Blog

  • ‘PAS Putuskan ADUN Tidak Sertai EXCO Perlis’ – Takiyuddin

    ‘PAS Putuskan ADUN Tidak Sertai EXCO Perlis’ – Takiyuddin

    PAS memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan dibentuk oleh Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah.

    Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan media selepas PAS Pusat meneliti dan membuat pertimbangan terhadap situasi semasa berkaitan Kerajaan Negeri Perlis serta Perikatan Nasional (PN).

    Menurut kenyataan itu, PAS bagaimanapun kekal komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaannya dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Sehubungan itu, semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring dengan peletakan jawatan Menteri Besar terdahulu.

    Dalam perkembangan sama, PAS menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, selain mengambil langkah-langkah bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap Perikatan Nasional. PAS turut menyatakan kesediaannya untuk menerajui PN ke arah pengukuhan organisasi serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

    Kenyataan itu turut menegaskan komitmen PAS untuk terus menghormati lunas undang-undang, prinsip demokrasi, konsep Raja Berperlembagaan serta menjunjung kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail demi kemaslahatan negeri dan rakyat.

    🔗 Source: https://thereporter.my/pas-putuskan-adun-tidak-sertai-exco-perlis-takiyuddin/

  • Zii Jia strategi ampuh di Piala Thomas

    Zii Jia strategi ampuh di Piala Thomas

    SKUAD badminton negara memiliki peluang untuk mencabar kejuaraan menjelang saingan Piala Thomas 2026 yang dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark bermula 24 April hingga 3 Mei tahun depan.

    Keyakinan itu dilaungkan pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia apabila mengambil kira prestasi pemain-pemain Malaysia ketika ini meskipun sedar ia bukanlah satu tugas mudah buat mereka.

    Jelasnya, kedudukan perseorangan profesional, Lee Zii Jia yang boleh diturunkan sebagai pemain perseorangan ketiga buat masa sekarang dianggap sebagai satu strategi terbaik buat Malaysia.

    Justeru, Aaron berharap pemain-pemain perseorangan lelaki termasuk Zii Jia, Leong Jun Hao, Ng Tze Yong dan Justin Hoh dapat kembali ke prestasi terbaik bagi membantu pasukan di Piala Thomas nanti.

    “Macam saya cakap, peluang itu memang ada dan memang kita mengharapkan pemain-pemain seperti Zii Jia, Jun Hao, Tze Yong dan Justin untuk kembali. Kita memerlukan satu pasukan yang kuat untuk acara berpasukan.

    “Itu (Zii Jia perseorangan ketiga) memang strategi yang bagus juga kerana dulu kita tengok Lin Dan pernah bermain sebagai perseorangan ketiga. Bagi saya, itu memang satu strategi yang baik,” katanya.

    Berdasarkan kedudukan semasa ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia menghuni tangga ke-144 selepas berehat lama daripada saingan kompetitif bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.

    Sementara itu, Aaron menegaskan, dia tidak meminta ranking Zii Jia supaya terus merudum, sebaliknya menganggap ia hanya sebagai percaturan untuk meningkatkan peluang mencatat kemenangan di Piala Thomas.

    “Itu merupakan salah satu strategi, tetapi bukan suruh dia turun hingga ranking bawah, ia memang ideal. Peluang itu memang ada,. tetapi agak kurang jika dibandingkan dengan Piala Sudirman,” ujarnya.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/zii-jia-strategi-ampuh-di-piala-thomas/

  • ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    JIKA dihitung, kumpulan Exists salah satu band tempatan yang tidak pernah sepi daripada mengadakan konsert setiap tahun.

    Jika band lain bimbang dengan kutipan tiket, sebaliknya pula berlaku pada kumpulan yang dianggotai Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa itu.

    Luncurlah apa sahaja konsert atau showcase sekalipun, tiket yang dijual pasti ‘laku keras’. Terbaharu, Exists yang sudah ‘berdaftar’ dalam dunia hiburan sejak tahun 1991 meraikan peminat setianya menerusi konsert Exists Premium Live @ PJ di JioSpace, Petaling Jaya.

    Pada konsert yang berdurasi lebih dua jam itu, Ezad bersama empat anggota lain menghiburkan peminat menerusi 21 seleksi lagu popular mereka seperti Alasanmu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Kau Lebih Dari Kejora, Julia dan Janji Padamu.

    Ibarat berada di pusat hiburan keluarga atau karaoke, lebih 80 peratus lagu-lagu dinyanyikan pada malam tersebut turut disahut dengan suara peminat yang ‘sing-along’ bersama.

    Terharu melihat sambutan ramai, Ezad yang berjuang bersama Exists selaku vokalis sejak tahun 1995 terharu dengan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong Exists.

    “Sedar atau tidak, sudah 34 tahun kami bertapak dalam industri. Bermula pada tahun 1991, inilah Exists yang terdiri daripada Musa, Ujang, Along, Ajai dan saya.

    “Doakanlah kami kekal bersatu ke akhir hayat dan terus hiburkan serta anjurkan konsert untuk kalian semua,” katanya.

    Ajai selaku pemain keyboard pula berkata, doa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat sejak lebih tiga dekad lalu merupakan faktor utama Exists masih lagi kukuh berdiri sehingga hari ini.

    “Kerana kata-kata dan doa kalian yang selalu mengatakan kami supaya terus wujud yang membuatkan Exists terus di sini menghiburkan semua,” tuturnya.

    Dalam masa sama, dia sempat mendedahkan Ezad pada malam tersebut berada dalam keadaan yang tidak sihat. Namun, dia tetap terus menggagahkan diri berada di pentas kerana enggan menghampakan peminat yang hadir.

    “Kalau nak tahu, Ezad sebenarnya kurang sihat pada malam ni. Namun dia tetap kuatkan diri dan menyanyi sebab memikirkan semangat peminat yang hadir dan yakin boleh melawan sakitnya,” ujarnya kepada lebih 1,000 penonton pada malam tersebut.

    Menariknya, dua peminat yang hadir pada malam tersebut turut membawa pulang sebuah gitar dan set dram menerusi segmen cabutan bertuah.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/doakanlah-kami-kekal-bersatu-menghiburkan-ke-akhir-hayat/

  • ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    ‘Doakanlah kami, kekal bersatu menghiburkan ke akhir hayat’

    JIKA dihitung, kumpulan Exists salah satu band tempatan yang tidak pernah sepi daripada mengadakan konsert setiap tahun.

    Jika band lain bimbang dengan kutipan tiket, sebaliknya pula berlaku pada kumpulan yang dianggotai Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa itu.

    Luncurlah apa sahaja konsert atau showcase sekalipun, tiket yang dijual pasti ‘laku keras’. Terbaharu, Exists yang sudah ‘berdaftar’ dalam dunia hiburan sejak tahun 1991 meraikan peminat setianya menerusi konsert Exists Premium Live @ PJ di JioSpace, Petaling Jaya.

    Pada konsert yang berdurasi lebih dua jam itu, Ezad bersama empat anggota lain menghiburkan peminat menerusi 21 seleksi lagu popular mereka seperti Alasanmu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Kau Lebih Dari Kejora, Julia dan Janji Padamu.

    Ibarat berada di pusat hiburan keluarga atau karaoke, lebih 80 peratus lagu-lagu dinyanyikan pada malam tersebut turut disahut dengan suara peminat yang ‘sing-along’ bersama.

    Terharu melihat sambutan ramai, Ezad yang berjuang bersama Exists selaku vokalis sejak tahun 1995 terharu dengan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong Exists.

    “Sedar atau tidak, sudah 34 tahun kami bertapak dalam industri. Bermula pada tahun 1991, inilah Exists yang terdiri daripada Musa, Ujang, Along, Ajai dan saya.

    “Doakanlah kami kekal bersatu ke akhir hayat dan terus hiburkan serta anjurkan konsert untuk kalian semua,” katanya.

    Ajai selaku pemain keyboard pula berkata, doa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat sejak lebih tiga dekad lalu merupakan faktor utama Exists masih lagi kukuh berdiri sehingga hari ini.

    “Kerana kata-kata dan doa kalian yang selalu mengatakan kami supaya terus wujud yang membuatkan Exists terus di sini menghiburkan semua,” tuturnya.

    Dalam masa sama, dia sempat mendedahkan Ezad pada malam tersebut berada dalam keadaan yang tidak sihat. Namun, dia tetap terus menggagahkan diri berada di pentas kerana enggan menghampakan peminat yang hadir.

    “Kalau nak tahu, Ezad sebenarnya kurang sihat pada malam ni. Namun dia tetap kuatkan diri dan menyanyi sebab memikirkan semangat peminat yang hadir dan yakin boleh melawan sakitnya,” ujarnya kepada lebih 1,000 penonton pada malam tersebut.

    Menariknya, dua peminat yang hadir pada malam tersebut turut membawa pulang sebuah gitar dan set dram menerusi segmen cabutan bertuah.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/doakanlah-kami-kekal-bersatu-menghiburkan-ke-akhir-hayat/

  • ‘Tauke kebun durian takkan rugi’

    ‘Tauke kebun durian takkan rugi’

    BAGAN SERAI – Biarpun harga musang king mengalami kejatuhan ketika ini, namun terdapat pekebun dan peniaga yang men­dakwa mereka masih mampu me­raih keuntungan setiap kali musim durian. Seorang peniaga durian di Kampung Parit Haji Ismail 3 di sini, Rafail Ismail, 38, berkata, pemilik ladang musang king dan peniaga ma­sih menjana keuntungan sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. “Kita biasa dengar setiap kali musim durian, keuntungan diraih pemilik ladang durian mampu menampung kehidupan mereka selama setahun. Pada panda­ngan saya, pekebun tak……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/tauke-kebun-durian-takkan-rugi/

  • EPL: Spurs bangkit ubah nasib

    EPL: Spurs bangkit ubah nasib

    Kemenangan itu cukup penting untuk masa depan Frank selepas berdepan dua kekalahan sebelum ini sehingga menyebabkan masa depannya mula diperkatakan, selain mungkin berdepan pemecatan.

    Gol tunggal perlawanan menerusi Archie Gray hasil situasi bola mati menyaksikan Spurs menutup tahun 2025 dengan meraih tiga mata sekali gus membuatkan Frank berpuas hati dengan kesungguhan dan keinginan ditunjukkan para pemain.

    “Sangat penting untuk memiliki dua elemen berkenaan bagi menghadapi musim Liga Perdana Inggeris yang panjang. Anda perlu turun ke stadium yang sukar seperti ini dan berjuang mendapatkan kemenangan serta tidak bolos. Ia kemenangan yang hebat.

    “Saya tidak fikir ini adalah persembahan terbaik kami, tetapi saya gembira dengan kerja keras dan disiplin seluruh pasukan. Kami berjaya mencipta cukup peluang walaupun kehilangan ramai pemain di bahagian serangan,” jelasnya.

    Spurs kini berjaya mendaki untuk berada di kedudukan ke-11 liga, namun masih kekurangan tujuh mata untuk meraih kedudukan yang membolehkan mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

    “Saya rasa kami masih berada di fasa transisi. Memang benar kami bermain di UCL, tapi adakah kami kelab yang layak beraksi di sana? Kami meraih tempat kerana slot juara Liga Europa bukan kerana kami salah satu daripada empat atau lima pasukan terbaik,” ujarnya. – AGENSI

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/epl-spurs-bangkit-ubah-nasib/

  • Selesai cuti akhir tahun, aliran trafik kembali tenang

    Selesai cuti akhir tahun, aliran trafik kembali tenang

    PETALING JAYA – Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan kembali lancar dan terkawal pagi ini selepas tamat cuti panjang selama hampir seminggu sejak 24 Disember lalu.

    Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 9.36 pagi tadi, keadaan trafik secara keseluruhannya baik di sekitar Lembah Klang serta lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan (E1 dan E2), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (E8) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2.

    Bagaimanapun, LLM memaklumkan berlaku peningkatan jumlah kenderaan dan pergerakan trafik perlahan di beberapa lokasi tertentu, khususnya di laluan tumpuan warga kota dan pintu masuk ke bandar.

    Di Lebuh Rata Utara-Selatan arah utara, trafik dilaporkan perlahan dari Gurun ke Pendang, manakala di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), kesesakan berlaku di Damansara Link dari Tol Damansara menghala ke Kayu Ara.

    Bagi laluan E2 Lebuh Raya Utara-Selatan, aliran trafik perlahan dikesan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Taman Teknologi Bukit Jalil bagi arah utara, sementara arah selatan melibatkan laluan Setia Tropika ke Lebuh Raya Pasir Gudang.

    Di Tambak Johor pula, trafik dilaporkan perlahan dari Johor Bahru ke Woodlands.

    Selain itu, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura mencatatkan pergerakan perlahan dari Kilometer 1.7 ke CIQ Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

    Di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), trafik perlahan berlaku dari Puchong Utama ke Puchong Intan serta Kelana Jaya ke Taman Megah bagi arah utara, manakala arah selatan melibatkan laluan Bandar Utama ke Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

    LLM turut memaklumkan kesesakan sederhana di Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lunpur-Barat melibatkan Damansara Link dari Kayu Ara ke Seksyen 17. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/selesai-cuti-akhir-tahun-aliran-trafik-kembali-tenang/

  • ‘Mesej, call tiada respons, dia seronok tengok kami merempatkah’

    ‘Mesej, call tiada respons, dia seronok tengok kami merempatkah’

    PETALING JAYA – Dihalau ketika sedang bercuti di luar negara, bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Fie terpaksa akan tinggal sementara waktu di kediaman ibu bapanya sebelum mencari rumah sewa baharu untuk didiami bersama tiga orang anak.

    Dr. Fie atau nama sebenarnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, berkata urusan rumah kediaman lama yang sebelum ini menjadi rumah kelamin mereka akan dibincangkan bersama peguam, sekembali ke tanah air esok selepas Nubhan tidak membalas panggilan mahupun sebarang mesej daripada keluarganya.

    “Saya buntu. Saya sedang bercuti dengan anak-anak, cuma akan kembali ke Kuala Lumpur esok. Tapi ada ahli keluarga saya hubungi Nubhan bertanyakan tindakannya mengeluarkan barangan milik saya, langsung tiada respons.

    “Sepanjang proses perceraian tempoh hari dia tak minta pun kepada peguam saya soal kosongkan rumah. Alih-alih dia bertindak melulu dengan memanggil mover (syarikat perpindahan) waktu saya tiada di rumah. Permainan apakah ini?

    “Dia seronok tengok kami merempatkah? Tidak mengapalah jika itu yang mampu memuaskan hatinya. Apa pun saya serahkan kepada peguam untuk uruskan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online

    Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia tidak menyedari sebarang tanda bahawa lelaki yang pernah bergelar suaminya selama 10 tahun tergamak berbuat sedemikian.

    “Entahlah, sebelum bawa anak-anak bercuti ke Vietnam saya ada maklumkan kepadanya. Dia okey sahaja. Tak tahu pula selepas itu dia rancang sesuatu yang mengejutkan.

    “Sudah-sudahlah, benda boleh bincang. Tapi dia ambil jalan ‘keras’ seperti tidak pernah ada sekelumit kebaikan pernah saya bawa dalam keluarga kami.

    ‘Dia bangunkan rumah itu, tetapi hampir kesemua benda dalam rumah termasuk barangan di dapur serta baju anak saya yang sediakan. Jangan selepas ini pula kata saya suka mengungkit,” ujarnya yang berlepas ke Vietnam bercuti bersama anak-anak sejak minggu lalu.

    Menurutnya lagi, sehingga kini dia tidak mengetahui keberadaan barang kemas hasil titik peluhnya sendiri serta wang tunai yang disimpan di rumah tersebut.

    Terdahulu, sejak semalam laman sosial kecoh dengan tindakan Nubhan menghantar barangan milik bekas isteri ke rumah mentuanya ketika Dr. Fie bersama anak serta ibu bapanya bercuti di Vietnam.

    Menerusi foto serta video dikongsikan wanita terbabit di Threads, kelihatan barangan peribadi termasuk haiwan peliharaan anak mereka, sugar glider dilonggokkan di depan rumah ibu bapa dalam keadaan tidak terurus.

    Dr.Fie juga tidak menyangka bekas suaminya bertindak sedemikian tanpa menunggu proses pembahagian harta sepencarian diputuskan.

    Lebih meruntun perasaan apabila dia turut menyatakan perbuatan Nubhan menghantar pakaiannya ke rumah keluarga juga bukan yang pertama kali memandangkan perkara sama sudah pernah berlaku ketika awal perkahwinan mereka.

    Menerusi laman sosial, rata-rata netizen turut bersimpati dan naik berang dengan pendedahan Dr. Fie yang terkilan diperlakukan sedemikian rupa, masing-masing turut menyifatkan tindakan peserta Gegar Vaganza 12 itu sebagai pengecut.

    Terdahulu, Dr. Fie dan Nubhan yang bercerai talak dua pada awal bulan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

    Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3. – KOSMO! ONLINE

    🔗 Source: http://www.kosmo.com.my/2025/12/30/mesej-call-tiada-respons-dia-seronok-tengok-kami-merempatkah/

  • Faizal Azumu letak jawatan Pengerusi PN Perak

    Faizal Azumu letak jawatan Pengerusi PN Perak

    PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.

    Ahmad Faizal berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN di peringkat nasional.

    “Mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Nasional serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Negeri Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.

    Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini.

    Dalam kenyataan sama, Ahmad Faizal turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti komponen PN di Perak atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan sepanjang beliau memegang amanah tersebut.

    “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan,” katanya.

    Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.

    Selain itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor, susulan tindakan sama oleh Muhyiddin. –KOSMO! ONLINE.

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/faizal-azumu-letak-jawatan-pengerusi-pn-perak/

  • Olahraga cemerlang tapi belum cukup

    Olahraga cemerlang tapi belum cukup

    WALAUPUN hanya lima emas tetapi kem olahraga boleh dianggap antara penyumbang terbesar kepada kecemerlangan kontinjen Malaysia mengatasi pencapaian 200 pingat pada Sukan SEA Thailand 2025 yang melabuhkan tirainya 20 Disember lalu. Secara keseluruhan, skuad olahraga menuai 16 pingat termasuk lima emas, lima perak dan 16 gangsa, sekali gus menjadi kontinjen dengan pungutan terbanyak daripada 61 jenis acara yang meraih pingat. Ini adalah kali kedua berturut-turut olahraga mengutip pingat terbanyak buat negara selepas edisi Kemboja 2023 yang mana ketika itu membawa……

    🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/30/olahraga-cemerlang-tapi-belum-cukup/