Blog

  • Ramai mahu kahwin, dapat kerja tetap

    Ramai mahu kahwin, dapat kerja tetap

    PETALING JAYA – Orang muda mula memberi fokus kepada beberapa perkara penting sepanjang tahun 2026 seperti merancang kewangan, emosi, muhasabah diri dan mengukuhkan perniagaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Penganalisis Sistem, Nurul Nadia Norizham, 26, berkata, dia mahu kehidupannya stabil dan terurus selepas bercadang membuat majlis kahwin gilang-gemilang pada azam tahun baharu. Katanya, penting bagi pasa­ngan untuk memahami dan menyokong emosi serta kerjaya. “Saya perlu membuat perancangan teliti dan pastikan kehidupan lepas berkahwin stabil. Kewangan bukan hanya sebelum majlis, tetapi…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/ramai-mahu-kahwin-dapat-kerja-tetap/

  • Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB

    Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan Gobind Singh Deo tersilap sekiranya menganggap reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diteruskan semata-mata bagi mengelakkan kes seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang.

    Menurut beliau, Pengerusi Kebangsaan DAP itu gagal melihat secara menyeluruh motif di sebalik kes 1MDB, bermula daripada proses pertuduhan sehingga perbicaraan yang berlangsung.

    Katanya, isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah dakwaan perbicaraan tidak adil, penganiayaan politik serta pendakwaan secara terpilih.

    “Sekiranya kita percaya Najib bersalah sepenuhnya atas lunas undang-undang, maka kita gagal memahami konteks sebenar kes ini.

    “Bukankah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menyatakan pertuduhan itu terburu-buru, sarat dengan dendam dan bersifat beracun,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Dalam pada itu, Mohd Puad turut mempersoalkan jaminan bahawa kes seperti 1MDB tidak akan berulang, sedangkan menurutnya DAP berdiam diri terhadap kegagalan pihak berkuasa mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low serta Nik Faisal Ariff Kamil.

    Beliau juga mempersoalkan ketiadaan pendakwaan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sehingga kini.

    Katanya, laporan The Edge pada 8 Mac 2021 mendakwa lebih RM700 juta dana berkaitan 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun bank yang dikaitkan dengan keluarga Zeti.

    “Sebagai bekas Gabenor Bank Negara, adalah mustahil beliau tidak mengetahui sebarang transaksi kewangan besar, termasuk hubungan suaminya, Tawfiq Ayman dengan Jho Low dalam syarikat ADKMIC,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau mempersoalkan jaminan reformasi tidak akan bersifat selektif sekiranya terdapat pihak yang menurutnya menutup sebelah mata terhadap isu tertentu.

    Mohd Puad turut mendakwa sikap selektif DAP dalam memperjuangkan isu menjadi penghalang utama kepada reformasi seperti yang disuarakan Gobind.

    Katanya, DAP dilihat hanya memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kematian Teoh Beng Hock, namun berdiam diri dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

    Menurut beliau, keluarga mangsa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz terpaksa berjuang sendiri sehingga kes itu akhirnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13404

  • Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab

    Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Kekeliruan dalam kalangan pekerja sektor swasta berhubung cuti umum sempena Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari sama, Ahad 1 Februari depan, akhirnya terjawab.

    Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mewartakan kedua-dua sambutan tersebut sebagai hari kelepasan am.

    Menurut JTKSM, Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras dengan peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan tidak boleh diganti.

    “Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan pekerja hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin,” menurut kenyataan itu hari ini.

    Sementara itu, berhubung cuti Hari Thaipusam, JTKSM menjelaskan majikan yang memilih perayaan berkenaan sebagai sebahagian daripada enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, berikutan pertindihan kedua-dua cuti umum tersebut.

    Tambahnya, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan bergaji bagi menggantikan cuti tersebut dengan persetujuan pekerja, seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1A).

    “Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am pula layak menerima bayaran gaji mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13405

  • Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan bagi tunai haji sehingga RM10,000

    Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan bagi tunai haji sehingga RM10,000

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelaksanaan beberapa penambahbaikan dasar serta pengenalan produk baharu yang berkuat kuasa mulai esok, sebagai usaha memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial dan meningkatkan pengalaman keseluruhan ahli.

    Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi itu untuk menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan ahli yang sentiasa berubah, di samping menyokong kesejahteraan serta daya tahan kewangan jangka panjang.

    Antara penambahbaikan utama ialah peningkatan had Pengeluaran Haji daripada RM3,000 kepada RM10,000 daripada Akaun Sejahtera, bagi membantu ahli yang menerima tawaran menunaikan ibadah haji.

    “Keperluan untuk mengesahkan baki dalam akaun simpanan Tabung Haji ahli bagi menentukan amaun kelayakan pengeluaran akan dimansuhkan, sekali gus mempermudah proses permohonan dan membolehkan ahli membuat perancangan haji dengan lebih baik,” menurut kenyataan itu.

    Selain itu, KWSP memperkenalkan i-Saraan Plus, iaitu kemudahan caruman sukarela khusus untuk pemandu e-panggilan dan p-panggilan dengan insentif padanan kerajaan yang lebih tinggi sehingga RM600 setahun, tertakluk kepada had seumur hidup RM6,000.

    Menurut KWSP, pemandu e-panggilan dan p-panggilan yang layak akan didaftarkan sebagai ahli KWSP menerusi penyedia platform yang mengambil bahagian, yang turut membantu melaksanakan potongan caruman berdasarkan kadar ditetapkan sendiri oleh pemandu.

    Dalam masa sama, umur kelayakan i-Suri dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun selaras dengan umur persaraan minimum negara, manakala insentif padanan kerajaan diteruskan pada kadar 50 peratus daripada caruman tahunan, tertakluk kepada had RM300 setahun dan RM3,000 seumur hidup.

    KWSP turut memaklumkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) akan berkuat kuasa mulai esok, dengan tiga tahap simpanan diperkenalkan sebagai panduan perancangan persaraan, iaitu Simpanan Asas sebanyak RM390,000, Simpanan Mencukupi RM650,000 dan Simpanan Dipertingkatkan RM1.3 juta.

    Seiring tahap Simpanan Dipertingkatkan, dasar Pengeluaran Melebihi RM1 juta akan ditambah baik bagi membolehkan ahli berumur bawah 55 tahun mengurus lebihan simpanan mereka, dengan pelaksanaan secara berperingkat melalui kenaikan had RM100,000 setahun sepanjang tempoh tiga tahun bermula RM1.1 juta pada 2026.

    Selain itu, kelayakan Skim Pelaburan Ahli (SPA) turut diselaraskan berdasarkan tahap Simpanan Asas menerusi pelaksanaan berperingkat kuantum simpanan minimum, bagi memastikan lebihan simpanan yang dilaburkan tidak menjejaskan keperluan asas persaraan ahli.

    Dalam usaha menggalakkan simpanan sukarela, KWSP turut memperkenalkan penjenamaan baharu iaitu i-Simpan bagi Caruman Pilihan Sendiri dan i-Topup bagi Caruman Melebihi Kadar Berkanun, sekali gus melengkapkan kemudahan sedia ada seperti i-Saraan, i-Sayang dan i-Suri.

    Maklumat lanjut berhubung inisiatif berkenaan boleh dirujuk menerusi soalan lazim yang disediakan di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13418

  • Speaker tarik balik pemakluman PRK tiga kerusi di Perlis, kekal kosong hingga PRU akan datang

    Speaker tarik balik pemakluman PRK tiga kerusi di Perlis, kekal kosong hingga PRU akan datang

    KANGAR 31 Dis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis memutuskan untuk menarik semula pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung permohonan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi tiga kerusi yang sebelum ini diisytiharkan kosong.

    Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan berkata, meskipun PRK tidak akan diadakan, kerusi Chuping, Guar Sanji dan Bintong akan kekal dibiar kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    “Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian PAS selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri Perlis,” katanya.

    Sebelum ini, Rus’sele dilaporkan telah menghantar notis pemakluman kepada SPR bagi memaklumkan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) tidak lagi layak menjadi anggota DUN mengikut Perkara 50A(1)(a)(ii) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

    Notis sama turut menyatakan keperluan mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras dengan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

    Bagaimanapun, Rus’sele berkata, selepas PAS mengeluarkan kenyataan media rasmi semalam yang memberi jaminan untuk terus mendukung kerajaan negeri Perlis selaras mandat rakyat pada PRU15, kedudukan majoriti ADUN dilihat tidak lagi terjejas.

    “Kenyataan Menteri Besar Perlis yang menegaskan komitmen meneruskan agenda perpaduan PN yang ketika ini masih memiliki majoriti besar iaitu 11 daripada 15 kerusi DUN turut diambil kira dalam pertimbangan semula itu.

    “Sehubungan itu, saya mendapati tiada lagi keperluan untuk diadakan pilihan raya semula bagi tiga kekosongan luar jangka berkenaan,” katanya.

    Menurut beliau, penarikan balik pemakluman berkaitan keperluan PRK itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada SPR Perlis semalam, namun status kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi terbabit kekal berkuat kuasa seperti dinyatakan dalam surat bertarikh 29 Disember lalu.

    “Keputusan terbaharu itu juga sebagai menjunjung titah Raja Perlis agar semua ADUN PN kembali bersatu dan bekerjasama demi kepentingan negeri serta rakyat Perlis,” katanya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13419

  • Lelaki ditemui mati dengan 12 kesan tikaman di Pangsapuri Damai Ria, dua rakan serumah ditahan

    Lelaki ditemui mati dengan 12 kesan tikaman di Pangsapuri Damai Ria, dua rakan serumah ditahan

    NILAI 31 Dis – Misteri penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman di sebuah unit Pangsapuri Damai Ria, Mantin di sini, membawa kepada penahanan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan mangsa.

    Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia lingkungan 30-an itu kira-kira jam 11 pagi pada Selasa.

    “Siasatan awal di lokasi mendapati, mangsa mengalami 12 tikaman termasuk di belakang kepala, dada dan leher.

    “Justeru, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki melibatkan kes bunuh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

    Menurut beliau, siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang juga merupakan rakan serumah mangsa pada jam 5.17 petang, hari kejadian.

    Ujarnya, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga 6 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut.

    Jelasnya, pemeriksaan forensik ke atas si mati telah dijalankan dan siasatan kini diteruskan secara menyeluruh dari pelbagai sudut termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keterangan saksi, analisis forensik serta siasatan teknikal.

    “Pihak polis tidak menolak kemungkinan penglibatan individu lain dan siasatan masih berjalan.

    “Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

    Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai atau balai polis berhampiran.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13420

  • Noh Omar dedah punca sebenar Muhyiddin lepas jawatan Pengerusi PN

    Noh Omar dedah punca sebenar Muhyiddin lepas jawatan Pengerusi PN

    ALOR GAJAH 31 Dis – Kemelut dalaman dalam Perikatan Nasional (PN) dipercayai menjadi faktor utama Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi gabungan itu.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Muhyiddin bukan didorong kepentingan peribadi, sebaliknya lahir daripada sikap kepimpinan yang matang dan berjiwa besar demi memastikan kestabilan serta kelangsungan perjuangan parti dan gabungan.

    “Jadi kerana dia lebih mementingkan PN maka dia letak jawatan sebagai Pengerusi PN.

    “Bagi saya beliau seorang yang berjiwa besar dan saya yakin PN nanti akan ada kesinambungan sebab dalam perjuangan kita pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan parti mestilah diteruskan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Pusat Khidmat Muafakat Nasional (MN) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kampung Pulau, Durian Tunggal, di sini, hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Noh turut menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung Muafakat Nasional (MN), dengan menegaskan bahawa pertubuhan itu bukan sebuah platform politik, sebaliknya berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan secara rasmi.

    Menurutnya, MN dianggotai individu daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik pelbagai parti serta golongan profesional, dengan majoritinya terdiri daripada orang Melayu, namun turut melibatkan bukan Melayu tanpa mengira kaum dan ideologi politik.

    “MN diwujudkan sebagai pusat khidmat sukarelawan untuk membantu rakyat tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.

    “Ia bermula di Melaka dan akan diperluaskan ke peringkat pusat serta negeri lain,” katanya lagi.

    Semalam, media melaporkan bahawa selepas lima tahun menerajui PN, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.

    Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, bekas Perdana Menteri itu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan PN atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh kepimpinannya.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13421

  • Berjaya Assets umum pelantikan menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu berkuat kuasa hari ini

    Berjaya Assets umum pelantikan menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu berkuat kuasa hari ini

    KUALA LUMPUR 1 Jan – Berjaya Assets Bhd mengumumkan pelantikan Tan Tee Ming sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, berkuat kuasa 1 Januari 2026, selaras dengan langkah penstrukturan kepimpinan kumpulan.

    Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Berjaya Assets memaklumkan Tee Ming, 49, merupakan menantu kepada pemegang saham utama syarikat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. Beliau turut mempunyai kepentingan tidak langsung sebanyak 1.09 juta saham biasa dalam Berjaya Assets dan merupakan abang ipar kepada Pengarah Eksekutif syarikat itu, Chryseis Tan Sheik Ling.

    Tee Ming memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perniagaan dari King’s College London. Beliau mempunyai lebih 16 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kekayaan individu bernilai tinggi, termasuk pernah memegang pelbagai jawatan di beberapa bank swasta di Malaysia dan Singapura.

    Menurut makluman itu, Tee Ming dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan bahagian jualan dan pemasaran hartanah Berjaya Land Bhd pada 18 Mac 2017 sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land pada 1 April 2022.

    Beliau dijadual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land pada atau sebelum 31 Disember 2025 bagi memberi laluan kepada peranan baharunya di Berjaya Assets.

    Pada penutupan dagangan jam 5 petang semalam, saham Berjaya Assets ditutup tidak berubah pada 30 sen, dengan sejumlah 161,500 saham diniagakan dan permodalan pasaran bernilai RM767.48 juta.

    Dalam perkembangan berkaitan, Berjaya Corporation Bhd menerusi makluman berasingan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa Pengarah Eksekutifnya, Norlela Baharudin, 62, telah meletak jawatan hari ini bagi mengejar kepentingan peribadi.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13424

  • Ada kemungkinan besar Hadi Awang dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

    Ada kemungkinan besar Hadi Awang dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

    KOTA BHARU 1 Jan – BERSATU Kelantan melihat kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkuat kuasa hari ini.

    Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, perkara itu mengambil kira kedudukan PAS dan BERSATU sebagai dua parti terbesar dalam gabungan berkenaan.

    Beliau berkata, sebelum ini Muhyiddin pernah menawarkan jawatan Pengerusi PN kepada Abdul Hadi, namun tawaran tersebut ditolak oleh Ahli Parlimen Marang itu.

    “Memandangkan dalam PN hanya mempunyai dua parti besar iaitu BERSATU dan PAS berbanding parti lain, maka logiknya Pengerusi PN nanti adalah dari PAS.

    “Mengikut perlembagaan PN, mereka yang mengetuai PN adalah ketua parti masing-masing dan jika PAS yang mengetuai PN nanti, sudah tentulah Tan Sri Abdul Hadi,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

    Sebelum ini, PAS memberi bayangan bahawa pemimpin parti itu yang bakal menerajui PN tidak semestinya Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

    Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata pemimpin PAS yang akan diangkat sebagai Pengerusi PN adalah individu yang diyakini mampu menggembleng kekuatan parti-parti dalam perikatan tersebut.

    Mengulas lanjut, Datuk Kamaruddin berkata pelantikan Pengerusi PN dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat selepas perbincangan mencapai kata sepakat.

    “Untuk pelantikan Pengerusi PN, semua ketua parti dalam PN akan berbincang bagi mencapai kata sepakat berkaitan lantikan baharu.

    “Kami di BERSATU tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Pengerusi PN yang dilantik nanti daripada PAS,” katanya.

    Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan mengemukakan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai Pengerusi PN yang baharu bagi menggantikan Muhyiddin.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PN dalam masa terdekat.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13423

  • 《当今大马》执行总编辑被传召录供 助查沙巴探矿准证丑闻

    《当今大马》执行总编辑被传召录供 助查沙巴探矿准证丑闻

    (吉隆坡31日讯)警方今日下午就沙巴探矿准证丑闻,向《当今大马》执行总编辑阿南录供。

    据《当今大马》报导,阿南的笔记型电脑也被警方扣押,以协助调查。

    此事源自立新党主席拿督杰菲里吉丁岸向警方报案,而他是其中一名牵涉该丑闻的政治人物。

    阿南的录供是于今午在八打灵再也警区总部进行。

    今年9月,商人刁健城声称他曾向杰菲里行贿178万令吉,还公开了一封据称是杰菲里为申请巴兰邦岸岛采砂石准证而撰写的支持信。

    他也公布了一系列文件,据称这些文件显示,杰菲里曾申请一份为期30年的“占用准证”,以获得邦耳岛森林保护区内80公顷的采石准证。

    杰菲里否认相关指控,并表示收到的款项是政治捐款,并称是对方污蔑,反贪会曾在9月向杰菲里录供,目前暂无进展。

    var width=window.innerWidth||document.documentElement.clientWidth;var outerDiv,stopperDiv,div2Stick,getOffsetTop,window2Top,outer2Top,stopper2Top,o2w,w2s;getOffsetTop=function(adAElem){var offsetTop=0;while(adAElem){offsetTop+=adAElem.offsetTop;adAElem=adAElem.offsetParent;}return offsetTop};outerDiv=document.querySelector(‘.AdA_RiSticky’);function AdA_RiStickyScroll(){stopperDiv=document.querySelectorAll(‘.td-footer-wrapper’);window2Top=(window.pageYOffset||document.documentElement.scrollTop)-(document.documentElement.clientTop||0);outer2Top=getOffsetTop(outerDiv);div2Stick=outerDiv.firstElementChild;stopper2Top=(getOffsetTop(stopperDiv)||document.documentElement.offsetHeight)-div2Stick.offsetHeight;o2w=outer2Top-window2Top;w2s=window2Top-stopper2Top;if(o2w<0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick sticked';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top: 0px;')}else if(o2w>0&&w2s<0){div2Stick.className='div2Stick stay';div2Stick.setAttribute('style','position: inherit;top: auto;')} else{div2Stick.className='div2Stick stop';div2Stick.setAttribute('style','position: fixed;top:-'+w2s+'px')}};if(!outerDiv&&width<900){}else{addEventListener("scroll",AdA_RiStickyScroll)};

    🔗 Source: https://news.seehua.com/post/1424551