Blog

  • 妇女失业无力缴租携3幼子露宿天桥 幸获伸援手觅得新住所

    妇女失业无力缴租携3幼子露宿天桥 幸获伸援手觅得新住所

    (新山31日讯) 一名妇女因失业而无力缴付房租,被迫带著3名年幼的孩子露宿街头,所幸获得柔州伊斯兰宗教理事会协助,顺利找到新住所,并获每月500令吉援助。

    民主行动党柔佛再也州议员廖彩彤在面子书上发文透露,团队在开斋节前夕接获通知,指一名妇女带著3名幼子露宿在避兰东的天桥上。经了解后,该名妇女法蒂因失业无力缴租,被屋主要求搬离,迫不得已才选择带孩子露宿街头。

    “所幸,附近祈祷所伸出援手,腾出空间让母子四人暂时栖息,随后柔州伊斯兰宗教理事会官员哈芝诺协助他们找到新住所。”

    她说,虽然一家四口获每月500令吉租金援助并有了落脚处,但空置的房子让孩子只能席地而睡。

    “哈芝诺对此向我们寻求协助,为他们提供基本生活用品,我们也准备床褥、被单、干粮,以及煤气炉和煤气桶等物资,协助法蒂一家暂度难关,能够迎接开斋节。”

    廖彩彤也透露,法蒂已找到新工作,在各方关怀与支持下,生活逐渐步入正轨。

    🔗 Source: https://www.orientaldaily.com.my/news/south/2026/03/31/807974

  • 男子涉18次报假案朝警车砸蛋 持剪刀闯屋恐吓住户

    男子涉18次报假案朝警车砸蛋 持剪刀闯屋恐吓住户

    (新加坡31日讯) 一名28岁男子涉嫌多次拨打警方热线虚报罪案,并向警车投掷鸡蛋,最终被逮捕和提控。

    据警方先前发表的文告指,一名28岁男子涉嫌在2月3日至3月22日期间,至少18次拨打热线谎报发生罪案。执勤警员分别于3月15日、21日及22日赶往现场 调查,在下车查看情况时,男子却向警车丢掷鸡蛋。

    警方经调查后锁定男子身份,并于3月23日将其逮捕并控上法庭。初步调查显示,男子涉嫌冒用一张已报失的身份证开设手机号码,并利用该号码“报假案”, 随后趁警员到场时进行破坏行为。

    控状显示,被告连可祥除了在假释期间报假案,并向警车掷鸡蛋,还在2025年7月22日傍晚约7时,闯入兀兰一个组屋单位,企图恐吓住户。他被指入屋后手持一把黑色手柄的剪刀指向住户,进行恐吓,抵触《1966年破坏公物法令》第3条 文一旦罪成,可被判罚款最高2000新元(约6273令吉3仙),或监禁最长3年,并可加处3至8下鞭刑。

    根据控状,被告今早被押返其中一个案发地点,即榜鹅中路第296座组屋。

    被告于今日上午约10时09分,身穿白色上衣、短裤及黑色拖鞋,戴著口罩到场,下车时多次以手遮挡脸部,试图避开媒体的镜头。

    他先被带上5楼走廊,向警员指出方向、地点。据了解,他当时正是从该楼层朝楼下警车丢掷鸡蛋。

    随后,警方将他带到楼下垃圾槽前方,也就是当时警车停放的位置,进一步询问。

    整个过程耗时约9分钟,被告随后被押上警车离开。(人名译音)

    🔗 Source: https://www.orientaldaily.com.my/news/spr/2026/03/31/807937

  • 陌生男子踹车门致伤车主 野新警方追查涉案者下落

    陌生男子踹车门致伤车主 野新警方追查涉案者下落

    (马六甲31日讯) 疑不满被训责,一名陌生男子蓄意破坏轿车且致伤车主后逃逸,野新警方证实正在追查涉案男子下落。

    上述事件是于本月26日(周四)下午3时许,在士兰道的甘榜武吉丁宜路边发生。

    野新警区主任李罗拔表示,根据初步调查,事发时一名35岁男子正在开车行驶,惟在抵达上述路段时,发现后方的摩哆骑士疑似要跌倒。

    “当该摩哆从右边超越时,事主打开车窗训责骑士,疑心生不满的骑士,气冲冲地掉头,并用力踹踢车门,再用头盔数次大力拍打车窗。”

    “事主下车站在车旁,遭到该陌生男子踢打,导致前者右臂受伤。”

    他说,事主妻子在过程中用手机录影,惟当时她与孩子在车内感到十分害怕,为此无法录下清晰的影片。

    “从影片可见涉案男子是一名巫裔男子,警方已把影片上载至系统进行脸部鉴定,但结果为阴性。”

    他指出,事主已到野新医院接受初步治疗,医务人员证实其右手臂出现表皮损伤。

    “警方正追踪有关男子的下落,若有公众掌握该事件的资料,可联系查案官(012 467 1531)或到邻近警局协助调查。”

    李罗拔也说,警方援引刑事法典第323条文(蓄意伤人)与刑事法典第427条文(蓄意破坏)继续展开调查。

    🔗 Source: https://www.orientaldaily.com.my/news/society/2026/03/31/807992

  • 机场支线疑似撞击异物致服务中断 受影响乘客已安全转移

    机场支线疑似撞击异物致服务中断 受影响乘客已安全转移

    (吉隆坡31日讯)吉隆坡国际机场支线(KLIA Transit)今晚发生列车服务中断事件,一列于晚上10时20分发车的列车疑似撞上不明物体,被迫中途停驶,导致服务一度中断。

    据了解,事故发生后,列车停在靠近雪州史里肯邦安绿野仙踪城一带的轨道上。随后受影响乘客则已被转移至另一列晚上10时40分发车的列车。

    搭乘晚上10时40分列车的乘客杰森向《东方日报》指出,他其所乘坐的列车当时被迫停在事发地点附近,与较早发车的列车并排停在两条轨道上。

    他说,事故列车上的受影响乘客随后被安排转移至他所乘坐的列车上,而这一过程导致整体行程延误约20分钟。

    他也引述转乘乘客的说法,称早前的列车疑似撞上不明物体后被迫停下,不过具体撞击对象则尚未确定。

    截至目前,有关当局尚未就事故原因和具体情况作出正式说明。

    🔗 Source: https://www.orientaldaily.com.my/news/nation/2026/04/01/808025

  • 冒名燃油电费调涨假图疯传 TV3与Astro AWANI齐辟谣

    冒名燃油电费调涨假图疯传 TV3与Astro AWANI齐辟谣

    (吉隆坡31日讯)社交媒体近日流传一张冒用第三电视新闻节目Buletin TV3标志的假图,声称国内油价将从4月1日起巨幅调涨,对此,Buletin TV3否认曾发布任何有关燃油价格的资讯。

    Buletin TV3今日通过官网指出,该公司已接获通报,指有不法人士滥用其标志和画面设计,散播有关燃油价格飙涨的虚假资讯。

    “Buletin TV3将向大马通讯及多媒体委员会投报,以便当局对散播假消息者采取进一步调查和行动。”

    同时,Astro AWANI也在文告中指出,有不法人士在面子书和通讯软件WhatsApp上冒用其品牌传播假消息,内容声称首相拿督斯里安华将就电费调涨事宜发表言论。

    Astro AWANI表示,该公司已就此事向通讯委会投报,并呼吁民众通过官网等官方渠道核实资讯的真伪。

    🔗 Source: https://www.orientaldaily.com.my/news/nation/2026/04/01/808026

  • Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan

    Yayasan Kubra menang di mahkamah, perintah siasatan kuil di Rawang dibatalkan

    SHAH ALAM 31 Mac – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Yayasan Kubra untuk mengetepikan perintah Mahkamah Majistret Selayang berhubung siasatan terhadap sebuah kuil tidak dikawal selia di Rawang.

    Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Suriyati Hasimah Mohd Hashim selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

    Terdahulu, Mahkamah Majistret Selayang mengarahkan siasatan dijalankan susulan aduan berkaitan pertikaian tanah serta kemungkinan pelanggaran keamanan melibatkan lokasi berkenaan.

    Dalam prosiding hari ini, yayasan diwakili peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, manakala responden, Sri Uchimalai Muniswaraman Devotees Association diwakili Rajesh Nagarajan.

    “Mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan oleh itu, keputusan Mahkamah Majistret Selayang diketepikan.

    “Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati, sila failkan rayuan dan mahkamah akan memberikan alasan penghakiman,” katanya.

    Pada 13 Mac lalu, Majistret Chai Guan Hock mengarahkan kedua-dua pihak hadir ke mahkamah bagi siasatan di bawah Seksyen 99(4) Kanun Tatacara Jenayah serta mengemukakan kenyataan bertulis berhubung pemilikan tanah yang dipertikaikan.

    Selepas prosiding, Rajesh menyatakan pihaknya menghormati keputusan mahkamah walaupun berasa kecewa.

    “Saya sudah diarahkan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan (CoA) dengan segera dan ia akan dilakukan hari ini,” katanya.

    Beliau berkata sebahagian besar struktur kuil telah dirobohkan, namun masih terdapat elemen asas termasuk patung dewa dan plat tembaga yang mengandungi kitab suci tertanam di tapak berkenaan.

    “Masih terdapat beberapa patung dewa Hindu dan di bahagian asas, plat tembaga yang mengandungi kitab suci tertanam dalam asas berkenaan.

    “Ini hanya boleh dikeluarkan selepas upacara yang sewajarnya dijalankan.

    “Jadi, pada pandangan penganut, kuil itu masih wujud,” katanya.

    Tambah beliau, selagi rayuan belum diputuskan, kawasan tersebut tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana pihak.

    “Sehingga rayuan diputuskan, tanah mahupun kuil itu tidak seharusnya diganggu oleh mana-mana pihak sehingga pertikaian diselesaikan oleh mahkamah rayuan.

    “Jika rayuan kami ditolak, kami akan mematuhi perintah mahkamah dan mengalihkan struktur yang masih berbaki dengan segera,” katanya.

    Sementara itu, Hariz berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu bermakna siasatan yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret pada Mei tidak akan diteruskan.

    “Perancangan untuk meneruskan pembinaan rumah ‘asnaf’ yang sudah lama tertangguh akan diteruskan.

    “Sebagai pemilik tanah, kami tidak seharusnya dibebankan dengan kos guaman hanya untuk mendapatkan perintah pengusiran terhadap penceroboh. Tanggungjawab itu tidak sepatutnya dipikul oleh kami,” katanya.

    Beliau menambah, sebarang tuntutan lanjut berkaitan isu tersebut sepatutnya difailkan melalui saluran mahkamah sivil.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14990

  • Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri

    Isu pemandu mabuk perlu pencegahan berkesan, bukan hukuman mati – Kasthuri

    KUALA LUMPUR 31 Mac – Pendekatan berasaskan pencegahan dan penguatkuasaan menyeluruh perlu diberi keutamaan dalam menangani isu pemanduan mabuk, tanpa dipolemikkan mengikut garis kaum atau agama.

    Setiausaha Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto berkata, insiden terbaharu membabitkan pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga meragut nyawa seorang lelaki tidak berdosa wajar dijadikan pengajaran serius kepada semua pihak.

    Menurutnya, tragedi itu bukan sahaja meragut nyawa, malah meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa yang kehilangan suami dan bapa.

    “Ini bukan isu kaum atau agama, sebaliknya melibatkan aspek pencegahan, tanggungjawab bersama, hukuman lebih tegas dan penguatkuasaan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Kasthuri tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengesyorkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

    Beliau berpendapat cadangan tersebut tidak menyelesaikan punca sebenar masalah selain tidak disokong bukti empirikal.

    “Polisi awam perlu berasaskan data, standard antarabangsa dan amalan terbaik, bukan reaksi spontan,” katanya lagi.

    Kasthuri berkata, walaupun hukuman lebih berat diperlukan, aspek penguatkuasaan, pendidikan awam dan langkah pencegahan harus diperkasa.

    “Hukuman hanya berkesan selepas jenayah berlaku, tetapi pencegahan perlu diberi keutamaan sama, jika tidak lebih penting,” katanya lagi.

    Beliau turut mencadangkan Malaysia mencontohi pendekatan negara luar seperti penggunaan alat ‘alcohol interlock’ yang memerlukan pemandu lulus ujian pernafasan sebelum kenderaan boleh dihidupkan.

    Selain itu, beliau mencadangkan pelaksanaan sekatan lesen serta kempen pemandu berhemah secara lebih meluas dengan kerjasama industri dan premis hiburan.

    Kasthuri turut menggesa kerajaan merangka pelan nasional jangka panjang antara lima hingga 10 tahun melibatkan pelbagai pihak termasuk komuniti dan sektor swasta.

    Beliau juga mencadangkan pelaksanaan sekatan jalan raya secara berkala tanpa notis serta penggunaan kamera badan dalam kalangan penguat kuasa bagi meningkatkan integriti bukti.

    Dalam masa sama, beliau mengkritik sikap segelintir pihak yang berkongsi lokasi sekatan jalan raya di media sosial kerana ia menjejaskan usaha penguatkuasaan.

    “Ini bukan perang terhadap alkohol, tetapi terhadap pemandu tidak bertanggungjawab. Setiap nyawa yang terkorban adalah tragedi bersama,” katanya lagi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14989

  • Berang ditegur ‘bawa motor macam nak jatuh’, lelaki amuk guna topi keledar di Jasin

    Berang ditegur ‘bawa motor macam nak jatuh’, lelaki amuk guna topi keledar di Jasin

    JASIN 31 Mac – Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merosakkan sebuah kereta dan mencederakan pemandunya dalam satu kejadian perselisihan faham di tepi jalan Kampung Bukit Senggeh, Selandar, baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 26 Mac lalu sekitar jam 3.34 petang melibatkan seorang pengadu lelaki berusia 35 tahun.

    Siasatan awal mendapati ketegangan bermula apabila pengadu menyedari sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru di belakang kenderaannya berada dalam keadaan mencurigakan seperti hampir terjatuh.

    “Apabila suspek memotong di sebelah kanan, pengadu bertindak membuka tingkap untuk menegur lelaki berkenaan. Bagaimanapun, suspek berpatah balik dalam keadaan marah sebelum menendang pintu bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Suspek kemudiannya bertindak lebih luar kawalan dengan memukul pintu dan cermin tingkap kereta menggunakan topi keledar sebanyak tiga hingga empat kali sehingga menyebabkan kerosakan.

    Situasi bertukar cemas apabila pengadu yang keluar dari kenderaan turut terkena hayunan topi keledar pada lengan kanan sehingga mengalami luka melecet.

    “Isteri pengadu yang berada di dalam kereta bersama anak-anak sempat merakam video kejadian, namun rakaman tersebut tidak begitu jelas kerana mereka berada dalam keadaan ketakutan,” jelas beliau.

    Walaupun wajah suspek dipercayai kelihatan dalam rakaman, semakan melalui sistem pengecaman wajah setakat ini mendapati tiada padanan diperoleh. Pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Jasin bagi kecederaan yang dialami.

    Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ainul Shahirah Shaharuddin di talian 012-467 1531 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14988

  • Berang mangsa ‘buat pekak’, kumpulan bersenjata serang lelaki di kedai makan Kapar

    Berang mangsa ‘buat pekak’, kumpulan bersenjata serang lelaki di kedai makan Kapar

    KLANG 31 Mac – Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan individu bersenjata tajam hanya kerana dipercayai tidak melayan atau “buat pekak” terhadap kata-kata kumpulan berkenaan dalam satu kejadian di sebuah kedai makan di Kapar, Ahad lalu.

    Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, insiden berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa sedang menjamu selera bersama dua rakan sebelum didatangi empat lelaki yang cuba mencetuskan provokasi.

    Menurut beliau, perselisihan faham bermula apabila mangsa dikatakan sengaja tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh kumpulan suspek tersebut sehingga mencetuskan kemarahan melampau mereka.

    “Salah seorang suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau dan menghayunkannya ke arah rakan pengadu, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan dada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Sebelum melarikan diri, kumpulan suspek turut mengeluarkan ugutan jenayah untuk menembak pengadu dalam masa terdekat.

    Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

    Susulan laporan tersebut, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan secara berasingan pada hari kejadian dan Selasa. Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

    “Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta tiga rekod berkaitan dadah,” ujar Vijaya Rao.

    Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli di talian 010-5825382 bagi membantu siasatan lanjut.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14987

  • Indonesia kekal harga petrol bagi April, beri jaminan bekalan cukup

    Indonesia kekal harga petrol bagi April, beri jaminan bekalan cukup

    JAKARTA 31 Mac – Kerajaan Indonesia mengesahkan harga bahan api bagi bulan April dikekalkan, selain memberi jaminan bekalan minyak adalah mencukupi di sebalik kenaikan harga minyak global susulan konflik di Asia Barat.

    Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan antara kerajaan dan syarikat minyak milik negara, Pertamina, selaras dengan arahan Presiden Prabowo Subianto yang mengutamakan kepentingan rakyat.

    “Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan bahan api adalah mencukupi dan harga akan kekal tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Di Indonesia, penyelarasan harga bahan api biasanya dilakukan pada setiap awal bulan, bergantung kepada perubahan harga minyak mentah dunia serta polisi subsidi kerajaan.

    Sementara itu, Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Sufmi Dasco Ahmad menggesa orang ramai supaya bertenang dan mengelakkan pembelian panik (panic buying).

    “Orang awam tidak perlu beratur panjang atau menyorok bekalan minyak secara berlebihan. Stok sedia ada adalah mencukupi dan kerajaan fokus sepenuhnya dalam mengekalkan kestabilan bekalan serta harga,” jelas beliau.

    Beliau berharap penjelasan tersebut dapat memberikan maklumat tepat kepada masyarakat sekali gus mengelakkan penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak.

    Sufmi turut menambah bahawa kerajaan akan terus memantau situasi semasa bagi memastikan kebajikan rakyat terus dilindungi.

    Untuk rekod, bahan api bersubsidi jenis Pertalite (RON 90) di Indonesia dijual pada harga tetap Rp10,000 (kira-kira RM2.98) seliter, manakala diesel bersubsidi (Biosolar) dihadkan pada Rp6,800 (kira-kira RM2.03) seliter dengan kos perbezaan ditanggung kerajaan.

    Bagi bahan api tidak bersubsidi pula, harganya ditentukan mengikut mekanisme pasaran dengan Pertamax (RON 92) berada pada paras RM12,300 (RM3.67) seliter dan Pertamax Turbo (RON 98) sekitar Rp13,100 (RM3.91) seliter bagi bulan Mac.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/14986