Blog

  • Kebangkitan Norhaslinda, temui ‘pelangi’ setelah berpisah

    Kebangkitan Norhaslinda, temui ‘pelangi’ setelah berpisah

    PERNAH mengalami kegagalan dalam rumah tangga dan kesulitan hidup sekitar 10 tahun lalu membuatkan wanita kental ini melakukan perubahan drastik dalam hidupnya. Berpisah dengan suami dan bergelar ibu tunggal dengan amanah membesarkan bayi yang baru dilahirkan membuatkan Norhaslinda Rosli tabah meniti hari demi hari. Enggan menoleh kembali kisah silam yang membelenggu diri, wanita cekal kelahiran Melaka ini bangkit dengan memberanikan diri memulakan perniagaan. Kini selepas sedekad bergelar usahawan dan pengarah urusan Addar Global Sdn. Bhd., nama Norhaslinda, 46, semakin me­kar……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/kebangkitan-norhaslinda-temui-pelangi-setelah-berpisah/

  • ‘Majlis Erra bukan soal tajaan, tetapi kasih sayang’

    ‘Majlis Erra bukan soal tajaan, tetapi kasih sayang’

    THIRD time’s the charm. Itu frasa Inggeris yang bermaksud keberuntungan buat kali ketiga.

    Mungkin juga keberuntungan itu milik pelakon dan penyanyi yang mendapat julukan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira apabila dia diijabkabulkan buat kali ketiga bersama usahawan, Ezwan Zain pada tanggal 12 Disember lalu.

    Biarpun suami tujuh tahun lebih muda, namun jurang itu langsung tidak kelihatan. Pada usia 51 tahun, seri dan aura pengantin Erra masih sama seperti dia pertama kali menjadi isteri 22 tahun yang lalu.

    Kejelitaan si pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek itu sama sekali tidak pernah luntur dek peredaran zaman.

    Menurut Erra, perkahwinan kali ketiga ini bukanlah kerana ingin mengisi kekosongan semata-mata sebaliknya dibina kerana Allah swt.

    “Saya berkahwin kerana Allah, ini semua adalah aturan-Nya. Pasang niat yang baik, saya berkahwin kerana-Nya. Saya rasa kalau kita jaga niat kita, insya-Allah. Bukan niat kita nak kahwin sebab nak ada orang jaga. Itu semua belum tentu,” katanya.

    Tiga majlis dianjurkan demi meraikan pasangan mempelai bermula dengan majlis akad nikah, menyambut menantu (di sebelah Ezwan) dan resepsi buat sahabat handai sebagai penutup. Ketiga-tiga majlis ini menjadi sorotan ramai dan tular dalam media sosial.

    Sejak fajar menyinsing lagi, tetamu sudah memenuhi ruang acara akad nikah yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

    Dihias indah dengan tema taman cinta, majlis yang turut disiarkan secara langsung dalam talian itu mengundang sebak penonton.

    Sewaktu majlis akad, Ezwan memberikan pokok emas yang mengandungi 24 keping dinar emas sebagai mas kahwin lambang cintanya terhadap suri hati.

    Pereka fesyen Rizman Ruzaini pula menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru langit buat Erra tanda persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak dua dekad lalu.

    “Tak perlu saya kongsikan nilai busana tersebut, apa yang lebih bernilai adalah harga persahabatan kami. Memang sejak dari dulu lagi saya memasang impian mereka busana perkahwinan buat Erra,” kata Rizman.

    Selain Rizman, jenama tudung Bawal Exclusive juga menghadiahkan tudung eksklusif sempena majlis pernikahannya atas dasar persahabatan.

    Pada majlis sambut menantu yang berlangsung sehari selepas majlis akad bertemakan tradisional kontemporari, Erra menghasilkan sendiri 500 ‘door gift’ buat para tetamu yang hadir.

    Majlis tersebut juga menjadi tular dalam media sosial dek pasangan mempelai yang kelihat seperti raja dan permaisuri, mereka anggun menggayakan busana tradisional songket rekaan Lumiere Concept.

    Pada majlis resepsi yang berlangsung pada 27 Disember, pasangan ini sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila majlis mereka dihadiri oleh barisan selebriti popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Datuk Yusof Haslam, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nasha Aziz dan Ning Baizura.

    Ada yang menyifatkan majlis resepsi yang berlangsung di hotel terkemuka itu lebih hebat dan meriah daripada acara anugerah di Malaysia kerana dihadiri oleh ramai selebriti tersohor negara.

    Untuk majlis resepsi, Erra menyarung busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang menggabungkan elemen moden dan tradisional. Tetamu yang hadir pula diberikan buah tangan istimewa iaitu minyak wangi khas yang tertera ukiran EE pada kelalangnya.

    Apa yang lebih mengharukan ramai, ketiga-tiga majlis perkahwinan ini dirancang oleh Ezwan sendiri demi menghargai isterinya yang tercinta.

    “Majlis ini dirancang teristimewa untuk isteri saya, Erra Fazira kerana dia layak untuk diraikan dengan penuh kasih, keindahan dan ketenangan. Terima Kasih kerana memilih saya sebagai pasangan dalam kehidupan ini.

    “Di hadapan semua tetamu yang hadir, saya berjanji akan menjaga amanah ini sebaiknya untuk membina rumah tangga yang dipenuhi sakinah, mawadah dan warahmah. Insya-Allah,” kata Ezwan dalam ucapannya ketika majlis resepsi.

    Siapa sangka perkahwinan yang berlangsung pada akhir tahun ini digelar sebagai Wedding Of The Year. Begitulah penangan susuk wanita cekal bernama Erra Fazira.

    Kini Erra tidak lagi berteman sepi kerana sudah menemui teman bicara buat menemani hingga akhir nanti. Semoga ikatan cinta terpatri disimpul rapi sehingga ke syurga.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/majlis-erra-bukan-soal-tajaan-tetapi-kasih-sayang/

  • Hojlund tidak kembali ke Old Trafford

    Hojlund tidak kembali ke Old Trafford

    NAPLES – Usaha tanpa henti Rasmus Hojlund untuk terus menampilkan prestasi cemerlang agar dia tidak kembali ke Manchester United seakan sudah membuahkan hasil apabila dia dijangka kekal menyarung jersi Napoli.

    Ia selepas Pengarah Sukan Napoli, Giovanni Manna mengesahkan penyerang pinjaman United itu akan dibeli secara tetap pada penghujung saingan musim ini.

    Hojlund, 22, sebelum ini terpaksa ‘dibuang’ daripada Old Trafford susulan penstrukturan semula barisan serangan United musim panas lalu yang menyebabkannya dipinjamkan ke Napoli awal musim ini.

    Bintang Denmark kembali ke Itali dengan misi menghidupkan semula kariernya dan sasaran itu dilihat tercapai selepas menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan bersama pasukan kendalian Antonio Conte.

    Bukan itu sahaja, dia turut membantu Napoli merangkul kejuaraan Piala Super Itali sekali gus menjadi trofi pertamanya bersama kelab.

    “Ada pilihan untuk membeli jika kami layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Pemain itu (Hojlund) menganggap dirinya sebagai pemain Napoli, dan begitu juga kami. Jadi ia amat penting,” kata Manna.

    Walaupun United menandatangani Hojlund dari Atalanta pada 2023 dengan yuran awal £64 juta (RM350 juta), Napoli dijangka cuma perlu membayar sekitar £38 juta (RM207.8 juta) untuk melengkapkan perpindahannya secara tetap.

    Sebagai rekod, Hojlund sudah meledak enam gol dan satu bantuan jaringan daripada 12 aksi Serie A musim ini yang menyaksikan Napoli kini berada di tangga ketiga. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/hojlund-tidak-kembali-ke-old-trafford/

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila seorang peniaga di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu tetap mengizinkan beliau mengambil barang jualan walaupun tidak membawa wang tunai.

    Seorang wanita berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila seorang peniaga di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu tetap mengizinkan beliau mengambil barang jualan walaupun tidak membawa wang tunai.

    Peniaga tersebut dengan selamba meminta pelanggan berkenaan datang membayar pada keesokan harinya sahaja kerana mahu memudahkan urusan tanpa rasa ragu.Wanita yang hanya membawa telefon bimbit itu pada asalnya menyangka semua gerai mempunyai kod QR untuk pembayaran digital.

    Beliau sangat terharu dengan sikap peniaga wanita tersebut yang tetap memberikan kepercayaan penuh kepada orang asing walaupun mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain sebelum ini.Kisah tular ini menjadi bukti nyata mengapa Terengganu dinobatkan sebagai negeri paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

    Sikap pemurah dan kebaikan hati penduduk setempat dalam membantu sesama manusia tanpa banyak kerenah mencerminkan kebahagiaan serta keharmonian sebenar yang diamalkan oleh masyarakat di sana.Sumber: Threads @slyuza

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/16xCj1EYPE/

  • Penggunaan kain penutup jenazah pelbagai warna di Masjidil Haram bukanlah kain kafan sebaliknya merupakan kod pengurusan bagi memudahkan petugas.

    Penggunaan kain penutup jenazah pelbagai warna di Masjidil Haram bukanlah kain kafan sebaliknya merupakan kod pengurusan bagi memudahkan petugas.

    Warna yang berbeza membantu pihak berkuasa mengenalpasti kategori jenazah dengan cepat sebelum proses solat dan pengebumian dilakukan.Warna coklat digunakan untuk lelaki dewasa manakala hitam bagi wanita dewasa dan putih khusus untuk mereka yang meninggal dalam ihram.

    Kanak kanak pula ditutup dengan kain hijau berbumbung sementara kain biru untuk jenazah dari hospital dan kuning bagi tokoh atau pemimpin tertentu.Walaupun warna kain berbeza mengikut kategori ia hanyalah bertujuan memudahkan urusan teknikal di dunia semata mata.

    Di sisi Allah SWT semua manusia adalah sama dan hanya dibezakan melalui tahap keimanan serta amal ibadat mereka sepanjang hayat.Sumber: Akademik Mutawwif

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AnxTjkC6i/

  • Seorang lelaki tular selepas bertindak berani menyerahkan kereta miliknya untuk dipandu oleh seorang wanita tidak dikenali yang kehabisan minyak motosikal di lebuh raya.

    Seorang lelaki tular selepas bertindak berani menyerahkan kereta miliknya untuk dipandu oleh seorang wanita tidak dikenali yang kehabisan minyak motosikal di lebuh raya.

    Lelaki berkenaan sanggup menolak motosikal tersebut manakala wanita itu diminta memandu keretanya sehingga ke kawasan Rehat dan Rawat berdekatan demi keselamatan.Situasi menjadi lebih menyentuh hati apabila seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi berhenti untuk membantu lelaki berkenaan menunda motosikal tersebut.

    Kerjasama spontan itu menunjukkan sikap prihatin rakyat Malaysia yang sanggup membantu sesama pengguna jalan raya walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.Warga maya memuji keikhlasan lelaki tersebut yang sanggup mempertaruhkan harta bendanya demi meringankan beban orang dalam kesusahan.

    Ramai yang menyifatkan bantuan segera yang diterima lelaki itu daripada penunggang lain sebagai bukti bahawa setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran yang baik.Sumber: Tiktok @ayp.sbk

    🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ByvvAyNSf/

  • Pastikan azam baharu tidak ‘berkubur ‘

    Pastikan azam baharu tidak ‘berkubur ‘

    Setiap kali tiba tahun baharu, pasti ada sahaja yang ‘menanam’ azam untuk menjadi insan yang lebih baik dan mencapai hajat lebih cemerlang berbanding sebelumnya. Ada yang berazam untuk kurus, tidak kurang yang mahu menjadi lebih berharta selain ingin mendapat jodoh sekufu agar kehidupan menjadi aman damai tanpa sengketa. Semuanya bertujuan untuk penambahbaikan diri daripada pelbagai aspek dalam menjadikannya peluang untuk menilai matlamat hidup, meningkatkan motivasi, membina tabiat positif. Persoalannnya berapa ramai yang berjaya mencapai azam yang diingini. Ini kerana berazam……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/pastikan-azam-baharu-tidak-berkubur/

  • ‘Buat konsert bukan nak berlawan dengan artis lain’

    ‘Buat konsert bukan nak berlawan dengan artis lain’

    BAKAL beraksi pada konsert berskala mega di Stadium Nasional Bukit Jalil, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjanjikan sebuah persembahan bertaraf antarabangsa.

    Menurut Siti, konsert diberi judul Legacy 30 Siti Nurhaliza itu merupakan konsert termahal yang pernah dianjurkannya. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan kos keseluruhan kerana konsert belum berlangsung lagi.

    “Apa yang boleh saya katakan kalau menganjurkan konsert berskala besar, maka modalnya juga harus besar tambahan pula diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

    “Banyak aspek yang perlu dititikberatkan dari segi bunyi, pencahayaan dan ­­sebagainya. Kapasiti penonton juga lebih besar. Kalau di Axiata Arena boleh memuatkan 15,000 penonton, di SNBJ berlipat ganda.

    “Selain modal yang besar, konsert ini juga bakal menggunakan tenaga kerja seramai 2,000 petugas, termasuklah kru yang dibawa dari luar negara,” katanya.

    Tambah Siti, konsert itu nanti bakal menyaksikan kejutan-kejutan yang sudah lama dia impikan tetapi belum tertunai.

    “Banyak perkara yang saya ingin lakukan dalam sebuah konsert tetapi tidak dapat dilaksanakan dalam konsert-konsert saya sebelum ini. Jadi, saya gunakan kesempatan konsert kali ini untuk merealisasikan impian saya.

    “Sebab itu saya mengharapkan peminat-peminat saya yang sudah mengikuti perjalanan karier seni saya selama 30 tahun ini akan datang menyaksikan konsert ini,” jelasnya.

    Sejak Siti mengumumkan bakal mengadakan konsert mega di SNBJ, ramai peminat mengharapkan konsert ini bakal mencipta rekod baharu sebagai persembahan paling ramai penonton sekali gus memecah rekod yang dipegang oleh kumpulan Coldplay iaitu seramai 81,000.

    Sebelum takhta itu menjadi milik Coldplay, Siti terlebih dahulu memegang rekod hampir 20 tahun menerusi konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.

    Ditebak pertanyaan sama ada merancang untuk menambah jualan tiket untuk mencipta rekod baharu, kata Siti, perkara tersebut tidak akan berlaku.

    “Ramai yang cakap pada saya, saya kena lawan balik rekod yang dicipta oleh kumpulan Coldplay.

    “Sebenarnya tak terdetik langsung untuk mencipta rekod baharu. Tujuan saya buat konsert bukanlah untuk berlawan dengan artis lain. Cuma saya ingin membuktikan bahawa artis tempatan juga mampu menganjurkan konsert berskala besar seperti artis-artis antarabangsa.

    “Kedudukan pentas kali ini juga membataskan kami untuk menjual tiket lebih banyak. Kalau dulu pentas di bahagian hujung, tetapi kali ini di bahagian tengah dan melintang. Jadi banyak ruang yang kita guna untuk pentas.

    “Kalau saya buka lagi jualan tiket ibarat saya mencari masalah. Takut ada penonton yang tak nampak nanti, saya juga yang kena kecam netizen. Saya mahu semua penonton gembira dan dapat menonton persembahan saya dengan selesa,” ujarnya.

    Tidak akan beraksi keseorangan, Siti menjemput bukan satu tetapi empat penyanyi undangan yang akan berduet bersamanya nanti. Mereka ialah Hafiz Suip, Noh Salleh, Umairah dan penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

    “Kalau ikutkan hati nak jemput ramai lagi. Semua yang pernah berduet dengan saya. Tetapi saya memilih empat penyanyi ini untuk konsert kali ini.

    “Saya memilih Noh kerana dia memiliki energi yang luar biasa. Peminatnya juga selalu menyokong saya. Tetapi kali ini, Noh kena ikut muzik saya. Kiranya satu kejutan juga,” kongsinya.

    Ditanya tentang persiapan menjelang konsert, pelantun lagu Cindai itu sedang giat berlatih sejak lebih sebulan lalu bersama penari dan pemuzik yang dipimpin pengarah muzik, Aubrey Suwito.

    “Sekarang ini apa yang paling penting adalah untuk menjaga kesihatan. Sebagai penyanyi, vokal adalah segala-galanya. Doakan saya sihat. Insya-Allah,” noktahnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/buat-konsert-bukan-nak-berlawan-dengan-artis-lain/

  • Apabila manusia dinilai dengan angka

    Apabila manusia dinilai dengan angka

    Derita umat Islam pada era kontemporari tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil yang berpunca daripada kelemahan moral individu atau kekurangan penghayatan rohani semata-mata. Hakikatnya, penderitaan ini adalah manifestasi kepada sejarah panjang ketidakadilan, peperangan berpanjangan, eksploitasi sumber serta kemiskinan yang didorong oleh sistem ekonomi global yang mengutamakan keuntungan berbanding kemanusiaan. Dalam konteks ini, dakwah Islam tidak wajar terus terperangkap dalam kerangka ritual dan retorik sempit. Dakwah perlu berani melangkah ke medan yang lebih kritikal dengan memperjuangkan ekonomi manusiawi. Sejak beberapa……

    Hak cipta terpelihara © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)Satu lagi produk Media Mulia Sdn. Bhd.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/apabila-manusia-dinilai-dengan-angka/

  • FAM belum ada tarikh

    FAM belum ada tarikh

    PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum ada tarikh untuk melakukan Kongres Tahunan Ke-61 kerana mahu memberi tumpuan pada kes melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang sedang dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ketika ini.

    Menurut pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi, FAM selaku badan induk memang perlu mengadakan kongres setiap tahun, tetapi kongres pemilihan hanya berlangsung berselang empat tahun.

    Kata Mohd. Yusoff, selepas kes melibatkan FIFA diselesaikan, kemudian baru perancangan lebih rapi dapat diatur oleh pihak persatuan.

    “Kongres setiap tahun kena ada, tetapi kongres pemilihan hanya empat tahun sekali. (Buat masa ini) masih belum ada tarikh kerana kita kena selesaikan masalah (FIFA) yang berlaku dahulu.

    “Selepas ini, baru kita ‘clear’ (perancangan jelas) untuk lihat apa yang nak buat kemudian. Bila-bila masa boleh buat (mengenai tarikh kongres),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Kosmo! semalam melaporkan FAM wajar menjadikan tahun 2026 sebagai detik terbaik buat badan induk bola sepak negara itu ‘reset’ semula dengan berubah secara total dalam usaha memulihkan semula maruah yang telah tercalar sejak dua tahun lalu.

    Bermula dengan drama ‘surat layang’ pada April 2024 sehingga kemuncak isu terbesar melibatkan FIFA pada September lepas, polemik melibatkan FAM sentiasa menjadi perhatian umum termasuk di peringkat antarabangsa.

    Antara cadangan yang diberikan oleh pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli adalah gesaan untuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) meletakkan jawatan dengan membuat pemilihan semula pada kongres akan datang.

    Mohd Yusoff turut mengambil langkah proaktif apabila membuat laporan polis selaras dengan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan siasatan mereka minggu lalu.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/02/fam-belum-ada-tarikh/