Blog

  • ‘Ada kubur lebih 100 tahun, dikebumi zaman perang dunia’

    ‘Ada kubur lebih 100 tahun, dikebumi zaman perang dunia’

    PETALING JAYA – Ratusan kubur lama dipercayai berusia lebih 100 tahun di Kota Tinggi, Johor dipindahkan ke tempat lain untuk rancangan tambatan banjir di kawasan berkenaan.

    Menerusi video dikongsikan seorang kakitangan Jabatan Mufti Johor, Muhammad Nazrul Salleh memperlihatkan proses pemindahan kubur lama tersebut dengan kawasan sekitarnya kelihatan seperti belukar.

    “Hari pertama pemindahan kubur lama. Doakan kami moga dipermudah urusan,” menurut kapsyen pada video dimuat naik kelmarin, disusuli dengan video hari kedua pada semalam.

    Menerusi ruangan komen, Muhammad Nazrul memaklumkan, terdapat 260 lebih kubur melibatkan tiga tapak perkuburan dipindahkan dari tempat berkenaan.

    “Tadi ada waris si mati datang. Cucu si mati, cucu pun umur dah 75 tahun. Bayangkan datuknya umur dah berapa tahun. Tahun akhir kebumi pada 1948. Ada yang dah 100 tahun lebih waktu zaman perang dunia.

    “74 tahun dah ditinggalkan. Ni pun dah nampak bersih. Kalau tak, dah macam hutan tebal. Sebelum gali memang kita buat tanda dulu. Macam kubur ni, kebanyakan tiada batu nisan sebab kubur dah lama.

    “Untuk waris pula, kita dah maklumkan cuma ada sembilan waris yang dapat kesan. Untuk kebumikan semula, kita memang buat liang macam biasa, cuma tiga kaki dalam sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

    ♬ PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/31/video-ada-kubur-lebih-100-tahun-dikebumi-zaman-perang-dunia/

  • Amirul sempat ‘call’ sebelum maut kemalangan

    Amirul sempat ‘call’ sebelum maut kemalangan

    GEORGE TOWN – Pemergian pemain skuad futsal Pulau Pinang, Muhammad Amirul Md Radzi, 23, disifatkan satu kehilangan besar buat pasukan selain diangkat sebagai pemain paling konsisten setiap musim.

    Pengurusnya, Mohd. Faizul Abd Rashid berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian pemain posisi pivot itu daripada ahli keluarga arwah, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

    Menurutnya, Muhammad Amirul dikatakan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, pada pukul 6.30 pagi.

    “Pemergiannya memberi impak besar kepada pasukan. Arwah bermain di posisi pivot (penyerang) dan kami kehilangan barisan pemain di bahagian serangan. Memang terasa kehilangannya kerana setiap musim di Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dia antara penjaring terbanyak.

    “Tahun ini, arwah juga kekal antara penjaring terbanyak selain pernah dinobatkan Anugerah Kasut Emas pada aksi Piala Malaysia pada 2022,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kali terakhir mereka berhubung menerusi panggilan telefon pada dua minggu lalu dan bertemu ketika perlawanan akhir Liga Divisyen 2, Liga Premier Futsal Malaysia di Arena Futsal FAM, 20 Julai lalu.

    “Dua minggu lalu, arwah ada WhatsApp bertanyakan kepada saya tentang sesi latihan untuk perlawanan akan datang tapi dia ada menghubungi rakan pasukannya menerusi panggilan video pada pukul 1 pagi tadi, sebelum beberapa jam dia terlibat kemalangan. Itu panggilan terakhir daripadanya,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang menerusi kenyataan di facebook merakamkan ucapan takziah atas pemergian Muhammad Amirul, pemain yang mula beraksi dengan pasukan Futsal Pulau Pinang sejak tahun 2022.

    “Seluruh warga persatuan amat berdukacita atas kehilangan ini dan merakamkan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham serta seluruh rakan sepasukan.

    “Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada arena futsal tempatan,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/31/amirul-sempat-video-call-sebelum-maut-kemalangan/

  • Orang ramai sambung bercuti, ada pilih KL sambut tahun baharu

    Orang ramai sambung bercuti, ada pilih KL sambut tahun baharu

    KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara bergerak perlahan petang ini susulan orang ramai menyambung percutian hujung tahun, selain ada yang memilih memasuki ibu negara bagi menyambut ambang tahun baharu.

    Berdasarkan kemas kini Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 4.22 petang, keadaan trafik perlahan dikesan di laluan E1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan melibatkan laluan Persimpangan Juru ke Plaza Tol Juru, Bidor ke Sungkai serta Tanjung Malim ke Lembah Beringin.

    Bagi laluan E2 Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik bergerak perlahan dilaporkan di Kempas ke Pasir Gudang dan Senawang ke Port Dickson bagi kedua-dua arah, selain Kulai ke Senai arah selatan serta selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar arah utara.

    LLM memaklumkan, kesesakan turut berlaku di Tambak Johor serta Lebuh Raya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

    Dalam pada itu, Lebuh Raya Shah Alam arah timur mencatatkan trafik perlahan dari Kota Kemuning ke Hicom susulan maklumat awal kemalangan di Kilometer 32.3, selain dari Plaza Tol Sunway ke Kinrara.

    Kesesakan turut dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Pantai Baru, Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya, Lebuh Raya Skim Lenyuraian Trafik KL-Barat serta Lebuh Raya Lembah Klang Selatan. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/31/orang-ramai-sambung-bercuti-ada-pilih-kl-sambut-tahun-baharu/

  • Safari memancing Afrika habitat ‘Nile Perch’ perkasa

    Safari memancing Afrika habitat ‘Nile Perch’ perkasa

    AIR Terjun Murchison ini terletak di dalam Taman Negara Uganda, Afrika. Aliran airnya datang dari Sungai Victoria Nile yang menerobos melalui sebuah gaung sempit sekitar tujuh meter (m) lebar sebelum menjunam 45m ke dalam kawah berlubuk yang digelar Devil’s Cauldron. Tujahan air ini menghasilkan bunyi dentuman yang menggegarkan dan menerbitkan kabus tebal yang sentiasa menyelubungi kawasan tersebut. Paling menyeramkan, pusaran air yang kuat ini juga menghasilkan buih-buih membukit dan dihuni ikan Nile Perch gergasi bersama-sama buaya Nil yang ganas! Trip……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/safari-memancing-afrika-habitat-nile-perch-perkasa/

  • FAM perlukan perubahan total

    FAM perlukan perubahan total

    TAHUN 2026 wajar dijadikan sebagai masa terbaik buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ‘reset’ semula dengan berubah secara total dalam usaha memulihkan semula maruah yang telah tercalar sejak dua tahun lalu.

    Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan apa yang berlaku khususnya kontroversi melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun lalu wajar dijadikan sebagai pengajaran.

    Menurut Pekan, walaupun kes FIFA masih lagi berjalan dan menanti keputusan akhir di Mahkamah Timbang Tara (CAS), tidak ada masalah untuk badan induk bola sepak negara itu melakukan perubahan lebih awal.

    Pekan berkata, antara langkah yang boleh dibuat adalah untuk melakukan kongres tahunan lebih awal bagi memilih presiden tetap selepas Datuk Mohd Joehari Ayub meletakkan jawatan pada Ogos lepas.

    “Saya rasa tiada masalah jika FAM melakukan kongres lebih awal kerana sudah ramai pihak luar yang mendesak, tetapi mereka buat pekak sahaja.

    “Kalau mereka pemegang taruh yang sayang kepada FAM, mungkin mereka sudah fikir bagaimana cara untuk perbetulkan keadaan dan lebih baik reset balik persatuan.

    “Antara langkah terbaik seperti meletakkan jawatan secara sukarela dengan mengadakan pemilihan semula untuk membentuk kepimpinan baharu bagi pulihkan semula bola sepak negara dengan lebih cepat,” katanya kepada Kosmo! semalam.

    Mengulas lanjut, Pekan masa depan bola sepak negara ketika ini masih nampak tergantung memandangkan semua pihak sedang menunggu keputusan CAS dan hukuman yang akan diberikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap FAM.

    “Tidak banyak harapan yang boleh kita berikan kerana semua masih menanti keputusan CAS. Selagi kes FIFA belum berakhir, sukar untuk kita melihat hala tuju khususnya buat skuad Harimau Malaya,” katanya.

    Sebagai rekod, FAM digegarkan dengan isu pemalsuan dokumen sehingga denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala tujuh pemain warisan Harimau Malaya didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung selama 12 bulan.

    Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi telah mewakili badan induk itu untuk membuat laporan polis pada minggu lalu dan menghantar kes FIFA untuk dirujuk ke CAS dengan persidangan dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/fam-perlukan-perubahan-total/

  • 2026: Sinar menanti atau lebih sengsara?

    2026: Sinar menanti atau lebih sengsara?

    Saat ini, 1 Januari kita memulakan hari pertama bagi tahun 2026. Bermakna kita masih diberi peluang bernafas untuk menginjak kehidupan bagi tahun yang baharu. Persoalan yang selalu bermain di minda kita adalah apakah hari-hari mendatang untuk 12 bulan pada tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun lalu atau sebaliknya. Hal ini kerana kehidupan sangat bergantung kepada beberapa perkara asas seperti pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan kesihatan. Selain itu, kehidupan berkait rapat dengan keselamatan fizikal dan mental…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/2026-sinar-menanti-atau-lebih-sengsara/

  • Hilang kaki sebab ketagih minuman manis

    Hilang kaki sebab ketagih minuman manis

    PETALING JAYA – Sebahagian pesakit diabetes menyesal apabila tabiat mengambil minuman manis termasuk bikarbonat setiap hari menyebabkan mereka kehilangan kaki yang menyukarkan hidup dan menjejaskan kesihatan mental. Ada antara mereka memberi alasan ketagihan disebabkan hendak berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran, me­ngandung dan mencampurkan air kola dengan susu pekat manis. Sheerwina, 39, berkata, dia kehilangan kaki kanan selepas disahkan menghidap kencing manis pada 2020 apabila anggota badannya itu melecet secara tiba-tiba. Katanya, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik, namun selepas…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/hilang-kaki-sebab-ketagih-minuman-manis/

  • Momen slow pitch jigging bersama bapa tercinta

    Momen slow pitch jigging bersama bapa tercinta

    KUALA Sungai Baru, Melaka, satu lokasi yang tidak asing bagi pemancing di negeri ini, namun tidak bagi pemancing luar. Kami bertolak dari rumah di Alor Gajah sekitar pukul 6.30 pagi. Langit pada masa itu masih gelap, ada sedikit berbaki sejuk malam yang datang dari bendang sawah padi di tepi jalan. Bau pagi memang lain macam, segar, hening dan cukup membuatkan kami rasa trip ini akan jadi satu cerita. Perjalanan satu jam menuju ke jeti langsung tidak terasa. Radio kereta pun……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/momen-slow-pitch-jigging-bersama-bapa-tercinta/

  • ‘Mereka senyum bila dapat kaki palsu’

    ‘Mereka senyum bila dapat kaki palsu’

    PETALING JAYA – Bukan mahu mencari keuntungan tetapi ke­gembiraan orang yang mendapat kaki palsu akibat diabetes secara percuma merupakan penguat semangat buat sebuah syarikat untuk terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan. Itulah fokus Kedidi Global Sdn. Bhd. yang menyediakan kaki palsu percuma bernilai RM5,000 hingga RM10,000 mengikut jenis. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Siti Nur Syakirah Abdullah berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 di Seri Kemba­ngan mereka menawarkan 10 kaki palsu percuma ketika awal penubuhannya. Katanya, pada 2017 hingga 2019, 90……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/mereka-senyum-bila-dapat-kaki-palsu/

  • ‘Kami sendiri tidak tahu penyakit Mohd. Razlie’

    ‘Kami sendiri tidak tahu penyakit Mohd. Razlie’

    PETALING JAYA – Sebuah ke­luar­ga di Kampung Wakuba, Tawau, Sabah berdepan cabaran membesarkan anak autisme apabila terpaksa merantai kaki pemuda itu sejak enam tahun lalu bagi mengelakkannya melarikan diri dan terdedah kepada bahaya. Ayu Nazira Edu Hamjan, 28, berkata, keputusan itu amat berat dan merupakan langkah ter­akhir yang terpaksa diambil buat adiknya, Mohd. Razlie, 23, selepas pelbagai usaha yang dilakukan gagal demi keselamatannya dan orang sekeliling. Katanya, adiknya yang meru­pa­kan anak ketiga daripada li­ma beradik tidak menunjukkan perkembangan normal sejak…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/kami-sendiri-tidak-tahu-penyakit-mohd-razlie/