Blog

  • Sahruddin pula letak jawatan Pengerusi PN Johor

    Sahruddin pula letak jawatan Pengerusi PN Johor

    JOHOR BAHRU 30 Dis : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di Johor.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal melalui hantaran di Facebook mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

    “Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor. Hilang jawatan MB (Menteri Besar) pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

    Mengulas lanjut keputusan itu, bekas Menteri Besar Johor itu berkata tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat pusat.

    “Saya mudah sahaja, bila pimpinan pusat letakkan jawatan, (dan) saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor).

    “Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor,” katanya memaklumkan status ADUN di Pagoh serta kedudukan Bersatu di kawasan itu tiada perubahan.

    Sahruddin dalam pada itu berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor kelak akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.

    “PN Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik.

    “Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor,” katanya.

    πŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13375

  • Pemuda PN tegaskan keputusan gabungan mesti diputuskan secara konsensus

    Pemuda PN tegaskan keputusan gabungan mesti diputuskan secara konsensus

    KUALA LUMPUR 30 Dis – Pemuda Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa semua keputusan yang dibuat atas nama gabungan itu wajib dirujuk, dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional, selaras dengan Fasal 13 Perlembagaan PN.

    Dalam satu kenyataan media bersama hari ini, sayap pemuda gabungan itu memaklumkan pendirian tersebut dibuat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

    Menurut kenyataan itu, sebarang keputusan atau pendirian PN tidak boleh dibuat secara unilateral oleh mana-mana parti komponen, walaupun setiap parti berhak menyuarakan pandangan masing-masing.

    β€œPendirian Perikatan Nasional hendaklah diputuskan secara konsensus bersama semua parti komponen,” menurut kenyataan tersebut.

    Pemuda PN turut menggesa kepimpinan gabungan di semua peringkat agar mengamalkan politik berteraskan hikmah dan kebijaksanaan, di samping memelihara adab serta etika sebagai sebuah gabungan politik.

    Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan agenda yang lebih besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.

    Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Armada Bersatu Malaysia, Hilman Idham; Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Shian; dan Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP, Justin Prabakaran.

    πŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13377

  • Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan bahawa pihak parti akan mengemukakan calon bagi mengisi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional PN susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berundur pada 1 Januari 2026.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan bahawa pihak parti akan mengemukakan calon bagi mengisi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional PN susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berundur pada 1 Januari 2026.

    Menurut beliau calon tersebut perlulah seorang individu yang mampu menyatukan dan menggerakkan kekuatan semua parti dalam gabungan tersebut.Beliau juga menegaskan bahawa calon berkenaan tidak semestinya dalam kalangan Presiden parti namun individu yang mendapat kepercayaan penuh untuk memimpin.

    Langkah ini dilihat sebagai satu penstrukturan semula bagi memberi tumpuan kepada kerja akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 akan datang.Keputusan Muhyiddin untuk melepaskan jawatan tersebut disifatkan sebagai satu langkah yang bijak dan tepat pada masanya bagi memberi momentum baharu kepada blok pembangkang tersebut.Sumber: MalayMailGambar: FB Fadhli Shaari

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1Jka4hFTEw/

  • Tiada sabotaj, tiada khianat β€” Anwar puji muafakat Kerajaan Perpaduan

    Tiada sabotaj, tiada khianat β€” Anwar puji muafakat Kerajaan Perpaduan

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan dibina atas asas keikhlasan tanpa sebarang unsur sabotaj atau pengkhianatan, berbeza dengan kemelut dalaman yang melanda kerajaan negeri pimpinan pembangkang di Perlis.

    Beliau berkata, kestabilan Kerajaan Perpaduan hari ini lahir daripada komitmen bersama rakan-rakan gabungan yang memilih untuk bekerjasama secara jujur demi kepentingan negara.

    Menurutnya, tiada agenda tersembunyi atau usaha menjatuhkan sesama sendiri dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan ketika ini.

    β€œSaya bersyukur kerana muafakat Kerajaan Perpaduan lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj, khianat, seperti yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain,” katanya.

    πŸ”— Source: https://thereporter.my/anwar-puji-muafakat-kerajaan-perpaduan/

  • Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Hampir 3,000 pengusaha hotel bajet terhimpit kerana terpaksa menanggung kos lesen dan cukai tinggi manakala penyedia penginapan haram bebas beroperasi tanpa pengawasan.MyBHA menggesa kerajaan bertindak tegas bagi menangani persaingan tidak adil ini yang turut melibatkan isu keselamatan tetamu.

    Jika masalah ini berterusan lebih banyak hotel bajet berlesen bakal gulung tikar kerana tidak mampu menyaingi harga murah unit kediaman yang disewakan secara komersial tanpa permit.Sumber: Utusan

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/17eg9fZtZ9/

  • Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Industri perhotelan tempatan kini terancam dengan kerugian mencecah RM58 juta setahun akibat trend penginapan dalam talian yang tidak berdaftar.

    Hampir 3,000 pengusaha hotel bajet terhimpit kerana terpaksa menanggung kos lesen dan cukai tinggi manakala penyedia penginapan haram bebas beroperasi tanpa pengawasan.MyBHA menggesa kerajaan bertindak tegas bagi menangani persaingan tidak adil ini yang turut melibatkan isu keselamatan tetamu.

    Jika masalah ini berterusan lebih banyak hotel bajet berlesen bakal gulung tikar kerana tidak mampu menyaingi harga murah unit kediaman yang disewakan secara komersial tanpa permit.Sumber: Utusan

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/19yAHiY1qc/

  • Satu video tular yang memaparkan pertengkaran melibatkan seorang lelaki bertindak agresif di Taman Scientex Kundang Jaya akhirnya terjawab.

    Satu video tular yang memaparkan pertengkaran melibatkan seorang lelaki bertindak agresif di Taman Scientex Kundang Jaya akhirnya terjawab.

    Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku akibat perselisihan faham mengenai tuntutan nafkah ketika suspek menghantar anaknya pulang ke rumah bekas isteri pada Ahad malam.Dalam kejadian ngeri itu mangsa yang merupakan bekas isteri suspek mengalami kecederaan akibat dibelasah manakala anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun turut tercedera selepas ditolak suspek.

    Video berkenaan mendapat kecaman hebat netizen selepas kedengaran mangsa menyebut perkataan penyondol sebelum suspek bertindak menyerang secara fizikal.Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan di bawah kesalahan mencederakan orang.

    Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi liar yang boleh menjejaskan proses siasatan pihak berkuasa.

    Sumber: Threads @cecongkot

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1CyjUaBjsV/

  • Peguam Pendakwa Raya di Indonesia mendakwa kegagalan program digitalisasi pendidikan di bawah bekas Menteri Nadiem Makarim telah memberi kesan buruk kepada kualiti sumber manusia negara itu.

    Peguam Pendakwa Raya di Indonesia mendakwa kegagalan program digitalisasi pendidikan di bawah bekas Menteri Nadiem Makarim telah memberi kesan buruk kepada kualiti sumber manusia negara itu.

    Program pemberian Chromebook yang dilaksanakan antara 2019 hingga 2022 tersebut didakwa dibuat tanpa kajian mendalam serta terjejas akibat masalah infrastruktur internet di kawasan terpencil.Lebih mengejutkan data tahun 2022 menunjukkan purata Indeks Kecerdasan IQ kanak kanak Indonesia hanya berada pada tahap 78 yang dikaitkan dengan kegagalan dasar pendidikan tersebut.

    Kes ini turut melibatkan dakwaan rasuah dan salah urus dana kerajaan yang mengakibatkan kerugian negara mencecah 2.1 trilion rupiah atau sekitar RM609 juta.Nadiem bersama beberapa individu lain bakal berdepan sesi pembacaan dakwaan di mahkamah pada 5 Januari 2026.

    Pendakwa raya menegaskan bahawa kegagalan program ini merupakan cerminan kelemahan dasar yang sepatutnya berfungsi untuk mencerdaskan rakyat namun berakhir dengan kerugian besar kepada negara.Sumber: The Malaysian Update

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/17sfusE1ok/

  • Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam menangani amalan rasuah, sama ada melibatkan pihak lawan atau kawan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam menangani amalan rasuah, sama ada melibatkan pihak lawan atau kawan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus bertindak tegas demi memastikan dana awam dibelanjakan secara berhemat untuk kepentingan rakyat.Menurutnya, perkembangan terkini siasatan kes rasuah yang membabitkan ahli politik, pegawai tertinggi kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi.

    Anwar turut mengakui masih wujud segelintir individu yang terperangkap dengan budaya lama meskipun Kerajaan MADANI menekankan tatakelola dan kebajikan.Sumber: BernamaGambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/164FNqCX9Z/

  • Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh tampil memberikan maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari mengenai isu kawan makan kawan yang sedang tular.

    Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh tampil memberikan maklum balas terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari mengenai isu kawan makan kawan yang sedang tular.

    Menerusi hantaran ringkas di media sosial Dr Akmal mengakui wujudnya situasi kawan menjadi lawan dalam arena politik negara.Walau bagaimanapun beliau menyatakan kesediaan untuk berusaha mengubah lawan menjadi kawan sebagai langkah penyelesaian yang lebih baik.

    Kenyataan ini dilihat sebagai respons tenang dan penuh makna terhadap pergolakan yang sedang berlaku dalam gabungan politik Perikatan Nasional ketika ini.Hantaran tersebut kini menarik perhatian ramai netizen yang melihatnya sebagai isyarat keterbukaan UMNO dalam membina kerjasama baharu pada masa hadapan.Sumber: MalaysiaGazetteGambar: FB Akmal Saleh

    πŸ”— Source: https://www.facebook.com/share/1H5VDrsZ9U/