/

  • Pemuda UMNO tegaskan keluar kerajaan keputusan parti

    Pemuda UMNO tegaskan keluar kerajaan keputusan parti

    KUALA LUMPUR 4 Jan – Pemuda UMNO menegaskan gesaan supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah adalah keputusan dalaman parti, bukannya sesuatu yang perlu dibawa oleh Perdana Menteri ke mesyuarat Kabinet.

    Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya sedar bahawa soal kekal atau keluar daripada kerajaan merupakan hak mutlak parti dan tidak wajar diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

    “Semalam kita minta UMNO tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah. Kita tidak pernah minta Perdana Menteri membawa perkara itu ke Kabinet kerana keputusan itu adalah keputusan parti, bukan keputusan kerajaan,” katanya.

    Beliau turut mempersoalkan sikap beberapa parti komponen kerajaan negeri Melaka, khususnya Amanah dan DAP, yang didakwa mahu menunggu keputusan dibawa ke Mesyuarat Exco sekiranya berhasrat untuk keluar daripada kerajaan negeri.

    “Kalau rasa berani untuk keluar, keluarlah. Tidak perlu tunggu Mesyuarat Exco kerajaan negeri. Itu keputusan parti masing-masing,” tegasnya.

    Menurut Akmal, Kerajaan Negeri Melaka diyakini mampu terus berfungsi dengan baik walaupun tanpa penyertaan parti-parti tertentu dalam pentadbiran sedia ada.

    “Insya-Allah kerajaan negeri akan tetap berjalan dengan baik walaupun kamu tiada dalam kerajaan. Apa ada masalah?” katanya.

    Terdahulu, kenyataan Pemuda UMNO berhubung hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan parti komponen di peringkat Persekutuan dan negeri.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13461

  • ‘Saya harap ayah masih ada, keluarga ratapi cukup lama’

    ‘Saya harap ayah masih ada, keluarga ratapi cukup lama’

    PETALING JAYA – “Saya harap ayah masih ada.” Demikian luahan Aisya Humayra Mohammad Ihsan, 23, anak sulung kepada jurutera syarikat minyak dan gas yang hilang secara misteri dalam satu ekspedisi berkayak di Gua Musang lebih dua dekad lalu. Kehilangan bapanya, Mohammad Ihsan Ishak, 30-an, terus membekas dalam hidup Aisya meskipun ketika kejadian dia baru berusia dua tahun dan tidak mempunyai ingatan jelas tentang bapanya itu. Mohammad Ihsan, dilapor hilang pada 2004 ketika menyertai ekspedisi tersebut di Sungai Nenggiri, berhampiran Pulau……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/saya-harap-ayah-masih-ada-keluarga-ratapi-cukup-lama/

  • Arif Aiman terus cipta pencapaian membanggakan

    Arif Aiman terus cipta pencapaian membanggakan

    BAKAT luar biasa dimiliki bintang sensasi Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mendapat perhatian di peringkat global.

    Walaupun hadir dari negara kecil dalam dunia bola sepak dunia, statistik dikongsikan Sofascore menyenaraikan Arif Aiman sebaris dengan Lamine Yamal yang juga tonggak utama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

    Berdasarkan kemas kini Sofascore, pemain berusia 23 tahun itu berjaya mencatat 224 gelecekan dalam 35 perlawanan di saingan liga utama untuk berada di tangga keempat di belakang pendahulu, Yamal (307 dalam 61 perlawanan), pemain Union Saint-Gilloise, Guilhermen Smith (251 gelecekan dalam 25 perlawanan) dan Jose Mario Pinto (CD Olimpia) dengan 238 gelecekan dalam 53 perlawanan.

    Perkongsian ini menyerlahkan kualiti Arif Aiman tidak hanya mampu membantu pasukan negara dan JDT di pertandingan tertinggi, malah turut membuka mata dunia yang Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkualiti setaraf dengan bitang dunia lain.

    Kelincahan Arif Aiman jelas tidak dapat dinafikan kerana gerakan pemain itu khususnya menerusi bahagian sayap kanan sering menghuru-harakan pertahanan lawan.

    Paling mendapat perhatian, senarai itu juga menyaksikan Arif Aiman berjaya mengatasi bintang sensasi Manchester City, Doku yang mencatat 212 gelecekan tetapi dalam 52 perlawanan, iaitu lebih 17 perlawanan berbanding pemain Harimau Malaya itu.

    Bagaimanapun, ketika ini Arif Aiman terpaksa mengharungi tempoh rehat tiga bulan ekoran kecederaan hamstring namun sudah pun menjalani pembedahan yang dilakuan oleh doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse di Finland.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/stargazing-idea-optimistik-mulakan-tahun-baharu/

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/arif-aiman-terus-cipta-pencapaian-membanggakan/

  • ‘Warm modern’ serlah pesona kediaman 2026

    ‘Warm modern’ serlah pesona kediaman 2026

    PESONA gaya minimalis yang mendominasi konsep dekorasi sepanjang tahun lalu dijangka akan mengalami peralihan ‘musim’ pada 2026. Pada tahun ini, pemilik kediaman dijangka lebih menekankan tentang keseimbangan antara fungsi, emosi dan kelestarian seiring dengan gaya hidup pintar masa kini. Pengguna dijangka akan beralih kepada konsep alatan automasi, kecerdasan buatan (AI), penjimatan tenaga dan gaya hidup lebih selesa. Selain itu, pengguna dijangka beralih kepada peralatan elektrik mesra alam seperti mesin basuh pintar atau vakum pintar, selain menaik taraf keselamatan dengan menggunakan……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/warm-modern-serlah-pesona-kediaman-2026/