Blog

  • FAM perlukan perubahan total

    FAM perlukan perubahan total

    TAHUN 2026 wajar dijadikan sebagai masa terbaik buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ‘reset’ semula dengan berubah secara total dalam usaha memulihkan semula maruah yang telah tercalar sejak dua tahun lalu.

    Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli menyifatkan apa yang berlaku khususnya kontroversi melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun lalu wajar dijadikan sebagai pengajaran.

    Menurut Pekan, walaupun kes FIFA masih lagi berjalan dan menanti keputusan akhir di Mahkamah Timbang Tara (CAS), tidak ada masalah untuk badan induk bola sepak negara itu melakukan perubahan lebih awal.

    Pekan berkata, antara langkah yang boleh dibuat adalah untuk melakukan kongres tahunan lebih awal bagi memilih presiden tetap selepas Datuk Mohd Joehari Ayub meletakkan jawatan pada Ogos lepas.

    “Saya rasa tiada masalah jika FAM melakukan kongres lebih awal kerana sudah ramai pihak luar yang mendesak, tetapi mereka buat pekak sahaja.

    “Kalau mereka pemegang taruh yang sayang kepada FAM, mungkin mereka sudah fikir bagaimana cara untuk perbetulkan keadaan dan lebih baik reset balik persatuan.

    “Antara langkah terbaik seperti meletakkan jawatan secara sukarela dengan mengadakan pemilihan semula untuk membentuk kepimpinan baharu bagi pulihkan semula bola sepak negara dengan lebih cepat,” katanya kepada Kosmo! semalam.

    Mengulas lanjut, Pekan masa depan bola sepak negara ketika ini masih nampak tergantung memandangkan semua pihak sedang menunggu keputusan CAS dan hukuman yang akan diberikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) terhadap FAM.

    “Tidak banyak harapan yang boleh kita berikan kerana semua masih menanti keputusan CAS. Selagi kes FIFA belum berakhir, sukar untuk kita melihat hala tuju khususnya buat skuad Harimau Malaya,” katanya.

    Sebagai rekod, FAM digegarkan dengan isu pemalsuan dokumen sehingga denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala tujuh pemain warisan Harimau Malaya didenda CHF2,000 (RM10,000) serta digantung selama 12 bulan.

    Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi telah mewakili badan induk itu untuk membuat laporan polis pada minggu lalu dan menghantar kes FIFA untuk dirujuk ke CAS dengan persidangan dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/fam-perlukan-perubahan-total/

  • 2026: Sinar menanti atau lebih sengsara?

    2026: Sinar menanti atau lebih sengsara?

    Saat ini, 1 Januari kita memulakan hari pertama bagi tahun 2026. Bermakna kita masih diberi peluang bernafas untuk menginjak kehidupan bagi tahun yang baharu. Persoalan yang selalu bermain di minda kita adalah apakah hari-hari mendatang untuk 12 bulan pada tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun lalu atau sebaliknya. Hal ini kerana kehidupan sangat bergantung kepada beberapa perkara asas seperti pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, pengangkutan, makanan dan kesihatan. Selain itu, kehidupan berkait rapat dengan keselamatan fizikal dan mental…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/2026-sinar-menanti-atau-lebih-sengsara/

  • Hilang kaki sebab ketagih minuman manis

    Hilang kaki sebab ketagih minuman manis

    PETALING JAYA – Sebahagian pesakit diabetes menyesal apabila tabiat mengambil minuman manis termasuk bikarbonat setiap hari menyebabkan mereka kehilangan kaki yang menyukarkan hidup dan menjejaskan kesihatan mental. Ada antara mereka memberi alasan ketagihan disebabkan hendak berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran, me­ngandung dan mencampurkan air kola dengan susu pekat manis. Sheerwina, 39, berkata, dia kehilangan kaki kanan selepas disahkan menghidap kencing manis pada 2020 apabila anggota badannya itu melecet secara tiba-tiba. Katanya, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik, namun selepas…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/hilang-kaki-sebab-ketagih-minuman-manis/

  • Momen slow pitch jigging bersama bapa tercinta

    Momen slow pitch jigging bersama bapa tercinta

    KUALA Sungai Baru, Melaka, satu lokasi yang tidak asing bagi pemancing di negeri ini, namun tidak bagi pemancing luar. Kami bertolak dari rumah di Alor Gajah sekitar pukul 6.30 pagi. Langit pada masa itu masih gelap, ada sedikit berbaki sejuk malam yang datang dari bendang sawah padi di tepi jalan. Bau pagi memang lain macam, segar, hening dan cukup membuatkan kami rasa trip ini akan jadi satu cerita. Perjalanan satu jam menuju ke jeti langsung tidak terasa. Radio kereta pun……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/momen-slow-pitch-jigging-bersama-bapa-tercinta/

  • ‘Mereka senyum bila dapat kaki palsu’

    ‘Mereka senyum bila dapat kaki palsu’

    PETALING JAYA – Bukan mahu mencari keuntungan tetapi ke­gembiraan orang yang mendapat kaki palsu akibat diabetes secara percuma merupakan penguat semangat buat sebuah syarikat untuk terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan. Itulah fokus Kedidi Global Sdn. Bhd. yang menyediakan kaki palsu percuma bernilai RM5,000 hingga RM10,000 mengikut jenis. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Siti Nur Syakirah Abdullah berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 di Seri Kemba­ngan mereka menawarkan 10 kaki palsu percuma ketika awal penubuhannya. Katanya, pada 2017 hingga 2019, 90……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/mereka-senyum-bila-dapat-kaki-palsu/

  • ‘Kami sendiri tidak tahu penyakit Mohd. Razlie’

    ‘Kami sendiri tidak tahu penyakit Mohd. Razlie’

    PETALING JAYA – Sebuah ke­luar­ga di Kampung Wakuba, Tawau, Sabah berdepan cabaran membesarkan anak autisme apabila terpaksa merantai kaki pemuda itu sejak enam tahun lalu bagi mengelakkannya melarikan diri dan terdedah kepada bahaya. Ayu Nazira Edu Hamjan, 28, berkata, keputusan itu amat berat dan merupakan langkah ter­akhir yang terpaksa diambil buat adiknya, Mohd. Razlie, 23, selepas pelbagai usaha yang dilakukan gagal demi keselamatannya dan orang sekeliling. Katanya, adiknya yang meru­pa­kan anak ketiga daripada li­ma beradik tidak menunjukkan perkembangan normal sejak…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/kami-sendiri-tidak-tahu-penyakit-mohd-razlie/

  • Ramai mahu kahwin, dapat kerja tetap

    Ramai mahu kahwin, dapat kerja tetap

    PETALING JAYA – Orang muda mula memberi fokus kepada beberapa perkara penting sepanjang tahun 2026 seperti merancang kewangan, emosi, muhasabah diri dan mengukuhkan perniagaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Penganalisis Sistem, Nurul Nadia Norizham, 26, berkata, dia mahu kehidupannya stabil dan terurus selepas bercadang membuat majlis kahwin gilang-gemilang pada azam tahun baharu. Katanya, penting bagi pasa­ngan untuk memahami dan menyokong emosi serta kerjaya. “Saya perlu membuat perancangan teliti dan pastikan kehidupan lepas berkahwin stabil. Kewangan bukan hanya sebelum majlis, tetapi…

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/01/ramai-mahu-kahwin-dapat-kerja-tetap/

  • Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB

    Mohd Puad dakwa Gobind tersilap tafsir reformasi berkait kes 1MDB

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan Gobind Singh Deo tersilap sekiranya menganggap reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diteruskan semata-mata bagi mengelakkan kes seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang.

    Menurut beliau, Pengerusi Kebangsaan DAP itu gagal melihat secara menyeluruh motif di sebalik kes 1MDB, bermula daripada proses pertuduhan sehingga perbicaraan yang berlangsung.

    Katanya, isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah dakwaan perbicaraan tidak adil, penganiayaan politik serta pendakwaan secara terpilih.

    “Sekiranya kita percaya Najib bersalah sepenuhnya atas lunas undang-undang, maka kita gagal memahami konteks sebenar kes ini.

    “Bukankah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah menyatakan pertuduhan itu terburu-buru, sarat dengan dendam dan bersifat beracun,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Dalam pada itu, Mohd Puad turut mempersoalkan jaminan bahawa kes seperti 1MDB tidak akan berulang, sedangkan menurutnya DAP berdiam diri terhadap kegagalan pihak berkuasa mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low serta Nik Faisal Ariff Kamil.

    Beliau juga mempersoalkan ketiadaan pendakwaan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sehingga kini.

    Katanya, laporan The Edge pada 8 Mac 2021 mendakwa lebih RM700 juta dana berkaitan 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun bank yang dikaitkan dengan keluarga Zeti.

    “Sebagai bekas Gabenor Bank Negara, adalah mustahil beliau tidak mengetahui sebarang transaksi kewangan besar, termasuk hubungan suaminya, Tawfiq Ayman dengan Jho Low dalam syarikat ADKMIC,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau mempersoalkan jaminan reformasi tidak akan bersifat selektif sekiranya terdapat pihak yang menurutnya menutup sebelah mata terhadap isu tertentu.

    Mohd Puad turut mendakwa sikap selektif DAP dalam memperjuangkan isu menjadi penghalang utama kepada reformasi seperti yang disuarakan Gobind.

    Katanya, DAP dilihat hanya memberi tumpuan kepada kes tertentu seperti kematian Teoh Beng Hock, namun berdiam diri dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

    Menurut beliau, keluarga mangsa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz terpaksa berjuang sendiri sehingga kes itu akhirnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13404

  • Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab

    Kekeliruan cuti Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan terjawab

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Kekeliruan dalam kalangan pekerja sektor swasta berhubung cuti umum sempena Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari sama, Ahad 1 Februari depan, akhirnya terjawab.

    Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mewartakan kedua-dua sambutan tersebut sebagai hari kelepasan am.

    Menurut JTKSM, Hari Wilayah Persekutuan merupakan cuti wajib yang perlu diberikan oleh majikan sektor swasta yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras dengan peruntukan Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan tidak boleh diganti.

    “Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan pekerja hendaklah memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Isnin,” menurut kenyataan itu hari ini.

    Sementara itu, berhubung cuti Hari Thaipusam, JTKSM menjelaskan majikan yang memilih perayaan berkenaan sebagai sebahagian daripada enam hari kelepasan am pilihan di bawah Subseksyen 60D(1)(a) Akta 265 perlu memberikan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya, iaitu Selasa, berikutan pertindihan kedua-dua cuti umum tersebut.

    Tambahnya, majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan bergaji bagi menggantikan cuti tersebut dengan persetujuan pekerja, seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 60D(1A).

    “Pekerja yang diarahkan bekerja pada hari kelepasan am pula layak menerima bayaran gaji mengikut kadar yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13405

  • Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan bagi tunai haji sehingga RM10,000

    Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan bagi tunai haji sehingga RM10,000

    KUALA LUMPUR 31 Dis – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelaksanaan beberapa penambahbaikan dasar serta pengenalan produk baharu yang berkuat kuasa mulai esok, sebagai usaha memperkukuh simpanan persaraan, meluaskan perlindungan sosial dan meningkatkan pengalaman keseluruhan ahli.

    Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan inisiatif berkenaan merangkumi langkah-langkah yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025, selain mencerminkan komitmen berterusan institusi itu untuk menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan ahli yang sentiasa berubah, di samping menyokong kesejahteraan serta daya tahan kewangan jangka panjang.

    Antara penambahbaikan utama ialah peningkatan had Pengeluaran Haji daripada RM3,000 kepada RM10,000 daripada Akaun Sejahtera, bagi membantu ahli yang menerima tawaran menunaikan ibadah haji.

    “Keperluan untuk mengesahkan baki dalam akaun simpanan Tabung Haji ahli bagi menentukan amaun kelayakan pengeluaran akan dimansuhkan, sekali gus mempermudah proses permohonan dan membolehkan ahli membuat perancangan haji dengan lebih baik,” menurut kenyataan itu.

    Selain itu, KWSP memperkenalkan i-Saraan Plus, iaitu kemudahan caruman sukarela khusus untuk pemandu e-panggilan dan p-panggilan dengan insentif padanan kerajaan yang lebih tinggi sehingga RM600 setahun, tertakluk kepada had seumur hidup RM6,000.

    Menurut KWSP, pemandu e-panggilan dan p-panggilan yang layak akan didaftarkan sebagai ahli KWSP menerusi penyedia platform yang mengambil bahagian, yang turut membantu melaksanakan potongan caruman berdasarkan kadar ditetapkan sendiri oleh pemandu.

    Dalam masa sama, umur kelayakan i-Suri dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun selaras dengan umur persaraan minimum negara, manakala insentif padanan kerajaan diteruskan pada kadar 50 peratus daripada caruman tahunan, tertakluk kepada had RM300 setahun dan RM3,000 seumur hidup.

    KWSP turut memaklumkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) akan berkuat kuasa mulai esok, dengan tiga tahap simpanan diperkenalkan sebagai panduan perancangan persaraan, iaitu Simpanan Asas sebanyak RM390,000, Simpanan Mencukupi RM650,000 dan Simpanan Dipertingkatkan RM1.3 juta.

    Seiring tahap Simpanan Dipertingkatkan, dasar Pengeluaran Melebihi RM1 juta akan ditambah baik bagi membolehkan ahli berumur bawah 55 tahun mengurus lebihan simpanan mereka, dengan pelaksanaan secara berperingkat melalui kenaikan had RM100,000 setahun sepanjang tempoh tiga tahun bermula RM1.1 juta pada 2026.

    Selain itu, kelayakan Skim Pelaburan Ahli (SPA) turut diselaraskan berdasarkan tahap Simpanan Asas menerusi pelaksanaan berperingkat kuantum simpanan minimum, bagi memastikan lebihan simpanan yang dilaburkan tidak menjejaskan keperluan asas persaraan ahli.

    Dalam usaha menggalakkan simpanan sukarela, KWSP turut memperkenalkan penjenamaan baharu iaitu i-Simpan bagi Caruman Pilihan Sendiri dan i-Topup bagi Caruman Melebihi Kadar Berkanun, sekali gus melengkapkan kemudahan sedia ada seperti i-Saraan, i-Sayang dan i-Suri.

    Maklumat lanjut berhubung inisiatif berkenaan boleh dirujuk menerusi soalan lazim yang disediakan di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

    🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13418